Saturday, April 13, 2013

InsyAllah tahun depan ;)



Assalamualaikum ,

Again , it's me =)

Sedar tak sedar , dah hampir 8 bulan bekerja. InsyALLAH kalau tiada masalah , next month saya akan masuk 3rd posting. Entah posting apa. Lebih suka serahkan pada takdir. Semua posting akan terpaksa masuk juga , jadi biar je la.

Jujurnya , ada terdetik rasa bosan dengan kehidupan seharian. tiada life orang kata. It's true. Pagi pergi kerja , petang balik , dah penat jadi tidur , esoknya rutin itu berulang lagi. Week off dinanti-nanti. Cuti sehari seminggu bagaikan heaven.

Dan sejak bekerja , soalan common ditanya :

" Bila nak kenduri?"

"Bila nak merasa nasi minyak niii?"

" Dah ada calon ka? ",

Soalannya berbeza tapi maksudnya sama.

Senyum sahaja.
Dan jawab dengan yakin " InsyALLAH tahun depan.".





Respon mereka selalunya sama.
" HAAAAA ", terkejut.
Dan pastinya dengan pelbagai soalan dengan maksud yang sama

" Dah ada calon la ni? "

" Eh , Ain dah ada boyfriend la ni ?".

" Dengan sapa ?"

Dan sekali lagi saya senyum dan jawab ringkas " InsyALLAH tahun depan. Doa2 kan je la. ".

Jujurnya , tiada calon pun yang terlintas di otak. Saja jawab macam tu , malas nak bersoal jawab. Bila kita cakap takda , tak nak percaya. Bila cakap ada , nama calon mana pulak aku nak cedok.

Akhirnya jawab macam tuu , mungkin itu boleh jadi doa. *haha*






ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails