baru habis tengok cita bawah ni :
MY PRINCESS
sinopsis : Kerajaan Korea yang tidak beraja, tiba2 president nya nak mulakan kembali pemerintahan beraja. lalu dicari kembali keturunan raja --> lalu cik heroin, Lee Seol yang sebelum ini hanyalah rakyat biasa ditabalkan menjadi puteri raja. namun bukan hanya semudah itu. rupa-rupanya ramai yang mebangkang. dari pergolakan politik hinggalah ke kes harta. dan salah sorang yang membangkang adalah encik hero - Park Hae Young. tak nak cita panjang pasal sinopsis cita ni.kalu nak tahu lebih lanjut-boleh klik ni : sinopsis My princess
takpun tengok je disini : watch my princess
.......................................
tengok cita ni- teringat kisah zaman budak-budak dulu..
masa kecik-kecik dulu suka berangan jadi puteri raja..
PUTERI AIN SABRINA ^^
mungkin sebab terpengaruh sangat dengan cerita-cerita fairy tale disney
tapi dalam banyak-banyak senarai princess kat atas ni
ainsabrina paling suka cerita Beauty and the Beast.
pelik kan? selalunya orang suka cinderella..
kontra dengan ainsabrina-dalam banyak2 princess di atas saya paling tak suka cinderella..
sebab bagi saya watak cinderella tu terlalu baik dan lembik =)
macam dia menerima saja takdir yang dia dibuli mak tiri dan kakak2 tiri dia.
pastu just nangis tunggu fairy godmother dia datang..oh plisss
tolonglah bangkit bangun menegakkan keadilan untuk diri sendiri..
ok ni pendapat ainsabrina..ke ada yang tak puas hati dengan statement ainsabrina?
ok kenapa beauty and the beast?
dah la watak putera rajanya adalah beast yang menakutkan dan tetiba hujung2 nya jadi baik semacam ^^
yup- ainsabrina ni memang tak pandai nak tgk orang2 ensem ni
acece mcm tak kena je statement di atas tu..tapi itu la realitinya..
saya tak reti nak labelkan orang tu ensem ke tak..saya lebih suka tengok peribadi..
bila peribadi baik terus nampak hensem ^^
sebab sebenar saya suka beauty and the beast, sbb watak princess belle..
watak dia nampak educated & pandai..dari awal cerita tunjuk watak dia yang suka membaca..
ainsabrina suka watak princess belle yang educated ^^
membaca disamping kambing biri2 ? |
lagi satu baju-baju princess belle cantik2 belaka lebih2 lagi belle ada almari yang boleh berkata-kata..
teringin nak ada satu kat umah tapi maunya ainsabrina tak dapat tido malam nanti hihi
almari baju yang berkata-kata |
ditambah pulak dengan watak-watak tambahan yang amat memikat hati..
encik lilin,puan teko dan encik jam yang comel ^^ |
dulu2 masa kecil2 (ye..sekarang dah besar..)
suka berangan sorang-sorang..
berangan nak jadi puteri konon tapi angan selalu tak lama..
sebab tengah-tengah berangan mesti tetiba ja rasa macam taknak jadi puteri..
mesti tetiba ja suara hati bersuara
"eh ain takleh jadi puteri..sebab bila jadi puteri nanti takleh jadi doktor.."
semangat 'ainsabrina kecik' yang nak sangat2 jadi doktor..
'ainsabrina besar' pun dah tak semangat camtu..
sedangkan orangnya sama tapi semangatnya berbeza..
kerana di sudut hati 'ainsabrina besar' ada rasa menyesal memilih jalan ini..
namun ainsabrina still keep moving forward..
cuba mencari kembali semangat 'ainsabrina kecik' =)
Puteri Ain Sabrina kena semangat !!! ^^
pray for me (^_^)