Thursday, January 19, 2012

Hati perempuan ini lemah !

hati perempuan ini lemah *generally*

lemah dalam erti kata kasih sayang , namun semangat juangnya tinggi & ketabahannya juga boleh dipuji.

itulah keistimewaan wanita.

dengan hati kasih sayang ini wanita dapat menjaga dan mengasihi anak-anaknya lebih dari segala-galanya , dan dengan semangat juangnya yang tinggi dan ketabahannya lah, dia mampu melahirkan zuriat - perkara yang bukan calang-calang cabarannya sehinggakan ALLAH menganugerahkan mati syahid buat yang terkorban juga pengampunan dosa buat yang bertahan.

lemah dalam erti kasih sayang - ada pro dan cons nya ,

pro nya sudah dihuraikan serba sedikit ,

cons : kerana hati yang lemah itu , perempuan mudah 'jatuh cinta' dengan hanya kata-kata dan gerak geri seorang lelaki.
pernah ada seorang blogger lelaki cakap : " lelaki kalau muka hancur macam tonkang pecah pun , kalau mulut manis , fasha sandha pun dia boleh dapat"

itu kenyataan !! *kenyataan yang pedih*

dan kerana itu ALLAH adakan hukum ikhtilat (perhubungan lelaki & perempuan)



percayalah , wanita-wanita di luar sana ,
hukum ini untuk kita. ALLAH ciptakan untuk memelihara kita , para wanita.

kerana apa??
kerana kebanyakan ikhtilat , kesan buruknya lebih kepada perempuan jika kita bandingkan dengan lelaki.

ok , kita ambil kisah mudah yang selalu kita dengar sekarang.

alkisahnya ,gegurl ni bercinta dengan boboy ni. alih2 'terlebih' dan gegurl 'termengandung'.

ok tengok sapa yang susah : gegurl jugak. boboy takda efek.

ok sambung alkisah lagi..

boboy minta putus. gegurl kecewa . boboy alih2 bercinta dengan orang lain.

ok nampak..gegurl juga yang susah !! *hati kecewa memang pedih*


nampak tak??? cerita mudah , pengajarannya juga mudah.

percayalah ikhtilat itu untuk kita , wanita !!
untuk memelihara kita kerana

ALLAH sayang kita !!!



dan percayalah juga lelaki yang baik itu akan approach anda secara baik !!
bukan dengan berhubungan tanpa hubungan yang halal.

bak kata pepatah ini -

'lelaki mana yang datang kepada si perempuan untuk bercinta dan bukannya untuk berkahwin maka lelaki itu adalah fasik..berbeza jika lelaki itu datang untuk melamarnya dan meminta izin dengan ibu bapa perempuan tersebut, maka lelaki itu jauh lebih beragama dan bermaruah'



artikel mudah ini saya buat untuk sahabat.
minggu ni saya klasifikasikan sbg miggu luahan perasaan.
dua orang meluahkan perasaan yang dia suka pada seorang lelaki. dan yang peliknya lelaki yang sama !! ok mereka berdua tak tahu mereka suka lelaki yang sama. *taktahu sama ada patut bagitahu atau tidak*
dan saya terus teringat kata punjangga blogger di atas :
" lelaki kalau muka hancur macam tonkang pecah pun , kalau mulut manis , fasha sandha pun dia boleh dapat"
benar !! jawapannya di depan mata. ok saya takdalah cakap muka lelaki tu macam tongkang pecah , tapi lelaki tu takda la hensem sangat pun *opppssss* mulut manis je lebih !! *ok ada unsur2 geram sedikit di situ*

nasihat saya : tolong , tolong , tolong wanita di luar sana , jagalah hati anda , jagalah ikhtilat anda.
ini untuk kebaikan kita. bukan kebaikan mereka.
kita mahu bahagia dunia dan akhirat , jadi peliharalah hati !!

kerana :
" jatuh cinta itu adalah satu ujian namun jatuh cinta di luar hubungan perkahwinan itu jauh lebih besar dugaannya "

dan kerana itu pohon jgn diizinkan hati kita ini jatuh cinta sebelum tiba waktunya.

doa kita :








p/s : nasihat & doa buat diri sendiri jugak (yang tersilap terjatuh cinta sebelum waktunya) *mengeluh*

Saturday, January 14, 2012

5th day as Korean : Kpop + Kdrama tour

assalamualaikum..

here I am..

dah lama sangat dah tak cita pasal korea trip , dah jadi pekasam dah (= =')


dari Itaewon , kami ambik subway ke Yeoinaru( line 5)

Apa yang ada kat ctu???


nanti saya cita satu2 ye ^^


1st place yang kami pergi kat situ ---> adalah MBC building



haha ok MBC building ni bukan one of attraction place tapi sebab saya & kawan saya seorang ni peminat kdrama tegar , jadi kami nak pergi jenguk jugak..mana tau terserempak dengan mana2 actor2 korea ke *berangan*




ok rezeki kami --> kami terjumpa ..............

artis??

nope..hanya jumpa van artis hikhik

dari building MBC tu , asyik keluar masuk van yang besar yang selalu artis2 naik tu , ala macam dalam intro family outing tu..
ala2 van gini :



dan dari situ , kami ke 63 building.

familiar with 63 building???

63 building ni adalah bangunan yang tertinggi di sana




and it features dalam My Girl.



nak ke sana dari MBC building --> sangatlah jauh !!!
penat bangat !!!

dan sesampainya di sana , saya terkejut bangat..

dari yang saya tengok di My Girl saya terbayangkan 63 building ni , ada at least taman or pokok2 around it, maksudnya ada halaman. tapi ternyata ia hanyalah bangunan !!

Ok takdalah bangunan ja , ada la attractions di situ :

* 63 Sky Art
10:00-22:00 (last admission: 21:30)

* 63 Sea World
10:00-22:00 (last admission: 21:30)

* 63 IMAX theater
10:00-18:25 /* Mondays & 1st and 3rd Tuesday of each month: 10:00-21:10

* 63 Wax Museum
10:00-22:00 (last admission: 21:30)

disebabkan dah lewat , kami tak masuk any 63 building attraction pun,
just bergambar je ^^


ada scene dalam my girl



dan plan asalnya , after 63 building , kami nak ke KBS building.
teringin nak tengok ni :


1 night 2 days in front of KBS building

entrance 1 night 2 days di setiap episod ^^

tapi disebabkan penat + lewat , kami tak pergi poooonnnnn..

sedih + terkilan , sepatutnya pergi KBS and not to 63 building itoooo..
lebih2 sekarang bila dapat tahu 1 night 2 days akan ditamatkan in this few months =(



after that , kami ke Hanggang Park yang kita boleh naik Hanggang Cruise ^^



tapi malam itu , xda rezeki kami..tiket dah abis dijual..

ok as a reminder , even though dalam website tulis last trip 10.00pm tapi tiketnya dah abis terjual sejak pukul 6pm lagi , so kalau teringin nak tour seoul with hanggang cruise , anda patut plan sebaiknya ^^

tapi kami tak berputus asa , keesokkannya kami datang lagi (>_<)

nak tahu cerita keesokannya hari pulak ??
tunggu next entry k ^^

for this episode , many frustrated event happen =(

apa-apa pun balik je bilik , kembali gembira..
bila buka je TV , nampak ni :



at last , kami jumpa artis........
di TV !! ^^



end ^^

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails