doktor tidak perlu mencari pesakit..
Doktor sentiasa menjadi tempat rujukan. Sangatlah jarang perlu ada doktor yang melaung: “Siapa sakit, mari datang hospital saya”
Tetapi kebanyakan doktor, didatangi pesakit tanpa perlu dia memanggilnya. Saban hari, ada sahaja orang berjumpa dengan doktor. Tidak terkira banyaknya kalau mahu dihitung.
Inilah dia medan seorang doktor. Berkomunikasi dengan manusia, dan tidak perlu bersusah payah mencari mereka. Doktor didatangi, dijadikan tempat rujukan untuk perubatan, tempat meminta nasihat untuk kesihatan dalam kehidupan dan sebagainya.
Tidakkah anda melihat, betapa doktor adalah seorang yang mempunyai peluang yang banyak?
Tetapi doktor manakah yang menggunakan peluang ini untuk menyebarkan Islam?
Doktor, penyambung harapan kepada Allah
Saya ada satu kisah. Kisah benar seorang sahabat saya. Dia pada awalnya adalah seorang yang tidak matang. Sudah tingkatan lima tetapi perangai masih hingusan seperti kanak-kanak.
Satu hari, Allah SWT menguji sahabat saya ini dengan satu penyakit kronik yang boleh membawanya kepada kematian. Sampai satu tahap, dia ditahan di wad. Tetapi kemudian, Allah SWT menyusun dia sihat semula, dan kembali belajar seperti biasa. Tetapi ada sesuatu yang aneh telah berlaku kepadanya.
Dia menjadi sangat soleh, kemas, matang, dan kata-katanya juga menjadi lembut. Kelihatan selepas itu dia menjadi hamba Allah yang taat, dan ramai orang mula menghormatinya. Hatta saya sendiri terkejut dengan perubahannya.
Saya bertanya: “Apa dah jadi dengan enta?” Dan dia bercerita:
Rupanya, ketika dia di tahap yang kritikal dan dikatakan tidak mempunyai harapan lagi, dia sudah berputus asa. Dia kecewa dengan nasibnya. Dia ketika itu sudah tidak berharap lagi apa-apa. Yang dia nampak pada kehidupannya hanyalah kehancuran, kehancuran, kehancuran. Dia menangis banyak dalam putus asanya, bertanya dan bertanya kenapa nasibnya sedemikian rupa.
Ketika itulah, datang seorang doktor, dan menasihatinya: “Semua susunan Allah ada hikmahnya. Allah yang beri penyakit ni. Sembuhnya juga ada pada Allah. Jadi, apa kata masa yang ada ini kamu merapatkan diri kepada-Nya? Biar kalau kamu pergi, pergi dalam keadaan bersih bertemu dengan-Nya”
Dan sahabat saya bercerita: “Ketika itu, ana macam tersedar. Lepas tu ana mula pergi surau di hospital. Ana habiskan banyak masa malam ana berdoa dan bermohon kepada Allah. Bertaubat dan memohon ampun kepada-Nya. Ana betul-betul harap, kalau ana mati pun, biar ana mati dalam keadaan bersih”
Tapi Allah menyembuhkannya. Dan dia berubah menjadi seorang yang lain.
Penangan nasihat seorang doktor yang faham akan pergantungan kepada Allah SWT.
Tidakkah anda memerhatikan?
Perhatikan apa yang doktor itu telah lakukan?
Dan sahabat saya itu, sehingga hari ini berkata: “Ana ni, hutang dengan doktor tu jasa yang besar”
Ya. Jasa merapatkannya dengan Allah SWT. Saat harapan-harapan lain telah terputus, saat-saat kata manis dari keluarga, sahabat handai tak mampu menyembuh, pergantungan kepada Allah Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya itulah juga yang utuh dan tetap teguh.
Tidakkah kita memerhatikan?
Maka menjadi tanggungjawab seorang doktor mempersiapkan dirinya
Maka adalah satu amanah, seorang doktor muslim lagi mu’min, mempersiapkan dirinya dengan syakhsiah serta hubungan kepada Allah SWT. Tidak mengetahui ilmu usuluddin pada tahap yang tertinggi, atau ilmu fiqh pada tahap yang tertinggi tidak mengapa. Asal tahu perkara asas untuk terus hidup sebagai orang mu’min sudah mencukupi.
Tetapi tidak dapat tidak, seorang doktor perlulah mempunyai akhlak, peribadi yang cantik, serta hubungan dengan Allah SWT yang bersih. Untuk apa? Untuk mengajak pesakit-pesakit yang berjumpa dengannya, yang berada di sekelilingnya, kembali kepada Allah SWT.
Doktor, medan mereka sangat luas. Orang datang kepada mereka tanpa mereka perlu mencari.
Maka kenapa para doktor tidak melihat ini sebagai peluang mereka beramal?
Penutup: Menjadi doktor itu sendiri satu ibadah
Sesiapa yang memagari ‘ibadah’ itu di pagar masjid sahaja, maka dia telah menyempitkan keluasan Islam itu sendiri.
Menjadi doktor itu sendiri satu ibadah, sekiranya diiringi ikhlas dan tidak melanggar batasan syara’. Ditambah pula dengan menyambung harapan mereka yang telah berputus asa kepada Allah SWT. Ditambah dengan menunjukkan syakhsiah yang baik, akhlak yang terpuji dan sentiasa mengembalikan pesakit kepada Allah SWT, ternyata ia satu kerjaya yang sangat cantik dalam medan dakwah kepada Allah SWT.
Sungguh, sahabat saya tadi juga berkata: “Ana kalau tahu doktor boleh buat macam tu, ana ambil kelas sains dari dulu lagi”
Sesungguhnya, segala apa kerja pun, sekiranya kita isi dengan keikhlasan dan ianya tidak terkeluar daripada syara’ yang Allah tetapkan, maka ianya adalah satu ibadah.
Maka kenapa kita tidak jadikan kerjaya-kerjaya kita satu wasilah, jalan, untuk membawa seramai boleh manusia untuk kembali kepada Allah SWT?
Jika tidak boleh dengan bercakap panjang pun, dengan kata-kata pendek sudah mencukupi. Dan semestinya kata-kata itu akan menjadi sangat berkesan sekiranya diiringi dengan akhlak dan syakhsiah yang cantik.
coretan oleh:Hilal Asyraf~http://ms.langitilahi.com/
pendapat tuan rumah blog ni sendiri:
setuju sgt dengan coretan Hilal Asyraf kali ini..
dari 1st year lagi ada seorang kak usrah ni slalu ingatkan tanggungjawab doktor pendakwah..katanya doktor ni lagi senang nak berdakwah compare dgn pendakwah yg lain (ye la semua umat islam ada kewajipan utk berdakwah-jd kita kena bersedia!!!)-sebabnya point semua orang tahu-doktor tidak perlu cari pesakit..pesakit datang sendiri jadi amatlah mudah kita nak jalankan tggungjawab da'i tu..pendakwah kena cari orang,kena jmpa org tuk dakwah..yang si doktor ni pulak orang yang datang jumpa dia..sukarela tanpa peru paksaan..mudah kan..jadi rugilah kalu si doktor ni ak gunakan kesempatan..
cakap mudah ye,aplikasinya susah ckit ye (^_^)..at least niat dan berusaha ke arah tu..
gambate kawan2!!! We are future Doctors AND also we have abilities to be Da'i !!!!
Two months to go lub dub lub dub
5 years ago