Monday, March 31, 2008

antara sabar dan mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajarnya.

“Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lali ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”

Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu?”

Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, “Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?”

Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu?”
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk nasi tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”

Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?”

Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.”

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi: “Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.”

Dan sabdanya pula, “Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

P/S ARTIKEL DIAMBIL DARI http://pemudabistari.blogspot.com/
assalamualaikum..
bersua kembali..
aku g kb tadi..
saja jejalan ngan nab,fizah n fana..
dah lama aku rasa aku tak tengok dunia luar..asyik terperap dalam hostel ni je..
tu sebabnya petang semalam aku cam tensen sngat2..
aku baru abis study repro sebenarnya semalam,so untuk menguji ingatan aku pun try la wat esei..
aku tengok2 je soalan tu,aku cam blank sebentar..tak tau nak jawab pa..sesudah lama berfikir aku dah tau pa nak jwb tp still bila nak tulis isi2 dia aku cam dah lupa..tensennya aku..cam na nak exam cmni huhuhu help me..
mira dah balik..aku harap sgt dia leh bantu la aku yang suka lupa ni..bincang banyak2 insyALLAH ingat..yang penting aku nak lulus!!!!aku tak sanggup duk sini lebih dari 5 tahun.. please help me..malam ni aku nak studi renal doakan aku berjaya..
IN 5 YEARS FROM I WILL BE DOKTOR A.S.M.A ..really want to be a dktor..doakan kejayaan kita bersama..wslm

Saturday, March 29, 2008

doa senjata kita

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

source: Mamak@webchat

Thursday, March 27, 2008

Exam is around the corner

tinggal sebulan je lagi nak exam..
ngeri tul..
hehehe
me tengah revise immunoglobulin with tehah..
banyak lupa la..ala muda-muda lagi dah nyanyuk..
tensen tul..
YA ALLAH,TOLONG KUATKAN DAYA INGATANKU JUA PERTAJAMKAN LAGI FIKIRANKU..
YA ALLAH,BAGI LA AKU LULUS EXAM PRO NI..AKU POHON SANGAT-SANGAT YA ALLAH..
mtak2 la ALLAH kabulkan doa hambanya ni..
really hope..
betul la senior cakap..bila masuk medic ni rasa lebih dekat dengan ALLAH.. semua berharap padaNYA..bukan sebelum ni tak berharap tapi sejak masuk medic ni lagi berharap dan bergantung pada tuhan..lebih rasa yang kita ni hamba ALLAH..
alhamdulilah..
cam hidup dan mati medic memang bergantung sepenuhnya pada usaha+tawakal sesanggat pada ALLAH..
hope sangat apa yang kita baca kita ingat waktu exam..n hope sangat yang kita ingat tu masuk exam..hehehe mmg exam-orientated ni..
kadang-kadang terfikir gak waktu belajar ni kan selalu lupa,kan banyak sangat benda nak hafal..terfikir la macam mana la keadaan aku masa jadi doktor nanti takkan lupa gak..hopefully tak nanti kesian patient2 yang aku sayang..chewah ada bakat jadi doktor misali ni..tapi aku yakin aku boleh..i will be a good doctor..baru tahun 1 banyak lagi kekurangan..InsyALLAH tahun 5 aku dah bersedia menjadi seorg doktor yg baik+penyayang+memahami+semua yang baik2 sewaktu dengannya..hehehe doa2 la ye..
panjang lebar aku tulis ni..1st time tulih panjang2 cmni..sapa la yang nak baca..takpa aku yang nak baca..this is my luahan hati..orang luar mungkin nampak aku cam happy tapi hanya aku ngan tuhan ja yang tahu pa yang sebenarnya aku rasa..jiwang la pulok..hehehe dah la sian tehah tggu laptop dia aku pinjam..sampai tertido dah sahabat aku yang sorang ni....esok nak g mdl nak tengok slide benda yang paling aku tak suka hehehe..k g dulu blog..nanti kita jumpa lagi ye..wslm..

Thursday, March 20, 2008

Saidina Bilal r.a dan Cinta Rasul s.a.w.

Saidina Bilal r.a dan Cinta Rasul s.a.w.
www.iLuvislam.com
oleh: Ulama' Ummah*


Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah berada di bulan Rabi’ul Awal. Bulan penuh keberkatan yang mencatatkan sejarah kelahiran seorang insan istimewa, pembawa panduan hidup untuk seluruh alam.

Tanggal pada 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah mengikut pendapat yang masyhur, atau 9 Rabi'ul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi berpandukan kepada pendapat yang rajih, lahirlah Nabi Muhammad bin Abdullah s.a.w ke dunia.

Door of Masjid Al-Nabawi

Kelahiran Rasulullah saw merupakan kelahiran yang ditunggu-tunggu. Bahkan ketibaan nabi akhir zaman ini sangat dinantikan oleh kaum yahudi. Namun dek kerana taasubkan kepada entiti perkauman, nabi utusan terakhir penyempurna kepada agama ini ditolak mentah-mentah oleh mereka bila mana nasabnya bukan daripada keturunan Bani Israil.

Sekarang kita ditinggakan baginda saw lebih daripada 1400 tahun yang lalu, terasa sangat jauh sekali jaraknya, hinggakan segala ajaran Islam kembali menjadi asing dalam bentuk pengamalan yang sebenar. Dagang di bumi sendiri.

Pernah menguasai dua pertiga dunia, kini Islam kembali kepada zaman fitnah. Namanya sahaja sudah dipalitkan dengan pelbagai tomahan hinggalah kepada penghinaan kepada jasad yang nabi saw yang mulia. Semuanya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menghilangkan nur Islam di bumi ini.

Atas alasan kebebasan bersuara, baginda saw dihina lagi. Ulang cetak karikatur penghinaan kepada rasul saw oleh akhbar Denmark merupakan satu bukti. Bahkan lambakan filem yang menghina agama ditonton tanpa perasaan oleh umat Islam sendiri.

Di manakan kita bila baginda saw dihina?



Saidina Bilal r.a dan cinta Rasul s.a.w.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, saidina Bilal r.a antara sahabat yang tidak mampu lagi bermukim di bumi Madinah. Segala-galanya di kiri dan kanannya mengingatkan kembali kepada nostalgia bersama nabi s.a.w. Lantas beliau membawa diri ke Badariaan – sebuah tempat berdekatan Syam – untuk mengurangkan kesedihan hati.

Satu hari saidina Bilal r.a didatangi oleh baginda s.a.w dalam mimpi. Baginda s.a.w berkata: “Mengapa kamu menyepi wahai Bilal? Tidakkah kamu teringin menziarahiku ketika ini?”.

Tersedar daripada tidur dengan dalam keadaan sedih dan takut, beliau dengan segera menunggang kenderaan menuju ke Madinah dan terus mendatangi kuburan nabi s.a.w. Kesedihan menyelubungi diri, kisah pahit manis perjuangan bersama nabi s.a.w telah meletakkan cintanya kepada rasulullah s.a.w melebihi daripada segala-galanya. Kini semuanya tinggal kenangan dalam memori.

Sesuai melepas rindunya kepada baginda s.a.w di perkuburan tersebut, dia mencari-cari cucu kesayangan nabi s.a.w, Hasan dan Husin r.a. Mereka dipeluk cium tanda cinta yang tidak berbelah bahagi. Pinta mereka kepada saidina Bilal r.a; “kami berharap sangat untuk mendengar kembali azanmu yang telah dikumandangkan kepada Rasulullah s.a.w di masjid.”

Bagi tidak menghampakan harapan tersebut, bumbung masjid tempat yang selalu dia berdiri mengalungkan azan dipijaknya kembali. Azan pertama dalam sejarah Islam dari mulut bekas seorang hamba ini merupakan satu penghargaan nabi s.a.w kepadanya.

Nafas ditarik…..azan dilaungkan dengan penuh syahdu. Bila kalimah ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar!’ dialunkan, bergegarlah seisi Madinah.

‘Asyahadu an la ilaha ila Allah’, jiwa penghuni Madinah makin bergetar. Suara yang pernah didengari pada waktu dan ketika nabi s.a.w masih hidup kembali memenuhi ceruk-ceruk Madinah.

Takkala laungan ‘Ashadu an na Muhammadan Rasulullah’ kedengaran, keluarlah para wanita daripada rumah-rumah mereka seraya berkata ; ‘Adakah Rasulullah s.a.w telah dibangkitkan?’.

Seisi Madinah diselubungi hiba, azan saidina Bilal r.a mengingatkan kembali kepada nostalgia manis bersama baginda s.a.w. Tidaklah dilihat satu hari pun yang paling banyak manusia menangis di Madinah selepas kewafatan nabi s.a.w selain daripada hari tersebut, dek kerana rindu dan teringatkan nabi s.a.w.

Inilah tanda cinta para sahabat kepada Rasulullah s.a.w, yang sukar untuk kita temui sekarang.

(Adaptasi daripada riwayat ibnu asakir daripada sanad junaid)

Pesan Hassan al-Banna

“Duhai manusia, datanglah kepada kami. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi Rasulullah s.a.w datanglah kepada kami. Kami adalah pengemis di pintu Rasulullah s.a.w. Sesiapa yang tidak pernah mendengar kisah hidup Rasulullah s.a.w, patut sekali datang mendengarnya daripada kami.”

‘Baginda Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati kami dan baginda mendengar segala-galanya. Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati-hati yang mempertahankan Islam dan juga di dalam hati yang penuh dengan kasih sayang serta iman yang datang daripada ajarannya.’

Muhasabahlah cinta kita kepada Rasulullah.



Ajarlah anak cintakan Rasul.

TIPS KEJUTKAN ORG TIDO...

Kalau nak kejutkan org bangun tidur esp
sahur..cam ni antara caranya..


1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu
panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan
goyangkan perlahan lahan..sambil panggil
nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil
panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil
panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond


tp kalau still tak effect



1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu
toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau bleh air
rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit
gempabumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin
masak tempoyak yg baru dibeli sebelah
hidung dia..bg ambik bau sikit


tp kalau still tak effect gak


1. pergi kat telinga dia...then sebut
maa rabbuka! sambil seru nama dia byk
kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!
hehehehehe


tp kalau still tak effect gak...ni je la
cara terakhir


1. panggil je orang masjid/surau untuk
uruskan...kerana tuhan lebih
menyayanginya..hehe

Inalillahiwainailahirajiun...hehe

Monday, March 17, 2008

WHY DO WE READ THE QURAN??


WHY DO WE READ THE QURAN,
EVEN WHEN WE DONT UNDERSTAND A SINGLE ARABIC
by:ubaidah_marine



An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at thekitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, "Grandpa, I try to read the Quraan just likeyou but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Quraan do?" The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water." The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!" "So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket." The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different.It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. "Son, that's what happens when you read the Quraan. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."

p/s artikel ini diambil dr www.iLuvislam.com

video



ni video sorang budak itali yang baca surah-surah pendek..
dia baca memang tungang-langgang..but really cute..

really cute!!!




comel tak???hehehe
kenal tak sapa girl tu??
tu la pelakon dlm cta autumn in my heart,full house dll
dia dah ditudungkan..
lg comel kan..
terbukti perempuan pakai tudung lagi cantik sebenarnya daripada insan yang tak bertudung..
sori jika tersalah bahasa..
wslm..

Sunday, March 16, 2008

friends


  • side by side or miles apart,dear friend are always close to the heart
  • "a real friend is one who walks in when the rest of the world walks out" -Walter Winchell-
  • "my best friend is the one who brings out the best in me" -Henry Ford-
  • "remember the greatest gift is not found in the store nor under a tree but in the hearts of true friends" -Cindy Lew-
  • if you have true friends,you have more than you share
  • "friendship is the golden thread that ties the heart of the world" -John Evelyn-
  • " a friend hears the song in my heart and sings it to me when my memory fails" -Anonymous-
  • "in the sweetness of friendship,let there be laughter and showing of pleasure" -Kahlil Gibran-
  • "a true friend never gets in our way unles you happen to be going down" -Arnold H. Glasow-
  • "lots of people want to ride with you in the limo, but what you want is someone who will take the bus with you when the limo breaks down -Oprah Winfrey-

alhamdulilah..

assalamualaikum..


saja nak test ...



ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails