Wednesday, April 10, 2013

Cemburu




Cemburu. Itu perasaan aku sekarang. Cemburu pada si dia.

Dia yang pasti begitu sempurna. Dia yang pastinya punya keluarga bahagia. Dia yang pastinya bertudung labuh , bersopan santun :))

Family arrangement. Menarik ! Itu bagaikan impian aku sejak aku tahu nilai 'cinta' itu sendiri. Nilai cinta itu tinggi , bukan murah , tak perlu bertukar-tukar rasa 'cinta murah' dengan berlainan orang. Dan kerana aku tahu nilai 'cinta' itu tinggi , aku harap aku hanya 'cinta' pada bakal suamiku nanti. Dan kerana itu aku percaya pada pilihan keluarga. Pilihan keluarga , bunyinya murni , direstu dan diberkati ibubapa kedua belah pihak. Aku suka perasaan dan keberkatan itu.

Namun , dalam pada itu , aku jatuh 'suka' pada kamu. Ya , kamu !! Kamu yang baik , kamu bagaikan jelmaan lelaki yang ada ciri-ciri bakal suamiku nanti. Haha ya , aku berangan. Angan tinggi sangat , gayat rasanya , sampaikan bila jatuh , aku  'sakit' yang amat.

Baru aku tahu , kau sudah ada pilihan hati. Family arrangement kata kamu.
Dan untuk itu , aku cemburu pada dia. Jujur aku cemburu yang amat.
Namun aku reda'. Mungkin kau memang bukan pemilik tulang rusukku dan aku tetapkan kembali hati ini. Rasa suka itu aku tanam dalam-dalam dan aku masih menyimpan rasa cinta itu untuk si bakal suamiku.

Dan untuk kamu , bakal suamiku , moga kau juga menyimpan rasa cintamu buat aku seorang. Amin !!


0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails