Sunday, February 24, 2013

Ya,kami doktor bukan tuhan.

Assalamualaikum ,


rasa nak menaip yang amat !!

life goes on..sekarang di paediatrics unit (pakar kanak2) , dan lebih spesifiknya - jaga neonate ( kanak2 yang baru lahir) , menjaga bayi tak cukup bulan.
Remeh tapi menarik =)

dan sejak di Paeds ni , banyak yang dapat belajar..ilmu kehidupan dan pengalaman dapat dikutip..
nak cerita tetapi tak tahu nak menaip bagaimana supaya ceritanya sampai dan dapat intisari cerita itu.

Apa-apa pun , ini kisahnya : 

ada kisah seorang patient yang sejak lahir 'tinggal' di NICU (neontal intensive care unit) , bukan kerana penyakit kronik yang tidk boleh sembuh . Patient dah umur 200hari +++ atau dalam bulan dah hampir 8bulan , tapi masih di NICU. Ya , macam saya cakap tadi bukan sebab penyakit tidak sembuh tetapi sebab kedegilan ibubapanya. Ini serius ! Sila baca dan buat penilaian.

A (bukan nama sebenar) , patient down syndrome dan ada pelbagai masalah lain - salah satu darinya - congenital heart disease ( penyakit jantung kanak2). Ya , penyakit jantung memang bahaya. Itu betul. Tetapi ia bukan penyakit yang tidak boleh disembuh , malah penyakit itu boleh dibaiki dengan pembedahan. Masalahnya , ibubapa A yang DEGIL itu tak mahu ke arah usaha penyembuhan pun. Tak nak pembedahan , biarkan begitu sahaja. Sayangkah mereka pada si A ni?itu pun saya musykil.

A - secomel ini =)


Jika tak nak pembedahan kerana masalah duit , itu mungkin saya faham. Malah , kalau kewangan jadi persoalan , pihak hospital boleh buat referal kepada pihak kebajikan untuk bantuan serba sedikit, Tapi kewangan bukan masalah bagi mereka , ibubapa A peniaga yang berjaya , duit berkepuk-kepuk , malah bapa A adalah orang politik.

Menjadi anak Down Syndrome - itu pun bukan salah A. Itu salah ibu mengandung. Dah capai umur 40tahun dan mengandung , pastinya ada risiko itu. Ibubapa A dah patut jangka itu terjadi , jadi tak perlulah mnyalahkan takdir pula. 

Alasan mereka sungguh tak dapat diterima , Ya , Mungkin kerana A , anak ke-10 mereka , jadi mereka jadi tidak cakna. ada lagi 9 anak mereka sebagai galang ganti.

Geram , Ya , aku emosi !!

Aku yang menjaga A selama 6 hari berturut di NICU sebelum aku cuti hari ini. tetapi dalam 6 hari hanya sekali sahaja aku lihat ibubapa A datang melawat. Ye la , si ayah sibuk berkempen politik dan ibu pula sibuk berniaga. Adus , kecewa aku !! SIBUK , itu alasan demi alasan.



A sebelum ini agak sihat , masih boleh berinteraksi dengan sekeliling mengunakan bahasa dia. Semua jatuh sayang pada dia , kerana dia 'penduduk' NICU yang paling lama. Dulu , saat saya stress dengan kerja , saya saja ja melawat dia di hujung SCN itu. Menepuk dia untuk tidur. Manja !! Kalau nak tidur , mula la buat perangai , minta ditepuk. Dan Staff nurse yang memang dah jatuh sayang , akan dengan rela menepuk. Itu dulu sampaikan minggu lalu , keadaan A makin teruk , sehinggakan tiub pernafasan perlu dimasukkan dan sekarang A memerlukan dan bergantung kepada mesin untuk bernafas. Malah A perlukan setting yang paling tinggi untuk bernafas.

Sedih , Ya aku emosi. Budak yang sihat , sekarang ni terlantar tiada bunyi - hanya kerana keadaan jantungnya makin teruk dan hanya kerana pembedahan jantung tidak dibuat dan hanya kerana ibubapa A yang DEGIL itu tidak mahukan pembedahan.

Ya , aku salahkan ibubapa A yang DEGIL itu.

kini menangis beria-ria , masuk PAPER mahupun TV tiada guna lagi , dah takda kesan. Keadaan A dah makin teruk , pembedahan pun tiada guna lagi. Kalau dulu mungkin Ya , kini pembedahan akan menerukkan lagi keadaan dia kerana A dah sampai tahap 'Heart Failure'.

Ya , kami doktor bukan tuhan. Bukan kami yang menentukan hidup atau mati patient itu. Tetapi dengan ilmu dan amanah yang tuhan kurnia pada kami , kami tahu usaha itu penting dalam penerusan nyawa itu. Setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Itu janji Allah buat kita , jadi kita sebagai manusia perlu la usaha jugak untuk cari ubat itu.Bukannya menunggu sehingga mati itu datang dan usaha itu sudah tak berguna saat itu. 


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails