Saturday, December 22, 2012

Kisah 21/12/2012

Assalamualaikum ,

Kisah 21/12/2012

Pagi itu seperti luar biasa. Bangun pagiku hari itu agak lewat. Bergegas bergerak untuk ke hospital kerana tuntutan kerja.

On d way ke hospital , tiba-tiba
ada kesesakan jalan raya di Bukit Tambun, kelihatan ramai orang beserta bomba kelihatan. Tertanya juga apa yang terjadi tetapi kerana dah lewat , aku endahkan sahaja dan terus bergegas ke hospital.

Sesampainya di hospital , aku dikejutkan dengan berita dari staff nurse

" Doktor , ada disaster pagi ini ".

Disaster - adalah term yang medical staff gunakan bila ada sesuatu peristiwa berlaku yang memerlukan khidmat perubatan melebihi kemampuan seuatu hospital. 
contohnya macam tsunami , banjir , kemalangan dll yang melibatkan terlalu ramai pesakit sampaikan dewan bedah penuh , perlukan staff tambahan. contohnya la



Pagi yang kelam kabut untuk saya pagi itu , jadi bila terdengar 'disaster' , saya mcam 'blur'.
then staff nurse tu sambung lagi

" Doktor , dah la hari ni 21/12/2012 ".

dan saat itu saya baru teringat.

Ya , that date yang kononnya kiamat ?

dan untuk itu baru saya dapat input yang kak staff nurse itu mahu sampaikan pada saya.

saya pun membalas " alamak , saya patut solat hajat dengan solat taubat pagi tadi ",

it was seriously , itu yang terus terkeluar.
walaupun saya tak pernah percaya dan ambil tahu sangat pasal tarikh konon kiamat dan how's it happen , sedikit sebanyak pagi yang kelam kabut itu berserta 'disaster' pagi itu buat saya sedkit risau.

dan pada masa itu , saya masih tak tahu apa 'disaster' yang dah berlaku.
kakak staff nurse itu juga tidak tahu.
Setiap kali ada disaster yang berlaku , pengumuman dibuat di seluruh hospital sebagai pemberitahu kepada staff yang berkenaaan untuk turun membantu dalam 'disaster drill' itu. Jadi , semua tahu ada disaster tapi masih tak tahu apa disasternya.Jadi macam-macam la andaiannya.

tak cukup dengan itu , kak staff nurse itu menambah lagi . " saya dengar di radio tadi , ada pengumuman laut bergelora , ada amaran jangan dekat dengan laut. ".

masa itu otak saya terus berfikir " aihhh tsunami ke? itukah disaster nya? ".



Risau dan risau.

Then , ada ward round pagi. occupied dengan ward round , jadi tak sempat berfikir banyak pasal disaster.

then , baru dengar cerita sebenar.

Rupanya disaster yang berlaku - ada kemalangan bas yang berlaku. Dan rupanya itulah kemalangan yang saya terserempak on d way ke hospital.
itu bukan kemalangan biasa. ini kemalangan melibatkan banyak orang . ada dua kematian beserta beberapa orang yang memerlukan rawatan kecemasan. yang menyebabkan dewan bedah occupied pagi itu. Dewan bedah  hospital yang hanya tingggal satu itu , dengan pesakit yang ramai , memang 'disaster'.
sehinggakan kes bedah elektif kami terpaksa ditundakan ke hari khamis depan sedangkan untuk dapatkan tarikh pembedahan itu bukannya mudah.

Ini kisah panjangnya yang ada di suratkhabar : klik sini 

itu kisah 21hb saya.
Kerana kisah kononnya 21hb itu hari kiamat , semua staff hospital jadi risau. Dengan 'disaster' yang kebetulan berlaku , tarikh 21hb kiamat seakan betul dan menakutkan. Saya juga termasuk.

Bila difikirkan bila-bila saja sebenarnya kiamat itu berlaku. boleh jadi hari ini , esok , lusa , hanya DIA yang tahu. Kita kena bersedia sahaja.
tetapi ye la , kita ni manusia , yang asyik LUPA sahaja dengan hakikat itu. Asyik ALPA ja dengan dunia.
Bila kononnya kiamat , baru nak teringat balik . baru nak risau dan nak bersedia konon. Itu juga termasuk saya.

dan setelah 21hb berakhir , ada rasa syukur masih ada lagi hari untuk saya. Hari untuk saya terus menambahkan pahala saya dan juga meminta ampunNYA untuk dosa-dosa saya. Dan untuk itu , saya terfikir nak menulis post ini. Moga ada inputnya.






2 pengomen:

atikah safirah

Assalamualaikum akak ..
Hee .. comel je cerita tu ..
Akak , saya tgh tggu result spm .. ..dan saya bminat nak amik medic ..tapi risau tentang peluang pekerjaan memandangkan saya dengar khabar bilangan doktor d malaysia sudah mncukupi untuk bbrpa tahun .. betul ke macam tu akak?

a.s.m.a

khabar angin tu mmg betul , tapi still tak pasti bila benda tu nak berlaku. but still ada peluang sebenarnya..makin lama pasti lebih banyak hospital dibuka & klinik 1 malaysia pun mgkin guna doktor juga lepas ni..masa depan kita tak boleh jangka tapi khabar angin tu mmg betul..walaupun doktor makin banyak , workload doktor masih banyak lagi..kita x capai lagi pun purata doktor:pesakit yang kita nak lagi pun wat masa ni..
so boleh teruskan lagi cita-cita itu kalau betul2 minat..


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails