Friday, August 26, 2011

4th day as Korean : Namsan Tower


Assalamualaikum..

Masih di hari ke-4.

Malam itu kami ke Namsan Tower.



Nak ke Namsan Tower- ada 2 cara :

Sama ada naik cable car atau naik bas.

Kami buat keputusan nak naik dengan cable car , balik nanti naik bas..jadi boleh rasa dua2..

Jadi dari Namsangol Hanok Village tu, kami berjalan ke Namsan Cable Car Ticket Office, tempat di mana kami kena beli tiket dan akan naik cable car dari situ. 

Nampak di map, macam dekat je, ternyata kami tertipu dengan diri sendiri. 

Ye, ia memang dekat, tetapi dekat+naik bukit memang sangat memenatkan. Bayangkan hampir sejam kami berjalan dari Namsangol Hanok Village ke Namsan Cable Car itu. Naik bukit dan naik bukit. Penat yang amat. 

Nasihat saya : tolong ambil bas dari Namsangol Hanok Village ke Namsan Cable Car. Ada perkhidmatan bas disediakan kepada pelancong dari Namsangol Hanok Village terus ke Namsan Tower dan ada juga perkhidmatan untuk ke Namsan Cable Car. Pilihlah yang mana berkenan di hati tapi jangan sesekali ambil risiko macam kami berjalan ke Cable Car itu. 

Untuk naik cable car ada beberapa pakej yang disediakan. Sama ada one way atau two way(pergi balik).
Untuk one way : 6,000 won
Two-way : 7,500 won.

Untung lagi two-way kan..tapi sebab nak rasa dua2 kan..jadi kami buat pilihan ambil one-way..

Ini gambar kami di dalam cable car:




Pemandangan bandaraya korea dari dalam cable car.



Sampai je di kawasan Namsan Tower, kami jalan-jalan di kawasan luar dahulu. Nak cari tempat strategik untuk solat. Biasalah merantau di negara bukan islam, mana la nak jumpa surau bagai, jadi kami solat di penjuru suatu kawasan di Namsan Tower. 



Untuk solat nasihat saya : 

1.bawa kain batik ke tak kisah la apa2 kain untuk buat lapik solat.macam kami untuk hari ke-4 ni kami telupa nak bawa, jadi kami just gunakan pamplet2 yang kami angkut di beberapa tempat yang kami pergi sebelum ini.
2. bawa kompas atau kalau ada application dekat phone untuk tunjuk kiblat lagi bagus.
3. untuk perempuan, pakai pakaian yang sesuai untuk solat. Tak perlu bawa telekung bagai. Asalkan penuhi tatacara aurat untuk solat- bawa stokin untuk tutup kaki, bawa sweater untuk tutup bahagian baju yang mungkin agak tak sesuai untuk solat ++ apa-apa lagi yang anda rasa berkenaan.
4. untuk wuduk, anda akan ambil wuduk di tandas. Dan kebanyakan tandas di negara luar memang takda paip dalam tandasnya jadi anda terpaksa ambil wudu’ di sinki luar. Orang lain pasti memerhatikan anda dengan pelik. Buat muka confident + cool ja. Dan jangan la biar air tu mencurah sgt nanti marah pulak tukang cuci tu. Kalau nak mudah, bawa satu tuala kecil, gunakan tuala kecil itu untuk mengambil wudu’. 

Ini cara saya la..ke korang ada lagi nasihat lain..boleh je kita sesama muslim kongsi apa yang patut kan..

Ok lepas solat, baru kami teuskan penjelajahan kami di Namsan Tower. 

Ni ada satu pondok di kawasan Namsan Tower.



Kalau korang pernah tengok game show korea yang bertajuk Running Man. Mungkin korang akan familiar dengan pondok ini. Dalam episode Running Man di Namsan Tower itu, ada Jong Kok (Sparta Kok) nyanyi di pondok ini. ^^

Di luar Namsan tower, ada satu kawasan yang korang akan lihat banyak2 mangga kunci diletakkan di pagar-pagar. 




Ini adalah mangga-mangga yang diletakkan pasangan-pasangan bercinta sebagai tanda cinta mereka. Kalau sesiapa pernah tengok we got married versi Nickhun & Victoria mungkin korang akan lebih faham. ^^

Masa kami di situ juga, ada satu band rock lama tengah buat persembahan di situ.
Secara jujurnya saya tak kenal pun group ni masa tu, tak tengok ramai sangat tengah tengok, jadi kami pun tumpang tengok + rakam video ^^




*abaikan suara2 kami di belakang itu*

Balik tu baru search, nak tahu nama group ini :

Rupanya nama group ni boohwal..


*excited jumpa artis korea, walaupun tak kenal ^^ *

Setelah lama di luar barulah kami masuk di Namsan Tower. 

Di dalam Namsan Tower, ada beberapa kedai kecil dan ada beberapa restoran. Dan yang paling penting sekali ada ini :

Teddy Bear Museum ^^



Ini beberapa gambar yang ada.

teddy bear + macam2 aksi






The best part is : princess’s hour teddy bear.


Prince Shin with Princess Chae Kyung versi teddy bear ^^

almari belakang tu - ada koleksi2 teddy bear yang ada di setiap ending siri princess's hour..

*siri princess's hour tengah disiarkan di NTV7 kul 12.00 tghari*


Siap bergambar dengan prince shin versi teddy bear lagi.

~ x nak berpisah ~

 selain ada teddy bear prince shin ni, juga ada teddy bear ini :

JOON BEAR






Bear yang mimik watak-watak Bae Yong Joon dalam lakonannya.

siapa Bae Yong Joon ni??

dia la watak utama cita winter sonata yang femes sesangat dulu-dulu.
dan baru-baru ni dia ada berlakon dalam cerita dream high. 
dan malam itu seperti dirancang, kami pulang dengan bas ^^


muka-muka excited+letih naik bas (^_^)




dan berakhirlah hari ke-4 kami sebagai Korean...



Wednesday, August 17, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (22) Bagaikan Puteri





Tajuk buku : Bagaikan Puteri
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Keluaran : Alaf 21
Halaman : 574  m/s

Ulasan Ain Sabrina :  

Bagaikan Puteri , kisah fiksyen yang ada dua zaman. Satu kisah di penghujung kurun ke-15 dan satu lagi kisah di abad-21. Kisah yang tak terjangkau akal.

Kisah di penghujung kurun ke-15, dikisahkan seorang laksamana hebat yang digelar Laksama Sunan yang nama sebenarnya adalah Saifudin. Di sebalik kehebatannya sebagai laksama, ada kisah lama yang tersembunyi. Kisah lalu yang menyebabkan dia membawa diri jauh dari kampung Punggor, Tanah Melayu ke Acheh. Namun, setiap yang berlaku ada hikmahnya, kerana kisah lalu yang menemukan dia dengan Wali Sufi dan menjadikan dia laksamana Sunan yang terkenal.

Rindu dengan kampung halaman dan setelah mendapat kebenaran dari Wali Sufi, Saifudin membawa langkah kembali ke Kampung Punggor. Di dalam perjalanan, dia dipertemukan dengan Haryani.

Haryani, gadis abad 21 yang tesesat di penghujung kurun ke-15 setelah koma ekoran kes ragut. Muncul di penghujung kurun ke-15 membuatkan dia buntu, lupa asal-usulnya. Pemakaian dan gaya percakapan yang berbeza membuatkan yang lain menyangka dia puteri dari Majapahit.

Pertemuan dan perkenalan antara Saifudin dengan Haryani membibitkan rasa cinta antara mereka. Namun tiada luahan tetapi mereka seakan faham rasa yang ada dalam diri masing-masing.

Haryani lupa kehidupannya di abad 21 dan makin selesa dengan kehidupannya di kurun 15. Sedangkan keluarga Haryani di abad 21 berduka melihat Haryani koma dan terlantar di hospital. Doktor jujur pada keluarga Haryani dan memberi tempoh seminggu untuk mengawasi keadaan Haryani. Hari makin hari, keadaan Haryani makin merosot.

Dani, keturunan Saifudin di abad 21 telah jatuh hati pandang pertama pada Haryani. Sedangkan pertemuan pertama mereka di saat Haryani koma dan terlantar tidak sedarkan diri. Tiap-tiap hari dia melawat Haryani di hospital, untuk melepaskan rindu di hati. Dan tiap-tiap hari dia membisikkan kata-kata mengharapkan Haryani kembali.

Antara 2 zaman, Haryani perlu membuat pilihan. Tiada 2 kehidupan, apabila memilih salah satu kehidupan, kehidupan lagi satu mestilah mati.


Komen Ain Sabrina : 

Membaca novel ini seakan saya membaca buku sejarah lama namun versi fiksyen. Ia seakan membaca cerita hikayat dan membuatkan saya terasa berada benar-benar di zaman kegemilangan Melaka dahulu. Lebih-lebih lagi ada watak Hang Tuah dan watak Sultan Mahmud. Ternyata watak Hang Tuah yang terlalu setia dengan Sultan agak menjengkelkan sehingga ke akhir novel ini. Watak Laksamana Sunan sangat mengkagumkan, dengan sifat kepahlawanan juga sifatnya yang berjuang kerana Allah.

Cerita abad 21 yang diselang-selikan dengan cerita kurun ke-15 membuatkan saya ternanti-nanti pengakhir cerita ini. saya juga seakan keliru. Di suatu pihak, saya berharap Haryani terus kekal di sisi Laksamana Sunan di kurun ke-15 dan kadang-kadang saya berharap dia kembali sedar dari komanya untuk terus hidup di abad-21. Penulis berjaya mebuatkan saya terkeliru dengan pilihan yang ada dan ternanti-nanti sambungannya.

Buku ini adalah rangkaian 3 novel dimana Bagaikan Puteri adalah permulaan kisahnya. Kisah akhirnya tergantung dan memerlukan saya membeli sambungannya. Dan sehingga kini saya dalam keadaan tertanya apakah sambungannya. Tak sabar nak cari buku sambungannya .


4th day as Korean : Namsangol Hanok Village


Assalamualaikum..

Maaf sbb dah lama sesangat x post pasal korea trip ni ^^

Kebelakangan ni agak sibuk + ada mision cabaran 50 buku tu, jadi post pasal korea trip ni dianaktirikan buat sementara waktu..

Ok nak sambung cerita..
Balik dari istana tu, kami ke

Namsangol hanok village.



Depan Namsangol Hanok Village tu ada 7E..Di korea, bila jumpa 7E rasa bahagia yang amat !!!
Sebabnya di 7E ada few foods yang kami dah check dan confirm food tu halal dan salah satunya ada kimbab yang kami makan ni :-


 
Kimbab yang kami makan ni kimbab tuna.
Kami juga beli susu pisang ini .

Kami juga sempat beli kuih ni yang ala-ala bahulu..sedap bangat !!!




Dah penuhkan perut, kami pun masuk ke Namsangol Hanok Village.

Namsangol Hanok Village ni tempat apa?
Secara ringkasnya ia adalah perkampungan korea di mana di situ kita boleh experience sendiri beberapa culture korea..

Masuknya percuma tapi ada beberapa pakej experience hands-on culture korea yang dikenakan bayaran. Ini contoh beberapa pakej yang ada :



Dan ini few hands-on yang kami join :


Memakai pakaian hanbok



Bermain muzik tradisional korea



Bermain permainan  tradisional korea.


game ala-ala game gasing kita


Menarik !! memang sangat menarik. Ada banyak lagi hands-on experience yang kami nak join sebenarnya tapi masa limited, jadi ni je yang berjaya kami join. ^^

Nak tahu camana nak ke namsangol hanok village :

Ambik train ke chungmuro station. Sama ada line 3 atau line 4.
Sampai di chungmuro station, keluar dari exit 3 atau 4.
Lebih mudah exit 3 sebenarnya.
Keluar dari exit 3, anda akan bertemu jalan besar. Jalan terus ke arah Astoria Hotel tapi jangan sampai ke Astoria Hotel. Kalau dah sampai situ, kira dah sesat larat tu. Tak jauh dari exit 3 tadi, anda akan jumpa satu simpang kecil di sebelah kiri anda. 

ni simpang kecil itu


Anda akan nampak satu row kedai yang ada 7E di hujungnya. Dan di hujung 7E itulah ada pintu masuk ke Namsangol Hanok Village.
Kalau inginkan rasa lebih banyak pengalaman di situ, saya cadangkan pergi awal di tempat itu. Sanat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di situ.
One more thing, tempat tu tutup hari selasa tau. Jangan terpergi waktu hari selasa pulak ^^


Ain : Cabaran 50 Buku : (21) Lagu Cinta Buatmu





Tajuk buku : Lagu Cinta Buatmu
Penulis : Qaseh Qaisara
Keluaran : FP(Fajar Pakeer)
Halaman : 491  m/s

Ulasan Ain Sabrina : 

Daniel sepatutnya melansungkan perkahwinannya  dengan tunangnya, Nadia. Namun di saat akhir Nadia menghilangkan diri. Buntu, Daniel cuba menyelamatkan maruah keluarga,dia mencari jalan untuk meneruskan perkahwinannya itu. 

Dan kerana itu, dia ditemukan dengan Anis. Demi sayangkan ibu tirinya, Anis terpaksa menjadi penganti pengantin perempuan buat Daniel. Pertemuan dan perkenalan yang hanya sekejap akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Walaupun perkahwinan mereka ini boleh dikategorikan kahwin tak rela, respon mereka berdua seakan mereka rela. 

Perkenalan yang sekejap membuatkan mereka menjadi pasangan yang kekok. Tiada bicara di antara pada 2 minggu yang pertama. Daniel yang pendiam manakala Anis yang peramah, ternyata mereka berbeza. Sampaikan ada suatu peristiwa yang berlaku yang membuahkan bicara antara mereka.

Bicara selepas itu datang tanpa dipaksa. Daniel yang pendiam seakan berubah menjadi Anis yang peramah, bercakap tiada henti apabila bersua dengan Anis. Juga ada rasa rindu antara mereka pabila mereka berjauhan. Mereka makin kenal  kelemahan dan kelebihan masing-masing . ini membuahkan rasa kasih antara mereka.  

Di saat mereka berkongsi kasih yang sama, Nadia muncul kembali. kasih Nadia masih pada Daniel, lalu dia bersungguh cuba merampas Daniel kembali. Ini menguji tahap kasih dan kesetian Daniel buat Anis.

Komen Ain Sabrina :  

Kisah novel ini mudah. Kisah pasangan yang ada orang ketiga. Kisah klise yang santai dan tidak berat. Kisahnya dari awal dah boleh diagak pengakhirannya. Apa-apapun saya ‘tabik hormat’ pada kedua-dua watak utama dalam novel ini. watak Anis yang tidak mudah bersangka buruk sedangkan nampak jelas Nadia cuba mengambil hati Daniel kembali. Juga watak Daniel yang setia dan mencuba sedaya baik menghalang salah sangka wujud dalam hati Anis. Perkahwinan mereka walaupun bukan perkahwinan yang berlandaskan cinta namun mereka seakan lengkap melengkapi dan menghargai setiap hari yang wujud dalam perkahwinan mereka.

Ain : Cabaran 50 Buku : (20) Kebaya Tales





Tajuk buku : Kebaya Tales
Penulis : Lee Su Kim 
Keluaran : Marshall Cavendish
Halaman : 178  m/s

Ulasan Ain Sabrina : 

Kebaya Tales adalah kombinasi kisah-kisah yang berlaku di dalam masyarat Baba & Nyonya. 

Di awal muka surat buku ini, penulis menceritakan tentang keturunan baba nyonya nya di mana bapa penulis adalah baba dari Melaka dan ibunya adalah nyonya dari Pulau Pinang. Kombinasi dari 2 negeri menjadikan penulis rapat dengan kisah-kisah juga warisan baba&nyonya.

Kemudian, penulis ada membuat beberapa pendahuluan dengan mengenalkan kepada pembaca apa itu baba & nyonya sebenarnya. Juga diceritakan budaya dan warisan baba&nyonya yang berlainan dengan kaum cina mahupun kaum melayu. Ini kerana baba&nyonya ini adalah kombinasi 2 kaum itu yang membawa kepada satu budaya yang unik. 

Selepas itu, penulis mengarapkan 13 kisah pendek yang memperihalkan kisah-kisah fiksyen yang bersangkut-paut dengan masyarakat baba&nyonya. Ada kisah perkahwinan baba & nyonya yang juga seperti kisah perkahwinan melayu zaman dahulu dimana setiap perkahwinan diatur keluarga. Juga ada kisah perebutan harta dan juga kisah cinta. Semua kisah seakan menceritakan tentang budaya masyarakat baba&nyonya dalam cerita yang pendek dengan ayat yang mudah. Ini membuatkan pembaca seakan ‘duduk’ sekali dalam masyarakat baba&nyonya.

Di akhir setiap kisah pendek, penulis juga turut menyelitkan beberapa gambar yang berkisar tentang baba&nyonya. Ada gambar sulaman kebaya nyonya dan juga beberapa barangan yang unik kegunaan baba & nyonya. Penulis turut menyelitkan beberapa pantun mahupun kata pujangga dari baba & nyonya. 



Komen Ain Sabrina : 

Kebelakangan ini saya rasa tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang masyarakat baba & nyonya ini.  Bagi saya masyarakat baba & nyonya ini unik dan saya ingin tahu lebih banyak tentang masyarakat baba & nyonya ini. Jadi saya banyak baca artikel mengenai baba & nyonya di laman sesawang. Kebanyakkan artikelnya adalah artikel yang sama dan infonya nampak tidak realistik. Seakan artikel itu hanyalah kata-kata dari buku teks sejarah. Panjang , bosan dan infonya hanya di permukaan. Saya terus berhenti mencari sehinggalah saya terjumpa buku ini di kedai buku popular. Muka depannya menarik dan sinopsis belakangnya juga buat saya tertarik jadi saya terus ambil keputusan untuk beli buku ini, sedangkan saat itu saya tengah pegang buku lain. Memandangkan kewangan agak kurang dan hanya satu buku yang boleh dipilih, buku ini jadi pilihan saya.

Kisah-kisah pendek dalam buku ini seakan kisah-kisah melayu lama namun ini versi kisah baba & nyonya. Membaca kisah-kisah pendek membuatkan masyarakat baba & nyonya nampak realistik dan membuatkan saya rasa dekat dengan masyarakat unik ini. 

Penulis mengarapkan kisah-kisah pendek ini dalam bahasa inggeris namun ada dialog-dialog dalam kisah ini yang menunjukkan keaslian masyarakat baba & nyonya itu. Contohnya dialog ini :  umpph anak dara ta’ seronoh “(“ummph anak dara tak senonoh”). Dialognya ala-ala bahasa melayu namun ada dialek baba& nyonya. 

Pantun dan kata-kata pujangga baba & nyonya yang diselitkan penulis juga sangat menarik dan unik. Ia nya juga seakan sastera bahasa melayu namun ada keunikannya tersendiri. Contoh pantun yang menarik :  

“ ayam berkokok hari nak siang,
Murai bunyi pada pagi,
Sedeh hati kaseh nak pulang,
Bila kah bolih berjumpa lagi?”

Juga kata-kata punjangganya, ada yang lebih kurang sama dengan peribahasa melayu : “ kalu jodoh tak mana lari “  yang dalam peribahasa melayu kita ungkapkan seperti ini “kalau dah jodoh, tak ke mana”.  

Juga ada satu lagi peribahasa yang bagi saya menarik, iaitu “ kalu mo mandi biar basah-basah” yang bermaksud  ‘ jika mahu lakukan sesuatu, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. 

Selepas menghabiskan buku ini, saya simpulkan masyarakat baba&nyonya ini adalah masyarakat yang unik dan budayanya menarik. Ia jadi bertambah menarik apabila saya juga sempat ke Muzium Baba & Nyonya di Melaka . 



Saat itu, buku ini baru saya habiskan setengah halamannya. Melawat muzium itu seakan kisah-kisah yang saya baca ‘dihidupkan’ di muzium itu . Dan selepas melawat muzium itu, pembacaan kisah-kisah dalam buku dibayangkan dengan lebih mudah. 

Bagi saya buku ini sangat menarik kerana budaya baba&nyonya itu sendiri sudah menarik hati saya. Ia seakan dunia lain yang wujud di Malaysia ini. Timbul rasa memahami juga semangat 1 Malaysia. 

Seakan kena pula ulasan buku dengan hari kemerdekaan dan hari Malaysia yang akan kunjung tiba. ^^

salam 1 Malaysia (^_^)

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails