Friday, January 15, 2010

MY ONLY SIS

assalamualaikum..

diri ini tgh demam+selsema+batuk..3 in 1..satu pakej skali..
tu tak terkira lagi dgn associated symptom headache+fatigue+rasa pahit kat mulut(ada ka medical term tuk ni???)+chills
senang cerita smua tu lead tu rasa nak tdo je..dah la byk lg nota nak cover
ahhh stress!!!!

org kata sakit tu kifarah dosa..
mgkin ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengampun nak reducekan dosaku...
Ya ALLAH ampunilah dosa hambamu yang lalai ini!!!
one more thing baru baca dari satu artikel tadi,orang sakit doanya makbul..
Ya ALLAH makbulkan doa2 ku dan doa2 sahabtku!!!!

emm back to the title..
yah my only sis that is ain syafinaz bt mohamed amiruddin..

baru pas fon mama and abah..
first call mama..
have a talk with mama..
mengadu pasal demamku hihi
sja nak manja2 (^_^)
then have a talk with my only sis..

adikku baru je masuk form 1..
dan tertaluk kepada peraturan my abah
"anak2 abah start je form 1 dikehendaki tinggal di asrama walau di mana pun sekolah itu berada-maksudnya tak kisah la dekat ka jauh dgn rumah,u have to stay at hostel"
haha tegas tak abahku..
yah that is my ABAH!!
it is like tradition (macam dlm cta Kabhi kushi kabhi gham pulak hihi)
like or not,u have to follow the tradition..
and I'm the first to follow that rule and the last is my only sis..
yah nama pun the last one manja la ckit..
then when i have a talk with her..
sesi adu-mengadu+sesi sayu sedih bersatu..macam2 la..
"kak ain inat tak nak duk asrama..tak best"
suara makin lama makin sayu..dah nak menangis dah adikku sorang ni..
then my reply was
"ala biasa la tu awal2 lagi..baru 3 minggu kan tak biasa lagi..masa kak dulu kak tak suka gak..lama2 dah biasa jadi seronok la duk asrama"
then the prob session getting sadder..
at last ayat yang kuar..
"inat rindu kak ain..bila kak ain nak balik??" suara dia masa ni memang dah bercampur dengan suara tangisan..sedih..
"kak balik raya cina..lagi 4 minggu camtu la.."
"ala lamanya.." menangis dan menangis..inat,inat..
"ala kejap je lagi..inat nak kak beli pa??nanti kak bawak balik.."
her answer buat aku lagi sedih..
"inat tak kisah la..inat nak kak ain balik ja.."
huhu sayu..selalunya pantang aku cakap nak beli hadiah dialah insan yang paling bergumbira..tp kali ni..huhu

ahha cta pasal asrama..sapa la suka duk asrama sbnarnya..
duk rumah lagi best..
family+food+our room bla bla all things are better at home than hostel rite???
but still hostel also has its best side..
has more to learn
kata2 di atas mostly dicedok dr ayat my abah jugak hihi

ye la me also like my sis beria-ria nangis pujuk abah tak nak duk asrama..
but abah is still abah..
no matter how much you cry,u still have to stay at hostel..

penah satu time tu aku balik rumah tanpa kebenaran warden..
sbbnya tak nak duk hostel la..
then bila abah tau,aku dihantar balik hostel time tu jugak..
and tak pasal dapat penampar free skali wktu tu..
mmg sakit..
memang pada saat tu, terasa macam abah tak sayang aku lansung..
but the reality was abah knows what he do is for her children's benefit..
he knows better that me and my siblings.. yah abah lebih 'makan garam'
bila dah besar2 camni dah leh rationalize..
baru faham kenapa abah beria2 nak kami adik beradik duk asrama..
acuan tu menjadikan aku adalah aku..me the only one that ain sabrina..
tak paham??
buat2 jelah faham..
susah nak dirungkaikan dalam kata-kata..
senang cakap kalu ain sabrina tak dipaksa tinggal di asrama mungkin ain sabrina tak jadi pa yang ain sabrina sekarang..
got it???

lepas tu fon abah..
cta pasal inat..
abah gelak ja..
haha terasa kejam abahku ini..
and his answer was "ala baru lagi,lama2 ok la..ain pun camtu kan.."
terkena diriku balik..and aku mengiakan je..
memang betul pun..
masa f4&f5 best je duk asrama..dah senior kan..
sebelum tu banyak la jerih payah tu ckit tp overall ada la manis masam pahit kenangan duk asrama dulu..

ha habis cta pasal adikku dan asrama..
banyak luahan je ni..
pa2 pn that's part of life rite??

pa2 pn exam dah nak dokat sgt doh ni..
huhu cuak
tolong doa2 kan ye..
wslm

Tuesday, January 12, 2010

Gembirakan Hati Untuk Gembirakan Orang Lain

assalamualaikum..
suka sgt artikel ni..
just copy paste dr iluvislam..

sempena MPI yg penuh program dibuat dan utk dijoin..
buat semua yg slalu join and anjurkan program..any program..
may this article inspired us to do more and to join more!!!
happy reading!!!

Program : Gembirakan Hati Untuk Gembirakan Orang Lain
www.iluvislam.com
Zaffan Khalid*
Editor : kasihsayang



“Risau di hati tidak surut-surut. Macam-macam hal perlu difikirkan untuk program kali ini”, luahnya.

Damai. Tiupan angin menyapa pipi. Tenang sekali air tasik serta pohon-pohon sekelilingnya. Namun, hati yang berbicara seakan bergelora.

“Maaf jika saya mengajukan soalan. Mungkin ada manfaatnya buat kerisauan yang melanda”, sahabat disebelah mengajukan.

Dia diam tanda akur. Matanya merenung jauh. Penuh harapan.

Mengapa Sibuk Berprogram?

“Apakah tujuan awak berprogram pada asalnya?” secara lembut sahabat bertanya. Biar jauh dari intonasi `menuduh` niat asalnya salah, melainkan intonasi untuk lebih memahami.

“Program ini satu amanah untuk saya usahakan sebaik mungkin”, jawabnya bersemangat. Semangat yang diusahakan dari kekuatan dalaman. Perkataan amanah itu berat sekali.

“Program juga tempat untuk kita memberi, bukan?” sengaja sahabatnya membawa sudut pandang yang berbeza.

“Melaksanakan amanah sambil memberi. Setuju”, responnya ringkas seperti memberikan isyarat agar sahabatnya mengulas lanjut.

“Hati perlu gembira tatkala memberi. Tidak saya nafikan amanah berat yang dipikul. Ditambah pula cabaran-cabaran berhadapan dengan masalah dan pelbagai peluang dalam melaksanakan program. Namun, semuanya menjadi lebih bermakna dengan hati yang gembira melakukannya”.

“Enjoy mengadakan program?” soalnya mendapatkan kepastian.

“Yeah, enjoy! Islamically anyway. Hati yang gembira akan menghasilkan suasana positif. Mencambah idea, meransang kreativiti. Jauh dari stress“, sahabatnya menambah sambil tersenyum ceria.

“Oh ya, fikir untuk memudahkan, bukan fikir mudah sambil lewa. Selain itu, don`t be perfectionist! Allah sentiasa mengingatkan kita untuk bergantung padaNya yang Maha Sempurna”, sahabatnya memberikan tips mudah yang biasa tetapi sering dilupa.

“Sedarlah saya, terlalu memandang `berat` amanah ini sehingga lupa untuk melakukannya dengan senang hati”, dia menutup bicara.

Hati Gembira Akan Menggembirakan


“Macamana dengan respon adik-adik semasa perasmian pagi tadi?”, soal saya.

“Hambar. Tidak bersemangat dan lansung tidak menunjukkan reaksi teruja”, dia mencebikkan muka. Mungkin yang merasmikan sedikit kecewa.

“Oh begitu”, ringkas saya nyatakan.

Bagi kekal positif, kata-katanya saya dengar sekali lalu sahaja. InsyaAllah, program belum bermula. Masih punya peluang untuk berusaha menghangatkan suasana. Bukan mengejar glamour. Niat supaya mesej program sampai buat yang hadir.

Justeru, semasa berkata-kata di hadapan, saya perlu punya hati yang gembira. Sekalipun gementar dan pelbagai kerisauan di fikiran, perasaan gembira perlu mengatasi segalanya. Gembira untuk memberi sekaligus membawa manusia mengingati padaNya. Hati yang gembira akan menggembirakan.

Samalah juga seperti seorang tukang masak yang menyediakan makanan. Apabila memasak dengan hati yang senang lagi berzikir padaNya, masakan yang dikategorikan `campak-campak` dan cukup simple boleh jadi cukup menyelerakan! Itulah kuasa hati gembira yang mampu menggembirakan. Dengan izin Allah jua.

Samada AJK modul, teknikaliti mahupun fasilitator, berprogramlah dengan hati yang gembira. Tidak perlu excited semacam atau buat-buat mesra. Just be youself. Hal yang buat-buat tidak akan bertahan lama. Hanya sementara dan tidak kekal andai tidak cuba menjadinya betul-betul mesra misalnya.

Ada yang gembira sambil energetic. Ada yang gembira sambil selamba dan sempoi. Ada juga yang gembira dengan wajah tenang ataupun suka tidur. Gembiralah dengan cara tersendiri asalkan Allah sentiasa di hati.

Buat peserta program pula, hadirlah dengan hati yang gembira. Hati gembira akan lapang menerima segala macam input sepanjang program. Selepas para AJK bertungkus lumus memberi, andai hati yang menerima tidak bersedia, sukar.

Moga Program Berterusan Membawa Kebaikan

“Video penutup, silalah tengok”, pelawa seorang junior.

Tersenyum simpul saya menghayatinya. Video yang cukup simple tetapi bermakna. Lebih-lebih lagi saya pernah turut serta pada satu masa dahulu. Kini giliran mereka pula.

Walau apa jua maklum balas yang diterima, samada positif, negatif yang membina sekalipun membunuh, team penganjur wajar menerima ucapan tahniah atas kejayaan menganjurkan untuk terus memberi. Jangan serik, tetapi carilah ruang untuk gembira memberi lagi. Anggaplah ini satu kejayaan peribadi sekalipun mungkin ada yang tidak hargai.

Akhirnya antara kita dengan Tuhan jua untuk menyentuh hati-hati manusia.

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails