Friday, May 25, 2012

Nyamuk VS Harimau

taken from HERE



Anologi Nyamuk dan Harimau. Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!


Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.

Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!

Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.

Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang?

Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.

Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang.

Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.

Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari." (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini.

"Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:"Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali."(HR.Bukhari)

Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, "Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan."
(Surah al-Isra': 32).


Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

Sms tanpa  urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.

Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.





Apa itu ikhtilat?

Ikhtilath ada maksudnya dari segi bahasa dan istilah. Dalam Bahasa Arab, ikhtilath sering dirujuk sebagai sesuatu yang negatif. Seperti perkataan khalwat umumnya difahami sebagai sesuatu yang negatif.

Sedangkan dari segi bahawa ikhtilat dan khalwat boleh membawa maksud yang negatif dan positif.
Ikhtilat di sini bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Asal pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram.
Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia kurang disebut sebagai ikhtilat (walaupun dari segi bahasa sebenarnya boleh juga disebut ikhtilat yang dibenarkan) sebaliknya disebutmuamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.

Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.

Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.

Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya,

Dah makan ke?
Tengah  buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa?
Dah tidur ke?

Adakah  ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih  tahu maksud dalaman.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.
Sabda Rasulullah SAW,

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:  "Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).

Cinta Fitnah

Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina.

 Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, "Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat." (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).

Katanya lagi, "Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius."


Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:

"Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli."
(Riwayat Ahmad).


Soal cinta amat akrab dengan soal hati.  Oleh sebab  itulah hati perlu  berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta  dan sayang yang suci itu terheret  menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota  badan  seperti lidah,  tangan,  kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang 'berat-berat' terus. Ia biasanya dimulai dengan yang 'ringan-ringan' dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.







Ingat pesan Nabi,

Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil  sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan  sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan  terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.

Allah SWT mengingatkan kita,
"Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa."

Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri.  Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.

Sabda Rasulullah SAW,
"Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan.
(Riwayat Ahmad)
Ustazah Fatimah Syarha :)

Monday, May 21, 2012

Hikayat hari ini



Assalamualaikum..


really frustated with myself today :(




baca macam-macam , macam orang 'gilak' ,
~swing : tak cukup tidur ~
alih-alih Prof tanya soalan basic pun takleh jawab *huh*
baik baru assessment end-posting ,
belum final yang sebenar ,
Moga lebih lancar final nanti *pohon sangat2*


Geram dengan diri sendiri !


Habis assessment ,
balik solat asar + ma'asurat ,
then terus keluar dari bilik ,
bawa kunci keta , beg galas yang biasa dengan beg telekung,
drive tanpa hala tuju ,
dari Pengkalan Chepa ke Kota Bharu ,
Nak ke KB Mall ~dah boring
Nak ke Tesco ~baru je pergi semalam
alih-alih terberenti depan Masjid Kg Sireh ,
Buka pintu kereta , terus dengar azan maghrib ,
Duduk bertapa sebentar di masjid tanpa hala tuju.
Kemudian baru sedar , dalam poket ada RM5 ja ,
adus nak makan apa ni?
terus ke Wakaf Che Yeh ,
matlamat utama bukan nak shopping ,
nak 'cucuk' duit ja ,
alih-alih terberenti depan kedai tudung ,
lepas window shopping berulang kali di depan tudung yang sama,
alih-alih shopping 4 tudung sekali =)
then , baru tersedar tak makan lagi,
nak mudah , terus ke Mac'd , drive-tru saja,
nak makan sorang , nanti orang tengok pelik pulak ,
budak ni putus cinta ka?
tak putus cinta , putus harapan ada la :(
akhirnya pulang dengan bungkusan Mac'd di tangan,
sempat berenti di bilik TV sebentar ,
nampak ada junior baru balik dari wad ,
alih-alih tengok cerita Love Rain bersama ,
dah lama rupanya tak tengok cerita korea *haha*,
balik ke bilik  ~sunyi
Roomate tak balik dari wad lagi,
solat isyak , luah pada DIA ,
akhirnya makan Mac'd foldover bersama roomate tersayang.


itu hikayat hari ini ,
hikayat orang yang kecewa dengan diri sendiri ,

sesekali seronok juga berjalan tanpa matlamat ,
biarkan takdir menentukan segala,

penat , penat dan penat.
cepatlah semua ini berakhir.

Aku mahu nama aku dipanggil Doktor Ain Sabrina - 21 Jun ni ,
pohon sangat !!!

Tolong doakan !!!

Friday, May 18, 2012

Summer , kipas dan elektrik.



Assalamualaikum ,

tengah musim summer di sini
*acece bunyi macam belajar kat oberseeee*

panas , maka kita perlukan kipas ,
teringat pagi tadi , balik bilik pagi tadi ,
tiba-tiba kipas tak berfungsi ,
rasa nak mengamuk *hulk*
sebab panas yang amat !
alih-alih suis kipas dipasang off , bagaimana hendak berfungsi,
*gelak dengan diri sendiri*

Selain dari punat ON & OFF itu , 
ternyata kipas itu takkan berfungsi tanpa elektrik,
ke dah ada super kipas yang boleh berfungsi tanpa elekrik ??
takda kan..
bayangkan tengah musim panas , kipas pulak rosak ataupun takda elektik ,
mau jadi hulk macam saya pagi tadi.


ok , takdalah seteruk ni  ^_^



jadi saya analogikan beberapa perkara ,

musim summer = dunia
kipas = istiqamah
elektik = iman

nampak tak relation nya?

tak nampak?

takpa2 , saya cuba ceritakan secara mudah (^_^)

Summer , panas ,
susah sampaikan over-the-sea ada cuti waktu tu ,
begitu juga dunia , susah , banyak ujian & dugaan.


tengok gambar pun dah rasa panas  *hyperbola*


dan dengan itu kita perlukan sesuatu untuk mengerakkan kita ke musim winter ,
apa ye musim winter itu?
ye saya analogikan musim winter itu sebagai syurga *tetiba rasa sejuk*

insyALLAH kita jumpa di 'winter' nanti !!


takkan sementara nak tunggu winter tu , kita taknak wat apa2 ,
kita nak biarkan diri kita panas je ke..
tak tahan kot =)
dan di sini datangkan fungsi kipas itu ,
kipas membuatkan musim summer kita tak sesusah mana ,
membuatkan musim summer kita makin dekat dengan winter yang ditunggu-tunggu (^_^)

begitulah ibaratnya istiqamah ,
istiqamah , berterusan berbuat kebaikan ,
InsyALLAH menjadikan perjalanan dari 'summer' ke 'winter' lebih dekat ,
iaitu jambatan dari dunia ke syurga  :)


Jambatan ke 'winter'



tapi untuk istiqamah ,
benda itu tidak mudah !!

Kipas tidak boleh berfungsi tanpa elektik ,
begitu juga istiqamah tidak dapat berfungsi tanpa iman.

Dengan adanya iman , akan datangnya istiqamah.


 Hadis 40 Imam Nawawi, Hadis (21)

عَنْ أَبِي عَمْرو، وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ

[رواه مسلم]

Dari Abu Amr, -ada juga yang mengatakan- Abu ‘Amrah, Suufyan bin Abdillah Ats Tsaqofi radhiallahuanhu dia berkata, saya berkata : Wahai Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam, katakan kepada saya tentang Islam sebuah perkataan yang tidak saya tanyakan kepada seorangpun selainmu. Beliau bersabda: Katakanlah: saya beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah.
(Riwayat Muslim).


namun kita manusia biasa ,
Imannya turun naik ,
sekali sekala , hanya zikir yang berkumandang di MP3,
suatu ketika hanya KPOP dilayan,
itulah saya , juga manusia biasa , yang ada turun , naiknya iman.

Itu normal !!
namun jangan dibiarkan 'elektrik' kita terus tak berfungsi ,
nanti 'kipas' tak berjalan , sengsara la 'summer' kita.


Summer yang sengsara


jadi kita kena la recharge 'elektrik' iman kita tuuuu ,

macam mana nak recharge ??

saya suka kongsikan kata-kata Ustaz Ubaidilah dalam salah satu talk di USM dulu ,

CHANGE what you SEE ,
CHANGE what you HEAR,
CHANGE what you EAT .

ini cara kita nak recharge ,

sebelum ni asyik tengok cita korea , tukar kepada ceramah agama ,
sebelum ni asyik dengar kpop , tukar kepada nasyid maher zain mahupun zikir ,
sebelum ni asyik makan junk food & fast food , tukar kepada buah-buahan .

apa-apa pun , perlukan kesedaran dahulu ,
barulah hati kita setuju untuk mengikut.


hati yang membara untuk berubah  (^_^)


Jangan risau untuk berubah ,
kerana fitrah semua manusia itu baik dan sukakan kebaikan.
bak kata Oki Setiana Dewi - " Semua orang itu hakikatnya baik "

Rasa berat untuk berubah ?
takpa ,
tarik nafas perlahan-lahan.
ambil masa untuk berfikir.

dan ambil kata-kata akhir dari saya ini ,

Summer pasti akan berakhir ,
mahukah ia digantikan dengan Winter ,
dengan salji yang turun tanpa henti ,
ataupun ke Musim Summer yang lebih dasyat ,
dimana saat itu kipas mahupun elektrik sudah tidak berfungsi.



إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ ﴿٣۰﴾٣۰
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.


Renung-renungkan dan selamat beramal (^_^)


*few inputs taken from qiam last night*
 - maybe the last qiamulail with bulatan gembira , hopefully !!
but still will miss that moment forever !!!

Ibarat awan hitam



Assalamualaikum ,


entry di bawah ini dicopypaste sejibik dari sini.
suka perumpamaan yang diberi~
tak abis2 dengan awan kan ,
tapi memang saya suka awan =)
~ tenang !! 
tapi awan hitam --> resah ??

ok happy reading !!

Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman : (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

ini sebuah monolog fiksyen yang hadir dalam hati . di kala encik hati sedang mengusik pipi lelaki itu , dia memandang tenang ke langit . langit biru yang sentiasa memberi lambaian , menenangkan jiwa-jiwa di dunia dengan kanvas yang dinukil oleh pelukis yang maha bijaksana . burung-burung yang biasa terbang dekat dengan permukaan langit itu sahaja yang tahu berzikir selalu , juga manusia yang tinggal di atas bumi yang selalu rindu kepada tuhannya .

hati memulakan monolog , mahu bertanya . lelaki itu tenang-tenang menutur kata memberi izin . hati yang malu-malu melontarkan limpahan soalan . ia bukan limpahan sebenarnya , soalannya cuma satu . tetapi soalan itu sangatlah besar maknanya sehinggakan sebuah empangan jawapan tidak mencukupi untuk menjawab satu soalan manis itu .

lelaki itu memberi senyum . senyum yang orang baru usai menatap mahakarya agung tuhan yang kekal abadi . cinta itu seperti apa ?

cinta itu segumpal awan hitam . awan hitam yang gumpalannya besar dengan gelap warnanya yang terapung di langit yang biru .




apabila datang awan hitam itu di atas kepala seseorang di kala langit yang cerah birunya . ia memberi kita rasa resah gelisah . adakah awan hitam itu mahu menurunkan hujan ataupun kilat yang sabung menyabung . itu terpulang kepada tuhan yang memberi izin . ya , itu pasti . dengan turunnya hujan , cinta kita kepada seseorang itu terbalas manakala kilat yang bising itu , menghancurkan hati kerna cinta yang diberi , telah ditolak .

itulah yang terjadi tika seseorang itu bercinta kepada pasangan fitrahnya . awan hitam akan mengikutinya di atas kepala . sehinggalah satu jawapan itu keluar , sama ada membasahi kepala dengan turunnya hujan atau meluruhkan jantung dengan dentuman kilat yang bising . awan hitam itu akan beredar dengan sendiri meresapi dalam hati .

namun , di saat orang itu dipanah cinta , awan hitam yang mengekorinya akan sentiasa memberi redup kepada kepalanya ; memberi harapan yang orang itu akan ada niat yang sama juga , berdoa meminta kepada tuhan supaya air rezeki itu turun dengan lebatnya diikuti pelangi yang memberi tujuh warna spektrum .




encik hati mengangguk-angguk . ada sedikit kagum yang dipamerkan . cinta itu seperti awan hitam yang sentiasa mengekori manusia itu . adakah mesti hujan itu turun atau kilat datang , itu urusan peribadi tuhan yang maha tunggal .

kamu tahu apa yang lebih indah selain daripada mengharapkan hujan turun daripada awan hitam itu ? ianya dengan berharap awan hitam itu akan lesap tanpa turunnya hujan dan kilat yang berdentum .

encik hati berasa aneh sekali . pusaran persoalan mula bermain di mindanya . kerutan beribu tanda soal jelas menjadi pameran .

tika awan hitam itu turun meredup atau cinta yang hadir dalam hati seseorang , dia akan sentiasa berharap supaya hatinya dapat memberi bisikan harapan kepada si dia ; terimalah hati ini dan jadikanlah aku kekasihmu . penantian itu akan berlalu lama hanya disebabkan hati yang malu-malu meluahkan perasaan kepada si dia .




malu meluahkan perasaan itu satu penyeksaan . itu jelas sekali dalam setiap lagu cinta yang diputar di media massa . penyeksaan itu akan berlanjutan dengan terpendamnya perasaan itu yang buatkan awan hitam itu sentiasa mengekori kita , mencipta harapan ; sukalah aku , sukalah aku , sukalah aku .

namun , jika dipendam terlalu lama juga , muatan di dalam awan hitam itu juga akan muntah dengan sendirinya . bukankan hujan yang hadir , sebuah ribut taufan yang merosakkan ekosistem . hati dimabukkan dengan cinta yang sentiasa terpendam , sehinggakan tiada lagi tempat dalam hati itu untuk diisi oleh pemilik hati yang agung .

hati yang diberi oleh pemilliknya , lalai dan alpa dengan kemabukan daripada cecair alkohol bergelar cinta . namun , untuk melarikan diri daripada kemabukan badai itu , perlukan larian yang padu , mengelak awan hitam itu hadir memberi redup atas kepala .

itu kerja mustahil kerna itu kerja tuhan . tidak boleh larikan diri daripada cinta , malah kita yang kena mengejar cinta itu . bagaimana ? awan hitam itu sudah pun di atas kepala , bagaimana mahu mengejar cinta itu lagi ?




dengan melompat dan memegang awan hitam itu . aneh . ia aneh . dengan cara melompat dan memegang awan hitam itu , engkau akan dapat melihat wajah pemberi cinta yang hakiki . dengan merenung cinta yang hadir di kala engkau sedang melihat pasangan fitrahmu , renung sekali dan beri renungan yang lama-lama kepada pemilik hati ini . fikir dan fikir mengapa cinta itu perlu datang .

kerna tuhan mahu tahu yang cinta yang Dia beri itu bukan untuk engkau mabukkan sendirian dan mabukkan berdua-duaan . ia sebuah hadiah untuk engkau sempurnakan agama dalam mengenal siapakah pencipta di sebalik awan hitam itu . awan yang memberi rasa pelbagai ; rasa resah gelisah , rasa harapan dan rasa manis yang banyak .

pegang awan hitam itu usai engkau melompat . pegang baik-baik awan itu . lihat apa yang di atas awan itu , disebalik redupnya awan hitam , engkau melihat wajah tuhan yang memberi senyum untuk manusia yang berfikir dan beryukur dengan pemberian itu ; sebuah hadiah yang berupa manis dan comel untuk engkau sentuh dan bernafas . untuk mengajak engkau kenal denganNya . pemilik awan hitam yang redup .


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) dekat (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. 
          al-Baqarah , ayat 186




jika engkau mendapat turunnya hujan ,
biarkan hujan itu turun membasahi bumi dengan warna pelanginya yang kekal ,
tetapi itu fenomena mustahil kerna pelangi itu akan luntur warnanya ,
luntur warnanya disebabkan suria yang menjengah ,
suria cantik yang mampu memberi cinta ,

namun itu tidak kekal dan ia bergantikan dengan sinar gemerlapan bulan ,
itu juga bukan cinta kerna putih bulan itu tidak kekal ,
bagaikan Ibrahim yang sedang merenung atas ,
cinta yang sebenarnya ada disebalik langit yang luas ,
bagaikan hati rabiatul adawiyah yang kaya dengan tanah di dahinya ,
mengenal tuhan , pemberi cinta dan pemilik hati .

Wednesday, May 16, 2012

Terapi diri ^^

assalamualaikum


25 days more to final exam !!

*rasa nak jerit kuat2*


takut
kurang yakin
penat
stress
unstable mood


semua bercampur gaul


tu siang tadi ,

sekarang dah ok *senyum*


confident level dah naik ,
rasa semangat ,
nak usaha kuat2


sebab dah dapat terapi !!


1. dari bulatan gembira saya.



bercerita ,
berkongsi ,
out of the box,
tadabur ayat surah al-baqarah tentang infaq (ayat 265-274) ,
kongsi tentang ciri muwasafat tarbiyah



juga tentang 10 sahabat dijamin syurga.

*suka yang amat*
rasa releasa ,
rasa tenang ,
ukhrawi ternyata lebih tenang dari duniawi ,
namun untuk bahagia di sana , perlu berusaha di sini dulu.

Gambatte !!

2. juga dari mama & abah

walau sejauh mana kita berlari ,
walau makin meningkat usia ,
kita masih 'si anak kecil' mereka.



LOVE THEM SO MUCH !!


dah !!
entry ringkas dari saya.

perlukan pertolongan anda semua ,
please pray for me !! huhu
Doakan kejayaan kita semua , insyALLAH ! ^^



Monday, May 7, 2012

Apabila Awan Baik Bercinta

taken from iluvislam

Lelaki baik itu seperti awan 

Lelaki baik itu sudah tentu seorang yang tenang. Walaupun laju dia bertindak , dia tetap tenang. Dan juga perlahannya dia beraksi , ketenangan tetap terpamer di setiap inci jasadnya .

Ketenangan itu simbolik awan. Mereka yang melihat awan pastinya akan turut tenang . Apabila lelaki baik itu berjalan, atmosfera ketenangan akan hadir menyelimuti manusia-manusia sekelilingnya .

Aku tidak hairan dengan falsafah ini . Malah, aku sudah jangkakan sedikit kata-kata baik daripada teman imaginasi aku. Awan dan lelaki baik ialah simbol ketenangan .

Apabila awan bercinta 

Apabila seseorang lelaki baik itu bercinta, tak ubah seperti awan yang bercinta. Aku hairan yang bukan sedikit. Kening aku naik perlahan . Dia sambung kembali .

Awan itu isipadunya ialah wap air yang ketumpatannya rendah. Isipadunya sangat besar . Dengan izin tuhan , dia terapung-apung dan sangat ringan terbang di langit . Kagumnya ciptaan tuhan ini , sifatnya yang sangat cintakan bumi .



Cinta si awan kepada si bumi ialah dengan melepaskan isipadunya yang sarat dengan wap air yang tidak terkira banyak nilainya kecuali dengan pengiraan yang maha bijaksana yang serba tepat. Cintanya dicurahkan dengan membasahi bumi ; menyucikan jasad kotor .

Namun , cinta si awan kepada si bumi sangat mahal nilainya. Sifatnya yang gemar terapung-apung ; melarikan diri daripada bumi yang di bawah. Hadirnya cinta si awan itu hanya apabila isipadu airnya sudah mula berat ; berteriak menyahut panggilan graviti untuk bercumbu dengan cinta si bumi .

Apabila nilai isipadu wap air hujan itu telah disahkan oleh piawaian tuhan yang satu, jasad awan jatuh ke bumi dalam bentuk sejuta manfaat kepada si bumi untuk menyelimutkan ketenangannya di atas langit. Itu cinta awan kepada si bumi yang cukup indah hikayatnya

Lelaki baik itu gemar larikan diri 

Sama seperti awan dan apabila seorang lelaki baik itu bercinta, datangnya cinta itu berbisik ke hatinya , lelaki baik itu lari. Lari dengan wajah yang tenang, menjarakkan diri daripada cinta seorang perempuan .
Lelaki baik itu terapung-apung dengan rendah diri, mengumpul ilmu untuk meningkatkan isipadu imannya ; tidak mahu menyentuh kulit halus si perempuan dan tidak akan sama sekali menghidupkan rindu yang lama kelamaannya berputik kepada zina hati .

Lelaki baik mendekatkan diri kepada cintanya dengan akad nikah

Datangnya seorang lelaki baik itu kepada cinta seorang perempuan. Membawa harapan yang isipadunya cukup sarat untuk dicurahkan fitrah yang dicipta Tuhan yang maha Esa .

Kontrak persetujuan tuhan ditandatangani untuk mendapat keizinan daripadaNya maka tersulamlah cinta yang diberkati tuhan antara lelaki baik dan pasangan fitrahnya .

Aku kagum. Kagum dengan falsafah awan putih yang berada di tangannya .
Bukan sedikit kagum itu sehinggakan hati ku mula membesar dengan semangat mahu memenuhi isipadu iman dengan wap-wap ilmu pengetahuan dan mencipta ketumpatan rendah diri agar aku bisa melarikan diri daripada cinta seorang perempuan .

Ingat aku, awan tidak selalu serupa dan suka terbang jauh, mungkin malu dengan cinta, ia akan berani dekati cinta apabila tiba satu saat yang dia sudah bersedia kongsikan air hujannya .



Lelaki baik itu pemalu ? yang pastinya dia lelaki yang tahu malu dengan tuhannya .
Dan apabila lelaki baik itu bercinta......aku bersalam dengan awan . Masih lagi senyum sampai sekarang :)


................

love this article so much !!

Jom jadi seperti Awan ,
bercinta bila betul-betul bersedia ,
bukan bercinta hanya kerana sunyi bertamu ^^

Thursday, May 3, 2012

Segmen : Pemberian Menarik hari Ibu... Ada Hadiah!!!

Assalamualaikum ,

tadi petang , adik bongsu saya - cik ' inat busuk ' =p mesej

" kak ain , nnti ckp la apa idea kak ain utk hari ibu".

tu je , mesej dia yang boleh di 'intepret' sbg

"kak ain , cepat cari idea utk hari ibu !! and birthday inat also along the way ", =p

ye birthday si adik bongsu ni selalu terkena pada hari ibu sebabnya birthday dia awal mei kan,
to be exact 9 May 1997 .

k tuk si adik bongsu ni , kita KIV dulu ,
cari hadiah utk mama dulu.

saya pun search internet ,

"top gift for mother's day"
"flower delivery at penang for mother's day"

macam-macam keyword la,

masih tak jumpa yang berkenan,

so try last keyword

" idea hadiah hari ibu "

lalu terjumpa blog ni :

http://tamankemboja.blogspot.com

yang buat contest ni :

Segmen : Pemberian Menarik hari Ibu... Ada Hadiah!!!

 

memandangkan lama tak join contest ,
dan rasa nak berkongsi idea saya
dan juga nak tahu idea orang lain
dan juga nak hadiah kalau ada rezeki =p


ok idea saya adalah :

do it yourself photo album !!

dapat idea ini untuk birthday abah saya dulu dari blog the other khairul
so saya dah tak boleh guna idea ni utk hadiah hari ibu.
need new & fresh idea !!
help me !!

at first , saya plan nak guna cadangan Mr. K untuk gunakan khidmat
fotokenangan.my

tapi waktu tu, masa dah agak limited ,
dan saya rasa agak mahal *ok-saya-memang-agak-kedekut*

then roomate saya bagi cadangan

"kenapa ko tak wat sendiri ja? lagi ada sentimental value "

ok , fine saya pun buat keputusan nak wat sendiri ,
sedangkan saya ni memang sangatlah tak kreatif *seriously*

so , as usual saya mintak pertolongan encik google
search "do-it-yourself photo album"

dan terjumpa website ni :

make-a-photo-flip-flap-album

konon-kononnya nak wat la photo-album + card ala-ala gambar kat bawah ni ,



memandangkan masa limited ( alasan !!)
& saya ni memang tak kreatif (ni yang sebenarnya ),
*malu nak tunjuk gambar kad tak jadi tuu*

akhirnya saya beli photo album siap terus , (at last !!)

photo-album yang dah siap with reben!!


dan letak gambar-gambar yang saya dah edit (full with sentimental value !!)

sebahagian gambar & ucapan



ok , secara mudahnya :

1) pilih gambar-gambar korang dengan ibu korang yang ada sentimental value
2) edit (cara saya guna je photoscape) + tambah ayat-ayat best (yang boleh dicilok dari internet) or lagi bagus tambah je ucapan tulus dari hati korang sendiri.
3) then buat photo-album sendiri ataupun guna cara mudah macam saya - beli photo-album siap !
4) then , suprise kan ibu anda dengan hadiah photo-album anda !!


Selamat hari ibu kepada ibu-ibu semua !!!

and special wish to my mama : Bebe Fatimah bt Haq Nawaz !!
Love u , ma !!







 


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails