Wednesday, February 29, 2012

Saya menang !!!

assalamualaikum...


ok asyik update blog je..

free sangat ka???


oh tidak sama sekali..


hanya nak menaip jugak sebab ada berita gembira nak kongsi *yay*



pernah ingat pasal cabaran 50 buku setahun yang ainsabrina pernah join last year,
tak tahu?
boleh jenguk di bahagian bawah blog..
ada list buku2 yang telah berjaya di ulas...


and guess what?

saya menang !!!
*rujuk sini*

ok xdalah menang grand prize ,
but still menang
yang boleh buatkan saya tersenyum gembira satu malam ni
 (^____________^)

walaupun frust x dapat baucar bodyshop yang diidam-idamkan tu ,
but still saya berjaya dapat baucar buku RM100
so more books to buy !!!
any suggestion - books to buy ???

ni ulasan buku yang bertuah tu :
ulasan buku Contengan Jalanan , Hlovate

*suka..suka...suka...suka..suka*

thanks Kak Wan ,
thanks Jemari Seni
thanks semua yang join Cabaran 50 Buku ,
thanks buat pembaca blog ni * yang mungkin dah bosan dengan ulasan buku saya -sori !! *
thanks Semua !!!


A capacity and taste for reading gives access to whatever has already been discovered by others.  
Abraham Lincoln

 “You know you've read a good book when you turn the last page and feel a little as if you have lost a friend.”
Paul Sweeney


“I declare after all there is no enjoyment like reading! How much sooner one tires of any thing than of a book! -- When I have a house of my own, I shall be miserable if I have not an excellent library.”  
Jane Austen, Pride and Prejudice 



Pink !!

assalamualaikum..


bertukar wajah =)


* saya sebenarnya tak suka warna pink (dulu - tak suka yang amat) ,
tapi saya ada banyak sangat baju & barang-barang yang warna pink sebab mama saya sangat suka warna pink *ada kena-mengena ye* - tapi sejak kebelakangan ni saya asyik nampak comel je warna pink *




anyway ,
to Cik Melo : Thanks for the header & doodle !!! *suka sangat2* ^^


p/s : jadi buat sesapa yang nak tempah doodle or header , leh jenguk SINI.

Tuesday, February 28, 2012

not so Wordless Wednesday # 3

assalamualaikum


sebenarnya emosi tak stabil ,

jadi tak berapa nak study malam ni hoho

tapi dah siap case report *yeah* 
tggal nak print out je *happy*

dari tadi keluar makan ---> tengok vanila coklat *suka2* sambil baca neuro *takda la baca sgt* ---> blogwalking

then terbaca kisah orang lain ,
kisah sedih orang lain ,
then kembali tersedar.

SYUKUR !!
ainsabrina's life is not that bad , so appreciate it & just keep moving forward







so ainsabrina will choose NO for suffering ,

keep smiling (^_^)

Monday, February 27, 2012

HomeSick =(

assalamualaikum,





aci tak kalau hantar gambar ni kat mama ???


mau kena berleter panjang !!

" kamu pun dah jadi macam inat ka?? ", (mama et al , 2012)

dah boleh agak ayat yang akan terkeluar.



ye ma , anak sulung mama ni dah homesick macam anak bongsu mama yang asyik duk manja2 , kena g melawat dia setiap minggu *ok nampak sangat jeles*

nak mama datang melawat ain tiap2 minggu juga boleh ?? *kelip2 mata , buat muka comel* haha

ok , tu memang tak mungkin hoho

mimpi di malam hari di depan laptop je la...


waaaaaaaaaaaaaa


rindu rumah yang amat !!!



p/s : hari ni birthday abah saya yang ke-53 !!


sebab tu lagi rasa nak balikkkkkkkk!!!

alamak , photo album handmade utk abah tak siap lagi !!!
case report pun tgh on d way !!

ok need to go..

wasalam ..

Thursday, February 23, 2012

WATCH OUT !!!

assalamualaikum..

Plan awal malam ni , nak buat case report *adusss x start lagi*

tapi tiba-tiba dapat satu berita..

sedih  ,  kecewa  =(

............................


dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat,
"apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu,"



itu jugak yang saya pohon , jika dengar sesuatu berita , tolonglah selidik dahulu.
jangan dipercaya 100% .

lebih-lebih lagi kalau berita itu datang dari mulut seseorang yang asyik membuat fitnah dan cuba membina onar dalam hubungan persahabatan orang lain.

saya betul-betul tak faham dengan seorang insan ni,
bukan sekali saya terkena , dah berkali-kali.
bukan saya seorang malahan beberapa kawan saya yang lain.
*sedih*

sungguh saya geram yang amat.
onar yang dibuat , fitnah yang dibuat dirempah ratuskan dengan tangisan sehinggakan yang mendengar percaya 100%.

kawan2 , itu hanyalah lakonan si dia semata-mata.


luaran dia , nampaklah sangatlah baik ,
seakan dialah mangsa keadaan.
memang dia lah pelakon terhebat yang pernah saya kenal *huh*

sampaikan saya yang cuba menegakkan kebenaran dan cuba membersihkan onar itu , nampak seperti orang jahat.

*letih , letih dan letih*


saya mengaku kalah !!!
ambiklah kemenangan di dunia ni.
saya akan tuntut kemenangan saya di akhirat nanti.

WATCH OUT !!!






*cuba bersabar & berdiam diri , letih asyik jadi watak jahat apabila cuba menegakkan kebenaran*

Saturday, February 18, 2012

Awesome Muslimah ^^

assalamualaikum..


tak nak cita panjang , ada banyak lagi kerja yang beratur menunggu untuk diselesaikan ^^

sebenarnya aritu ada satu talk + forum oleh Dr Harlina mengenai Awesome Muslimah



cerita pasal kecantikan wanita muslimah *perasan-cantik-sebentar*
sangatlah best & sangatlah dapat banyak ilmu...
nak kongsi dengan semua tapi tak berapa nak tulis notes masa talk ari tu
--> mungkin sebab terlalu best & kyusuk sampaikan lupa nak tulis notes hikhik

so , tak dapat nak share notes , jadi saya kongsi video bawah ni je la ye..
contentnya lebih kurang sama walaupun sebenarnya real life event lagi banyak kesannya & lagi best tapi hopefully korang dapat sedikit sebanyak perasaan yang saya dapat masa event tu.

so , let's watch !!!





best kan????? (^_^)

" Bermula hari ni , akhlak kita lebih cantik dari semalam , dan esok akhlak kita lebih cantik dari hari ini "



p/s : sempat jumpa bebudak mukhayam hari tu *suka2*

with Ayue *terasa pendek di sini*

Bulatan Gembira (^_^)

assalamualaikum..




dah tgk video di atas ??

osem (awesome) kan ?

bulatan gembira is equal to usrah.

satu ikatan yang terbina dengan satu matlamat yang sama.
Bersatu & berkongsi rasa tanpa ada halangan.
bak kata ayat-ayat cinta ALLAH buat kita.

Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
 (surah Al-Anfal ,ayat 63)



sungguh ayat ini benar !!!

jika dikumpulkan orang ramai hanya kerana duit , berjaya tapi tak kekal.
beza apabila Allah yang menyatukan !!

itulah kelebihan usrah !!
penyatuan tanpa kisah kekurangan yang ada , semuanya sama-sama berkongsi kekurangan dan cuba berkongsi cara menyelesaikan.

contoh mudah :
si A : ada masalah emosi. asyik teringat si dia ja.
yang lain2 cuba berkongsi rasa , cara penyelesaian dan ada juga menceritakan masalah yang sama.
masalah yang seakan lumrah remaja tapi malu utk dikongsi dengan yang lain , tapi dengan mudah dikongsikan dengan ahli2 usrah.

kerana usrah itu sendiri datang dari perkataan 'usrati' - keluarga,
menjadikan kita sebagai satu keluarga & sahabat pada waktu yang sama.
perasaan yang miracle + awesome ^^

perasaan berkawan dengan ahli-ahli usrah jika dibandingkan dengan kawan2 yang luar usrah , rasanya lain. lain sangat !!!
bukan nak dibeza-bezakan tapi rasa lainnya ketara.
berkawan dengan kawan-kawan usrah , nikmatnya lebih..
susah nak dihuraikan dalam kata-kata..

ibaratnya makan prosperity burger mc'd..
nikmatnya hanya dirasai oleh yang makan sahaja.
yang melihat hanya melihat dari luaran , tidak merasa nikmatnya yang sebenarnya.
begitu juga usrah !!
nikmatnya hanya orang dalam usrah tu yang rasa !!

nikmatnya membuat saya (budak yang tak berapa nak baik ni) ternanti-nanti perjumpaan usrah tiap minggu..
~ rasa rindu-rinduan, lebih2 pada kak usrah tersayang !
*ok maaf jiwang sebentar*
bila rasa ada masalah emosi je , lagi rasa tak sabar2 nak berjumpa hihi
kadang2 tak luah pun masalah yang ada , tapi tanpa sedar pasti topik usrah seakan terkena dengan masalah yang ada.
miracle kan? (^_^)

ye , sebelum saya masuk usrah secara sebenar-sebenarnya ,
usrah zaman sekolah - adalah sekadar rutin , rohnya tiada.
masuk universiti , kembali terjebak dalam usrah.
namun awalnya , secara jujurnya , rohnya masih tiada hinggakan saya takut dengan perkataan 'usrah' itu sendiri.
sebelum akhirnya , saya sendiri yang mencari-cari sendiri.
kerana fitrah manusia itu sendiri perlukan murobbi (guru) -kak usrah & perlukan support system -ahli usrah.
pencarian itu menemukan saya dengan usrah ini - kak usrah & ahli-ahlinya.

dan just fall in love with usrah.
cinta dalam-dalam !!!
tak nak berpisah !!!
(^_^)

but seriously , u have to be in it , to feel it.

so ,  cepat2 carik bulatan gumbira anda, or u're gonna miss all the fun ^^

dan ni lagi satu video menunjukkan betapa bestnya usrah (^_^)

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday # 2

assalamualaikum



Even if I looked like an idiot staring up at the stars (and it’s okay, I’m sure no one cared), it made me really happy.

 So yeah, despite how cliche or whatever this sounds, stargazing is really peaceful, and I encourage you all to do it. n__n <3


taken from : chibird

Tuesday, February 14, 2012

Lelaki baik bercinta

taken from - Artikel iluvislam.com

Lelaki ini, sebenarnya apa mahunya? 

Lelaki jugalah yang mengatakan perempuan itu seperti mawar, dan kata mereka, "Untung duri ini menumbuhkan mawar." 
Namun pada ketika lainnya, mereka juga yang berkata, "Rugi sekali mawar ini mempunyai duri."


Lalu apa mahumu, wahai lelaki? 

Saya ini benarlah perempuan yang tidak tahu berfesyen, tidak tahu jenama make up apa yang sesuai untuk saya, dan tidak tahu serba-serbi, namun saya tetap juga seorang perempuan yang punyai hati bagi memberi cinta, tetap juga punyai hati bagi menerima cinta.

Namun lelaki ini pandai betul. Pada saat saya berkata begitu, ini pula jawabnya, "Cinta Tuhan itu juga yang dipinjamkan kepada hati kamu. Jadi, elok sangatlah sekiranya kamu dahulukan cinta Tuhan dan pasti kamu tidak akan kecewa. Malah cinta manusia juga yang akan menyusul. Ataupun mungkin sahaja, kamu boleh menjadi seperti Rabiatul Adawiyah."

Lalu diam sahajalah saya kerana, kata-kata lelaki itu adalah 'noktah' hati. Tidak ada salahnya pada kata-kata itu tetapi, untuk perempuan yang lemah seperti saya ini, bagi mencapai cinta Tuhan, perlukan bantuan, dan pastinya bantuan itu datangnya daripada seorang lelaki bernama suami. Tuhan tahu sekuat mana hamba-Nya, dan bantuan Dia tiba dalam bentuk cinta seorang lelaki.

Sekiranya tidak 'bantuan' yang Tuhan hantar itu, jadi bagaimana saya seorang perempuan yang lemah mampu memperoleh rahmat dan reda yang lebih daripada Allah? Lelaki juga tahu, perempuan yang taat kepada suami itu adalah perempuan yang menerima reda yang besar daripada Tuhan sehingga boleh masuk dari mana-mana pintu syurga yang perempuan itu mahu.

Jadi, mudahnya, saya ini tahu diri, saya adalah perempuan yang tidak kuat tetapi punya cita-cita besar bagi meraih cinta Ilahi. Lalu, para lelaki, bantulah saya ke arah itu. Namun, seperti kata saya tadi lelaki ini apa mahunya? Maksud saya, lelaki baik-baik ini, apa mahu kamu? Untuk lelaki-lelaki celaka di luar sana, tidak perlu tersenyum-senyum memberitahu mahumu. Jangan sampai ludahku, hinggap di wajah penuh nafsumu.

Soalan saya itu yang saya pendam-pendam dalam hati, sehinggalah pada suatu hari, saya mengerti juga, namun dalam bentuk yang membuat saya semakin bingung.


Ibu cantik
Begini sahajalah, biar saya ceritakan siapa saya, dalam satu ayat. Saya adalah perempuan yang berharap reda Allah, namun dalam masa yang sama saya adalah perempuan yang lemah. Itulah saya, dan lemahnya saya itu, adalah kerana tanpa sedar sering juga terpaut hati kepada lelaki baik itu dan lelaki baik ini dengan harap mereka menjadi suami saya.

Memanglah saya tidak melulu pergi kepada lelaki itu dan berkata "Kahwini aku", tetapi tetap juga saya berasa berdosa kerana mempunyai rasa seperti itu. Rasanya seperti, murah benarlah hati saya ini. Namun itulah yang saya beritahu tadi, saya lemah untuk urusan yang satu itu. Mujur juga saya masih kuat bagi menahan diri bagi tidak terlihat seperti perempuan yang murah.

Sehinggalah pada suatu hari, saya perempuan yang lemah ini sempat berbicara dengan seorang ibu yang sudah punyai lima anak, tetapi wajahnya tetap segar, muda dan saya takjub sekali dengan dia. Bayangkan sahaja, sudah punyai lima anak tetapi tetap disangka anak dara yang baru mekar. Luar biasa sekali.
Seperkara yang saya tahu, ibu itu keturunan yang memang sedia cantik dan awet muda, namun seperkara lagi, saya baru tahu pada hari itu dan melalui ibu itulah, saya semakin rungsing dengan cerita lelaki-lelaki baik ini.

Lelaki baik
Petang baru masuk bersama awan-awan yang berbentuk kasut mary jane. (Bentuk kasut yang saya baru belajar secara tidak sengaja dua hari lepas). Saya pula pada ketika itu dengan wajah yang baru dikesat minyaknya sedang duduk semeja dengan seorang ibu beranak lima yang cantik.

Memang sudah tugas saya, sebagai editor buku bagi bertemu dengan manusia-manusia yang mahu menulis, dan pada petang itu, saya bertemu ibu yang mahu menulis. Menurutnya, dia mahu menulis berkenaan mendidik anak gaya Saiditina Fatimah, dan untuk saya, itu sangat bagus bagi pasaran buku.
Lalu cepat-cepatlah saya bertemu janji dengan dia, dan mulanya, terus-terang sahajalah di sini, saya menyangka akan bertemu perempuan yang berwajah keibuan, menyejukkan mata, dan membuat saya berasa menjadi anak kepada dia.

Sangkaan saya itu benar pada perempuan yang berwajah keibuan, menyejukkan mata tetapi dia tidak membuatkan saya berasa menjadi anak kepada dia. Malah, saya berasa dia seperti rakan sebaya walaupun anaknya sudah lima. Semuanya gara-gara wajahnya yang segar itu.

Mulanya hajat mahu berbincang berkenaan buku yang dia mahu tulis, tetapi kerana kagumnya saya kepada dia, saya lebih banyak cuba mencungkil rahsia berkenaan dirinya. Bertanya itu, bertanya ini dan kemudiannya, sampailah saya kepada soalan yang membuat saya rungsing.



Soalan
"Yakin saya, Puan ini tetap muda kerana air wuduk yang tidak pernah sempat batal," kata saya cuba memancing rahsia.

Ibu beranak lima itu hanya tersenyum sopan, dan yakin saya lelaki yang melihat senyumannya itu, adalah lelaki yang paling bertuah di dunia.

"Tidaklah sampai air wuduk itu tidak sempat batal, dan malah kebanyakkan waktu, air wuduk saya batal," kata ibu muda itu pula.

Belum sempat saya memikir lanjut sebab air wuduknya sentiasa batal, terus ibu cantik itu menyambung, "Sekiranya ada waktu yang sempat, jangan pernah gagal bagi menyentuh suami mu. Paling tidak cuit lengannya, itu pun sudah cukup. Sentuhan-sentuhanlah yang menjadikan bahagia itu tetap hangat. Dan lebih utama, suami yang baik, juga pasti mengerti aturan itu."

Ibu cantik itu kemudiannya tersenyum-senyum malu. Mungkin kerana sudah berasa terlanjur menceritakan tips paling rahsia berkenaan kebahagian rumahtangganya. Saya pula, daripada memikirkan berkenaan ibu cantik itu, terus saya terbayangkan lelaki bertuah yang menjadi pasangannya.

"Bertuahnya lelaki itu," kata saya, spontan.

"Sebenarnya, sayalah yang bertuah," jawab ibu cantik itu pula.

Waktu itulah, saya berasa hairan. Mengapa pula ibu cantik itu yang berasa dirinya bertuah? Sedangkan, untuk saya ibu cantik itu, yang sebenarnya mendatangkan tuah lalu saya bertanya, "Lelaki yang bagaimana membuatkan Puan pula yang menjadi bertuah?"

Ibu cantik itu, tersenyum-senyum malu sebelum berkata, "Dia lelaki baik. Untuk perempuan, cukuplah itu yang mereka dapat dalam hidup mereka, iaitu lelaki baik, dan selepas itu, dunia seisinya sudah menjadi miliknya. Jadi, boleh kamu bayangkan betapa bertuahnya saya dengan hanya seorang lelaki saya sudah memperoleh dunia dan seisinya?"

Berdebar-debar dada saya saat mendengarkan jawapan ibu cantik itu. Sehingga begitu sekali? Lalu bertanyalah saya kepada soalan yang membuat saya menjadi rungsing.

"Bagaimana mahu mencari lelaki baik seperti itu?"

Ketika itu jugalah, ibu cantik tadi mula terlihat serius dan akhirnya berkata, "Lelaki yang baik akan sentiasa menjauhi diri kamu."

Saya diam, dan saya langsung tidak nampak di mana logiknya.

"Saya tidak faham. Adakah maksud Puan lelaki baik tidak akan suka kepada saya?" Saya juga mula ikut serius.

"Lelaki yang tidak suka kepada kamu akan menjauhi mu, dan lelaki baik yang menyukaimu, juga akan menjauhi diri mu," jelas ibu muda itu dan membuat saya semakin bingung.

"Adakah Puan ini ahli sufi?" telah saya, kerana untuk persoalan sebegitu, biasanya hanya sufi-sufi yang mampu membuatkan manusia terbingung-bingung.

Ibu cantik itu ketawa kecil dan berkata, "Saya bukanlah ahli sufi, tetapi itulah hakikatnya, dan biarlah saya terangkan sebabnya."

Saya mengatur duduk saya supaya semakin baik, saya diam dan saya sedia mendengarkan kata-kata ibu itu.

"Untuk lelaki yang tidak menyukai kamu, memang jelas dia akan menjauhi kamu atas alasan, dia tidak suka kamu. Manakala untuk lelaki biasa, yang menyukai kamu, dia akan cuba mendekati kamu, dan ini pasti kamu tahu. Cuma lelaki yang benar-benar baik, apabila dia menyukai kamu dia akan menjauhi diri dari kamu dan inilah yang saya mahu ceritakan."

Jauh

"Lelaki yang baik itu, tidak akan menyentuh kamu. Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu. Bukan sahaja tangan halus kamu, bukan juga 'menyentuh' mata bening kamu, tetapi yang lebih utama, dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu. Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia, dan pada ketika dia sudah bersedia, dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah, barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu. Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada kamu? Sedaya upaya dia akan cuba menghindar, kerana dia tahu, pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara, pada ketika itulah, bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu, dan 'mencengkam' hatinya pula. Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya, antara rindu baik dan zina hati. Sangat-sangat halus, dan lelaki baik tidak mungkin mahu mengambil risiko itu."

Mendengarkan sahaja penjelasan itu, saya menelan liur. Bagaimana mungkin sehingga begitu sekali? Lalu, bagaimana nasib saya bagi berjodoh dengan lelaki yang baik sekiranya mereka menjauh dari saya?

"Lelaki baik itu, akan mendekatimu dengan niat mahu bernikah. Jadi pada ketika ada lelaki, yang berkata mahu menjadikan kamu isteri, dan pada ketika itu hati kamu terus berasa bahagia tanpa ragu-ragu, ketahuilah itulah lelaki baik, kerana kamu bahagia untuk perkara yang sudah kamu tahu. Bahagia itu bukan datangnya tanpa sedar, pasti sedikit-sedikit kamu tahu juga berkenaan lelaki baik di sekeliling kamu, dan tanpa sedar, kamu ada menaruh hati kepada dia. Lalu pada ketika lelaki yang kamu tanpa sedar suka itu, mengajak kamu nikah, kamu tidak akan ragu-ragu, malah kamu akan bahagia kerana kamu sudah tahu siapa dia," sambung ibu muda cantik itu lagi.

"Jadi, maknanya sebagai perempuan saya tidak punya peluang untuk berusaha bagi memperoleh lelaki baik, dan sekadar mengharapkan mereka tiba-tiba datang?" soal saya dengan hati yang sudah gusar.

"Siapa kata tidak perlu berusaha? Kamu taat pada perintah Tuhan, kamu patuh pada larangan, ibadat kamu tidak pernah berhenti, dan semua itu adalah usaha. Jodoh itukan misteri Tuhan, selain mati dan rezeki. Jadi, usahakan sahaja apa yang termampu, dan itulah antara usaha saya. Selain itu percayakan ibu bapa kamu sekiranya mereka mahu memberi jodoh, percayakan rakan-rakan yang kamu yakin bagus telahan hatinya kerana ibadatnya, bagi mencadangkan jodoh dan mencarikan jodoh. Selain itu berdoa dan terus patuh juga taat kepada Allah. Cuma sahaja, perlu jugalah kamu ingat, patuh dan taat kepada Allah itu, bukan atas urusan mahu jodoh yang baik, tetapi ikhlas mahu memperoleh reda-Nya. Kerana pada ketika kamu diberi jodoh yang sangat bertentangan dengan diri kamu, segeralah bandingkan diri kamu dengan Asiah yang bersuamikan Firaun, dan Nabi Noh yang beristerikan perempuan yang tidak percaya kepada Tuhan. Itulah tujuan kamu taat dan patuh kepada Tuhan, iaitu bagi mengikhlaskan ujian yang diberikan-Nya, kerana mungkin sahaja jodoh kamu dengan lelaki baik tidak di dunia ini, tetapi ditangguh sehingga ke akhirat."

Saya diam, dan saya akui saya rungsing hanya kerana memikirkan, adakah saya cukup kuat untuk semua perkara ini? Ah... lelaki baik apabila bercinta....

Friday, February 10, 2012

Not so Wordless Friday (^_^)

assalamualaikum..





> akibat malas nak menaip <


yang hanya nak dihuraikan  : kembali kecewa dengan diri sendiri =(



Maaf , Awak tak mampu cantumkan hati saya macam DIA.


jangan risau , walaupun kecewa , saya masih mampu tersenyum dan ketawa ,
kerana saya ada DIA .

Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday # 1

Assalamualaikum...










* bosan sudah jadi watak sampingan , nak apply jadi heroin pulak *

~kyaaaaaaaaaaa

Saturday, February 4, 2012

Mencintai Dia Dalam Diam


got this article from HERE 

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)

Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui,  saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.

Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )


Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )


Cukup cintai dia dalam diam.

Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..






Cukup cintai dia dari kejauhan.
 
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..






Cukup cintai dia dengan kesederhanaan. 

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..




Maka cintailah dia dengan keikhlasan. 

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )


Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)

simpan kejap2 perasaan itu dalam hati

Friday, February 3, 2012

A GIRL

 got this from HERE,
love it & share it here ^^




 A GIRL

From the day one..
she becomes apple of her father’s eyes…
Her silent tears do wonders..
and Dad agrees to do on what he said a big 'No' earlier..! :)

She can walk in style all day long without looking tired...:D

She burns her hand....while learning cooking for you..but never complains...:(

She can cry all night, but the next morning when her eyes are red..
its just because mascara hit her eyes.. =)


She Likes to be called "Angel" or "Princess" or "Baby"…

She will drop a lot of hints to tell you that she Loves you
But she won’t come say it directly..


When a guy says something really sentimental,
She will remember it forever.. :)


When a girl cooks for you.. You know..?
You mean a lot to her..

She feels Honored.. when You ask her Advice.. =)

She feels Shy.. when you look at her Silently.. =)

She feels Protective when she is dependent on you.


she is expected to seal her Words …
to crush her emotions… to stop her tears..
and to have a big smile on her face.. no matter she is crying hard inside.. =(



-he is one.. who is treated as a Princess in her Parent's House,
when she gets Married.. She leaves everythings behind..
her Parents, their Love.. her Room..
she adopts your family Values.. even your family name..
She calls your mother "Mum"... and your father "Dad" :)

love her..... because so many love her but she chooses to love you.....

Do you have someone so special in your lives too..?



................................





almost all statement are TRUE , but I agree more on the bold statement. ^^


Dad agrees to do on what he said a big 'No' earlier..! :) ---> this is sooooo TRUE ^^
abah selalu cakap yang saya anak dia yang paling degil , sebabnya saya akan cuba sedaya upaya pujuk dia sampai akhirnya saya dapat apa yang saya nak..dan selalunya berjaya ^^ 
itu kuasa anak perempuan rasanya hikhik 
adik lelaki saya pun kadang2 gunakan nama saya untuk pergi mana2 - mudah sikit katanya. 
 
 She can cry all night, but the next morning when her eyes are red..
its just because mascara hit her eyes.. =)

saya akui saya adalah ratu air mata tapi tak ramai yang tahu..
lacrimal gland saya ni hanya akan function bila tiada orang - 
saya ratu air mata dalam shower ^^
dan kelebihan saya walau macam mana teruk pun saya menangis , mata saya takkan bengkak, jadi tak perlu nak pakai mascara bagai , paling teruk pun muka merah , hidung merah. 
jadi orang tak pernah sedar pun. 
saya nampak sangat kuat di luar , dalamnya hanya Allah yang tahu betapa lemahnya saya.


 She will drop a lot of hints to tell you that she Loves you
But she won’t come say it directly..

haha this is soooo trueeee 
so awak yang membaca tu , tak dapat lagi ke signal saya ni ??? ^^
nanti ramai pulak dapat signal salah ni hikhik 
untuk saya sendiri , saya takkan luahkan kot , 
tapi saya percaya 1 ungkapan ni :
" perempuan boleh menyembuyikan rasa cintanya , tapi perempuan tidak boleh menyembunyikan rasa cemburunya " 
this is seriously true !! 
tips untuk lelaki tu


When a guy says something really sentimental,
She will remember it forever.. :)

ini memang masalah wanita seluruh dunia haha 
kan saya dah cakap hati perempuan ni lemah
jadi buat lelaki di luar sana , please la jangan jadi player sangat.
dan kalau anda lelaki yang baik , tolonglah ikut nasihat Ustaz Azhar ni : 


" Jangan buat wanita itu jatuh cinta , kalau anda tak cintakan dia "

 

yah bila ada lelaki baca benda ni , akan ada yang berkata
" perempuan ni complicated la.. bla bla bla "


mungkin ye kami ni 'complicated' , tapi yang lebih utama , kita berbeza ,
itu sahaja penyebabnya , kita rasa 'our opposite gender' are complicated.
kami perempuan pun rasa lelaki complicated.
so 2x5 la kan ^^

sebab tu la kena baca Man From Mars , Women From Venus.jadi promoter pulak
kata2 dalam buku itu boleh membuatkan anda asyik mengangguk dan mengakui kata-kata yang terkandung di dalamnya , seakan terkena pada batang hidung sendiri ^^
so before u get married with the opposite gender except if u are lesbian or gay , please 'study' 1st the opposite gender.




dah la apa ainsabrina duk merepek ni..hoho
got to go..
wasalam

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails