Showing posts with label Obstetric and gynaecology. Show all posts
Showing posts with label Obstetric and gynaecology. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Obstetric & Gyanecology Guideline for houseman.



Assalamualaikum ,

Just nak share satu guideline Obstetric &Gynaecology untuk Houseman.
Sangat membantu bagi saya , so nak share dengan houseman lain =)

Boleh klik gambar bawah ini untuk download



dan ada website yang ada collection guideline untuk posting2 lain - boleh klik SINI.


Life @ dewan bersalin





Posting O&G dah berakhir ;)

Penuh dengan kisah - ada yang sedih , ada yang gembira
Yang penting , banyak pengajaran in and out. Bukan hanya belajar tentang perubatan itu sendiri tetapi tentang kehidupan.

Ada satu kisah yang nak dikongsikan , ini kisah masa my second last oncall at O&G.

Masa tu dah tengah malam bunyi macam cerita mistik pula , bila di'intro'kan macam itu  , dah penat , mata mula dah mengantuk , tetiba ada seorang patient datang. dan of course , pregnant lady la kan.
Nampak macam biasa , tiada yang luar biasa. Dan macam biasa juga saya akan cakap " Ok , suami ambil kad pengenalan isteri dan boleh daftar di kaunter 5A. Isteri boleh masuk dalam , tukar baju , nanti saya check ye.". Itu yang normal respond la , except la kalau patient dah nampak sakit sangat , dah macam nak bersalin , cepat-cepat je bawa kerusi roda , terus ke katil belakang , check VE (vaginal examination) sama ada 'jalan bawah' dah buka ke tak.

Ok berbalik kepada cerita patient ni. Sementara menunggu patient ni tukar baju , saya pun mula la clerking dengan membelek-belek buku merah (buku untuk pregnant). Belek-belek ada any antenatal problem ka. Lalu ternampak - " RVD - on HAART treatment". Terus tersentak.

RVD - retroviral disease. Nama lain untuk HIV.

Dalam tempoh saya belajar dan bekerja , memang kalau terjumpa kes macam ini , selalunya masa O&G posting. Mungkin kerana memang wajib blood test dibuat untuk pregnant lady. Dan kerana itu , benda itu direveal terus-terang.

Semasa belajar dulu , selalunya kes ini melibatkan isteri-isteri kepada penagih dadah. Kesian , mereka mangsa keadaan. Kisah yang paling saya ingat sekali , kisah seorang patient semasa saya posting di Hospital Pasir Mas. Pesakit ini nampak biasa , ye la patient RVD bukan boleh dinampak di luaran kan?
Dia mengandung of course-dah nama pun wad O&G dan bersama dia ada anak kecil, lebih kurang umur 5-6 tahun , anak sulung patient ni. Kerana tiada orang nak jaga anak sulung dia , dia bawa anak tu bersama masuk wad , dan kerana itu hospital daerah kecil , dibenarkan bersebab. Dan bila dibelek foldernya , ye baru tahu ini pesakit RVD. Dan bila ditanya , ini jangkitan dari suaminya , si penagih dadah. Jatuh sedih tengok patient ini , lebih-lebih pada anak sulung itu juga pada anak kecil yang masih dalam kandungan. Tapi patient ini masih kuat semangat. Saya sempat tanya condition anak sulung itu , RVD atau tidak. Dia tersenyum dan jawab " Alhamdulilah , dah check , dia ok ". Rasa sedih dan geram menimpa-nimpa pada suami dia. Kalau menagih , tak bawa masalah pada orang lain , takda orang nak kisah pun. Tapi masalahnya , bawa banyak bahana , lebih2 lagi pada orang terdekat. Entah apa jadi pada pesakit itu sekarang , moga Allah kurniakan yang terbaik untuk dia.

Berbalik kepada kisah patient di atas ,
jujurnya bila tengok perkataan RVD , saya jadi sarkastik. Mula berfikiran tidak baik. Jika di kelantan , saya automatik akan berfikir , ini mesti kes mangsa kepada suami pengaih dadah. Tapi di penang , fikiran positif itu kurang menjadi. Ada negatifnya , mungkin kerana negeri ini lebih maju , jadi perkataan 'mangsa' itu kurang menjadi.

Dari awal saya berjaga , sampaikan 2 sterile gloves dipakai sebagai precaution. Bila berbicara , suara patient ini sungguh naive , seriously dia nampak sangat innocent. Namun bayangan luar dia masih tidak dapat menjauhkan saya dari fikiran negatif itu.Dan saya biarkan perkara negatif itu bermain dalam fikiran saya tanpa saya bertanya lansung kepada patient itu - Macam boleh dapat RVD itu? Itu soalan yang patut saya tanya sebelum fikiran negatif yang saya layan.

Saya 'diselamatkan' selepas itu , apabila MO saya datang dan review patient itu.
Dan MO saya yang terus bertanya soalan yang bermain dalam minda saya -
Dan ini kisahnya -
Rupanya dia dapat RVD itu selepas dirogol semasa dia berumur 18 tahun. Dia taktahu lansung dia ada RVD sampailah masa nak kawin. Bila nak kawin , kan ada HIV test yang wajib , dan masa itu baru dia tahu dia ada RVD. Dan kerana itu , perkahwinan dia delay 3 tahun. Delay 3 tahun bukan kerana bakal suami yang tak mahu , tetapi kerana dia sendiri yang tak mahu. 3 tahun bakal suami menunggu dan masih setia pada dia walaupun dah tahu status RVD dia dan akhirnya mereka berkahwin. Kisah cinta yang bagaikan cerita novel terus memadamkan anggapan negatifku. Ya, dia juga mangsa keadaan.

Ya , sebagai doktor , secara externalnya saya melayan dia sama sahaja walaupun dia RVD , namun internalnya saya masih manusia biasa yang rasa ingin tahunya tinggi sampaikan negatif yang membelenggu.

Yang pentingnya untuk itu , pengajaran yang saya dapat - selidik dulu sebelum membuat spekulasi sendiri. Kalau saya tanya terus , takda la berfikir yang bukan-bukan kan? 

Ini kerana di O&G juga selalu terjumpa kes-kes 'single parent' ini - kisah mengandung luar nikah . Jadi bila gadis muda datang , mengandung - ada sedikit negatif-minded yang datang.Potensi berfikiran negatif itu tinggi.

Teringat lagi satu kisah. Kisah pesakit single parent. Dah la single parent tapi tidak tahu malu. Bukan apa , dah la tak berkawin , tapi encik boyfriend asyik datang melawat siang malam. Kalau melawat sahaja takpa , ini tidak  , bermesra bukan main macam dah suami isteri. Sakit mata ni tengok. Sampaikan staff nurse sorang ni cakap " Doktor , cuba doktor pi tegur sikit patient bed 16 tu. ". Saya pun pergi la , tapi tidak la saya tegur directly. Tegur & pertanyaan - " Siapa ni? Maaf la ye , ini wad perempuan , tak boleh masuk sesuka hati kecuali la suami , itupun pada waktu melawat je." Sedas saya bagi , pastu diorang boleh lagi tersengih-sengih kerang busuk.

Tu la , manusia bermacam jenis. Rambut je sama hitam , tapi hati lain2.

Cerita atas macam kena kan untuk AIDS Days 1 December.



Apa pun jangan sarkastik pada mereka. Mereka mungkin mangsa keadaan. Jika mereka bukan mangsa keadaan pun , mungkin AIDS adalah permulaan untuk mereka berubah menjadi yang lebih baik. Siapa tahu kan?






Thursday, October 4, 2012

Off-tagging



Assalamualaikum !!!


saya OFF hari ni *nada gembira yang amat*

ok secara rasminya , saya dah off-tag few days ago. Dan saya dah mula berkehidupan normal sedikit *houseman-life kan tak normal*

di dept yg saya keja sekarang : ada 2 shift saja - AM shift & PM shift.
AM shift : 6.30pg-5.00ptg
PM shift : 4.00ptg-8.00pg
secara mudahnya begitu la tetapi takda maknanya la kan,boleh balik tepat pada waktunya. Selagi workload anda2 tidak habis,sila habiskan sebelum anda balik walaupun anda telah terlebih kerja beberapa jam sekalipun !!

Ikhlaskan bekerja , jadi kena berkorban sedikit *positif-minded*

Dan selepas off-tag , saya ada kelayakan untuk bercuti sehari dalam seminggu. Tetapi sehari dalam seminggu itu tidak boleh dipilih sesuka hati dan boleh jadi cuti weekend atau weekday. dan untuk minggu ini , saya cuti hari ini - di hari khamis , di tengah minggu, jadi melepak di rumah je la - qada' tido ^___^





ini hakikat yang perlu saya hadapi untuk 4 bulan ini sebelum saya masuk ke dept lain yang lain pula kaedahnya.

Doakan saya !!!



p/s : Semalam , sempat  saya berjumpa dengan 'bulatan gembira' di area penang. Baru hendak mulakan perkenalan. Moga ukhwah yang baru bermula ini boleh berikan kekuatan untuk saya teruskan perjalanan saya di sini pula.


Thursday, September 20, 2012

Saya Houseman Tagging !


Assalamualaikum

Entry pendek dari saya =)


Seminggu sudah bekerja.

Komen : Stressfull + penat yang amat !!

Bayangkan seminggu  - working from 6.30 am - 10.00 pm , without holiday even weekends. Dan ini bukan kerja pejabat yang boleh duduk , tiada maknanya. Berdiri dan berlari ke sana-sini  , itu perkara normal yang biasa *senyum pahit*

sampaikan hari pertama saya kerja , malam itu saya semacam terdengar-dengar nama saya di panggil untuk ke sana ke sini . " Doktor Ain , Doktor Ain ". Tiba-tiba rasa tak suka , dulu teringin sangat ada title tu kat depan. Sebab bila dipanggil itu , maksudnya ada la tu kerja tak siap ka ada masalah ke ataupun kerja tambahan. Aiyoooo !!

dan saya sekarang di O&G @ sakit puan , jadi jangan harapkan patient boleh kurang kan..lagi nak malam lagi ramai pulak yang nak lahirkan anak kan..kenapa ye? kena kaji ni  ;)

Dan hari ini saya dapat perlepasan khas sebabnya saya konvo hari ni.



Dan untuk itu , rasa lega sekejap. Kalau takda konvo ni , takda maknanya nak dapat cuti bagai *huh*

Semalam pukul 10 malam saya masih di Labour Room sedangkan esok paginya saya berkonvo. Sedih sangat masa tu sebab minta cuti half day tak dapat. Reda' je la =(

Esok kembali bekerja , jadi cuba kumpul semangat balik.

Saya ada assessment lusa untuk off-tagging jadi tolong doakan saya !!
Seriously nak habiskan tagging ni cepat-cepat !! Tak sanggup nak mengulang 6.30am-10.00pm setiap hari tanpa off.
Nak jalani kehidupan yang agak normal sedikit. *hidup houseman memang tak normal !!*

that's all !! Nak tidur , esok kena kerja *semangat*

wasalam

p/s : bila saya stress saya selalu fikir benda ni
"aku tak nak dah sesiapa dalam kaum kerabat aku ambil medic jadi doktor , jadi la benda lain. Dan percayalah suatu hari nanti mereka akan berterima kasih kalau diorang ikut nasihat ini. Cukuplah aku sorang rasa semua benda ni !!" - Ini serius !!






ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails