Monday, October 31, 2011

10 minit yang mendebarkan

esok exam ~

akhirnya esok penentunya..

berhari-hari study sampaikan cuti deepavali pun tak balik !! sedangkan ainsabrina la orang paling pantang ada cuti walaupun sedikit , mesti nak balik umah ^^

bila fikir-fikirkan balik , study berhari-hari , examnya 10 minit ja (exam clinical short case )..

memang short pun - dalam masa 10 minit , kena pastikan jumpa finding , boleh conclude kepada diagnosis dan lastly boleh menjawab soalan2 yang tak terduga dari examiner..

fuh..dalam 10 minit tu macam-macam boleh terjadi..10 minit yang sekejap boleh jadi panjang dan 10 minit yang disangka lama boleh jadi sekejap..ikut keadaan kita dengan examiner..

dup..dap..dup..dap je ni (^_^)

apa-apa pun , dalam stress nak exam tetap ada rasa seronok sbb ada event best hari ni ^^

mama saya yang tgh ada di Makkah for Hajj , fon petang tadi !!

seronok tak terkata !! terbalas rindu dendam ^^

ye la kita tengah2 stress nak exam , selalunya mudah je nak fon mama ,abah-nak mengadu..tapi bila diorang ada di sana , takut menganggu pulak , jadi saya pun pendam je la stress sorang2..
dan mama saya seakan ada telepathy , terus menelefon saya ^^

mengadu sudah, stress level dah kurang sikit , jadi masa untuk study kembali la sekarang ^^


doakan saya untuk exam esok !!! doakan examiner saya baik hati dan mood baik esok dan luluskan saya dengan mudah !! (^_^)

InsyALLAH akan ke sana suatu hari nanti (^_^)

Thursday, October 27, 2011

Jawapan untuk masalah emosi (^_^)

assalamualaikum..

emosi semalam tak stabil

emosi hari ni dah kembali stabil (^_^)

saya paling tak suka bila emosi saya tak stabil sebab saya rasa lemah =)

jadi saya akan cepat-cepat cari 'ubat' untuk stabilkan balik (^_^)

ni bukan ubat fizikal ala-ala ubat antidepressive semua , ini lebih kepada ubat rohani --> dekatkan diri padaNYA

itulah UBAT TERBAIK !!!

............................................................

bila kita dekat padaNYA , kita akan rasa tenang

 kan DIA dah janji dalam surat cintaNYA pada kita



" Ingatlah pada Allah, sesungguhnya dengan mengingatiKU hati akan jadi tenang......"


 korang pernah dengar x benda ni ,

bila korang rasa kusut , cuba korang buka lembaran ayat Al-Quran (surat cinta ALLAH buat hambanya),
korang buka je buka muka surat apa pun , mengikut naluri hati (yang insyALLAH juga dipegangNYA),
Baca ayat Al-Quran & tafsirnya sekali di lembaran Al-Quran yang anda terbuka dengan naluri hati tadi,
dan dengan kuasa Allah , jawapan yang anda cari ada di lembaran Al-Quran tadi..

ini yang saya selalu buat bila saya kusut..

Al-Quran & tafsir dalam bahasa Korea. Islam itu universal.


takpun cara terbaik adalah mengadu padanya- mengadu, menangis , merintih - ALLAH sentiasa mendengar (^_^)
HE is always there for us , masalahnya kita yang hamba ni yang selalu lupa pada DIA..astagfirullahalazim

ada satu ayat yang saya dapat daripada Talk Prof Dr Muhaya yang saya pergi hujung minggu lepas

" mengeluh pada Allah , bersemangat pada manusia "

itulah yang sepatutnya..

ye mengadu hanya padaNYA..jangan mengeluh pada manusia , kerana takut ia menjadi bahan umpatan dan menjadikan pendengar yang mendengar menjadi lemah kerana kita telah salurkan unsur negatif kita pada dia..
dan kita sebagai manusia memang memerlukan sokongan daripada sekeliling , namun jangan sentiasa salurkan unsur negatif, asyik bersedih dan mengadu..cuba kita gembirakan diri , salurkan lebih banyak unsur  positif dan dengan mudah sekeliling kita menjadi positif.

insyALLAH. (^_^)

p /s : saya asyik cakap pasal aura positif , negatif je kan..ini input saya dapat dari talk Prof Dr Muhaya (rancangan ustazah pilihan & Dari mata ke hati) , insyALLAH kalau ada rezeki saya kongsikan dengan semua


pppp/ssss : saya exam next week, tolong doakan (^_^)

Tuesday, October 25, 2011

Tiba-tiba rasa dewasa

berazam tak nak menaip di blog buat masa ni..

memandangkan exam minggu depan (asyik exam je kan..boring sudah  ^_^ )

tapi.......................

minggu ini masalah berganti-ganti bak pertandingan olahraga berganti di sekolah (^_^)

*senyum lagi*

walaupun susah + stress , senyum itu penting..

walaupun tak menyelesaikan masalah , ia memberi aura positif pada kita , seakan anggota badan kita memberi support dan semangat dikala hati & hypocampus di otak sibuk meneliti masalah emosi (^_^)

...........................................

tiba-tiba rasa dewasa

pabila sudah memikirkan masalah emosi dengan lebih serius !!

dulu bila ada masalah emosi sebegini , ainsabrina mengambil sikap ignorant , hiraukan perasaan itu , lama-lama ia akan mati sendiri..

itu dulu , di saat matlamat untuk 'kawin' itu masih jauh..

adakah ainsabrina sudah mahu berkawin??

oh, tidak !!

hanya matlamat itu sudah makin dekat , buatku tersedar aku tiba-tiba sudah dewasa !!

terpaksa memikirkan 'benda emosi' ini..

oh , mahu LARI !!!!!

Friday, October 14, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (30) Bukan Cinta Biasa







Tajuk buku : Bukan Cinta Biasa
Penulis : Izzul Izati
Keluaran : Kaki Novel
Halaman : 536  m/s



Ulasan Ain Sabrina :

 
Shahira , gadis baik yang sentiasa mendahulukan orang lain dan juga sentiasa tenang. Di samping dia , ada sahabat-sahabat yang sentiasa ada , Diana , Anuar dan Rafizi. Mereka kenal sejak di bangku sekolah. Bagi Shahira , mereka adalah sahabat terbaiknya dan siapa sangka dalam pertalian sahabat itu , ada Anuar yang memendam rasa. Namun , Shahira jujur , pada dia Anuar hanyalah sahabat. 

Di universiti, dia dipertemukan dengan Azlisyam. Sejak dari pertemuan awal , mereka sudah bersengketa dan tiada tanda perdamaian antara mereka. Dan siapa sangka , mereka telah dijodohkan bersama oleh ibubapa mereka. Tiada yang membantah secara terus , memandangkan Shahira memang tiada pilihan yang lain dan Azlisyam memang sudah jatuh cinta dengan Shahira. 

Walaupun dah bertunang , tiada perbezaan yang berlaku. Tiada kata cinta yang terluah antara mereka, hanya persengketaan yang menghiasi hubungan mereka. Perhubungan yang pada awalnya dirahsiakan  akhirnya diketahui Anuar. Kecewa dengan Shahira , Anuar membawa diri jauh. Shahira tidak menyesal dengan pilihannya namun ada rasa sesal dengan perhubungan persahabatannya dengan Anuar yang terputus. 

Akhirnya mereka berkahwin , dalam diam ada terpancar rasa kasih antara mereka. Sehinggakan Azlisyam meluahkan rasa hati secara jujur pada Shahira. 

Dugaan menimpa ketika saat bahagia. Ada salah faham menimpa dan pada saat yang sama cahaya mata yang dinanti-nanti turut pergi. Di saat Shahira paling memerlukan Azlisyam disisi , Azlisyam bersikap dingin. Sengaja menunjukkan rasa geram yang tidak bertepi sehinggakan dia sengaja menerima cadangan ibunya untuk memadukan Shahira. Kecewa, Shahira membawa diri. Di saat itu , Anuar kembali tampil cuba merebut kembali cinta Shahira.



Komen Ain Sabrina :


Kisah dalam novel ini agak menarik walaupun agak klise. 

Dikisah dalam kisah ini , watak Shahira itu seakan watak wanita idaman semua. Ramai betul peminat dan lelaki yang  meluahkan perasaan. Agak fantasi di situ dan saya sebagai perempuan yang membaca, ada perasaan menyampah yang timbul. ^^ Peminat yang ramai itu satu bonus, namun cara Shahira melayan mereka boleh buat saya yang melihat dari jauh merasakan watak Shahira itu mengada-gada. Jika tidak suka , jangan dilayan dan terus buatkan tanda titik noktah pada mereka supaya mereka tidak terus mengharap. Ini tidak , masih berlagak neutral dengan mereka , menolak tidak, menerima pun tidak. 

Juga kisah ini , banyak salah faham yang berlaku kerana dari awal tiada pengesahan rasa antara mereka berdua. Semua asyik dengan ego masing-masing , tiada yang mahu mengalah meluahkan rasa, akhirnya salah faham berlaku. Macam yang saya cakap sebelum ini , rasa itu tak perlu diberitahu secara berlebih-lebihan tetapi cukuplah sekadar orang di sana mengetahui rasa hati orang di sini. Apa-apa pun , watak Azlisyam yang akhirnya mengaku cinta , mungkin boleh dipuji. Jika tidak sampai ke akhir , tiada penyelesaian. 

Namun geram juga pada watak Azlisyam yang terus menuduh tanpa usul periksa. Sepatutnya dia perlu menyiasat sebaik mungkin sebelum membuat apa-apa keputusan. Dan sikapnya yang terlalu melayan perasaan marahnya , tanpa memperdulikan kesedihan Shahira yang baru kehilangan, membuatkan saya rasa sedih dan dalam masa yang sama sakit hati dengan sikapnya. 

Pengakhirannya , agak mengecewakan bagi saya. Saya mengharapkan yang lebih baik dan lebih romantic mungkin. (^_^)

Ain : Cabaran 50 Buku : (29) Rooftop Rant







Tajuk buku : Rooftop Rant.
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 538 m/s



Ulasan Ain Sabrina : 


Satu lagi karya Hlovate , namun karya ini lebih berat berbanding karya-karya hlovate sebelum ini. Rooftop Rant lebih banyak menceritakan masalah reality , penyelesaiannya dan juga falsafah-falsafah hidup. 

Ia kisah di suatu bumbung di menara Topaz yang menemukan Trisy dan Jade. Kisah ‘Jaded the Jade’ dan ‘the unwanted Trisy’ , dua-dua dengan konflik yang berlainan namun mereka berkongsi masalah dan ketenangan yang sama di rooftop itu. Perbualan antara mereka berdua seakan-akan memberi kata-kata semangat buat satu sama lain. Bak kata satu kata-kata : "There're times when strangers are like family, and family are like strangers" .  Itulah mereka , walaupun tiada hubungan persaudaraan namun mereka rapat dan memahami antara satu sama lain lebih daripada hubungan saudara itu sendiri. 

Kecewa dengan hidup , Trisy overdose sehinggakan dia dimasukkan ke wad psykiatrik . Dan pada masa itu , hanya Jade jadi peneman , tiada ibu, tiada ayah juga tiada sedara yang datang menjenguk. 

Akhirnya , ibu dan ayah Trisy membuat keputusan , menghantar Trisy pulang ke kampung. Di sana ada datuk dan nenek yang menjaga. Terasa hidup lebih terjaga dan bermakna , namun rasa rencahnya kurang bila Jade tiada. Juga ada watak Pak Su , ustaz versi rock yang menjadi teman bualan penganti Jade , walau tidak sepenuhnya.

Dan dalam masa yang sama , Jade juga sudah temui jalan kejayaan , menjadi yang lebih baik dengan bakat yang ada. Terus menjurus ke bidang yang dia suka , bukan kerana dipaksa atau terpaksa. 

Ternyata hidup Trisy lebih terjaga dan bermatlamat, sehinggakan dia berjaya melanjutkan pelajaran.  Di sana dia dipertemukan dengan Lekiu , adik Jebat dalam novel 5 Tahun 5 Bulan. Namun , Trisy jujur dengan perasaannya , secara baik dia menolak rasa kasih Lekiu padanya. 

Walaupun antara Trisy dan Jade, tiada kata yang pasti mengenai hubungan mereka , namun mereka percaya antara satu sama lain. Saling menunggu dan saling setia.

Komen Ain Sabrina :
 

Cerita ini jujur saya katakan terasa sukar dan lambat untuk saya habiskan helaiannya jika dibandingkan dengan karya-karya Hlovate yang lain. Ini mungkin kerana kisah ini lebih berat dan kurang ‘jiwangnya’ berbanding karyanya yang lain. Banyak falsafah yang diadunkan dalam kisah ini. Saya suka falsafah yang Jade berikan buat Trisy – “ live well or live hell , u choose” .  Itulah yang sebenarnya , perjalanan hidup kita , kita yang tentukan dan dugaan pasti datang dan percaya pada kataNYA yang DIA takkan membebankan kita dengan apa yang kita tidak mampu. Percaya pada DIA dan teruskan kehidupan berlandaskan hukum hakamNYA.  Itulah kata-kata Jade buat Trisy yang boleh aku simpulkan secara mudah. 

Kisah Trisy yang dahagakan kasih sayang juga kisah Jade dengan krisisnya sebagai anak tengah , memang kisah reality yang berlaku.  Dan memang realitinya banyak yang hilang dalam arus masalah ini . Dan novel ini menunjukkan salah satu contoh cara terbaik menghadapi masalah ini dan jangan cuba lari dari masalah. 

Juga kisah antara Trisy dan Jade sangat menarik. Tiada komunikasi ‘jiwang’ yang banyak antara mereka tetapi seakan ada perhubungan hati secara maya antara mereka. Saya suka perhubungan begini , maksud saya tidak perlu luahkan rasa cinta secara berlebih-lebihan, cukup sekadar orang yang lagi satu mengetahuinya. Ini kerana bila rasa itu diluahkan berlebih-lebihan sebelum berkahwin , manisnya sudah hilang tika saat hubungan itu sudah halal. 

Saya juga suka cara Jade meluahkan, mudah dan difahami terus sampai ke hati :

“ kau tau aku memang tak pernah good with words ,kan?”
Lambat-lambat Trisy mengangguk menunggu Jade menyambung.
“aku dah cakap dengan Pak Su , aku nak jaga kau “. Tenang Jade mengucapkan sepatah-sepatah.
“aku nak jaga kau sebab aku sayang kau. Be my wonderwall?"

*senyum sampai ke telinga*

Ain : Cabaran 50 Buku : (28) 5 Tahun 5 Bulan







Tajuk buku : 5 tahun 5 bulan.
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 509 m/s



Ulasan Ain Sabrina : 

5 tahun 5 bulan adalah satu lagi karya tulisan Hlovate. 

Ana , bekerja sementara sebagai orang gaji di rumah Encik Latfy. Di sana dia dipertemukan dengan anak-anak Encik Latfy. Kerjanya tak mudah namun tidak la sesusah mana jika watak Along tidak ada. Along yang Ana gelarkan Along Serbia, hanya kerana dia suka sahaja mengomen setiap hasil kerja Ana. Ada saja yang tidak kena dengan pandangan Along yang pada saya dari pandangan pembaca, Along nampak sengaja ingin mengenakan dan memberi ujian pada Ana. Ternyata Ana sentiasa tenang. Dan siapa sangka , ada rasa yang bercambah dalam hati Along lebih-lebih gerak gaya Ana melayan adik-adiknya mengingatkan dia pada arwah mamanya. 

Namun tidak sempat rasa diluahkan , dia dikejutkan dengan kewujudan Jo. Karektor Ana dan karektor Jo ternyata berbeza. Jo lebih kasar, tidak suka cintan cintun, manakala Ana lebih lembut, dan bersifat lebih kepada suri dalam rumah. Along terkejut dan terkesima dan sehingga sebelum Ana berhenti kerja , mereka masih dingin antara satu sama lain.

Pemergian Ana membenihkan rasa rindu antara satu sama lain namun perasaan masih dipendamkan. Tiada luahan antara mereka. 

Di sana Ana dipertemukan dengan Jebat. Bersahabat baik sampaikan ada satu saat Ana seperti ada rasa buat Jebat sehinggakan Along turut rasa tergugat. Akhirnya setelah semua salah sangka dibersihkan , Along akhirnya berani meluahkan rasa dan setahun tempoh diberikan untuk Ana memikir. 

Hubungan jarak jauh, mampukah?



Komen Ain Sabrina :
 
Komen saya mungkin agak bias , sebabnya saya ni memang peminat karya Hlovate. Walaupun ada orang kata cerita ini klise dan pengakhirannya sudah dapat diketahui , namun bagi saya kisah ini masih menarik. Menarik bagi saya adalah saya boleh mengulang baca novel ini lebih dari 10x pun. ^^

Watak Ana , yang sangat cekap di dapur mebuatkan saya rasa iri hati dan ingin menjadi cekap seperti itu juga suatu hari nanti. Wataknya seakan lengkap dan sempurna , gadis yang cekap mengenai hal isi rumah juga bijak dalam pelajaran. Nampak fantasi la juga , tapi tak mustahil boleh jadi macam Ana , kalau ada usaha yang gigih. (^_^)

Watak Afiq @ Along , digambar sebagai seorang abang sulung yang bertanggungjawab. Walaupun dia tegas pada adik-adiknya , namun masih terpancar kasih sayang buat adik-adiknya. Saya sangat suka pada watak-watak adik-adik along terutama watak Angah @ Apeh. 

Dalam mengulang novel ini , saya paling suka ulang 2 bahagian. Bahagian yang depan , masa Ana jadi orang gaji rumah Along dan bahagian IV (bahagian akhir). Baca bahagian IV boleh buat saya senyum sampai ke telinga dan juga menangis gembira (ya, itulah saya, waktu gembira pun boleh nangis ^^) .  Cara Along meluahkan rasa , boleh buat saya tersenyum satu malam. 

Ain : Cabaran 50 Buku : (27) aA+bB





Tajuk buku : Aa +  bB
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 495 m/s


Ulasan Ain Sabrina : 


Kisah Aa+Bb adalah kesinambungan kisah Tunas. Masih berkisar kisah Addin. Namun Kisah Addin yang lebih dewasa. Kini Addin bukan lagi budak sekolah  yang asyik nak buat jenayah sekolah , addin yang dewasa kini ada tanggungjawab yang lebih besar. 

Kisah dimulakan dengan perkenalannya dengan Aie di saat dia tersesat di  Leiden. Perkenalan mereka tidak berhenti di situ. Selepas itu , mereka kembali terserempak di Malaysia. Dari hanya bertukar email , maju ke ‘chatting’ sentiasa dan akhirnya bertukar nombor telefon. Di saat itu, watak Benz kembali muncul. Bukan muncul sebagai kawan lama , namun muncul sebagai calon suami Addin pilihan ibu dan ayah Addin. Di saat dibelengu dengan masalah demi masalah, Aie jadi teman untuk Addin meluahkan masalah. 

Dalam tidak mahu, dalam tiada rasa cinta, akhirnya mereka jadi suami isteri. Suami isteri hanya pada nama. Bersua , bercakap bagaikan orang asing. Kucai menjadi orang tengah, cuba merapatkan mereka, kerana dia tahu ada rasa yang termetrai antara mereka berdua. 

Peristiwa mereka dikejut dengan lawatan mengejut ibu dan ayah Benz memaksa mereka menjadi pelakon, menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas itu, ada peristiwa yang menimpa Addin, sedih, Benz jadi teman.
Tak cukup dengan itu , Nina , adik Benz , menjadi salah seorang ahli rumah mereka. Mahu atau tidak , sekali lagi terpaksa mereka lakonkan watak ‘ayong’ dan watak ‘along’ dalam versi suami isteri bahagia. Panggilan nama sudah bertukar , Didi dan Benji . Dan tanpa mereka sedar , hubungan yang kekok sebelum ini , kembali damai.Seminggu Benz menghilang kerana Outstation , ada rasa rindu yang muncul dalam hati Addin, juga ada rasa rindu pada Addin dalam hati Benz.

Di saat hubungan mereka baru mekar , ada rahsia Benz yang baru diketahui Addin. Rasa tertipu , Addin kembali menjadikan Benz sebagai orang asing. Mujur ada watak Kucai dan Chik yang mengharmonikan kembali segalanya.

Di saat mereka sudah menerima satu sama lain sebagai suami isteri yang sebenar , mereka sekali lagi ditimpa dugaan yang menjadikan Addin seperti insan lain. 


Komen Ain Sabrina : 


Seperti saya katakan sebelum ini , saya memang peminat karya Hlovate dan dalam banyak-banyak karya Hlovate , saya paling suka karya yang ini. Mungkin sebab kisahnya panjang. Perhubungan Addin dan Benz yang dari sekolah akhirnya termetrai menjadi hubungan halal , suami dan isteri. Dari cinta monyet , dari bermusuhan akhirnya mereka jadi pasangan yang paling romantik.

Watak Benz boleh membuatkan saya yang membaca turut jatuh cinta seperti Addin.dan mungkin juga kerana watak Addin, seorang doktor membuatkan saya juga terasa saya adalah watak utama saat membacanya. ^^ berangan sekali namanya. Cerita ini membuatkan saya berangan hinggakan ada satu persamaan matematik saya buat dahulu : doktor + engineer = happy family. Haha mungkin persamaan iu dipengaruhi dengan kehidupan saya waktu itu. Sehinggakan ada kawan-kawan pernah bagi kad ‘happy birthday’ pada saya , bercakap pasal benda ini . Pabila teringat balik, nak tergelak pun ada. ^^
 
Watak Benz yang paling menarik hati saya, adalah di saat dia sama-sama ada di saat Addin jatuh. Di saat Addin rasa putus asa dengan kehidupan , Benz menjadi teman setia Addin. 

Dan saya amat suka babak dimana mereka sama-sama membetulkan diri masing-masing dan mendekatkan kembali dengan Maha Pencipta. Dan sekali lagi , bila rezeki itu ada , mereka menjaganya bersungguh-sungguh dan saya sangat-sangat suka cara Benji menjaga . Dan ini dialog yang saya suka 

 Addin : “ u sound ike an O&G doc , psychiatrict , dietrician, maternity nurse and ustaz rolled into one”
Benz : “ it’s called a daddy in a hubby “

Ain : Cabaran 50 Buku : (26) Tunas


Assalamualaikum 


                                         
Tajuk buku : Tunas.
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 539  m/s


Ulasan Ain Sabrina : 

Tunas mengisahkan kisah zaman sekolah menengah dan ragam setiap seorang mereka. Menarik !!! Membuatkan pembaca merindukan kenangan zaman sekolah.

Asrama lazim dengan kisah penghuninya , dengan ragam yang pelbagai. Ada yang menyakitkan hati , ada yang alim-alim kucing, ada yang pakar IT , ada yang berlagak diva, juga ada kisah melangar peraturan. Dan kisah Tunas membawakan Addin watak utamanya , juga ada watak tambahan yang lain dengan ragamnya yang menarik hati.

Addin, gadis yang menyamar menjadi orang kebanyakkan sehinggakan kembar sendiri dibuat macam orang asing. Sehinggakan  dia pernah kena ‘tangkap basah’ dengan abang kandungnya sendiri. Kemudian mereka dilantik menjadi ketua pelajar bersama.

Masuk tahun akhir di sekolah, ada pelajar baru yang masuk. Gayanya pelik, namanya pun pelik – Benz Alif. Nama ala-ala nama kereta kata Addin. Dari awal mereka seakan tidak sebulu , seakan ada perjanjian musuh antara mereka .
Tahun akhir ini juga dia dikenalkan dengan Magnificient  7  , 7 orang seangkatan dan pasti dengan ragamnya pelbagai.  Ada MoU antara mereka ,sama-sama men’cover’ kesalahan masing-masing. Dan dengan bantuan mereka juga , Addin berjaya mengenakan Benz. Dan siapa sangka kerana Mags 7 ini juga, Addin terpaksa digandingkan dengan Benz Alif  dalam Malam Annual Dinner. 

Berpasangan sedangkan bermusuh sejak awal lagi. Berpasangan sehinggakan mereka ditabalkan ‘Ideal Couple of the Night’ malam itu. Terkejut . 

Dan siapa sangka selepas itu , mereka dan boleh duduk semeja berkongsi ilmu bersama . Benz jadi guru add maths Addin, Addin jadi guru fizik pada Benz.  

Namun tak lama selepas itu , ada satu peristiwa yang berlaku di Jusco hingggakan perjanjian musuh antara mereka kembali berlaku. 


Komen Ain Sabrina :  
  
Saya adalah peminat tegar tulisan HLOVATE. Di saat  tulisannya masih di laman blog dan belum dibukukan lagi , saya sudah jatuh cinta dengan karyanya. Karyanya lain dari yang lain , karyanya membuat saya memikir atau dalam bahasa lainnya - “thinking out of the box”. 

Kisah Tunas memang boleh membuatkan kita terasa muda kembali. Membaca kisah-kisah zaman sekolah mengingatkan kita kepada memori zaman sekolah dahulu. Walaupun kisah Tunas , kisah zaman sekolahnya lebih berencah dan nampak lebih menarik , tetapi masih ada diterapkan perasaan seronok belajar di situ. Cara Hlovate mengaitkan setiap kisahnya dengan subjek-subjek penting sekolah , membuatkan pembaca rasa teringin belajar dan menaikkan semangat belajar dalam diri pembaca .

Watak Addin juga menarik. Walaupun ada nakalnya , dia tetap masih kuat pada agama dan ada semangat juang yang tinggi untuk belajar.  Watak Benz juga ada karektor yang kuat, budak jenayah tetapi masih ada baiknya.  Juga watak-watak yang lain , semua ada karektor dan keunikan masing-masing.


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails