Friday, October 14, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (27) aA+bB





Tajuk buku : Aa +  bB
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 495 m/s


Ulasan Ain Sabrina : 


Kisah Aa+Bb adalah kesinambungan kisah Tunas. Masih berkisar kisah Addin. Namun Kisah Addin yang lebih dewasa. Kini Addin bukan lagi budak sekolah  yang asyik nak buat jenayah sekolah , addin yang dewasa kini ada tanggungjawab yang lebih besar. 

Kisah dimulakan dengan perkenalannya dengan Aie di saat dia tersesat di  Leiden. Perkenalan mereka tidak berhenti di situ. Selepas itu , mereka kembali terserempak di Malaysia. Dari hanya bertukar email , maju ke ‘chatting’ sentiasa dan akhirnya bertukar nombor telefon. Di saat itu, watak Benz kembali muncul. Bukan muncul sebagai kawan lama , namun muncul sebagai calon suami Addin pilihan ibu dan ayah Addin. Di saat dibelengu dengan masalah demi masalah, Aie jadi teman untuk Addin meluahkan masalah. 

Dalam tidak mahu, dalam tiada rasa cinta, akhirnya mereka jadi suami isteri. Suami isteri hanya pada nama. Bersua , bercakap bagaikan orang asing. Kucai menjadi orang tengah, cuba merapatkan mereka, kerana dia tahu ada rasa yang termetrai antara mereka berdua. 

Peristiwa mereka dikejut dengan lawatan mengejut ibu dan ayah Benz memaksa mereka menjadi pelakon, menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas itu, ada peristiwa yang menimpa Addin, sedih, Benz jadi teman.
Tak cukup dengan itu , Nina , adik Benz , menjadi salah seorang ahli rumah mereka. Mahu atau tidak , sekali lagi terpaksa mereka lakonkan watak ‘ayong’ dan watak ‘along’ dalam versi suami isteri bahagia. Panggilan nama sudah bertukar , Didi dan Benji . Dan tanpa mereka sedar , hubungan yang kekok sebelum ini , kembali damai.Seminggu Benz menghilang kerana Outstation , ada rasa rindu yang muncul dalam hati Addin, juga ada rasa rindu pada Addin dalam hati Benz.

Di saat hubungan mereka baru mekar , ada rahsia Benz yang baru diketahui Addin. Rasa tertipu , Addin kembali menjadikan Benz sebagai orang asing. Mujur ada watak Kucai dan Chik yang mengharmonikan kembali segalanya.

Di saat mereka sudah menerima satu sama lain sebagai suami isteri yang sebenar , mereka sekali lagi ditimpa dugaan yang menjadikan Addin seperti insan lain. 


Komen Ain Sabrina : 


Seperti saya katakan sebelum ini , saya memang peminat karya Hlovate dan dalam banyak-banyak karya Hlovate , saya paling suka karya yang ini. Mungkin sebab kisahnya panjang. Perhubungan Addin dan Benz yang dari sekolah akhirnya termetrai menjadi hubungan halal , suami dan isteri. Dari cinta monyet , dari bermusuhan akhirnya mereka jadi pasangan yang paling romantik.

Watak Benz boleh membuatkan saya yang membaca turut jatuh cinta seperti Addin.dan mungkin juga kerana watak Addin, seorang doktor membuatkan saya juga terasa saya adalah watak utama saat membacanya. ^^ berangan sekali namanya. Cerita ini membuatkan saya berangan hinggakan ada satu persamaan matematik saya buat dahulu : doktor + engineer = happy family. Haha mungkin persamaan iu dipengaruhi dengan kehidupan saya waktu itu. Sehinggakan ada kawan-kawan pernah bagi kad ‘happy birthday’ pada saya , bercakap pasal benda ini . Pabila teringat balik, nak tergelak pun ada. ^^
 
Watak Benz yang paling menarik hati saya, adalah di saat dia sama-sama ada di saat Addin jatuh. Di saat Addin rasa putus asa dengan kehidupan , Benz menjadi teman setia Addin. 

Dan saya amat suka babak dimana mereka sama-sama membetulkan diri masing-masing dan mendekatkan kembali dengan Maha Pencipta. Dan sekali lagi , bila rezeki itu ada , mereka menjaganya bersungguh-sungguh dan saya sangat-sangat suka cara Benji menjaga . Dan ini dialog yang saya suka 

 Addin : “ u sound ike an O&G doc , psychiatrict , dietrician, maternity nurse and ustaz rolled into one”
Benz : “ it’s called a daddy in a hubby “

Ain : Cabaran 50 Buku : (26) Tunas


Assalamualaikum 


                                         
Tajuk buku : Tunas.
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 539  m/s


Ulasan Ain Sabrina : 

Tunas mengisahkan kisah zaman sekolah menengah dan ragam setiap seorang mereka. Menarik !!! Membuatkan pembaca merindukan kenangan zaman sekolah.

Asrama lazim dengan kisah penghuninya , dengan ragam yang pelbagai. Ada yang menyakitkan hati , ada yang alim-alim kucing, ada yang pakar IT , ada yang berlagak diva, juga ada kisah melangar peraturan. Dan kisah Tunas membawakan Addin watak utamanya , juga ada watak tambahan yang lain dengan ragamnya yang menarik hati.

Addin, gadis yang menyamar menjadi orang kebanyakkan sehinggakan kembar sendiri dibuat macam orang asing. Sehinggakan  dia pernah kena ‘tangkap basah’ dengan abang kandungnya sendiri. Kemudian mereka dilantik menjadi ketua pelajar bersama.

Masuk tahun akhir di sekolah, ada pelajar baru yang masuk. Gayanya pelik, namanya pun pelik – Benz Alif. Nama ala-ala nama kereta kata Addin. Dari awal mereka seakan tidak sebulu , seakan ada perjanjian musuh antara mereka .
Tahun akhir ini juga dia dikenalkan dengan Magnificient  7  , 7 orang seangkatan dan pasti dengan ragamnya pelbagai.  Ada MoU antara mereka ,sama-sama men’cover’ kesalahan masing-masing. Dan dengan bantuan mereka juga , Addin berjaya mengenakan Benz. Dan siapa sangka kerana Mags 7 ini juga, Addin terpaksa digandingkan dengan Benz Alif  dalam Malam Annual Dinner. 

Berpasangan sedangkan bermusuh sejak awal lagi. Berpasangan sehinggakan mereka ditabalkan ‘Ideal Couple of the Night’ malam itu. Terkejut . 

Dan siapa sangka selepas itu , mereka dan boleh duduk semeja berkongsi ilmu bersama . Benz jadi guru add maths Addin, Addin jadi guru fizik pada Benz.  

Namun tak lama selepas itu , ada satu peristiwa yang berlaku di Jusco hingggakan perjanjian musuh antara mereka kembali berlaku. 


Komen Ain Sabrina :  
  
Saya adalah peminat tegar tulisan HLOVATE. Di saat  tulisannya masih di laman blog dan belum dibukukan lagi , saya sudah jatuh cinta dengan karyanya. Karyanya lain dari yang lain , karyanya membuat saya memikir atau dalam bahasa lainnya - “thinking out of the box”. 

Kisah Tunas memang boleh membuatkan kita terasa muda kembali. Membaca kisah-kisah zaman sekolah mengingatkan kita kepada memori zaman sekolah dahulu. Walaupun kisah Tunas , kisah zaman sekolahnya lebih berencah dan nampak lebih menarik , tetapi masih ada diterapkan perasaan seronok belajar di situ. Cara Hlovate mengaitkan setiap kisahnya dengan subjek-subjek penting sekolah , membuatkan pembaca rasa teringin belajar dan menaikkan semangat belajar dalam diri pembaca .

Watak Addin juga menarik. Walaupun ada nakalnya , dia tetap masih kuat pada agama dan ada semangat juang yang tinggi untuk belajar.  Watak Benz juga ada karektor yang kuat, budak jenayah tetapi masih ada baiknya.  Juga watak-watak yang lain , semua ada karektor dan keunikan masing-masing.


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails