luahan hati seorang insan bernama ain sabrina...
sebelum laptop dibuka dan post ni cuba ditulis..banyak kali diri ini berfikir sendiri..perlukah dipostkan???perlukah diluahkan????
sudah banyak kali diri ini berfikir sendiri..bermuhasabah seorang diri..
lalu aku kuatkan hati cuba menaip perlahan-lahan..
ingin diri ini berubah..ingin merubah menjadi yang lebih baik..ingin menjadi yang terbaik buatNYA..namun hati ini masih seringkali keras..masih leka dengan keduniaan..
seringkali juga hati ini takut..ya takut untuk berubah..takut dengan respon orang lain..takut mendengar komen yang lain..terlalu takut sebenarnya..
di kala diri ini terfikir untuk berubah pasti ada suatu suara yang bertanya..
"bolehkah aku berubah???" "berjayakah aku berubah???" atau hanyalah hangatnya sekejap seperti lauk yang panas terus dimasukkan dalam peti sejuk dan terus sejuk,ataupun hangatnya lama seperti panasnya padang pasir di negara arab..
seringkali juga diri ini tertanya..
"macamana ngan respon mama,abah,adik2,abangku dan ahli keluarga yang lain???" "terimakah mereka???" "adakah support atau cercaan yang akan ku terima????"
aku juga terfikir
"terimakah sahabat2 ku????" "masih bersahabatkah kita????"
sepatutnya sebgai hambaNYA tidak perlu diri ini berfikir panjang untuk berubah..tidak perlu diri ini memikirkan respon yang lain kerana yang paling penting pandanganNYA kepadaku..namun diri ini masih insan biasa yang memerlukan support yang lain dalam menempuhi arus perubahan..
lalu ku pohon Ya ALLAH..bantulah aku Ya ALLAH untuk berubah..bantulah aku Ya ALLAH..berikanlah aku hidayah dan petunjukMU..berikanlah kekuatan kepadaKU untuk menempuhnya..berilah semangat kepadaku untuk istiqamah dalam arus perubahanku..
diriku menulis post bukan niat untuk menunjuk baik (atau pa2 saja kata-kata yang akan keluar dari minda2 pembaca sekalian)..ia hanyalah luahan hati seorang insan yang memerlukan support kalian untuk berubah menjadi yang lebih baik,INSYALLAH..
Two months to go lub dub lub dub
5 years ago
1 pengomen:
ganbatte yo, Ainchan!
Post a Comment