Thursday, September 20, 2012

Saya Houseman Tagging !


Assalamualaikum

Entry pendek dari saya =)


Seminggu sudah bekerja.

Komen : Stressfull + penat yang amat !!

Bayangkan seminggu  - working from 6.30 am - 10.00 pm , without holiday even weekends. Dan ini bukan kerja pejabat yang boleh duduk , tiada maknanya. Berdiri dan berlari ke sana-sini  , itu perkara normal yang biasa *senyum pahit*

sampaikan hari pertama saya kerja , malam itu saya semacam terdengar-dengar nama saya di panggil untuk ke sana ke sini . " Doktor Ain , Doktor Ain ". Tiba-tiba rasa tak suka , dulu teringin sangat ada title tu kat depan. Sebab bila dipanggil itu , maksudnya ada la tu kerja tak siap ka ada masalah ke ataupun kerja tambahan. Aiyoooo !!

dan saya sekarang di O&G @ sakit puan , jadi jangan harapkan patient boleh kurang kan..lagi nak malam lagi ramai pulak yang nak lahirkan anak kan..kenapa ye? kena kaji ni  ;)

Dan hari ini saya dapat perlepasan khas sebabnya saya konvo hari ni.



Dan untuk itu , rasa lega sekejap. Kalau takda konvo ni , takda maknanya nak dapat cuti bagai *huh*

Semalam pukul 10 malam saya masih di Labour Room sedangkan esok paginya saya berkonvo. Sedih sangat masa tu sebab minta cuti half day tak dapat. Reda' je la =(

Esok kembali bekerja , jadi cuba kumpul semangat balik.

Saya ada assessment lusa untuk off-tagging jadi tolong doakan saya !!
Seriously nak habiskan tagging ni cepat-cepat !! Tak sanggup nak mengulang 6.30am-10.00pm setiap hari tanpa off.
Nak jalani kehidupan yang agak normal sedikit. *hidup houseman memang tak normal !!*

that's all !! Nak tidur , esok kena kerja *semangat*

wasalam

p/s : bila saya stress saya selalu fikir benda ni
"aku tak nak dah sesiapa dalam kaum kerabat aku ambil medic jadi doktor , jadi la benda lain. Dan percayalah suatu hari nanti mereka akan berterima kasih kalau diorang ikut nasihat ini. Cukuplah aku sorang rasa semua benda ni !!" - Ini serius !!





Tuesday, September 11, 2012

Houseman life begin


Assalamualaikum ,


officially saya dah start keja since 4/9/2012  ^__^

Dah melapor di JKN &di hospital , but still in orientation mood , tak start keja betul2 lagi , tu pun dah penat *aigooo*

Orientation , pusing-pusing department , belajar isi borang ;)
sakit kaki la jugak hihi

cuak jugak nak start keja ,
tapi bila difikirkan kalau tiada permulaan macam mana nak ada pengakhiran kan ?
jadi kena la mulakan dulu baru ada progressnya kan ^__^

Yosh , positifkan diri !!





lepas orientation , tagging akan bermula dan untuk 2 minggu tu : 7.00am-12.00pm dan tanpa cuti !
Yosh !!

pray for me  ^__^

Saturday, September 1, 2012

Adam dan Hawa



Assalamualaikum ,


been watching Adam & Hawa in this few days. And I loved it ^__^

Adam & Hawa series diadaptasi dari Novel Adam & Hawa karya Aisya Sofea.



Novel ini saya baca masa zaman sekolah menengah dulu. Memang jatuh cinta terus pada watak Adam Mukhriz tuuu. Dah la watak heroinnya nama Ain. *haha berangan* tapi bukan Ain Sabrina ye - nama heroinnya Ain Hawani =)

Dan bila tahu Novel ini nak didramakan , saya la orang yang paling happppppyyyyy. Compared to ombak rindu , of course la Adam & Hawa lagi bestttt !!
Dan sekali lagi Aaron Aziz jadi heronya. Walaupun saya ni takda la minat sgt Aaron tapi watak Adam tu memang kena la dengan dia. Memang 'jatuh' terus tak bangun ^______^
Dan watak Ain yang dilakonkan Nadiya Nisa pun tak kurang hebatnya.memang kena la watak tu dengan dia. Memang series kali ini , pemilihan watak memang saya suka yang amat , tiada bantahan lansung (^-^)




Tapi sayangnya Series ni ada di channel Astro Mustika *yang saya takda* tapi ada la caranya nak tgk..saya tengok online =)




Ini channelnya : either ini - http://adamhawadramahd.blogspot.com/ atau boleh juga tengok di sini - http://www.malaymoviesfull.net/search/label/Drama ( tapi yang ini susah sikit , sbb kena search antara drama lain pula )

Dan selepas tengok dah sampai episod ke-4 , memang terasa macam 'atas angin' , rasa tak duduk di dunia nyata. Memang watak Adam tu boleh buat kita tersenyum dengan muka hangat sorang2 @_@


Sekian untuk kali ni. Esok akan kembali ke kelantan untuk Induksi seminggu dan InsyALLAH akan start kerja selepas itu. Doakan saya ^____^

p/s : dah stat keja nanti , taktau la sempat ke tak nak tgk Adam&Hawa lagi *cuak-nak-keja*



ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails