Thursday, December 17, 2009

VIDEO SEMPENA MAAL HIJRAH

assalamualaikum

salam maal hijrah..
sempena maal hijrah ingin saya tunjukkan video..



dah tgk video??? got it fom facebok..ada kawan kak senior yg upload..jauh gak connection nye..(kredit to Aisyah Khaulah)
really interesting kan..walaupun tanpa subtitle kita still dpt input dia kan..

banyak pngajaran yg boleh dapat
1)macamana manusia sekrang(that also include me)suka ambil jalan mudah,suka ambil kaedah tggu dan lihat..kalu ada pa2 masalah kita lebih prefer tggu org lain yg betulkan..bg contoh simple la kan..
-tgh2 kita jalan ada sampah la kata kan..kita lebih suka ambil langkah "ala bukan sampah aku,nnti ada org kutip tu,lagipun makcik cleaner kan ada tu kan kerja dia"

terkena batang hidung sendiri tak pengajaran 1 ni??owh mgkin tak terkena pada sesetengah insan bcoz i sure there is good person in this world..

ok back to the story,dlm video ni kisahnya pasal ada satu pokok tumbang and org sekeliling yang turut sama terkandas dalam jalan raya dsbbkan pokok tu lebih prefer tggu dan lihat..lebih prefer buang masa drpd berusaha untuk selesaikan masalah..dan unconsciously it refer to our attitude somehow..hopefully kita diberi kesedaran seperti mana budak kecil dalm video ni..

2. bersatu teguh bercerai roboh..
ahh pepatah ni selalu sangat kita dengar..tapi tu la masalahnya..masuk telinga kanan kuar telinga kiri..kita sebenarnya ambil ke tak pengajaran dr pepatah tu or just gnakan bila perlu je..

ok from the video,it really shows the meaning of the pepatah..bgaimana org yang tidak pnh kenal pun sblm ni boleh sama-sama membantu and the reward is they have solve theirs problem..
ni la tunjukkan semangat berpasukan yang perlu ada dlm diri kita..

there are many mores actually..pikir sendiri la ye..rasanya korang nampak je kan (^_^)

last pharagraph..i think so (^_^)
ok so sempena maal hijrah,marilah sama2 kita membina azam baru untuk menjadi yang lebih baik insyALLAH..

here i copywrite kata2 uploader video ni..suka ayat2 dia..
Selamat Menyambut Maal Hijrah!

Wahai pemuda!

Seluruh dunia berada di dalam keadaan cengang -bengang lagi bergejolak. Segala sistem yang ada kini telah gagal mengubatinya. Tidak ada sebarang ubat untuk menyelamatkan dunia ini melainkan dengan Islam jua. Oleh itu, TAMPILLAH KE HADAPAN untuk menyelamatkan dunia itu kerana seluruh umat manusia sedang bertunggu-tunggu ketibaan seorang penyelamat dan juru penyelamat ini tidak akan berlaku melainkan dengan mengamalkan risalah (perutusan) Islam, iaitu risalah yang dibawa obor-obornya oleh kamu. Bangkitlah dan siarkanlah nya ke seluruh alam.

Mulakan perubahan dari diri kita sendiri insyaAllah,
Kuatkan Iman Teruskan Amal!! ^___^


p/s ada exam CFCS esok..tlg doa2 kan ye..

Monday, December 14, 2009

SECRET TO BE REVEALED

ASSALAMUALAIKUM..
aku baru terbaca satu blog nih..
dalam blog nih ada cakap pasal tnda peace yang kita slalu wat masa ambil gambar..
then the blog reveals something that i sure will make us think twice b4 do that peace sign..

HAPPY READING..

linknya:"http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/07/secret-sign-peace-symbol.html"

Sunday, December 13, 2009

ME=CINDERELLA

ASSALAMUALAIKUM..

me as Cinderella..
haha right...whY??it is bcoz of i hve met my so-call prince charming??
haha..not yet..

gini alkisahnya..

tadi sdap2 aku brada di bilik..berehat2..tanpa ku sedar sesuatu berlaku di luar bilikku..
jeng2..jeng2.. (^_^)
ada org ketuk pintu bilik..
"tok..tok..tok.."
pintu bilik di buka..
rupanya cik nana,jiran bilikku..

"ain..ko patut tengok kat luar ni??aku rasa........"

guess what happen????
guess
guess
guess

biar aku habiskan ayat nana ye...

"aku rasa kucing kencing kat kasut ko.."

aku terpaku,terkedu,ter...dll la..
"what????????"

dalam otak aku dah macam gunung berapi nak meletus..
macam2 fikir..
"kasut baru tu.."
"aku nak pakai kasut pa g meeting CFCS petang ni"
"nak kena beli kasut lain ka..duit dah ciput"
"haaa geramnyaaaaaaaaaaaaaaaa"

then my title as cinderella came..


membasuh kasut hitam baruku..huhu
then fikiran rational came:
-baikla ckit je kenanya..kat tapak je..
-baiklah kencing..bukan *tut*
-baiklah kucing..bukan anjing or **** jenuh nak cari air tanah pulak..
-baiklah aku tak nampak kucing tu,kalu x ****** dia..(yg hujung ni tak brapa rasional)

then,membasuh halaman depan bilikku..
masa ni dah macam betul2 cinderella dah..
"gosok..jangan tak gosok..gosok..sampai berkilat..gosok" *diirigi lagu kump spider..

haha then the laugh came at last..

teringat ada satu watak kucing jahat dalam Cinderella nama Lucifer
ni gambar masa dia sengaja kotorkan selepas cinderella siap menyapu..


memang geram sgt masa tu..dah lama dah kes ni tak berlaku..
memang slalu dah bilik ni jadi mangsa 'pembuangan barang2 tak diperlukan' tu lalu me and aida(my rmate) ambik tndakan simpan kasut dlm bilik except kasut toilet..tah cmna tghari td aku malas nak masukkan kasut dlm bilik sbb fikir kul 2.30 nak kuar g meeting CFCS pulak,kes ni kembali berulang..geramnya..
ok but rite now dah cool down ckit..namun ingin aku isytiharkan hari ni hari sakit hati aku pada kucing..huhu sangat sakit hati...
dah la tu..dah terlebih luah dah ni..
k g dulu..wslm...

Thursday, December 3, 2009

NUR KASIH

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

assalamualaikum..
got this article from iluvislam and love it..mgkin sbb diri ini pun salah sorang peminat nur kasih walaupun takda la cover stiap mggu pun..but still nur kasih give some impact to me..and give more than that after reading this article..happy reading..




Penangan nur kasih


“Cikgu, jangan buat BBQ hari Jumaat malam. Kami nak tengok Nur Kasih....”, emak mengajuk kata-kata anak muridnya. Pelajar darjah enam.

Tergelak kami mendengarkannya. Namun, hati terdetik, apakah agaknya yang dipelajari oleh anak-anak berusia 12 tahun?

Tidak dinafikan Nur Kasih mempunyai aura tersendiri dalam masyarakat. Saya sendiri jatuh cinta. Cinematography yang mempesona! MasyaAllah.

Tatkala Facebook dihujani kuiz-kuiz untuk melihat apakah watak Nur Kasih yang sesuai dengan diri, apakah kita benar-benar `melihat` mesej untuk dihayati?



Perihal Anak Muda


”Kalau saya jadi Sarah, saya pun akan jadi seperti itu”, komen adik di sebelah.

Saya kurang memahami. ”Seperti yang bagaimana?”.

”Lihatlah cara ibu bapa mereka melayan Sarah dan kakaknya. Jauh berbeza”, komen yang lahir dari hati seorang anak muda.

”Ye tak ye juga”, hati kecil saya mengakui.

Jika saya membuat bancian, pasti ramai yang amat tidak menyukai watak Sarah. Tidak terkecuali watak Adam di awal cerita. Geram, marah, benci! Jauh berbeza dengan watak Aidil dan Nur Amina.

Ironinya, Sarah dan Adam dibesarkan dalam sebuah keluarga berpendidikan agama. Namun, seperti lirik lagu, iman tidak dapat diwarisi.

Terdapat beberapa persamaan antara watak Adam dan Sarah yang berperang dengan jiwa muda. Sifat terburu-buru, tidak sabar. Sifat melawan, tidak mahu mendengar kata. Sekalipun ibu bapa telah berusaha dan berdoa, sikap mereka tidak bertukar.


Paradigma Uda dan Dara

”Adam jahat! Adam anak setan!”, kata-kata Adam sewaktu kecil yang menempah tamparan daripada Mak Jah.

Begitulah paradigma yang terbentuk dalam diri Adam. Dia seorang yang jahat. Lebih-lebih lagi apabila Ustaz dan Mak Jah mendidik Adam dengan kekerasan. Mereka sendiri mengakuinya tatkala berbicara di kamar tidur.

”Mungkin cara didikan kita pada Adam silap. Selalu sangat dipukul. Jadi bebal anak tu”, luah Mak Jah, naluri seorang ibu berbicara.

Sekalipun Adam kelihatan `jahat`, masih terselit ketaatannya pada ibu bapa.

Ketika Ustaz sakit, Adam tetap pulang selepas dipujuk Aidil. Selain itu, niat Adam untuk pulang segera ke Australia dibatalkan apabila Ustaz jatuh sakit sekali lagi. Babak di kampung diakhiri dengan Adam mengikut kehendak bapanya, berkahwin dengan Nur (kisah dia mengabaikan Nur satu perkara lain).

Berbeza dengan watak Sarah. Salah satu paradigma Sarah ialah mabuk bercinta tidak berbalas. Cinta buta. Selepas berusaha sedaya upaya mendapatkan cinta, barulah Sarah tersedar, ”Buruk sangat ke Sarah mak?”, tanya Sarah pada diri sendiri sebenarnya. Pertanyaan ketika di episod akhir.

Kata orang, hendak dijadikan cerita. Kata saya, lihatlah, penulis tidak menjadikan cerita sia-sia!

Menganjak Paradigma

Bayangkan watak Adam dan Sarah, paradigma mereka telah terbentuk hampir 20 tahun. Maka, untuk mengubah paradigma mereka ke arah yang positif, tentunya mengambil masa yang lama. Paradigma tidak berubah sekelip mata. Dengan izin Allah jua.

Paradigma seseorang terbentuk sejak lahir. Banyak faktor yang mempengaruhi lalu membentuk persepsi. Ibu bapa, kawan-kawan, persekitaran dan media antara faktor yang menyumbang.

Menariknya, anjakan paradigma Adam dan Sarah bermula dengan ujian. Ujian terus dari Allah swt. Adam kehilangan anak sulungnya bersama Katrina. Kemudiannya Adam dipenjara. Sarah pula ditimpa kemalangan merempuh cermin.

Hidayah itu datang dengan pelbagai cara. Terpulang kepada individu melihatnya dengan mata hati. Hidayah melalui pencarian. Hidayah melalui ujian!


Pencarian Diri Bermula




Ujian yang menimpa Adam dan Sarah merupakan faktor luaran, sesuai sebagai permulaan untuk menganjak paradigma. Namun, tidak menjamin usaha untuk terus mengubah diri ke arah kebaikan. Jelas mesejnya bahawa untuk berubah, bergantung kepada individu. Adam dan Sarah perlu mencari selepas mereka di uji!

Pencarian diri Adam diceritakan dengan panjang lebar berbanding Sarah yang `insaf` dihujung cerita.

Secara umumnya, pencarian Adam mengenal diri dan Islam perlu dimulakan dengan diri sendiri walau penuh rintangan. Usaha dimulakan sedikit demi sedikit, syaratnya istiqamah.

Adam memulakan pencarian tanpa bantuan abangnya Aidil. Bahkan, Adam menyedari, dia bertanggungjawab untuk mendidik Katrina, dirinya perlu berubah dahulu. Selain rintangan dari dalam diri, Adam perlu berhadapan dengan Katrina yang terkejut dengan perubahannya. Begitulah pencarian Adam bermula. Sunnah orang berjuang. Berjuang menentang diri sendiri. Berjuang menempuh rintangan.

Namun, Adam berusaha sedikit demi sedikit. Asalkan istiqamah. Sekali-sekala Adam terbabas. Katrina menjadi mangsa `kekasarannya`. Namapun terbabas, segalanya pulih bahkan bertambah baik apabila Adam menyedari kelemahannya. Kembali ke atas track sebenar.

Membentuk Diri

Setelah beberapa ketika mencari diri dan dalam masa yang sama cuba mengubahnya, sampailah ke satu tahap, Adam mampu untuk membetulkan kesilapan lamanya. Kesilapannya terhadap Nur Amina. Kesilapan terhadap ibu, ayah serta abangnya.

Tanpa ujian sebagai permulaan, tanpa pencarian diri dan Islam, sukar buat Adam untuk menjatuhkan ego sendiri bagi membentuk diri ke arah yang lebih baik. Malah, membaiki kesilapan lalu. Sukar.

Perubahan diri Adam berperingkat-peringkat. Adam tidak menjadi anak serta suami yang soleh sekelip mata. Bergantung kepada masa. Bergantung kepada izin Allah jua. Namun, Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya. Bahkan Allah lah yang paling dekat tatkala hambaNya memohon padaNya. Cuma, hamba ini yang alpa berusaha. Astaghfirullah!

Walaupun pada awalnya kaki Adam tersangkut untuk melangkah bersama ayah dan abangnya ke syurga, dia kemudiannya berusaha. Lalu Allah redha mengizinkan.

Sarah pula menjatuhkan egonya apabila benar-benar redha untuk melepaskan Aidil. Aidil yang cukup bertakhta di hatinya sehinggakan lupa bahawa pemilik mutlak hati seorang hamba adalah tuannya, Allah swt.

”Kak Nur kahwinlah dengan abang Aidil, Sarah tak kesah”, jelas keikhlasan diwajah Sarah dihujung cerita. Berbeza dengan dirinya yang bermuka-muka pada awalnya. Tanpa dinafikan, yang Maha Mengetahui ikhlas hanyalah Allah swt.

Berapa peratuskah `Sarah` dalam diri kita?

Aplikasi Buat Anak Muda

Mungkin kita tidak dilahirkan dalam keluarga ustaz mahupun imam seperti Adam dan Sarah. Namun, jangan kita lupa. Syarat untuk berubah adalah diri sendiri!

Apabila balighnya anak Adam itu, maka mereka mampu berfikir. Mampu untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Mampu untuk mencari diri dan Islam.

Buangkan tabiat menyalahkan ibu bapa, menuding jadi pada persekitaran dan media. Kita punya kuasa dan kawalan terhadap diri masing-masing. Berperanglah dengan diri sendiri untuk berubah. Berjuanglah walaupun sukar kerana kesukaran itulah sunnah.

Apabila wujud kemahuan untuk berubah, jangan mudah menyerah kalah. Membina diri ibarat membina bangunan. Andai tergopoh-gapah dan menggunakan short-cut, alamatnya robohlah. Tidak bertahan lama!

Sama-sama kita bersabar, jiwa muda. Selepas membina, cabaran untuk mempertahankannya pula. Mempertahankan iman dan Islam sehinggalah kita mati kelak.





Setiap Manusia Punya Kebaikan

”Sejahat mana pun seorang manusia, dirinya masih punya kebaikan”, tazkirah ayah pada suatu petang.
”Masih ingat cerita seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang? Apabila bertanya kepada seorang ulama`, bagaimanakah dirinya hendak bertaubat. Ulama` itu menjawab, lelaki itu tiada harapan, hanya layak ke neraka.”

”Maka beranglah lelaki tadi lalu dibunuhnya ulama` itu, mencukupkan 100 orang. Kemudian, lelaki itu berjumpa ulama` yang kedua. Soalan yang sama diajukan. Jawapan berbeza diberikan.”

”Kamu masih punya harapan untuk bertaubat kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang. Taubat nasuha”, begitulah berbezanya jawapan ulama` kedua. Jawapan penuh dengan kasih sayang. Dengan izin Allah jua Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Lihatlah manusia dengan kasih sayang. Kata orang, ”Hate the sin, not the sinner”.

Samada melihat orang disekeliling kita, mahupun kita melihat diri sendiri. Seburuk manapun, setiap diri punya kebaikan di dalam hati. Yakinlah.

Ujian datang dan pergi. Mata hati yang celik membuatkan diri mencari. Akhirnya membentuk diri. Sebelum pulang menuju ilahi.

Syaratnya diri sendiri!

Wednesday, December 2, 2009

HAPPY BIRTHDAY ATHIRAH

JUST WANT TO WISH HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED COUSIN cik shazwin athirah..
love you miss u..

tirah(yg pakai bj merah) with my sis(yg baju biru)


ssh btul nak cr gambar tira busuk sorg2 mesti bdua ngan inat busuk..macam kembar siam tak dapat dipsahkan..sesuai la dua2 busuk hihi

anyway..
happy birthday tira busuk..
all d best in ur future undertaking
make mak teh and pak teh proud to have you as their daughter
love u miss you..

wslm..

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails