Tuesday, March 13, 2012

Angel in the Devil's Suit.

assalamualaikum..


tetiba ja rasa rindu pulak nak mengulas buku (^_^)



jadi nak ulas buku ni la kejap..
buku hasil baucar buku 1 Malaysia :-





Angel in the devil's suit !!

baca tajuk pun dah rasa menarik tertarik kan *angguk-angguk setuju*

selalu kita dengar Devil in Angel's Suit , orang jahat yang berlagak baik ,
ni pulak sebaliknya..


Angel In The Devil's Suit
Penulis: Kaseh Esmiralda
Terbitan Kaki Novel
640 mukasurat
RM23

ulasan ainsabrina :

kisah bermula apabila Camie berpindah ke sekolah baru apabila keputusan examnya merundum jatuh selepas kematian kekasihnya , Jeremy.
Mengejutkan , apabila Camie ditempatkan di sebelah seorang budak bernama Dew yang wajahnya memang seiras , saling tak tumpah seperti arwah Jeremy.
Pelik. tak mungkin Jeremy yang sudah pergi , muncul semula.

namun ternyata walau wajah mereka serupa , Jeremy dan Dew ternyata berbeza !!
Jeremy - wataknya baik dan penyelamat Camie , mirip angel ,
manakala Dew - wataknya jahat (or nakal ) dan pembuli Camie , mirip devil.
wajah seiras , tapi perangainya ibarat langit dan bumi !! jauh tak tercapai.

sejahat-jahat Dew , ada nilai baik di sudut hatinya ,
ada rahsia yang menyebabkan dia jadi begitu,
terus-terusan dia menyalahkan Madam Juwietta.
dan nilai baik itu berjaya Camie korek-korek sedikit demi sedikit.

dan penemuan Dew dengan kakak Jeremy ,
membuka jalan Dew untuk mengenali keluarga Jeremy dengan lebih dekat ,
dan juga mengenali Jeremy sendiri dengan lebih dekat.

dan itu juga membuka lagi satu rahsia besar yang tersimpan,
siapakah Dew sebenarnya? dan siapakah Jeremy sebenarnya?


komen ainsabrina :

membaca novel ini ibarat membaca mangga Jepun ataupun seperti menonton drama Jepun.
~suka !!

watak heronya yang ala-ala devil dan ada misteri yang tersembunyi , mengangkat watak hero ini jadi watak lelaki idaman. Itu diakui oleh saya seorang perempuan. Sebenarnya saya pun pelik kenapa la perempuan suka watak-watak lelaki begini. Mungkin sebab nampak macho kot.
Tetapi realitinya kebanyakkan perempuan nakkan angel sebagai partner hidup sehidup semati dia walaupun watak hero devil lebih diminati. Itu yang saya rasa la. Mungkin ada yang tidak setuju. (^_^)

Dan watak camie yang lembik dan mudah dibuli memang watak stereotype heroin cerita jepun mahupun korea , yang mengingatkan saya pada drama Boys Over Flower ataupun Hana Yori Dango. dikisahkan watak Camie ini tidaklah secantik mana , siap dipanggil 'si hodoh' lagi oleh Dew , namun dalam yang tak cantik tu la , Dew 'tersuka'. ni pun memang klise cerita drama korea atau jepun. tapi itu la jugak yang pembaca-pembaca dan peminat drama suka , termasuklah saya. Unsur-unsur berangan sangatlah tinggggiii !!!

apa-apa pun saya suka novel ini. lain daripada yang lain , mungkin sebab ada unsur ke'mangga' an di situ.


anyway , ni ada link yang penulis Angel in the Devil's suit tulis dalam blognya :
Cerita belakang tabir Angel in the Devil's suit
~menarik !!

0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails