Friday, November 9, 2012

Bosan dengan hidup.


Assalamualaikum ,

sudah sebulan lebih tidak menulis ,

sibuk ? Itu betul tapi tidak la sampai tiada masa mahu menjenguk blog ini. Hanya tiada mood nak menulis , takut bila menulis hanya unsur negatif yang terlihat. kerana itu yang saya rasa , hanya unsur negatif dalam diri.

Pergi kerja , balik kerja. Kena marah itu lumrah. Sampaikan rasa berdebar itu satu kemestian.

Passion itu sudah hilang.

tapi ada satu benda yang saya pasti - I still in love with my job . Yup, percaya atau tidak saya suka menjadi seorang doktor. Berjumpa dengan pesakit , mendengar dan berkomunikasi. Love that !! find the cause of their problem , tried to cure it.

yang menjadi 'barah' dalam profession ini adalah masalah riak dan pangkat. Riak dengan pengkat yang ada , melayan orang bawahan seperti kami ini tiada lansung nilai dalam profession itu. Ya , kami masih baru , banyak kesalahan dibuat , tetapi tak perlu dilayan macam sampah ditendang ke sana ke situ.

dan satu lagi 'barah' dalam profession ini  - menunding ke sana ke sini. if anything happens , mula la sibuk mencari salah siapa. siapa yang perlu ditunding untuk menanggung semua kesalahan itu. Perlukan? kan lebih mudah kalau diselesaikan permasalahan itu daripada mencari salah siapa.

dan kerana barah-barah ini la , aku mula bosan dengan profession ini.

Ini baru 2 bulan , aku taktahu lah aku sanggup tak nak menempuh tempoh 2 tahun ini dan tahun seterusnya.

last word from me , i love my job but i hate the MOs.

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails