Showing posts with label MY HOUR. Show all posts
Showing posts with label MY HOUR. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Make my day (^_^)

Assalamualaikum..


it has been EMO for this few days ,

telefon abah
" ain nak balik minggu ni , boleh ? ",
" TAK BOLEH ".

Yup , it is all in CAPS LOCK

itulah abah saya.
Tegas yang amat !!!

bagi dia , kalu takda sebab musabab , tak perlu balik rumah.
lebih baik duduk terperuk dalam bilik , STUDY !!

ok itu agak overacting ~

kalau berjaya dipujuk , kadang-kadang berlembut juga abah ni.

dan saya si anak perempuan yang selalu dia klasifikasikan sebagai
"ANAK YANG PALING DENGIL"

akan sentiasa tidak mengalah ,
saya akan telefon berkali-kali ,
pujuk berkali-kali,
sampai saya dapat apa yang saya nak !

ye saya degil , sepadan la dengan abah yang jugak agak degil *hikhik*

memang berbeza dengan adik-adik saya ,
yang selalunya mendengar kata ,
kalau memberontak pun di belakang ,
mereka mengadu pada saya ,
mintak pertolongan saya untuk pujuk Abah.
Kata mereka , saya ada kuasa memujuk.
bukan kuasa memujuk bagi saya ,
tapi kuasa degil yang melampau *haha*

semalam direject pulang oleh abah berkali-kali ,
jadi hari ni saya kacau abah lagi *hihi*
Abah tetap sama , tegas dengan keputusan dia,
tapi dengan cara berlainan.
dengan suara lembut menasihati satu persatu.

ahh sudah , saya pulak yang lemah.

rupanya kuasa memujuk saya itu juga datang dari abah *hikhik*

jadi akhirnya saya ikut saja.
tidak pulang hujung minggu ni.
dengan memegang janji mama yang mereka akan melawat saya cuti sekolah bulan 5 ni ,
YES !!
walaupun tak balik rumah , at least masih boleh jumpa mama abah =) 
*hopefully jadi plan jalan2 kelate tu*

kata-kata akhir dari abah ,

"Be a good girl, Ain . Mama & abah sayang Ain. "
*terharu*

ain cuba ye abah !!






.............................................

what makes my day?

Selain dari telefon tak henti dari mama & abah yang risaukan saya,
juga mesej2 abah di FB yang panjang yang amat itu =)

yang menaikkan kembali semangat Ainsabrina !!

juga SMS dari seorang kawan lama ,
kawan baik saya masa matrik dulu

Reunion 4 sekawan 2 thn lepas
* bila nak reunion lagi ni?? ~rindu *

Cik Afifah Radiah (bertudung krim) , yang masih single minggle =)

thanks for the support my friend ,
U make my day (^_^)

juga berita dari abang long , yang cakap dia dah download cerita king of 2 heart lakonan Encik Seunggi buat ainsabrina terus tersenyum lebar hari ni..



thanks abg long =p
nanti pas exam kak yong ambik eh,
hopefully bertahan *hikhik*

juga sokongan berpadu-padu
oleh my dear roomate , cik Aina Annur dan roomate angkat kami , Cik Syuhaida.




thanks kawan melayan dan mendengar masalah emo ainsabrina
dan maaf sebab asyik sedih & menangis je kebelakangan ni..
thanks & sorry for everything !!!


juga buat pembaca blog ini..
maaf , maaf dan maaf
untuk berkali-kali lagi ,

maaf.
saya juga insan biasa yang lemah setiap kali ditimpa masalah.
maaf untuk segala keluh kesah disini.

Let's keep moving forward
dan positifkan diri anda !!!




p/s : sekali baca macam ucapan untuk ABPH pun ada ,
tercalon untuk anugerah blogger emo *hikhik*

dan untuk kali ini , aku baru sedar kata-kata di bawah ini benar






nak kongsi info sikit , majalan Gen-Q bulan ini ada isu mengenai sahabat sampai ke syurga ,
saya suka sangat !
tak sangka dengan bersahabat , kita boleh banyak dapat kebaikan & pahala.
nak tahu lebih lanjut , boleh la dapatkan Gen-Q di kedai brhampiran (^_^)


klik gambar untuk maklumat lebih lanjut



wasalam

Friday, April 6, 2012

Ubat hati sedih

assalamualaikum..

Perhatian : Tuan rumah mengalami masalah emosi dan seluruh post hanya cerita how she handle this problem. It is somehow beneficial if there are someone out there that has the same problem , if not it just some nonsense. so if u think all this emotional problem is nonsense , please stop reading this post. Sorry and thanks.

internet di bilik saya mengalami ganguan terlampau ~

ada masa2 tertentu sahaja berfungsi..

hujung petang begini & tengah malam ,
macam bagi time je untuk tuan laptop ni study dengan lebih serius *adus*


malam khamis saya menerima satu berita dari seorang kawan sekolah ,

yang buatkan saya terduduk
dan akhirnya terus beralih dari duduk di meja studi terus ke katil.
terkesima sendiri.

roomate saya apatah lagi , kami tengah bergelak ketawa sebelum tu,
tetiba ja watak saya berubah ,
terus mendung.


~ sedih !! *JUJUR*



lepaskan semua perasaan.

cuba tenangkan diri dan kembali memandang message kawan sekolah saya di FB.

dan terus terpandang post ini :


Bila dia menjauh,
Bila masa membina jarak,
Dan jarak membina tembok.

Jangan pernah lupa bahawa kita pernah bertanya pada DIA tentang dia.

Jangan lupa bahawa kita pernah meminta DIA menjauhkan dia, bila dia bukan untuk kita.

Maka bila dia semakin jauh, mungkin ini petunjuk dari-NYA.
Belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri.
Belajarlah menerima dengan redha dan lapang dada,
Kerana aturan Allah lebih indah dan baik dari yang dijangka.

Jangan pernah lupa, semua hanya boleh berlaku dengan izin dan redha-NYA.
Maka bila bukan namanya yang tertulis dalam rencana-NYA,
Maka, biarlah DIA menjarakkan dia dari kita... :’)



terus terkena tepat pada batang hidung *adus*

reda.

mudah berkata daripada dilaksanakan.

hari khamis seakan satu hari yang panjang. 


cuba tersenyum. 
cuba buang rasa mendung tapi rasa fake.
lakonan hipokrit ainsabrina sedikit sebanyak berjaya. 

namun ternyata ada yang sedar
" Are u okay , ain? ",
dan jujur jawab  " I'm not ".




sehari tu rasa macam lacrimal gland asyik nak function je.
OMG please stop !!
geram sangat pada diri sendiri !!  

telefon mama & abah.
act normal *lakonan hipokrit*
of course somehow mama dapat agak. 
tak sanggup nak bercerita.
topik seisi rumah disoalkan sampaikan mama lupa tujuan asal aku menelefon.
telefon abah. 
kata-kata abah menyedarkan aku tentang tanggungjawab.
aku si anak sulung , I have to support my family's financial after this.

tersedar sendiri.

life has to move on. 



aku kena jugak2 lulus this final exam , 
graduate and then kerja, 
dan masa tu saya boleh bantu mama & abah.

BE STRONG Ainsabrina !!



dan petang khamis dan malamnya , aku habiskan masa di labour room. 

kerana aku tahu , aku masih lemah untuk duduk seorang di bilik.
aku percaya hyperactivity of lacrimal gland boleh berlaku.

alhamdulilah !!
finish conduct labour already , finish all the procedure except the blood taking & inserting IV line (saja simpan - untuk oncall yg akan datang)
finish observing the Caesarean section.
PUAS HATI !!

ini cara saya lari dari masalah. 
somehow , akhirnya kita akan terima.
dan saya akhirnya akan dapat terima,
He is not my prince charming *fullstop*


Doa buat diriku sendiri juga buat yang lain :-

Friday, March 30, 2012

Untitled # 1

assalamualaikum..


not in the good mood today ~

seperti roda yang bergerak , dan aku di bawah.





really need someone to talk tooo

call abah & mama , the talking will be mostly about problem in the house and adik-adik's problem.
yah , that's me - the eldest daughter , the eldest sister.
HUGE responsibility 

and then somehow , suddenly i realized i have no one to talk to.



nah..actually I have and everybody have..

It's HIM !!

Ya ALLAH , please look after me. I feel lonely rite now. really need someone to hold to. Help me to through all this. I REALLY REALLY want to pass this final exam. want to be at home , want to get married and live happily ever after.




fairy tale huh?

somehow even it is not true , we still somehow want to believe that ~ happily ever after .

sure we can..
if we tried our best , to be TRUE MUSLIM , enter JANNAH -
and that is our happily ever after - Husnul Khatimah




p/s : Tolong doakan mood saya lebih baik selepas ini , juga tolong doakan kejayaan saya dan sahabat yang lain dalam final exam yang akan datang ini. thanks !!

Sunday, March 11, 2012

Jumpa Oki Setiana Dewi !!

assalamualaikum..


opss tertekan 'new post' dan terpaksa menaip post baru..

ok tipuuuuuuu

adusss

dah janji pada diri sendiri - don't update blog this week !!
sbb exam end-posting this week..
tapi tangan ni gatal jugak !!
*pukul tangan sendiri kuat2*


pernah tak korang buat sesuatu benda unconsciously ,
dan lepas buat , rasa menyesal yang amat !!

ok that's what I feel rite now !!!!
*regret*

dan dengan itu teringat kata-kata
Oki Setiana Dewi ( Heroin KCB)
* yah dengan bangganya saya nak cakap saya jumpa Oki 2x + jumpa face to face ngan dia pagi tadi + dapat autograph dia + beli buku dia !! ok kesimpulannya saya sangat hepi !!!

melihat Oki dari skrin di KTC

2 buku tulisan Oki + Autograph from Oki


kata-kata Oki :
" Apabila berbuat sesuatu , kita kena berhenti sejenak , sama ada manfaatnya lebih banyak atau mudharatnya lagi banyak..jika manfaatnya lebih banyak , manfaat pada diri sendiri, pada masyarakat , pada agama terus maju ke hadapan"

lebih kurang camtu la ayatnya..

itu yang saya tak apply tadi dan rasa menyesal yang amat !!

fikir dan fikir !!
muhasabah dan muhasabah !!

that is what I have to do !!

berjumpa Oki membuatkan saya kembali memuhasabahkan diri..

benda yang mengejutkan saya sangat2..
guess what??

Oki tu baru berumur 23 tahun - sama umur saya !!!
macam tak percaya !!
she looks so matured in and out =)
dan dalam umur sebegitu dah boleh membawa impak yang besar..

dengan lakonan dia dalam KCB ,
dia boleh tarik orang kepada Islam,
dia boleh tarik muslimah untuk bertudung..

she inspires me to dream big !!

dan mendengar kata-kata dia , buatkan ainsabrina turut sama ingin menulis mimpi-mimpi , impian-impian yang begitu ingin dicapai ,
she was a dreamer and she achieves it !!

dan gaya dia yang amat2 ayu dan lembut ,
seperti watak Ana dalam KCB malah boleh saya katakan lebih lembut ,
buat saya terasa ingin jadi sebegitu.

itu mimpi ainsabrina yang pertama - ingin jadi ayu !
*haha menaip perkataan 'ayu' dah boleh buat diri sendiri tergelak*

dan mission 'possible' itu perlu dimulakan dengan membetulkan ketawa dahulu..
~owh itu perkara yang paling sukar !!
dari zaman matrik lagi asyik ditegur   ~adus !!
ditegur pulak 'ustaz' kelas , malu yang amat !!

setiap kali tergelak besar ,
terdengar suara dia di belakang,
"ain..."
dan saya dengan sendiri terdiam.
dan terus cakap
"ops sorry"

haha rindu zaman matrik !! 

dan juga pujian melambung Oki pada negeri kelantan ,
buatkan saya tersedar -
betapa bertuahnya saya 'tersesat' di negeri Serambi Makkah ini
ALHAMDULILAH !!




" Beruntung rakyatnya , berlindung di bawah naugan seorang ulamak " 
- Oki Setiana Dewi-



Tuesday, March 6, 2012

Kecik-kecik dah minat bola !!

assalamualaikum..


ada berita baik !!

penambahan ahli keluarga baru dalam Amran's legacy ( My father's side)

represent to you ...



A'isy Azra binti Khairil Azri

cicit sulung dalam keluarga Amran !!


3.3 kg baby girl ,
lahir pada tahun lompat (29 Feb 2012)
4 tahun sekali baru sambut birthday (^_^)

yah , we are so excited !!

dalam facebook asyik keluar gambar dia je kebelakangan ni and everyone is taking about her !!



suka sangat semua *hepi sesangat*



sampaikan uncle2 dia pakaikan dia ni :



sudah...kecik2 dah minat bola ^^


A'isy Azra , auntie Ain x sabar jumpa kamoooo !! *alamak dah jadi auntie la*


 one happy family at home (^_^)



*cepatnya masa berlalu..rasa macam baru je lagi angah kenal kak ain , dan baru je lagi angah kawin, sekarang angah dah jadi bapak orang..sekejap je *


*dialogue few hours b4 A'isy lahir*

" angah , nak baby jugak !! ",
"cepat lah kawin ",
"bunyi cam senang ja.."
"senang la..angah cari calon, tak nak..jual mahal sgt..bla bla bla ",
ok angah dah stat berleter
" dah2..ain nak cakap ngan kak ain",
end of dialogue with Angah..
*stress je bila diorg dah stat cita pasal calon bla bla*

waiting for baby along&kak atie and baby ollie&kak akhma !!
yes many babies in the row this year (^_^)
semua scan girls pulak tu..
menambahkan girls dalam Amran's legacy yang kekurangan perempuan..
ye la , I'm the eldest cucu perempuan Haji Amran dan ada la si kecik2 perempuan ,
so I'm excited !! 

Monday, February 27, 2012

HomeSick =(

assalamualaikum,





aci tak kalau hantar gambar ni kat mama ???


mau kena berleter panjang !!

" kamu pun dah jadi macam inat ka?? ", (mama et al , 2012)

dah boleh agak ayat yang akan terkeluar.



ye ma , anak sulung mama ni dah homesick macam anak bongsu mama yang asyik duk manja2 , kena g melawat dia setiap minggu *ok nampak sangat jeles*

nak mama datang melawat ain tiap2 minggu juga boleh ?? *kelip2 mata , buat muka comel* haha

ok , tu memang tak mungkin hoho

mimpi di malam hari di depan laptop je la...


waaaaaaaaaaaaaa


rindu rumah yang amat !!!



p/s : hari ni birthday abah saya yang ke-53 !!


sebab tu lagi rasa nak balikkkkkkkk!!!

alamak , photo album handmade utk abah tak siap lagi !!!
case report pun tgh on d way !!

ok need to go..

wasalam ..

Thursday, February 23, 2012

WATCH OUT !!!

assalamualaikum..

Plan awal malam ni , nak buat case report *adusss x start lagi*

tapi tiba-tiba dapat satu berita..

sedih  ,  kecewa  =(

............................


dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat,
"apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu,"



itu jugak yang saya pohon , jika dengar sesuatu berita , tolonglah selidik dahulu.
jangan dipercaya 100% .

lebih-lebih lagi kalau berita itu datang dari mulut seseorang yang asyik membuat fitnah dan cuba membina onar dalam hubungan persahabatan orang lain.

saya betul-betul tak faham dengan seorang insan ni,
bukan sekali saya terkena , dah berkali-kali.
bukan saya seorang malahan beberapa kawan saya yang lain.
*sedih*

sungguh saya geram yang amat.
onar yang dibuat , fitnah yang dibuat dirempah ratuskan dengan tangisan sehinggakan yang mendengar percaya 100%.

kawan2 , itu hanyalah lakonan si dia semata-mata.


luaran dia , nampaklah sangatlah baik ,
seakan dialah mangsa keadaan.
memang dia lah pelakon terhebat yang pernah saya kenal *huh*

sampaikan saya yang cuba menegakkan kebenaran dan cuba membersihkan onar itu , nampak seperti orang jahat.

*letih , letih dan letih*


saya mengaku kalah !!!
ambiklah kemenangan di dunia ni.
saya akan tuntut kemenangan saya di akhirat nanti.

WATCH OUT !!!






*cuba bersabar & berdiam diri , letih asyik jadi watak jahat apabila cuba menegakkan kebenaran*

Monday, January 30, 2012

Perhatian : Negative wave effect melanda !!!!

assalamualaikum..

:: unstable mood ::
pesanan awal : negative wave effect , berhenti membaca post ini jika perlu ^^


pening kepala mungkin sebab lacrimal gland active sgt menjalankan kerjanya tadi ,

sampaikan muka merah , mata merah , hidung merah , dah macam orang selsema ,

sampaikan ada yang bertanya  - " ain demam ka? "

terdiam. hanya mengeleng sebagai jawapan.

jawapan dalam hati - " tak demam fizikal tapi demam rohani & emosi "

frustrated dengan diri sendiri  =(

effect of mukhayam tak lama , hati kembali gundah , kembali sedih .

tak suka !!!!

rasa macam nak duduk mukhayam ja or dalam erti kata lain - hidup just for HIM without having any 'dunia problem'

itu tak mungkin kerana kita manusia biasa yang imannya turun naik dan dugaan & masalah itulah penanda aras iman kita.

need help !!!



ahhhhhhhhhhhh stressssssssssssssss

++ kenapa rasa lacrimal gland kembali nak berfungsi ni +++

out for a while

* menanti asar untuk kembali mengadu & mengharapkan bantuanNYA *


And that it is He (Allah) Who makes (whom He wills) laugh, and makes (whom He wills) cry. [53:43] - Whatever happens,Allah knows,and He does understand.



maaf untuk negative wave effect ini =(

Sunday, January 22, 2012

Mukhayam @ Camping

assalamualaikum ^^

hari ini rasa nak senyum ja..

bahagia =)

perasaan yang susah nak dibicarakan dengan kata-kata.

~ tenang ~

itu perasaan sebenar yang saya rasa sejak pulang dari mukhayam (camping versi usrah)

walaupun penat + tak cukup tido + sakit seluruh badan but still boleh bersemangat , tersenyum dengan gembira (^_^)

benar la , ungkapan ini :
" Ingatlah pada Allah, sesungguhnya dengan mengingatiKU hati akan jadi tenang......"

..................................

alkisah pasal mukhayam ini ,

at first , hati ini rasa berat sangat nak pergi !!!

rasa serabut , rasa macam stress sangat ( one of it - because of this )
rasa distracted sangat.
+++ dengan masalah lain2.
rasa mcm nak duduk sorang2, want to be alone (@_@)

tapi mengenangkan kakak usrah yang sangat baik & sangat supportive itu memujuk berkali-kali , saya paksa diri jugak pergi.

ok niat tak berapa nak betul pada awalnya *huh*

sampai ke saat terakhir nak pergi , masih ada lagi perasaan berbolak-balik itu (jahat betul encik tan ni menghansut )

dalam nak ke tak nak pergi , akhirnya 'ter' pergi jugak.

sampai di sana , Ustaz yang uruskan terus ingatkan pasal niat *terkena terus di batang hidung*
ye la , niat ainsabrina memang terang-terangan disbbkan kak usrah yang beria-ria memujuk. ikut hati dah lama tak nak g. *aish teruk betul !! *
dan masa itu , terus muhasabah diri & betulkan niat.
niat : everything because of HIM !!

Dan bermula lah perjalanan mukhayam kami (^_^)



1st kami berkumpul di salah satu hostel sekolah.
not much that night , just introduction (perbetulkan niat) & pembahagian kumpulan.

masa ni keyakinan ainsabrina rasa agak diganggu hoho
merasakan diri ni di antara yang paling tua di antara peserta-peserta yang ada + perasaan berbolak balik nak join program --> lead to rasa risau sangat pasal pembahagian kumpulan ini. berharap sangat dapat dengan mana2 budak USM yang lain.

nope..tak dapat ( at 1st sebelum keesokkan harinya , ida baru join program dan masuk dalam group yang sama)

ternyata planning ALLAH lebih baik (^_^)
disebabkan takda kawan , kita akan cuba mencari kawan. yup, got new friend *senyum*
bila ais dipecahkan , ianya tak seteruk mana.
yah , most of them adalah 'adik' but still few of them adalah 'kakak' , even my kak usrah pun jadi peserta.

saya sayang kak usrah saya <3


dan bila mengenali 'kakak-kakak' ini , ada terselit suatu perasaan malu.
walaupun diorang dah senior + dah kerja , diorang sanggup luangkan masa nak join program dan menjadi peserta.

kak sue (specky) - engineer kilang at pc


ini perlu diambil perhatian... boleh dibuat contoh , kerja bukan satu alasan & seniority dari segi umur tidak membawa makna apa-apa selagi ilmu masih di paras bawah.
so, go for it !!
dan pada masa itu , ainsabrina berazam --> lepas ni kalau ada program usrah dan tiada apa yang menghalang , kena ringankan hati untuk join jugak !!!

mengenali ahli2 yang lain. *menarik*
dari macam-macam kelompok dan macam-macam negeri.
macam-macam cerita dikongsi , membuatkan ainsabrina kembali memuhasabahkan diri (^_^)



esoknya , pukul 3.30pagi kami sudah dikejutkan.
untuk berpindah ke tempat misteri. ^ ^
 at 1st , misteri la kan. sekarang dah tak misteri la kan. hihi

kami ke Pantai Irama , Bachok.
before than , kami bertahajud & bersubuh di masjid berdekatan pantai.
dan selepas subuh bermulalah perjalanan jauh kami , berjalan kaki ke kem kami.
namun perjalanan jauh itu tidak kosong , kami 'dipaksa' untuk menghafal satu ayat al-quran.

SURAH AL-ANFAL AYAT 60


jika tak berjaya , tiada breakfast pagi itu !!

episod hafalan ini mengingatkan saya pada zaman sekolah.
masa form 1 , saya sangat suka menghafal al-quran. surah-surah Yasin , Al-Mulk , As-Sajdah , Al-Insan , Al- Munafiqun , al - Waqiah , antara surah yang saya hafal pada waktu itu. sehinggakan ustaz salleh , ustaz pendidikan islam saya jadikan saya dan beberapa kawan lagi sebagai 'pewaris' hafizah, yang memerlukan saya untuk membaca hafalan saya setiap hari di depan dia.
itu kisah form 1 , ia berakhir begitu sahaja. entah apa salahnya , saya berubah. mungkin kerana inginkan kawan ( sbb masa form 1 , saya agak lonely) .
hafalan yang dulu masih ada dalam ingatan namun tiada progression. sedih dengan diri sendiri dan rindu pada semangat budak form 1 itu.

dan semangat budak Form 1 itu kembali timbul pada waktu itu !!

sambil berjalan melihat alam sekitar , sambil menghafal .
masuk dan masuk dalam ingatan dan terus ke dalam hati.

sesampainya di kem ,
perlu 'bina' khemah.
yup , this part is interesting !!

khemah dah siap !!!




dan petang itu , kami ada misi treasure hunt.
misi yang mencabar kesabaran ainsabrina.

start dari klu pertama kami diuji ,
mencari dan mencari klu , masih tidak dijumpai sehinggakan memerlukan pertolongan fasi *huh*
penat , kepala rasa block semacam tapi still teruskan.
what make this treasure hunt more interesting than others???

one of the chekpoint ada misi ini :



menukar tayar kereta !!!

ok lawak , jujur cakap --> walaupun dah hampir 5 tahun ainsabrina jadi driver bertauliah , tapi dia tak pernah tahu dan tak pernah buat pun benda alah ni. to make it worse , tak pernah tengok poooonnn.
dan rasanya alat-alat itu macam tak pernah dilihat dalam kereta. tak pasti ada ke tak. *huh*

ok sekarang dengan bangganya ainsabrina boleh cakap : saya dah pandai tukar tayar kereta !!!

malamnya , after solat semua , kami diberi kesempatan untuk tidur 2 jam sebelum digerakkan kembali untuk program seterusnya.

iaitu war games !!!



pernah main game ini sekali masa program usm-unimas suatu masa dahulu.

senang cita , anda perlu menjaga panji anda daripada diambil pihak lawan. apabila mereka berjaya mengambil panji itu maksudnya 'negara' anda telah dijajah dan anda juga telah dijajah.

macam-mcam strategi dibuat. and here i am sebagai penyerang.

"serang !!!"
start the game !!

tapi sedihnya , ainsabrina 'syahid' awal.
lalu ainsabrina berkumpul di 'syurga' yang ditempatkan 'syahid-syahid' yang lain.

namun perkumpulan itu tidak sia-sia.
ada perkongsian antara 'syahid-syahid' tersebut.
berkumpul dengan Kak Sue & Kak Sal , ternyata banyak ilmu yang dikongsi.
ada kisah sahabat-sahabat nabi dikongsi , juga kisah perang di zaman Rasulullah dulu.
dan kembali membuatkan ainsabrina berfikir and got this feeling -
"Ya ALLAH , ceteknya ilmu aku."
rasa rendah sangat di antara mereka.
dan pada masa yang sama berazam -
"kena banyakkan lagi bacaan mengenai sirah nabi selepas ini !!! "

juga perkongsian Kak Sue mengenai perasaan dia 'dikepung pihak musuh'.
takut , debar - itu yang dia rasa.
penghujung cerita , dia kisahkan hanya iman yang menentukan sama ada kita akan terus bertahan di medan perang atau berlalu pergi , lari dari medan perang.

tamat war games , kami diberikan masa sejam untuk tido , sebelum dikejutkan kembali untuk tahajud & subuh.
dan program selepas itu agak ringan jika dibandingkan dengan terdahulu.

dan sehingga ke akhirnya , ada rasa berat untuk meninggalkan kem itu.
unik kan? dari rasa berat nak pergi berubah ke rasa berat untuk meninggalkan.
ternyata mudah bagi ALLAH untuk membolak-balikkan hati kita , namun kita juga yang menentukan berdasarkan niat kita.

Matlamat mukhayam ini lebih kepada untuk mencapai 10 muwasafat tarbiyah (yang terlekat elok kat tepi katil ni tapi x pernah nak cuba capai *huh* ) ini :



pengajaran yang ainsabrina dapat :

1) lepas ni , kalau ada program islamic apa-apa , jangan fikir panjang , cakap "yes" ja. fikir panjang nanti sibuk je encik setan nak menyampuk dalam fikiran.
2) tambahkan lagi ilmu islam dalam dada. akademik-akademik jugak , keberkatan Allah nak kena gapai jugak !!
3) banyak lagi tanggungjawab perlu dipikul. usah fikir masalah diri sendiri je.
4) muhasabah banyak2 diri. banyak lagi perlu dibetulkan.berubah menjadi yang lebih baik , insyALLAH !!
5) niat yang paling utama - hanya untukNYA. yang lain akan datang kemudian.
6) Hargai profesion perubatan ni. banyak yang anda boleh lakukan untuk islam hanya dengan menjadi seorang doktor.
7) musuh anda paling utama adalah diri sendiri. lawan diri sendiri dulu !!!
8) istiqamah !!!

Wednesday, December 28, 2011

Berhenti berharap

assalamualaikum ,


hari ini mendengar satu perkhabaran yang sangat mengejutkan ,

kejutan yang menyedihkan,
dan dalam masa yang sama seakan memberi kelegaan *pelik*

dan juga seakan memberi jawapan kepada persoalan yang selalu ditanya-tanya, 

jawapan kepada petunjuk yang selalu dipinta saat istikharah dijalankan ^^


jawapannya ; Berhenti berharap (^_^)


* negative wave effect yang positif * --> sekali lagi *pelik*
kenapa saya kata positif??

kerana saya sangat positif.
penerimaan saya sangat menakjubkan --> saya sangat reda' ^^
saya pun rasa miracle..
tak sangka diri saya sekuat ini ^^

Gambatte Ain Sabrina !!!

tiru kata2 Hlovate :
Live well or live hell , u choose !! -HLOVATE-

"so whatever happen , i will choose Well !! "- AINSABRINA -

namun , di sudut hati , saya masih tertanya - tanya
"apa yang akan terjadi selepas ini ???",

dan di sudut hati yang lain , masih menjawab

"so whatever happen , i will choose Well !! "- AINSABRINA -

 hopefully ~


tolong doakan saya kuat.. saya mahu kuat !!!

Friday, December 23, 2011

Resolve the -ve effect !!!


Assalamualaikum..

negative wave effect is still there *huh*

tried to resolve it with reading & watching


reading quran here & there

"carilah hati anda apabila anda sedang membaca al-quran ",
- heard this quote somewhere - it is one of ayat alquran , if i'm not mistaken. correct me if i'm wrong

here i am searching and feeding my soul ^^

watching here & there ,


been in OT (operation theater)  yesterday ,
operation was done to this child with known case of pierre robin syndrome.

picture of child with Pierre Robin Syndrome taken from google


He was diagnosed when he was 7 days old and now he already 5 years old boy.
hospital has been his 2nd home , keep admitting & discharging.
and this operation was his 6th operation - (5 years old boy with 6th operation already *huh* )

dan habis je Operation ,

semasa sesi kemas mengemas , ada seorang nurse ni
tiba-tiba bersuara :

"banyak betul dugaan budak ni..", kata nurse tu sambil usap-usap kepala adik tu.
"kita yang besar ni pun rasa tak sanggup nak tanggung "

dan saat itu , rasa terkesima sebentar.



and during my last post yang sedih-sedih tu ,
ada seorang blogger yang baik hati - Teenager Housemaid

give me this advice : 



moga tabah menjalani ujian hidup..
i have no happy family too, but i survive..
i am an orphan, but i survive..
and i believe u can survive this rough road no matter what..:)



lepas itu , saya terus buka blog dia .
baca few post , terus ada rasa kagum.
dugaan dia bagi saya , it was much more harder compared to my problem.
walaupun banyak dugaan menimpa dia  , she was still a strong lady !!
and after that , i become one of her blog follower ^^



bila dugaan menimpa , kita selalu rasa kita la manusia paling malang dekat dunia ni --> yah, that's me !!


tapi cuba kita renung sebentar , lihat orang sekeliling ,


masih banyak lagi orang yang lebih susah daripada kita ,
lebih berat dugaannya dari kita .


dan dengan itu , kita akan lebih bersyukur !!!


bak kata seorang lecturer saya semalam -

" be grateful !!!  be grateful to everybody , especially to your parents "

yeah grateful . that what we supposed to do !!!


one more thing , saya baru tengok video matlutfi90 yang bawah ni-

title : rokok and kopiah



dia bawa banyak topik dalam video ni ,
tapi satu pengajaran yang saya nak ambil dari video ini adalah  :

" selagi kau tak bergantung pada yang tak mati "
one of dialog that been said

dan kerana itu bergantunglah pada yang tak pernah mati , bergantung lah pada ALLAH.

kerana apabila kita bergantung pada manusia , kita akan pasti kecewa.

tak kisah tiada keluarga mahupun kawan , walaupun kita hanya seorang di dunia ini , selagi kita bergantung padaNYA , kita pasti tak kecewa ^^

and bak kata lecturer saya lagi :

" U don't have to please everybody , just please HIM . "
 



so the message today : 

1- Be grateful !!
2- Be independent & only depend to HIM !!


kata-kata semangat buat anda & juga untuk diri saya sendiri.

doakan kebahagian & kejayan kita bersama , here & after . ^^

Monday, October 31, 2011

10 minit yang mendebarkan

esok exam ~

akhirnya esok penentunya..

berhari-hari study sampaikan cuti deepavali pun tak balik !! sedangkan ainsabrina la orang paling pantang ada cuti walaupun sedikit , mesti nak balik umah ^^

bila fikir-fikirkan balik , study berhari-hari , examnya 10 minit ja (exam clinical short case )..

memang short pun - dalam masa 10 minit , kena pastikan jumpa finding , boleh conclude kepada diagnosis dan lastly boleh menjawab soalan2 yang tak terduga dari examiner..

fuh..dalam 10 minit tu macam-macam boleh terjadi..10 minit yang sekejap boleh jadi panjang dan 10 minit yang disangka lama boleh jadi sekejap..ikut keadaan kita dengan examiner..

dup..dap..dup..dap je ni (^_^)

apa-apa pun , dalam stress nak exam tetap ada rasa seronok sbb ada event best hari ni ^^

mama saya yang tgh ada di Makkah for Hajj , fon petang tadi !!

seronok tak terkata !! terbalas rindu dendam ^^

ye la kita tengah2 stress nak exam , selalunya mudah je nak fon mama ,abah-nak mengadu..tapi bila diorang ada di sana , takut menganggu pulak , jadi saya pun pendam je la stress sorang2..
dan mama saya seakan ada telepathy , terus menelefon saya ^^

mengadu sudah, stress level dah kurang sikit , jadi masa untuk study kembali la sekarang ^^


doakan saya untuk exam esok !!! doakan examiner saya baik hati dan mood baik esok dan luluskan saya dengan mudah !! (^_^)

InsyALLAH akan ke sana suatu hari nanti (^_^)

Tuesday, October 25, 2011

Tiba-tiba rasa dewasa

berazam tak nak menaip di blog buat masa ni..

memandangkan exam minggu depan (asyik exam je kan..boring sudah  ^_^ )

tapi.......................

minggu ini masalah berganti-ganti bak pertandingan olahraga berganti di sekolah (^_^)

*senyum lagi*

walaupun susah + stress , senyum itu penting..

walaupun tak menyelesaikan masalah , ia memberi aura positif pada kita , seakan anggota badan kita memberi support dan semangat dikala hati & hypocampus di otak sibuk meneliti masalah emosi (^_^)

...........................................

tiba-tiba rasa dewasa

pabila sudah memikirkan masalah emosi dengan lebih serius !!

dulu bila ada masalah emosi sebegini , ainsabrina mengambil sikap ignorant , hiraukan perasaan itu , lama-lama ia akan mati sendiri..

itu dulu , di saat matlamat untuk 'kawin' itu masih jauh..

adakah ainsabrina sudah mahu berkawin??

oh, tidak !!

hanya matlamat itu sudah makin dekat , buatku tersedar aku tiba-tiba sudah dewasa !!

terpaksa memikirkan 'benda emosi' ini..

oh , mahu LARI !!!!!

Tuesday, August 2, 2011

Kenangan Bulan Pose.

assalamualaikum..

hari ini dah masuk hari ke-2 puasa ^^

setiap kali puasa kita mesti teringat kenangan kita puasa masa zaman kecik-kecik dulu..

mostly masa kita kecik-kecik dulu, puasa je kita akan dapat hadiah sikit daripada makayah kita sebagai sokongan untuk kita terus berpuasa.

macam saya masa kecik-kecik dulu, satu hari puasa dapat RM1.Jadi sebulan puasa dapat la RM30. dulu RM 1 sehari tu banyak nilainya. Budak-budak sekarang tengok sebelah mata je kot duit RM1 tu ^^

kat sekolah pun sembang-sembang dengan kawan, isunya pasal duit posa ni..sorang dapat RM1, ada yang dapat RM2 sehari dan macammacam lagi la.Semua pakat compare masing-masing. kawan baik saya sorang tu dapat RM2 sehari, tak puas hati, saya pun complain pada abah saya. Niatnya saya nak pujuk abah saya, saya nak juga dapat RM2 sehari. ada unsur mata duitan di situ.

jawapan abah saya :
" kalau nak dapat RM2 sehari, pi la ambik ayah kawan ain tu jadi ayah ain. tengok la dia mahu tak ambik ain jadi anak dia ".

haha ternyata pujukan saya tak menjadi. itulah abah, setiapkali saya compare dia dengan ayah orang lain, mesti dia akan kata ayat di atas.

sampai ke sekolah menengah rasanya, saya dapat imbuhan duit tu. lepas tu dah dapat berpuasa tanpa duit imbuhan. dah besar panjang, takkan nak puasa pun still nak duit imbuhan kan? puasa dengan ikhlas insyALLAH kita temui keberkatanNYA.

..

lagi satu, masa mula-mula puasa, belaja puasa setengah hari dulu. puasa sampai tengahari je pastu berbuka la.

masa mula-mula posa dulu, asyik adu dahaga je..mama pun bagi kelongaran, mama bagi kumur air. saya ni pulak terlebih pandai. saya pergi kumur air, kumur air mineral yang ada dalam peti ais  ^^. dalam kumur-kumur, ada juga la yang terselamat masuk.

bagi saya posa masa zaman sekolah rendah dulu, rasa susah. satu: sebab baru stat belaja posa. dua: banyak je kawan-kawan yang tak puasa lagi. waktu rehat, kawan-kawan ajak pergi kantin. iman tak kuat, saya pun teringin nak makan jugak sedangkan pagi tadi dah niat puasa. saya ni agak baik sikit, sebelum makan, saya fon mama dulu.
"mama, boleh tak ain nak buka posa?", itulah soalan saya setiap kali. kadang-kadang mama bagi, kadang-kadang mama bertegas suruh saya puasa juga.

itu lah kenangan posa saya..ada lagi sebenarnya..nanti la dalam post lain pulak..^^

dah baca kenangan posa saya..apa pulak kenangan posa anda?

Saturday, July 30, 2011

Semangat Malaysia di Bukit Jalil

assalamualaikum..

cerita kali ni kita mula dengan gambar dahulu ^^



gambar ainsabrina excited nak tengok bola (^_^)

1st time tengok bola live di Stadium Bukit Jalil..
pergi dengan sekerabat keluarga- sepupu-sepupu yang baik hati menjadi driver dan bodyguard kami2 sepupu perempuan ^^

time bagi tiket masing2

bergambar sebelum masuk stadium

walaupun frust Malaysia kalah =(

tapi still ni pengalaman yang paling best..

tengok semua rakyat Malaysia bersemangat, tak kira kaum, tak kira umur,

semuanya bercampur menjerit nama 'MALAYSIA' , sama-sama mengibar bendera Malaysia, sama-sama menyokong penuh pasukan bola Malaysia.



ainsabrina yang tak berapa nak minat bola

dan hanya kenal pemain yang femes2 je..

macam encik KFCM ni-



Shahrul Idlan Talha



Amirul Hadi



Safee sali



Safiq Rahim






dan kembar bola+artis ini yang tidak saya tahu yang mana satu abang yang mana satu adik..




tu je kot yang ainsabrina kenal  hikhik

tapi bila di stadium tu jadi bersemangat yang amat, siap boleh komen bagai ^^



komen ainsabrina :

1) defense mechanism pasukan bola Malaysia sangat lemah..harapkan ada KFCM sahaja, Malaysia tak kalah teruk. kalau takda dia mau kita kalah teruk macam masa di Singapore dulu.
2) pasukan Singapore sangat lembik atau sengaja lembik , jadi banyak masa terbuang.
3) permainan lebih dikuasai oleh singapore. bola banyak dipegang olah pemain singapore. passing bola asyik tak kena ja. kalau bola itu ada pada pemain Malaysia, cepat je diambil alih oleh pemain singapore. combination atau cooperation player kita espicially midfield macam kureng aja.
4) score kita di Singapore dah kureng jadi susah kita nak backup balik walaupun pemain Malaysia dah bermati-matian cuba menambah gol.

sedih Malaysia kalah tapi apa-apa pun bagi saya pemain Malaysia especially KFCM memang dah berusaha berlipat kali ganda. jadi usah kecewa, teruskan usaha dan doa, moga satu hari nanti kita berjaya ^^


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails