hari ini rasa nak senyum ja..
bahagia =)
perasaan yang susah nak dibicarakan dengan kata-kata.
~ tenang ~
itu perasaan sebenar yang saya rasa sejak pulang dari mukhayam (camping versi usrah)
walaupun penat + tak cukup tido + sakit seluruh badan but still boleh bersemangat , tersenyum dengan gembira (^_^)
benar la , ungkapan ini :
" Ingatlah pada Allah, sesungguhnya dengan mengingatiKU hati akan jadi tenang......"
..................................
alkisah pasal mukhayam ini ,
at first , hati ini rasa berat sangat nak pergi !!!
rasa serabut , rasa macam stress sangat ( one of it - because of this )
rasa distracted sangat.
+++ dengan masalah lain2.
rasa mcm nak duduk sorang2, want to be alone (@_@)
tapi mengenangkan kakak usrah yang sangat baik & sangat supportive itu memujuk berkali-kali , saya paksa diri jugak pergi.
ok niat tak berapa nak betul pada awalnya *huh*
sampai ke saat terakhir nak pergi , masih ada lagi perasaan berbolak-balik itu (jahat betul encik tan ni menghansut )
dalam nak ke tak nak pergi , akhirnya 'ter' pergi jugak.
sampai di sana , Ustaz yang uruskan terus ingatkan pasal niat *terkena terus di batang hidung*
ye la , niat ainsabrina memang terang-terangan disbbkan kak usrah yang beria-ria memujuk. ikut hati dah lama tak nak g. *aish teruk betul !! *
dan masa itu , terus muhasabah diri & betulkan niat.
niat : everything because of HIM !!
Dan bermula lah perjalanan mukhayam kami (^_^)
1st kami berkumpul di salah satu hostel sekolah.
not much that night , just introduction (perbetulkan niat) & pembahagian kumpulan.
masa ni keyakinan ainsabrina rasa agak diganggu hoho
merasakan diri ni di antara yang paling tua di antara peserta-peserta yang ada + perasaan berbolak balik nak join program --> lead to rasa risau sangat pasal pembahagian kumpulan ini. berharap sangat dapat dengan mana2 budak USM yang lain.
nope..tak dapat ( at 1st sebelum keesokkan harinya , ida baru join program dan masuk dalam group yang sama)
ternyata planning ALLAH lebih baik (^_^)
disebabkan takda kawan , kita akan cuba mencari kawan. yup, got new friend *senyum*
bila ais dipecahkan , ianya tak seteruk mana.
yah , most of them adalah 'adik' but still few of them adalah 'kakak' , even my kak usrah pun jadi peserta.
saya sayang kak usrah saya <3 |
dan bila mengenali 'kakak-kakak' ini , ada terselit suatu perasaan malu.
walaupun diorang dah senior + dah kerja , diorang sanggup luangkan masa nak join program dan menjadi peserta.
kak sue (specky) - engineer kilang at pc |
ini perlu diambil perhatian... boleh dibuat contoh , kerja bukan satu alasan & seniority dari segi umur tidak membawa makna apa-apa selagi ilmu masih di paras bawah.
so, go for it !!
dan pada masa itu , ainsabrina berazam --> lepas ni kalau ada program usrah dan tiada apa yang menghalang , kena ringankan hati untuk join jugak !!!
mengenali ahli2 yang lain. *menarik*
dari macam-macam kelompok dan macam-macam negeri.
macam-macam cerita dikongsi , membuatkan ainsabrina kembali memuhasabahkan diri (^_^)
esoknya , pukul 3.30pagi kami sudah dikejutkan.
untuk berpindah ke tempat misteri. ^ ^
at 1st , misteri la kan. sekarang dah tak misteri la kan. hihi
kami ke Pantai Irama , Bachok.
before than , kami bertahajud & bersubuh di masjid berdekatan pantai.
dan selepas subuh bermulalah perjalanan jauh kami , berjalan kaki ke kem kami.
namun perjalanan jauh itu tidak kosong , kami 'dipaksa' untuk menghafal satu ayat al-quran.
SURAH AL-ANFAL AYAT 60 |
jika tak berjaya , tiada breakfast pagi itu !!
episod hafalan ini mengingatkan saya pada zaman sekolah.
masa form 1 , saya sangat suka menghafal al-quran. surah-surah Yasin , Al-Mulk , As-Sajdah , Al-Insan , Al- Munafiqun , al - Waqiah , antara surah yang saya hafal pada waktu itu. sehinggakan ustaz salleh , ustaz pendidikan islam saya jadikan saya dan beberapa kawan lagi sebagai 'pewaris' hafizah, yang memerlukan saya untuk membaca hafalan saya setiap hari di depan dia.
itu kisah form 1 , ia berakhir begitu sahaja. entah apa salahnya , saya berubah. mungkin kerana inginkan kawan ( sbb masa form 1 , saya agak lonely) .
hafalan yang dulu masih ada dalam ingatan namun tiada progression. sedih dengan diri sendiri dan rindu pada semangat budak form 1 itu.
dan semangat budak Form 1 itu kembali timbul pada waktu itu !!
sambil berjalan melihat alam sekitar , sambil menghafal .
masuk dan masuk dalam ingatan dan terus ke dalam hati.
sesampainya di kem ,
perlu 'bina' khemah.
yup , this part is interesting !!
khemah dah siap !!!
dan petang itu , kami ada misi treasure hunt.
misi yang mencabar kesabaran ainsabrina.
start dari klu pertama kami diuji ,
mencari dan mencari klu , masih tidak dijumpai sehinggakan memerlukan pertolongan fasi *huh*
penat , kepala rasa block semacam tapi still teruskan.
what make this treasure hunt more interesting than others???
one of the chekpoint ada misi ini :
menukar tayar kereta !!!
ok lawak , jujur cakap --> walaupun dah hampir 5 tahun ainsabrina jadi driver bertauliah , tapi dia tak pernah tahu dan tak pernah buat pun benda alah ni. to make it worse , tak pernah tengok poooonnn.
dan rasanya alat-alat itu macam tak pernah dilihat dalam kereta. tak pasti ada ke tak. *huh*
ok sekarang dengan bangganya ainsabrina boleh cakap : saya dah pandai tukar tayar kereta !!!
malamnya , after solat semua , kami diberi kesempatan untuk tidur 2 jam sebelum digerakkan kembali untuk program seterusnya.
iaitu war games !!!
pernah main game ini sekali masa program usm-unimas suatu masa dahulu.
senang cita , anda perlu menjaga panji anda daripada diambil pihak lawan. apabila mereka berjaya mengambil panji itu maksudnya 'negara' anda telah dijajah dan anda juga telah dijajah.
macam-mcam strategi dibuat. and here i am sebagai penyerang.
"serang !!!"
start the game !!
tapi sedihnya , ainsabrina 'syahid' awal.
lalu ainsabrina berkumpul di 'syurga' yang ditempatkan 'syahid-syahid' yang lain.
namun perkumpulan itu tidak sia-sia.
ada perkongsian antara 'syahid-syahid' tersebut.
berkumpul dengan Kak Sue & Kak Sal , ternyata banyak ilmu yang dikongsi.
ada kisah sahabat-sahabat nabi dikongsi , juga kisah perang di zaman Rasulullah dulu.
dan kembali membuatkan ainsabrina berfikir and got this feeling -
"Ya ALLAH , ceteknya ilmu aku."
rasa rendah sangat di antara mereka.
dan pada masa yang sama berazam -
"kena banyakkan lagi bacaan mengenai sirah nabi selepas ini !!! "
juga perkongsian Kak Sue mengenai perasaan dia 'dikepung pihak musuh'.
takut , debar - itu yang dia rasa.
penghujung cerita , dia kisahkan hanya iman yang menentukan sama ada kita akan terus bertahan di medan perang atau berlalu pergi , lari dari medan perang.
tamat war games , kami diberikan masa sejam untuk tido , sebelum dikejutkan kembali untuk tahajud & subuh.
dan program selepas itu agak ringan jika dibandingkan dengan terdahulu.
dan sehingga ke akhirnya , ada rasa berat untuk meninggalkan kem itu.
unik kan? dari rasa berat nak pergi berubah ke rasa berat untuk meninggalkan.
ternyata mudah bagi ALLAH untuk membolak-balikkan hati kita , namun kita juga yang menentukan berdasarkan niat kita.
Matlamat mukhayam ini lebih kepada untuk mencapai 10 muwasafat tarbiyah (yang terlekat elok kat tepi katil ni tapi x pernah nak cuba capai *huh* ) ini :
pengajaran yang ainsabrina dapat :
1) lepas ni , kalau ada program islamic apa-apa , jangan fikir panjang , cakap "yes" ja. fikir panjang nanti sibuk je encik setan nak menyampuk dalam fikiran.
2) tambahkan lagi ilmu islam dalam dada. akademik-akademik jugak , keberkatan Allah nak kena gapai jugak !!
3) banyak lagi tanggungjawab perlu dipikul. usah fikir masalah diri sendiri je.
4) muhasabah banyak2 diri. banyak lagi perlu dibetulkan.berubah menjadi yang lebih baik , insyALLAH !!
5) niat yang paling utama - hanya untukNYA. yang lain akan datang kemudian.
6) Hargai profesion perubatan ni. banyak yang anda boleh lakukan untuk islam hanya dengan menjadi seorang doktor.
7) musuh anda paling utama adalah diri sendiri. lawan diri sendiri dulu !!!
8) istiqamah !!!
2 pengomen:
saya..
sangat teringin nak join aktiviti usrah macam ni...
jom la join ^^
yg kak join di kelantan sbb kak study di klantan..
ada ja around kl , nak kak tolong carikan ke? ^^
best la ada usrah..everytime rasa down , ada kawan2 usrah tuk supportkan..what make it special? our relationship based on ISLAM purely. we don't know much about each other , but we just accept & love each other.
bukan nak kata kawan2 non-usrah x based on ISLAM , tapi nak ckpnya feeling berkawan dengan kwn2 usrah dibndingkan dengan kwn2 non-usrah ada kelainannya..kwn2 usrah rasanya lebih ikhlas.
Post a Comment