Wednesday, February 24, 2010

Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

baca ni dr voice of islam je.
rasa tertarik dgn cara penyampaiannya..
jadi just nak share ngan semua..


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu'alaikum. "


jadi pilih la molek2 ye kawan2..

Saturday, February 20, 2010

Manfaat air kosong

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau
minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat
permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

sumber:http://www.kpwkm.gov.my/

so be in love with 'air kosong'.

Thursday, February 18, 2010

Menyesal

assalamualaikum..

tgh cti skrang..
jika dikira-kira full jugak cuti kali ni..
ari ni la yg betul2 free duk umah..
sblm ni g taiping la,g blik kg bandar baru,g kg kuala kangsar..
semalam lak seharian di habiskan di pejabat immigration..nak buat pasport habiskan sampai sehari dari pg ke ptg..
so ari ni je br stat study huhu tu pun sempat dicover ckit saja..

cti2 ni aku terikut lak satu sinetron ni tajuk tasbih cinta kat tv3..

takda la ikut sgt sbbnya aku bkn tergolong dalam insan yang minat sinetron2 ni..
aku mungkin lebih terkategori dalam golongan benci kot..hihi
tak suka aku cta lembab semcm..
dah tu mesti cita dia yang baik,baik sgt cam malaikat dah..
yang jahat tu sampai jahat sangat dah cam si tanduk musuh no 1 kita tu..

ok knapa aku minat sinetron ni???
aku tertengok cta ni masa kat kg kuala kangsar..
mak cik aku sorg ni khusyuk je duk nonton,aku pn tertengok..
cam best la..wlaupun sama ja stereotype je..ala yg baik+jahat..
tapi yang aku nak kongsinya..
ost sinetron ni best..
menyesal by ressa herlambang
.........................
ni liriknya..


Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku
Meski dihati merasa
Kau berubah saat kau mengenal dia

*Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu

**Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu

ulang *

ulang **



..............................

suka rentak nya pada mulanya..
tak sangka lak lirik dia sedih semcm ja..hihi

ni linknya kalu korang teringin nak dengar lagu ni..

"http://www.4shared.com/file/173512732/ff7bf335/Ost_Tasbih_Cinta_-_Menyesal.html?s=1"

Wednesday, February 10, 2010

Kembang kempis kembang??

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

Kembang Kempis Kembang
Kembang Kembang Kembang
Kempis Kembang Kempis
kembang Kempis Kempis
Kempis Kempis Kembang
Kempis Kembang Kempis
Kembang Kempis Kempis
Kembang Kembang Kembang
Kempis Kempis Kembang
memang tak akan cukup mengembang dan mengempis bcoz this will go on.



Figure out what it is?





IMAN.... begitulah diibaratkan iman manusia biasa kembang dan kempis, tinggi dan rendah, besar dan kecil, kuat dan lemah, kengkadang maintain kembang... alhamdulillah... tetapi masalah besar bila ada yang semakin mengempis dan tak kembang semula.... na'uzubillahi min zaalik



Di antara doa yang selalu disebutkan oleh baginda Rasulullah SAW dan perlu kita amalkan ialah:

يَا مُقَلِّبَ اْلقُـلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ
“Wahai Dzat yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu” (Sahih, Riwayat al-Tirmizi, 2/20, Syaikh Al-Albani berkata: ini adalah hadith sahih)


Jadi, sama-samalah kita amalkan doa di atas ini dan mintalah kepada Allah supaya IMAN kita semakin meningkat dari hari ke hari, InsyaAllah..


wahai Dzat yang membolak balikkan hati,
tetapkan hati ku dalam agama Mu,
tetapkan hatiku pada ajaran Mu,
mantapkan lah hatiku untuk memahami dan memilih apa yang Kau pilihkan untuk ku,ya Rabb...
Sesungguhnya aku sebagai hambaMu hanyalah debu yang dikelilingi keagungan Mu yang nyata...
Tuhan, bimbinglah aku..
.


Sunday, February 7, 2010

Tips Kasih Sayang !!!

ke arah menjadikan blog lebih bermanfaat (^_^)

kadang2 terfikir blog ni cam tak bermanfaat je sejak2 wat post yg tak bermanfaat hari tu..hihi
so nak berubah ckit..
takda 100% berubah bermanfaat sbb blog ni wadah untuk saya,ain sabrina meluahkan rasa hati so kekadang je la ada benda manfaat nak share..

so hari ni nak share tips kasih sayang..

sblm menghuraikan lebih lanjut..
nak tnya soalan ckit..
tak perlu jawab kuat2 just jawab dalam hati..

soalan pertama
pernah tak korang rasa sakit hati,terasa hati ka,geram kat org sekeliling korang?
kadang2 rasa tu datang tanpa sbb pun maksudnya org tu tak wat pa2 pn kat korang tp korang tetiba ja terasa hati dgn dia??(ni kerja si tanduk la ni-musuh no 1 kita)
kadang2 memang patut korang terasa sbbnya 'org' tu memang ada wat sumthing yg menyakitkan hati?

k kita sambung ke soalan kedua..
best tak ada perasaan sakit hati++++ kat org lain?? best tak ada perasaan tu sampaikan kekadang tu kita sampai tak leh nak nengok pun muka 'org' tu??

k kalu anda menjawab ya utk kedua2 soalan di atas dan ingin berubah..
teruskan membaca utk mendapatkan tipsnya...
(hihi dah macam nak jual produk je gayanya..jgn risau ini takda kena mengena dgn jualan pa2 ye..hanya korang perlu ada semangat nak berubah ~lebih2 je aku ni)

k first nak bgtau source tips ni dulu..
sourcenya dr dengar talk masa harimu utk wanita hari tu..
so buat sesapa yg tak g malam tu,korg memang rugi la(ye utk muslimah kampus kesihatan je..hihi)

gini caranya..
panel talk malam tu ada bgtau satu tips utk hilangkan rasa2 tak best ni..
iaitu tips kasih sayang..
camna aplikasinya???
cmni caranya cuba korang tgk org2 sekeliling korang dengan kasih sayang..
timbulkan rasa kasih sayang dari hati utk org sekeliling korang..
dengan rasa kasih sayang dan pemahaman kasih sayang korang akan dengan sendirinya terima ja kesalahan or tindak tanduk 'org' dgn hati terbuka,so takdala kes terasa hati ka geram ka..
tak percaya??

ok kita tanya respon pengguna cara ni..

wartawan:"ye cik ain sabrina pa komen anda selepas mengunakan produk ni???"
pengguna:"saya sebelum ni memang diakui agak sensitif,cepat terasa dan juga cepat marah..dan selepas saya gunakan cara ni alhamdulilah saya rasa lebih tenang..dah takda rasa sakit hati dan geram kepada org sekelling.."

haha yes aku sendiri dah try cara ni..bagi aku menjadi la..
betul rasa lagi tenang..
tak yah serabut2 nak terasa ka geram kat org lain..

sebelum berakhirnya tips kasih sayang ni ada pesanan penaja ckit..

tips kasih sayang is contraindicated to opposite gender. sekian terima kasih.
(bkn takleh tapi jgn lebih2 sgt nnti jatuh cintan lak =) )

so:-

Saturday, February 6, 2010

UPDATES CITA MY ONLY SIS

assalamualaikum

ha ni nak updated

kan ari tu ada post cita pasal adikku sorg tu..

then mggu sblm exam,fon umah

si irfan yang jawab fon dulu..
then the dialog lebih kurang camni..

"kak ain..kak ain tau tak inat kuar asrama mggu dpan"
haaaaaaaaaaaaaaaaaaa terkejut eden...
"betul ka?" aku kembali bertanya..rasa tak caya..
"ye..tu yg ipan tak puas ati tu..masa ipan duk asrama pan nak kuar abah tak bagi siap kena marah lagi,kak ain camtu abg ayin pn camtu..dia sng2 ja" haha sesi adu mengadu tak puas ati..besala adik beradik..
aku gelak je la dengar en. ipan ni mengadu..
then my reply at that time
"ala biarla sedih kak dengar dia fon kak nangis2..biar je la..adik bongsu ipan tu".
"ala kak ain ni lembut ati sgt..baru dgr 2 3 kali dah rasa sedih..ipan yg dgr slalu ni tak rasa pa2 pn".
yah sound really tak puas ati..
aku gelak lagi
then aku wat soklan cepumas.
"ipan tak sayang inat ka? ipan syg kan..jadi biar je..kesian dia nangis"
then budak ipan ni diam lama ja..
aku tak berapa ingat reply dia tp serasa aku dia cam tak jawab je..
still meluahkan rasa tak puas atinya..hahaha

then have a talk with inat..
hepi betul suara dia..
hai budak busuk ni baru sebln dah kuar asrama..
sekejap bonar..
tapi kegembiraan tu takda la lama sgt hahha
nak tau kenpa???
jawapannya di akhir post ni..
gila suspen hihi

ok cta pasal tak puas hati..
aku ada la ckit tak puas ati tu hihi
ye la aku bersusah payah dipaksa duk asrama budak ni tak smpai sbln pn dah leh kuar
aish sonang botul(cam tak jd jo kecek n9)..

tapi ada peratusan dia berjaya keluar asrama sbb aku jugak..
hihi sbb aku yang beria-ria pujuk abah suruh kuarkan..
rasa tak sanggup dah dia fon aku nangis2..
banyak kali gak dia fon..
ada skali waktu klinikal ahh baik la doktor takda waktu tu..sekejap je la pastu doktor sampai..
then ada skali waktu usrah..berenti jap aku dgr sbb nak melayan nangis dia tu..

strategi dia memang bijak la..
bukan stakat aku je dia buat drama air mata ni..
dgn mak cik2 aku pn dia sangkut..
mak ngah,mak teh,mak we..uish memang terer la..
aku pn tak pernah terfikir nak guna cara tu dulu hihi

then proceed tu the next..
hihi kita kembali pada persoalan kenapa kegembiraan tu tak kekal lama..
adikku inat ni ada buat perjanjian dengan abahku kalu dia dapat MRSM dia kena masuk asrama balik,masuk asrama MRSM la mksudnya..
and guess what..ala aku rasa korang dah leh agak dah pengakirannya..
yes,she got MRSM..
baru seminggu ja kuar asrama dah dapat result MRSM..
memang kegembiraan sementara hihi
nak tahu MRSM kat na???
MRSM transkrian yang sangat2 la dkt ngan umah..
MRSM transkrian tu sebelah je ngan sekolah rendah dia..
so boleh bayangkan betapa dekatnya ngan umah aku..
and one more thing MRSM transkrian tu memanglah sgt(8X) lagi dekat ngan tempat keja mamaku kat USM transkrian tu..
uish gila bahagia adik aku sorg tu..
but aku dah leh bayangkan mesti mama kena g melawat dia tiap2 hari..
suruh hantar makanan la..hantar tu la..hantar ni la..
penatlah mama nak melayan budak busuk tu..
aihhhhhhh anak bongsu2..
hihi sekeliling aku ramai je anak bongsu..jadi tak nak kutuk anak bongsu kat sini..hihi

so the updated story is
my sis will has to be in hostel again but now it is MRSM transkrian..
hopefully ok la budak sorg tu..
risau gak..
tlg doa2 kan dia ye kawan2..

k sampai cni je kot..
aku nak sambung lipat baju sambil tengok cita HOUSE..
wasalam..

Thursday, February 4, 2010

POST YANG TAK BERMANFAAT

assalamualaikum...

i'm back!!! hihi
baru abis exam td..so hooray..
tak la sgt hooray bila memikirkan lagi sebulan nak exam pro 2 aka exam final yang akan menentukan sama ada masuk 4th year or through 3rd year one more time...ahh ~cuak...

taktau nak tulis pa..haha
hari tu masa time study week+masa mggu exam rasa cam nak menaip sgt2..
rasa cam nak update blog sgt2..
alih2 dah abis exam taktau nak post pa..
lawak2..

dah la nak stop sampai cni je la post yang tak bermanfaat nih..
ada bnda nak cta sbnarnya tapi takpala tu post nanti..

"azan zohor sudah kedengaran menandakan sudah masuknya waktu zohor bagi kawasan usm kesihatan kubang kerian dan kawasan2 sewaktu dengannya"
jadi jom solat!!
wslm

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails