emosi semalam tak stabil
emosi hari ni dah kembali stabil (^_^)
saya paling tak suka bila emosi saya tak stabil sebab saya rasa lemah =)
jadi saya akan cepat-cepat cari 'ubat' untuk stabilkan balik (^_^)
ni bukan ubat fizikal ala-ala ubat antidepressive semua , ini lebih kepada ubat rohani --> dekatkan diri padaNYA
itulah UBAT TERBAIK !!!
............................................................
bila kita dekat padaNYA , kita akan rasa tenang
kan DIA dah janji dalam surat cintaNYA pada kita
" Ingatlah pada Allah, sesungguhnya dengan mengingatiKU hati akan jadi tenang......"
korang pernah dengar x benda ni ,
bila korang rasa kusut , cuba korang buka lembaran ayat Al-Quran (surat cinta ALLAH buat hambanya),
korang buka je buka muka surat apa pun , mengikut naluri hati (yang insyALLAH juga dipegangNYA),
Baca ayat Al-Quran & tafsirnya sekali di lembaran Al-Quran yang anda terbuka dengan naluri hati tadi,
dan dengan kuasa Allah , jawapan yang anda cari ada di lembaran Al-Quran tadi..
ini yang saya selalu buat bila saya kusut..
Al-Quran & tafsir dalam bahasa Korea. Islam itu universal. |
takpun cara terbaik adalah mengadu padanya- mengadu, menangis , merintih - ALLAH sentiasa mendengar (^_^)
HE is always there for us , masalahnya kita yang hamba ni yang selalu lupa pada DIA..astagfirullahalazim
ada satu ayat yang saya dapat daripada Talk Prof Dr Muhaya yang saya pergi hujung minggu lepas
" mengeluh pada Allah , bersemangat pada manusia "
itulah yang sepatutnya..
ye mengadu hanya padaNYA..jangan mengeluh pada manusia , kerana takut ia menjadi bahan umpatan dan menjadikan pendengar yang mendengar menjadi lemah kerana kita telah salurkan unsur negatif kita pada dia..
dan kita sebagai manusia memang memerlukan sokongan daripada sekeliling , namun jangan sentiasa salurkan unsur negatif, asyik bersedih dan mengadu..cuba kita gembirakan diri , salurkan lebih banyak unsur positif dan dengan mudah sekeliling kita menjadi positif.
insyALLAH. (^_^)
p /s : saya asyik cakap pasal aura positif , negatif je kan..ini input saya dapat dari talk Prof Dr Muhaya (rancangan ustazah pilihan & Dari mata ke hati) , insyALLAH kalau ada rezeki saya kongsikan dengan semua
pppp/ssss : saya exam next week, tolong doakan (^_^)
2 pengomen:
semoga dipermudahkan urusan menjawab exam..tip yg berguna untuk kita..terima kasih..
thanks ija ^^
Post a Comment