ASSALAMUALAIKUM..
Kebelakangan rajin pula rasa hati nak update blog..
pelik gak..=)
baru abis baca ni..
Novel WARNA
beli sbb cerita HIKARI AINORI karya sis Rynsa
sangat menarik..
ia bukan sekadar hanya cerita..ia lebih daripada itu..mengajar mengenai warna kehidupan..
warna itu pelbagai..ada yang terang..ada yang kusam..
dan itu juga ibaratnya kehidupan..kadangkala bahagia kadang kala duka..
dan itu yang menwarnakan kehidupan kita dengan warna yang pelbagai bukan hanya dengan warna hitam putih ibarat siaran tv waktu p.ramlee dulu..
seringkali orang yang baca novel dikaitkan dengan jiwang..
Macam cik asiah tadi mengata cik ain sabrina depan2..
" hang ni tak abis2 baca novel..jiwang je.."
jiwang??
sebenarnya apa itu jiwang?
itu ain sabrina tak brapa nak reti nak jawab..yang tau jiwang tu ala geli2 romantik..
haha tergelak sendiri masa taip 'geli2 romantik' tu haha
ingin saya tegakkan di sini baca novel ----> TAK BERMAKNA JIWANG !!!
kerana ain sabrina, pembaca novel tegar ni sememangnya TAK JIWANG !!
ikutkan la novel apa yang di baca..
dulu masa zaman2 sekolah..suka sangat membeli karya keluaran ALAF 21..--> AGAK JIWANG
naik matrix- tiba2 beralih arah membeli novel2 omputih karya JUDITH MCNAUGHT dan JUDE DEVERAUX..-->JIWANG GAK..
naik universiti..dah tahu hukum hakam bercinta..dah mula jatuh hati pada karya HLOVATE & RYNSA ..---> OK NI TAK JIWANG...
kerana karya mereka bukan hanya sekadar novel cinta..ada lebih dari itu..
ada pengajaran yang tersirat dan tersurat..
ada madah2 cinta kpada tuhan diserapkan buat pembaca-pembaca karya mereka..
bukan hanya madah cinta buat makhluk kepada makhluk yang lain..
ya tak salah cinta kepada sesama makhluk
seperti yang dikatakan dalam hadis nabi:
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
kalau betul sayang,doakan kebahagian saudara kita..
kalau betul sayang,bawakan saudara kita ke jalan yang benar..
betulkah sayang kalau kita mangajak saudara kita tu membuat yang dilarang??
betulkah sayang kalau kita mengajak saudara kita berpengangan tangan
betulkan sayang kalau kita mengajak saudara kita berdating-dating sambil diteman en.TAN..
kalau betul sayang-ajak kawin betul2-tak kisah la lepas tu..korang dah halal sesama korang
"Apalah yang ada pada cinta sesama makhluk jika mebawa kepada keburukan?"
copy cat dari novel HIKARI AINORI karya rynsa
itulah yang kadang2 ingin sampaikan oleh penulis2 novel ni..
namun dengan cara yang lebih mudah..cara lebih santai..
jadi kalau betul novel yang dipilih..novel tu boleh bawakan kita dekat padaNYA..
baca novel yang betul dengan pengertian yang betul INSYALLAH lagi dekat kita denganNYA..
macam ain sabrina yang dah letih membaca buku2 medic yang tebal2 belaka (bunyi mcm rajin sangat haha)
kadang2 rasa nak berehat gak..jadi takkan nak baca buku tebal2+buku berat2 lagi..jadi baca novel la jawabnya..jadi pilih novel yang betul INSYALLAH tak sia2..
kerana setiap manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (surah al-asr)
so kadang2 baik baca novel daripada main game..at least ada benefitnya..tak sia2..
cakap panjang..kesimpulan yang ingin ain sabrina sampaikan sebenarnya...
ain sabrina-pembaca novel ---> TAK JIWANG..
ARRASSSO !!!
Two months to go lub dub lub dub
5 years ago
0 pengomen:
Post a Comment