Wednesday, November 28, 2012

Aku rindu


Aku rindu kenangan dulu ,
Walaupun penat seharian di wad , malamnya masih boleh pulang dengan keadaan senyum gembira.
Malamnya masih boleh menjenguk kisah-kisah yang terisi dalam external drive lalu bergelak ketawa dengan isi cerita tanpa risaukan hari esok.

Aku rindu kenangan itu ,
melihat ruang 'mukabuku' sampaikan rasa bosan dengan itu ,
refresh berulang kali , menunggu status orang dan tersenyum melihatnya.
walau bosan , masih ditetap dibuka ruang 'mukabuku' itu keesokkan harinya.

Aku rindu waktu itu ,
di saat ber 'blog-walking' , ke sana ke mari sedangkan jasad masih terduduk di depan laptop tanpa bergerak ke mana-mana. Menunggu-nunggu post baru , menunggu-nunggu cerpen mahupun entri novel baru.

Aku rindu zaman itu.
Walau hari-hariku penuh , masih sempat diri disibukkan dengan usrah mahupun bersua dengan adik-adik sebagai Fasi. Berjumpa dan bersua dengan orang baru , tanpa hiraukan kesuntukan masa.

Aku rindu hujung minggu itu.
walau kadang-kadang terpaksa jugak ke wad , namun akan ada juga ruang untuk berjalan ke sana-sini , walaupun hanya ke d-villange , gerai makan yang jaraknya hanya sekakang kera di hadapan.

Aku rindu rasa itu ,
walau di marah berulang kali , masih terasa ada kasih dalam hati. Kasih seorang pensyarah buat anak muridnya.

Aku rindu perasaan itu,
walau penat di siang hari , sanggup juga ditelaah novel setebal mana pun untuk menjadi santapan. Penghilang rasa bosan membaca buku medical yang lebih tebalnya.

Sungguh aku rindu - hidup sebagai pelajar itu !!

kehidupan kini , bagai langit dengan bumi jauh bezanya.
Moga aku terus kuat untuk menghadapinya.
Doakan aku kuat dan terus maju !!!


Friday, November 9, 2012

Bosan dengan hidup.


Assalamualaikum ,

sudah sebulan lebih tidak menulis ,

sibuk ? Itu betul tapi tidak la sampai tiada masa mahu menjenguk blog ini. Hanya tiada mood nak menulis , takut bila menulis hanya unsur negatif yang terlihat. kerana itu yang saya rasa , hanya unsur negatif dalam diri.

Pergi kerja , balik kerja. Kena marah itu lumrah. Sampaikan rasa berdebar itu satu kemestian.

Passion itu sudah hilang.

tapi ada satu benda yang saya pasti - I still in love with my job . Yup, percaya atau tidak saya suka menjadi seorang doktor. Berjumpa dengan pesakit , mendengar dan berkomunikasi. Love that !! find the cause of their problem , tried to cure it.

yang menjadi 'barah' dalam profession ini adalah masalah riak dan pangkat. Riak dengan pengkat yang ada , melayan orang bawahan seperti kami ini tiada lansung nilai dalam profession itu. Ya , kami masih baru , banyak kesalahan dibuat , tetapi tak perlu dilayan macam sampah ditendang ke sana ke situ.

dan satu lagi 'barah' dalam profession ini  - menunding ke sana ke sini. if anything happens , mula la sibuk mencari salah siapa. siapa yang perlu ditunding untuk menanggung semua kesalahan itu. Perlukan? kan lebih mudah kalau diselesaikan permasalahan itu daripada mencari salah siapa.

dan kerana barah-barah ini la , aku mula bosan dengan profession ini.

Ini baru 2 bulan , aku taktahu lah aku sanggup tak nak menempuh tempoh 2 tahun ini dan tahun seterusnya.

last word from me , i love my job but i hate the MOs.

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails