ainsabrina kembali lagi ^^
bila menulis secara peribadi (without intention nak berkongsi ilmu +++) pasti terkeluar masalah emosi (- -")
itulah masalahnya =(
saya pun bosan cakap isu yang sama dan of course korang yang jadi pembaca mesti lagi bosan kan
kan kan?
haa nampak yang angguk kepala (^_^)
back to the story..
semalam terbaca 2 post berturut-turut pasal " putus cinta "
1st post dari seorang sahabat yang masih di korea selatan (ahhhh rindu korea ^^ )
ni postnya : http://farahinlee.blogspot.com/2011/11/untuk-apa-ujian-ini.html
and another one dari blogger yang agak terkenal : joe
ni postnya : http://joegrimjow.blogspot.com/2011/11/proses-nak-lupakan-orang-yang-kita.html
dua2 pasal putus cinta !!! ahh termenung ainsabrina sekejap..
then , ada seorang sahabat buat post begini pulak di FB :
* yang ainsabrina copy buat status FB sendiri *
Ahhhh sudah..napa macam rasa terkena batang hidung sendiri (= =")
ia tidak 100% terkena , or should i say 50% or maybe less
ahh kisah saya tak seindah mahupun sesedih kisah orang lain , it is more to even situation.
saya selalu berada di pihak heroin ke-2 kalau dalam kisah novel mahupun kisah drama korea, and it always a sad ending for this 2nd heroin *senyum pahit*
saya selalu menjadi pencinta dari jauh , sehinggakan hero idaman hati dah jadi milik orang lain , heronya dari single ke couple , dari available ke unavailable !!
kisah dulu , lelaki yang saya gelarkan prince charming masa zaman matrik dulu , akhirnya dah jadi milik kawan saya sendiri *padan muka diri sendiri*
*gelak pada diri sendiri * ye silap saya juga yang tak pernah berani ambil langkah seperti kawan saya tu.
itu kisah dulu , walaupun masih terimbas namun saya rasakan itu kisah cinta monyet kerana walaupun penangan sakit itu lama , tapi saya macam tak berapa nak kisah 'dia' diambil orang.
saya tak berani , ye kerana saya masih gadis timur , yang lebih mementingkan maruah dan malu daripada cinta mahupun harta benda (^_^)
tidak molek bagi saya seorang perempuan - meluah rasa dulu - menjadi perigi mencari timba.. that's not me !!!
saya lebih kepada - follow the flow dan saya percaya pada 1 ungkapan jodoh yang selalu orang cakap :
jodoh tak kemana !!! if that guy really my future husband , somehow , somewhere he will be my husband !!
mungkin ada yang tak setuju dengan statement saya , ada orang cakap jodoh takkan datang sendiri , ia perlukan usaha.
saya tetap usaha , tapi dengan cara saya -
doa , doa dan doa !!!
istikharah , istikharah dan istikharah !!!
itu cara saya ( ^ _^ )
but somehow saya akui terseksa , simpan perasaan sendiri !!
nak luahkan , that's not me !!!
tapi dalam masa yang sama , saya seakan 'confused'
benarkah rasa ini? atau hanya rasa yang datang bila melihat kawan-kawan semua sudah mula ada pasangan hati yang serius ?
beberapa kawan baik saya sudah bertunang , kawan karib internet saya pun sudah berkahwin.
dan orang-orang sekeliling mula mempersoalkan " kenapa saya masih tiada teman istimewa?"
ahh susah nak jawab soalan yang tiada dalam skema jawapan tu ^ ^
dan saya risau perasaan yang ada ini , hanyalah biasan kepada persoalan kawin yang seringkali bermain atau hanyalah biasan rasa keseorangan..
saya jadi tak pasti dengan perasaan ini.
dan saya jadi takut dengan perasaan ini , takut bertepuk sebelah tangan dan juga takut jika perasaan saya dan 'dia' sama .
jika bertepuk sebelah tangan - kecewa mungkin berhari-hari =(
jika tidak , kami berkongsi rasa - apakah sambungannya ?? tunang , kahwin ??
melangkah ke masa depan seakan menakutkan , lebih-lebih lagi disaat ini - saat rahsia keluargaku terbongkar satu demi satu , keluargaku bukan lagi kisah keluarga bahagia seperti cerita novel dan drama TV. seakan hidup ini semuanya palsu dan lakonan semata-mata
ahhh susah kan masalah emosi ini ??
but somehow along this emotional problem , saya rasa makin dekat dengan DIA (^_^)
DIA yang mengetahui luar dan dalam saya ,
bagi saya kisah ini memalukan , saya malu nak bercerita pada siapa-siapa
jadi hanya pada DIA saya luahkan semuanya ^ ^
kerana DIA yang lebih mengetahui rahsia hati saya dan juga rahsia hati 'dia'
dan doa saya selalu :
" temukan aku dengan jodoh yang tepat pada waktu yang tepat "
"jika dia memang untukku , dekatkan hatiku dengan hatinya, jika tidak , jauhkanlah dan tabahkan hatiku menerima dugaanMU ini Ya ALLAH "
Dan hati saya kembali tenang kerana saya tahu DIA sentiasa melihat dan menjaga saya.
dan rasa sakit emosi itu kurang apabila memikirkan DIA . (^_^)
2 pengomen:
ermm sabarlah dik,,soal cinta dan jodoh memg complicated,,lelaki yg baik skg sgt sedikit,,silap2 kena berebut,,tp jodoh pun memerlukan usaha,,slps usaha barulah tawakal,,insyaAllah jodoh mungkin dtg di antaranya,,akak sendri pun masih single dan adakalanya risau,,tp cuma jgn stress sgt,,kita tak kesunyian selagi ada keluarga dan sahabat,,insyaAllah,,**sori dah pnjg mcm entri plak,,
thanks for the advice..xpa pjg2 pn..suka org bagi advice , rasa macam ada supporter dari belakang ^^
Post a Comment