Friday, February 25, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (3)Datang Dengan Indah

assalamualaikum..

end-posting mood..baru abis neuroscience posting..

minggu depan masuk O&G..ngeri !!!


jadi sebelum masuk posting baru yg ngeri,ainsabrina kena berusaha siapkan sinopsis2 on list ni =)

ok ini novelnya :




Tajuk : Datang Dengan Indah
Penulis : Sarnia Yahya
Keluaran ; Fajar Pakeer
Halaman : 523 m/s


kisahnya bermula pabila ARDINI terpaksa berkawin dengan calon suami kakaknya RUZANA yang benama IZZUDDIN. ini berlaku bila RUZANA menghilangkan diri di saat akhir majlis perkahwinan RUZANA & IZZUDDIN..sedangkan pada saat itu sebenarnya ARDINI sudah menpunyai teman lelaki bernama FARHAN.

perkahwinan mengejut itu membuka kisah baru buat mereka berdua. kehidupan ARDINI sehari-hari dihiasi dengan kata-kata hinaan bercampur marah..kerana marahkan RUZANA, ARDINI jadi mangsa..fikir IZZUDDIN-'kakak dan adik sama aje'
sampaikan ARDINI memberi gelaran 'lion king' kepada IZZUDDIN..
sering orang bertanya pada ARDINI- macam mana dia boleh tahan dengan lion king tu?
jawapan mudah ARDINI- "aku bukan satu kandang dengan dia.Dia lain kandang,aku lain kandang"..begitu cara ARDINI menpositifkan kehidupan rumah tangganya..

kemunculan FARHAN & ARDINI menuntut janji-seperti mencelikkan IZZUDDIN,rupanya ada kasih ada rasa yang wujud dalam hati IZZUDDIN buat ARDINI.

kerana satu kemalangan-menyebabkan IZZUDDIN dimasukkan ke dalam hospital.melihat pengorbanan ARDINI rasa kasih itu makin jelas..makin terjelas dalam dirinya yang banyak dosanya buat ARDINI..selepas kemalangan sikap IZZUDDIN banyak berubah..dia mencuba sebaik mungkin mengambil hati ARDINI kembali namun tidak mudah bagi ARDINI untuk memaafkan segalanya..

namun kemunculan RUZANA kembali menjadi orang ke3 dalam hubungan mereka..RUZANA begabung dengan FARHAN untuk meghancurkan rumah tangga ARDINI & IZZUDDIN..

NAK TAHU PA YANG JADI SETERUSNYA..baca buku sendiri la ye ^^

komen ainsabrina:
buku ni mengingatkan ainsabrina kepada satu kisah hindustan dolu2..sebijik la jugak..cita ni klise la tapi overallnya best la..

k that's all for today..wslm

Thursday, February 17, 2011

C50 : STREET VENDETTA

assalamualaikum..

masih meneruskan usaha mencapai cabaran 50 buku setahun..
tengok di blog ulatbuku, orang lain dah sampai ke buku ke-7 dah,yang ainsabrina baru nak masuk buku ke-2 ni..uit2 sempat ke ni ^^
banyak buku dalam senarai dah dibaca, tapi nak menaip sinopsis sungguhlah susah..

buat brochure foot care untuk patient diabetis



ada lagi 2 brochure perlu disiapkan..target mlm esok perlu habiskan lagi 2 brochure tu..kena jugak2 !!
ada buat azam juga pada diri sendiri, habis buat brochure footcare ni,nak kena luang masa tulis sinopsis jap..

so here i am writing synopsis for the 2nd book -


Tajuk Buku : Street Vendetta
Penulis : Mazni Aznita
Keluaran : buku prima
halaman : 631 m/s


buku ni dibeli semasa ada satu program di uni..masa program tu ada pesta buku 'kecik" (tak banyak buku pun dijual)..
memandangkan ainsabrina memang pantang tak beli buku sedangakn buku2 banyak di depan mata-jadi ainsabrina beli jugak sedangkan duit dalam poket saat itu takda la banyak mana..

beli buku sbb tajuk dia unik semacam..tajuk nya tak jiwang..geli sikit kalu tajuk jiwang2 ni ^^

ok jom sembang2 sinopsis buku ni :

~ANABELLA~
membaca mengenai watak ANABELLA yang suka bershopping sakan,berlagak kaya-mengingatkan saya pada watak rebecca blomwood dalam confession of shopaholics,

mungkin watak ANABELLA tak seteruk watak rebecca namun agak berat juga masalah yang dihadapi ANABELLA apabila dia sentiasa diekori KOJIE -yg diberi tugas menarik keta ANABELLA -keta waja campro 1.6 berwarna hitam metalik-

~KOJIE~
wataknya selekeh dan serabai habis - berjambang tidak kemas,pakai kasut berlubang-
sampaikan ANABELLA salah sangka ingatkan si KOJIE ni peminta sedekah saat pertama kali mereka bertemu..
dialah penarik kereta ANABELLA..
taktahu nak katakan ANABELLA ni memang pandai menipu ataupun KOJIE ni senang ditipu-namun usaha KOJIE untuk menarik keta ANABELLA beberapa kali gagal..

oleh sebab itu, KOJIE bertegas dan terikut perjalanan ANABELLA ke Cherating..
ANABELLA ke cherating dengan niat untuk menghalang pertunangan IQBAL & MIRA..

~IQBAL~
sekampung dengan ANABELLA..ANABELLA meminati IQBAL sejak dari zaman sekolah..
jadi bila dengar berita dari MIRA mengenai pertunangan mereka, maka ANABELLA buat rancangan mengejut ke Cherating..

~MIRA~
juga sekampung dengan ANABELLA..musuh ketat ANABELLA memandangkan mereka meminati orang yang sama..
suka menulis namanya sebagai MIRA edora sedangkan nama betulnya tuMIRAh..gelak sendiri saya bila baca ayat ni..^^

on d way, ANABELLA & KOJIE ke cherating-ada kisah hantu menarik diceritakan penulis-saya suka ceritanya-buat saya gelak dan tertanya-tanya ja kesahihan ceritanya =)
di cherating, rahsia lama terbongkar..rupa-rupanya IQBAL & ANABELLA menyimpan perasaan yang sama lalu majlis pertungan dibatalkan..namun pada masa yang sama ada rasa yang berputik antara KOJIE & ANABELLA..namun ANABELLA pergi meninggalkan Cherating bersama IQBAL tanpa menunggu KOJIE sedar selepas satu kemalangan berlaku di Cherating..lalu perpisahan mereka hanya diiringi surat dari ANABELLA..

5 bulan berlalu..
kerana satu peristiwa ANABELLA terjumpa KOJIE dalam versi yang berbeza..
namun lelaki di hadapan ANABELLA 100% kontra dengan penampilan KOJIE hanya muka mereka sama- pelanduk dua serupa..lelaki itu memperkenalkan diri sebagai FAKRUZI

ANABELLA bertukar syarikat- menjadi pembantu kepada Puan Sofea,makcik kepada FAKRUZI..maksudnya satu syarikat dengan FAKRUZI..
ANABELLA kemudian dikejutkan dengan berita kematian KOJIE..jadi ternyata FAKRUZI bukan KOJIE..jadi siapa FAKRUZI?
setelah lama di situ, ada kasih wujud antara ANABELLA dan FAKRUZI..ada rasa keliru dalam hati ANABELLA saat itu-adakah kasih ini timbul kerana wajah FAKRUZI mirip KOJIE atau kerana peribadi FAKRUZI sendiri??rasa keliru itu akhirnya tamat sendiri apabila dia tahu FAKRUZI ternyata berkait rapat dengan KOJIE..siapa sebenarnya KOJIE?dan siapa sebenarnya FAKRUZI? dan siapa pula FEIRUZ?nak tahu lebih lanjut kena baca sendiri la..susah saya nak cita pun sebab citanya agak complicated ^^


komen ain sabrina :
cita ni bagi saya sangat2 menarik..citanya lain daripada yang lain..
ada genre lawak..
ada genre hantu-at first macam takut gak tapi bila tahu cita betul jadi genre lawak pulak..
ada genre aksi-ada waktu saat ANABELLA 1st time masuk syarikat FAKRUZI -ada scene aksi kejap..
ada part2 sedih- ada part ANABELLA dapat tahu pasal kematian KOJIE dan dapat kaset luahan hati KOJIE..memang hujan la saya waktu tu =)
memang cukup korum la cita ni bagi saya..BEST BANGAT..

ayat2 best dalam cita ni :
" CINTA harus dikejar atau akan hilang di gugus-gugus waktu "
" LOVE is always a beautiful things in our hearts. Sweet and sour ! "

Sunday, February 13, 2011

SECRET GARDEN

assalamualaikum..

terasa terlebih masa jadi nak update blog kejap
haha gila tipu ayat di atas..

esok stat posting baru..jadi sebelum kembali stress dengan case report, ward round, cover patient bagai
ainsabrina berusaha habiskan cita di bawah ni :


tajuknya SECRET GARDEN..

overall cita ni menarik..

macam cita korea yang biasa
watak heronya mesti kaya bangat + gila cooool
yang cik heroin nya miskin + biasa 2 ja..

Sinopsis citanya :
Kim Joo Won (Hyun Bin) - hero kaya bangat,CEO yang sombong gila ter'jumpa' dengan cik heroin - Gil Ra Im (Ha Ji Won) -seorang stuntwoman..selepas satu peristiwa berlaku, mereka boleh tertukar soul (ala macam cita freaky friday tu) ..yang heroin jadi hero,yg hero jadi heroin..jadi bcoz of that, banyak la scene2 yang mencuit hati..




cita ni sangat complicated..banyak isu..pelakonnya ramai dan setiap pelakon ada kisahnya tersendiri..pendek kata-memang complicated la tp overall best,lain daripada yang lain..

cita ni bagi ainsabrina betul2 menguji kemampuan lakonan hero dan heroinnya..mana tidaknya ada satu time encik hero ni jadi heroin jadi terpaksa la buat gaya ala2 perempuan auu =) sama jugak dengan heroin..tak hairan la cita ni dapat banyak award di SBS drama awards..

Awards
2010 SBS Drama Awards: Top Excellence Award, Actor – Drama Special (Hyun Bin)
2010 SBS Drama Awards: Top Excellence Award, Actress – Drama Special (Ha Ji Won)
2010 SBS Drama Awards: Netizen Popularity Award – Drama
2010 SBS Drama Awards: Netizen Popularity Award (Hyun Bin and Ha Ji Won)
2010 SBS Drama Awards: Best Couple Award (Hyun Bin and Ha Ji Won)

sebelum tgk cta ni,ada banyak terbaca berita pasal cta ni dapat award banyak..tak puas ati pada mulanya sbb award tak dapat pada en.seunggi (percalonan utk my gf is gumiho) (^_^) tp lepas tengok cita ni benda yang terlintas dalam fikiran " yes they deserve it !! "

Friday, February 11, 2011

C50 : IMAN SURAYA


Assalamualaikum..
Ni percubaan pertama untuk menceburkan diri dalam cabaran 50 (C50) buku setahun..
apa tu C50? boleh baca ni-->

Jom 'Lomba' Baca

Cabaran 50 buku setahun..agak berat sebenarnya buat ainsabrina tapi nak cuba gak ^^
Hopefully tercapai la cabaran tu..
Ok the 1st book will be :



Tajuk : Iman Suraya
Penulis : Areila Sahimi
Keluaran : KAKI NOVEL
Halaman : 476 m/s

Buku ini dibeli di Queensbay(QB) Penang..niat nak beli buku lain ari tu..takda niat nak beli novel pun alih2 terbeli..masa tu berbelah bagi gak sama ada nak beli buku ni atau 2 lagi buku..last2 rezeki berpihak pada cik penulis areila sahimi apabila akhirnya buku ni diambil dan dibayar di kaunter kedai buku popular  QB ^^
Dengan niat nak menghabiskan buku ni masa cuti raya cina-dan of course tercapai..dah namanya novel kalu buku medical tak tentu lagi tu =)
Akhirnya novel ni berjaya dihabiskan bacaan di bukit merah (saat gathering family belah ayah berlansung) . bila dah abis baca rasa rindu pulak pada watak2 yang ada dalam novel ni..
Ok intro dah panjang..jom kita sambung ke agenda yang sebenar..sembang2 sinopsisnya..

~SURAYA DANIA~
Watak awalnya adalah bakal cikgu yang suka sangat mengambil gambar..disebabkan hobinya yang satu tu,dia akhirnya ke langkawi dan disana dia bertemu dengan
~IMAN RADHIFF~
Watak awalnya diceritakan sebagai orang yang angin semacam ja..mana tak angin apabila x-GF nya berkawin dengan abangnya..dari title x-girlfriend dah bertukar ke title kakak ipar..lalu dia membawa diri ke langkawi..
Pertemuan SURAYA DANIA dan IMAN RADHIFF tidak sebulu pada awalnya..mana tidaknya dari awal lagi IMAN angin semcam saja sampaikn anginnya terkena pada SURAYA..sampaikan SURAYA memberi gelaran pada IMAN – ENCIK JIWA KACAU
Memandangkan mereka sama2 tidak berteman saat itu, akhirnya mereka sama2 jadi kawan baik..travel bersama-sama di pulau lagenda itu..dari pantai cenang ke dataran lang..dari kisah keta rosak,berjalan jauh sama2, sama2 berlarian di tepi pantaià akhirnya mereka declare antara mereka kawan baik . sampaikan kisah patah hati IMAN, dia ceritakan pada SURAYA. Tanda dia percaya pada SURAYA. Mungkin juga pada saat itu dia dah jatuh kasih pada SURAYA namun SURAYA sudah berpunya.SURAYA punya tunangan bernama AZIM.
~AZIM~
Cinta pertama SURAYA. Namun kisah mereka terhenti pabila AZIM akhirnya pergi –meninggal dunia. Peningalan AZIM agak mengejut pabila penyakitnya tidak pernah SURAYA tahu. Sepeningalan AZIM seperti memberi mandatori pada NORMAN untuk mengambil alih tugas AZIM dahulu.
Selepas AZIM, kisah SURAYA dan IMAN bermula. Dari endah tak endah dan bertukar ke rasa suka sama suka..namun kisah mereka ada halangan pabila tiba2 NORMAN mencelah masuk..mujur ada WONDER PETS yang membantu ^^

Komen ainsabrina :
Cita ni ok-ok..tak berat nak dibaca..simple =) ada beberapa part yang boleh buat kita tersenyum sendiri..lebih2 part SURAYA membuat perangai kereknya dan disaat IMAN cuba mengambil hati SURAYA. Dua pasangan yang comel  bergabung lalu terjadilah kisah IMANSURAYA (^_^)

Anyway selamat membaca =)

LELAKI PENGECUT =(

assalamualaikum..

ainsabrina berfikir 2-3x sblm akhirnya menulis kenyataan di atas..
ainsabrina mengumpul segala kekuatan yang ada untuk menulis artikel ni..

all based on ainsabrina's experience..mgkin agak biased kerana ainsabrina seorang perempuan but still ada point yang ingin saya sampaikan..

PENGECUT NAK JADI KETUA

masalah yang sering berlaku..bila ada sesuatu event atau kerja..
perlantikan ketua..sangat2 bermasalah..semua tak nak jadi ketua..
expected kot..
dalam fikiran kalau benda bukan akademik--> malas nak masuk campur..
ye ke?? kadang2 benda akademik pun tak nak masuk campur..
alasannya malas nak ambik tahu hal lain..motif utamanya nak study..
tolong lah alasan nak study tu takleh terima kot..orang lain pun nak study jugak !!!
lelaki dalam kos perubatan ni dah la memang ckit..
yang menyedihkan lagi kuantitinya sedikit, yang kualitinya lagi la sedikit..
bila keluar soalan " sapa nak jadi ketua??",
semua encik2 laki ni tunduk kepala, sengih2 buat tak tahu..semua tak nak ambik tanggungjawab..
PLEASE..it just make me annoyed..sengih korang sungguh tak menawan lansung !!!

mungkin korang tertanya kenapa tak ainsabrina ja volunteer jadi ketua..
bila soalan itu keluar dari mulut korang , ada soalan terbuku dalam diri saya yang terkeluar
satu soalan yang saya selalu tertanya pada diri sendiri..soalan ni memang saya teringin  nak tnya face to face dengan kaum adam tapi saya takda keberanian

soalannya : korang tak segan atau takda rasa malu ke eh kalau perempuan jadi ketua korang?

tanya diri sendiri, jawab sendiri la eh..
kalau malu..tolonglah jangan jadi pengecut sangat untuk jadi ketua !!!
kalau tak malu tu..korang msti ada identiti problem..korang patut jadi pompuan kot???

fitrahnya - laki dilahirkan untuk jadi ketua..

jadi kami sebagai perempuan ambil peranan "look and see"
dan kalau korang dah pengecut sangat mungkin kami boleh buat rampasan kuasa ambil title ketua tu..nak kami buat rampasan kuasa ka???

kalau tanggungjawab kecik det ni korang malas nak handle, macam mana la ye korang nak ambik tanggungjawab jadi ketua keluarga nanti??? kesian ahli2 bait korang
*hmmmm*


but still ada laki yang bertanggungjawab..masalahnya ckit sangat..
sebenarnya rasa kesian buat yang sedikit tu..
persatuan tu dia jadi ketua, persatuan ni dia jugak jadi ketua..
event ni dia jadi ketua, event tu dia jadi ketua..
dah macam GP (gila pangkat) pulak..
tapi nak buat macam mana bila dah takda yang volunteer nak jadi ketua, terpaksa la undi/lantik orang yang sama ja..*huh*
jadi buat LELAKI PENGECUT di luar sana jadi berani ckit eh..

ni tak cakap pasal lelaki yg tak gentleman lagi nih..yang bab itu, lagi banyak point..
tapi malas nak menaip..rasa cam buang masa ja..
ada pesanan ckit dari saya seorang perempuan pasal lelaki tak gentleman ni :

" kami orang perempuan tak berharap pun korang jadi gentleman macam dalam cita korea sbb tu unrealistic sgt dan kami tahu korang tak mampu pun jadi segentleman camtu but at least tlg la jadi gentleman ckit. sbb gentleman tu mmg untuk korang pun..nama pun "gentleman" -man: lelaki ,  bukannya gentlewoman kan..."


p/s bila lelaki mengutuk perempuan
- " takpa dia cakap benda yang betul pun"
- " laki tu nampak coooool la "

bila perempuan mengutuk lelaki
- "perempuan ni lebih2 ja "

ada aku kisah??? yang penting aku cakap benda betul..
                                             

Saturday, February 5, 2011

2 dalam 1

assalamualaikum..

last night at home..
esok sudah mau balik USM =(
rasa berat hati je nak balik..mau kalu ukur berat hati tu, terlebih kilo -
orang kata dah overweight namanya


cuti-cuti ni tak boleh nak bermood cuti sangat..
serabut pikir nak habiskan report bagai..
memang takda istilah cuti betul la..
tapi mood cuti nak melanda ja sampaikan case report pun macam ada mood cuti..

mana tidaknya buat case report sambil2 buka ternet..


buat case report sambil tengok cita korea


cita korea lama..tajuknya- 1% of anything
memang berkurun la cita tu..zaman2 handphone besar gabak lagi..
hero heroin guna hp flip lama..bunyi hp pun monotone je zaman tu  (> <)




cita klasik camtu habis gak ain sabrina tengok..
26 episod kot..habis dulu cta korea,sebelum habis case report..

2 dalam 1 la kononya..
tak nak buang masa la kononnya..
alih2 buang masa gak rasanya *huh*

tapi dengan senang hatinya ain sabrina nak umumkan dia dah abis buat case report ^^
*baru je 1/2 jam yang lepas*
alhamdulilah..akhirnya setelah berkurun lama terseksa memikirkan case report..
nak cari patient nya pun dah azab, nak goreng case report tu lagi..last2 siap gak (^_^)


p/s : kalau tak siap lagi case report, takda maknanya ain sabrina rajin2 nak update blog tetengah malam ni..
anyway, minggu depan ain sabrina exam end-posting untuk psychiatric posting..tolong doa2 kan ye (^_^)

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails