Thursday, January 19, 2012

Hati perempuan ini lemah !

hati perempuan ini lemah *generally*

lemah dalam erti kata kasih sayang , namun semangat juangnya tinggi & ketabahannya juga boleh dipuji.

itulah keistimewaan wanita.

dengan hati kasih sayang ini wanita dapat menjaga dan mengasihi anak-anaknya lebih dari segala-galanya , dan dengan semangat juangnya yang tinggi dan ketabahannya lah, dia mampu melahirkan zuriat - perkara yang bukan calang-calang cabarannya sehinggakan ALLAH menganugerahkan mati syahid buat yang terkorban juga pengampunan dosa buat yang bertahan.

lemah dalam erti kasih sayang - ada pro dan cons nya ,

pro nya sudah dihuraikan serba sedikit ,

cons : kerana hati yang lemah itu , perempuan mudah 'jatuh cinta' dengan hanya kata-kata dan gerak geri seorang lelaki.
pernah ada seorang blogger lelaki cakap : " lelaki kalau muka hancur macam tonkang pecah pun , kalau mulut manis , fasha sandha pun dia boleh dapat"

itu kenyataan !! *kenyataan yang pedih*

dan kerana itu ALLAH adakan hukum ikhtilat (perhubungan lelaki & perempuan)



percayalah , wanita-wanita di luar sana ,
hukum ini untuk kita. ALLAH ciptakan untuk memelihara kita , para wanita.

kerana apa??
kerana kebanyakan ikhtilat , kesan buruknya lebih kepada perempuan jika kita bandingkan dengan lelaki.

ok , kita ambil kisah mudah yang selalu kita dengar sekarang.

alkisahnya ,gegurl ni bercinta dengan boboy ni. alih2 'terlebih' dan gegurl 'termengandung'.

ok tengok sapa yang susah : gegurl jugak. boboy takda efek.

ok sambung alkisah lagi..

boboy minta putus. gegurl kecewa . boboy alih2 bercinta dengan orang lain.

ok nampak..gegurl juga yang susah !! *hati kecewa memang pedih*


nampak tak??? cerita mudah , pengajarannya juga mudah.

percayalah ikhtilat itu untuk kita , wanita !!
untuk memelihara kita kerana

ALLAH sayang kita !!!



dan percayalah juga lelaki yang baik itu akan approach anda secara baik !!
bukan dengan berhubungan tanpa hubungan yang halal.

bak kata pepatah ini -

'lelaki mana yang datang kepada si perempuan untuk bercinta dan bukannya untuk berkahwin maka lelaki itu adalah fasik..berbeza jika lelaki itu datang untuk melamarnya dan meminta izin dengan ibu bapa perempuan tersebut, maka lelaki itu jauh lebih beragama dan bermaruah'



artikel mudah ini saya buat untuk sahabat.
minggu ni saya klasifikasikan sbg miggu luahan perasaan.
dua orang meluahkan perasaan yang dia suka pada seorang lelaki. dan yang peliknya lelaki yang sama !! ok mereka berdua tak tahu mereka suka lelaki yang sama. *taktahu sama ada patut bagitahu atau tidak*
dan saya terus teringat kata punjangga blogger di atas :
" lelaki kalau muka hancur macam tonkang pecah pun , kalau mulut manis , fasha sandha pun dia boleh dapat"
benar !! jawapannya di depan mata. ok saya takdalah cakap muka lelaki tu macam tongkang pecah , tapi lelaki tu takda la hensem sangat pun *opppssss* mulut manis je lebih !! *ok ada unsur2 geram sedikit di situ*

nasihat saya : tolong , tolong , tolong wanita di luar sana , jagalah hati anda , jagalah ikhtilat anda.
ini untuk kebaikan kita. bukan kebaikan mereka.
kita mahu bahagia dunia dan akhirat , jadi peliharalah hati !!

kerana :
" jatuh cinta itu adalah satu ujian namun jatuh cinta di luar hubungan perkahwinan itu jauh lebih besar dugaannya "

dan kerana itu pohon jgn diizinkan hati kita ini jatuh cinta sebelum tiba waktunya.

doa kita :








p/s : nasihat & doa buat diri sendiri jugak (yang tersilap terjatuh cinta sebelum waktunya) *mengeluh*

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails