Tuesday, March 27, 2012

Datang Bulan

assalamualaikum..


datang bulan ??



*takda kena mengena dengan twillight saga ~ new moon or eclipse =)


datang bulan = menses = period = haid = ABC ( Allah bagi cuti )

dan masa saya zaman sekolah dulu - kami panggil mamnu' (yang bermaksud dilarang dalam bahasa Arab kan)
*tetiba rindu nak cakap mamnu' balik , rindu zaman sekolah !! *

dah faham kan?
tak perlu dihurai panjang lebar lagi..

dan entah kenapa, ini macam benda rahsia wanita , malu nak diceritakan di khalayak umum , sedang kan itu normal pysiology of a woman.
saya tak kata ini salah - sebab saya pun malu jugak.

bila tak solat atau tak puasa , obviously seen ,
kadang2 berharap tak ditanya terus oleh kaum adam
"tak leh solat eh? ",  " period eh?",
yah , malu amat nak jawab soalan tu.
entah kenapa.
tapi normal kan perasaan itu..
ke korang tak rasa malu ?
(^_^)

dan sampaikan ada sorang guy ni pernah tanya,
dan adik lelaki saya pernah tanya soalan yang sama ,
" kenapa perlu sembunyi2 benda ni?",
saya pun jawab - " sebab malu"
dan diorang tanya balik - "kenapa nak malu?",
dan saya tiada jawapan untuk itu.
tapi memang malu la haha
*tak paham jugak dengan diri sendiri*

ke korang rasa camna ? 



introduction dah panjang lebar ,
sebenarnya nak kongsi benda lain,

tadi ada perjumpaan bulatan gembira kami (^_^)

ada perkongsian sikit pasal benda ni ,
jadi nak kongsi dengan semua jugak,

taken from Solusi ( tak tahu isu mana )


tajuknya : Meraup Pahala ketika Haid

Selalu tak rasa bila datang 'waktu' tu , kita macam jauh dari DIA,
tak calling-calling macam selalu sebab takleh solat ,
tak dating dari pagi ke petang sebab takleh puasa,
surat cinta dia pun kita tak buka.






mula la masa tu emosi pun jadi tak stabil ,
mungkin juga sebab horman @ PMS ,
but sebenarnya rasa jauh dari DIA tu contribute jugak.




so apa nak buat?
nak biarkan diri sendiri kecewa , terluka , terputus cinta dengan DIA ka?
mesti la tak nak kan !!

so Solusi ada ajar beberapa tips untuk kita,
let's check it out !!

1- Selaraskan segala amalan sebagai Ibadah.
niatkan semuanya untuk Allah ,
kiranya setiap kerja kita buat , kita ingatkan DIA ,
baru kasih sayang kita harmoni (~love in the air ^ ^ )
dan dalam masa yang sama kita dapat pahala !!

2- Zikir.
zikir , zikir dan zikir.
boleh istigfar banyak-banyak,
lebih mudah , baca je Ma'asurat.

3- Menambah ilmu
dah tak boleh calling2 DIA 5x sehari ,
mesti banyak free time kan?
so masa ni la kita boleh guna masa yang ada tu , untuk lebih kenal DIA.
banyakkan membaca ataupun dengar2 benda berilmiah,
lebih2 tentang akidah , feqah,
boleh baca di Iluvislam
moga dengan itu , kita dapat memperbaiki ibadah kita selama ni.

4- Masih dekat dengan Al-quran.
dah ABC , bukan bermakna kita lansung tak boleh baca mahupun dengar ayat-ayat cinta DIA buat kita ,
boleh !!
baca tasfiran yang ada ,
ataupun boleh ja kita dengar bacaan ayat-ayat cinta DIA di radio mahupun MP3,
kurangkan lagu-lagu berangan tu,
(offkan lagu korea + sweet songs saya tu - ni arahan saya untuk diri saya sendiri !!)
dan banyakkan dengar ayat-ayat cinta DIA buat kita,
baru lagi romantik !!



5- Berbakti kepada ibubapa / berkhidmat pada suami
buat yang single mingle ,
bolehlah meluangkan masa extra kita tu , pada ibubapa kita mahupun orang yang terdekat dengan kita ,
buat yang jauh dari ibubapa macam saya ni , jom telefon diorang selalu !!
emosi kan tak berapa nak stabil , telefon mak ayah , luahkan rasa.
InsyALLAH lega sikit.
ye la , kita ni manusia , lebih2 perempuan , selalu teringin ada listener.
buat yang double @ married ,
berkhidmat pada dia , si suami yang tercinta.
*ni tak boleh cakap panjang lebar - takda pengalaman* hoho

6. Memperbanyakkan doa.
doa , doa dan doa.
doa tak semestinya hanya selepas waktu solat.
doa di saat hujan , mahupun doa di antara azan & iqamat ,
itukan waktu mustajab untuk berdoa,
insyALLAH dikabulkanNYA.


7. Memperbanyakkan sedekah
banyakkan sedekah.
kalau tiada duit , sedekahkan kata-kata yang baik ,
takpun sedekahkan senyuman ja.
walaupun PMS sekalipun , jangan biar muka masam ja,
Jom senyum walaupun tengah unstable mood !!





sebenarnya semua tips yang diberi tu,
boleh juga di apply di waktu lain pun ,
tak semestinya waktu mamnu' tu je kan ,
kalau semua benda di atas mendekatkan lagi kita dengan DIA ,
apa salahnya jadikan amalan terus menerus =)

k that's all for today,
wasalam..

0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails