Sunday, August 3, 2008

...MALAM IIP....

assalamualaikum...

aku baru balik dari dewan utama td..ada malam IIP(integratif&interaksi persatuan) malam ni..really intresting and fun..tak menyesal la aku g..walaupun aku duk blakang sbb tmpat dah penuh..kat dewan tu diorang buat susunan yang menyeabkan ramai org tak dapat tmpat duduk termasuk lah aku dan sahabat2 ku..ada meja makan sbb tgk persembahan sambil makan..disebabkan aku datang lewat aku tak dapat la duk kat meja and aku tak makan pun aku minum air ja..majlis ni agak formal sbb TNC(timbalan naib canselor) pn datang..aku pun pakai baju kurung g sana..

mula2 cam tak nak pergi..sbb banyak kerja kan..kerja convex pun tak abis ni..masa aku menaip ni sambil2 tu aku wat kerja convex gak hehehe boleh ke wat sambil2..ahh lntak la..mata aku dah berat ni..dah ngantuk sgt..awal lagi ye..dah brapa malam aku tido kul 3..kalu studi takpa gak masalahnya tido lewat buat kerja lain..

cita pasal malam IPP tu mmg best..aku g teringin nak tgk band yang ada bebudak 2nd year medic ngan dental tu..persembahan diorang last skali..

first2 ada persembahan gendang dari persatuan wusyu..menarik..gerak tangan diorang pukul gendang tu sama ja..ada chikong..padan muka rmate aku aina tak g hehehe jgn marah ye aina..kebanyakkan budak chiness 2nd year mendic ngan dental je la..

lepas tu ada tarian indian..mula2 cam boring ckit sbb lagu lembik jah..pastu lagu rancak baru la masuk bebudak india 2nd year,munich,saravanan,sharu dan ramai lagi..seronok la tgk persembahan diorang walaupun nmpak cam kelam-kabut and tak brapa cukup preparation je diorang tu..

pastu ada persembahan koir by christion fellowship..diorang nyanyi lagu "i have a dreams" ngan lagu "shinning friends"..lagu "shinning friends" buat aku rasa nak nangis ja..lagu tu kan lagu kenangan aku,zati,jijah ngan zue..sekarang kami dah terpisah..adakah kerna takdir kita terpisah sahabat2 ku?????

lepas tu ada pertunjukan seni pertahanan diri wushu..ni walaupun besa ja tp mengagumkan juga la..hehehe teringat dulu aku ngan narimah ada terniat nak join tapi tak jd hehehe

lepas tu taerobik..hehehe taerobik???? tu gabungan taekwando ngan aerobik..diorang buat guna lagu para2 sakura yang cute tu..tiba2 rasa nak bukak lak video clip para-para sakura tu..ahhh sudah bila nak siap kerja convex aku nih..masalah2..masalah angau kat korea ngan jepun hehehe taerobik tu mmg cute sesangat..

pastu barulah persembahan yang dinanti-nantikan..that's band yang dianggotai zack,ajon ngan bob sbgai gitaris,khairul yang main dram..vocalis ada ramai sebenarnya..takda la ramai sangat pun..mula2 diorang nyanyi lagu "standing in the eyes"..masa lagu ni ada 4 vocalis..ada hazwan(ketua convex aku tu..hehehe merangkap ketua batch yang disegani..kembang hazwan kalu baca nih hehehe),hafiz(budak dental),aida ngan izyani(budak nurani)..yang nampak cute,semua vocalis tu pakai labcoat(nak tunjuk ckit bakal doctor pun leh nyanyi la hehehe),bukan tu ja yang gitaris ngan drummer pun pakai labcoat gak..nampak stylo la diorang semua..ada satu part kat lagu ni kna tarik tggi ckit,hafiz tarik sedap betul suara dia..biasa la budak nasyid sorang nih..lepas tu diorang nyanyi lagi satu lagu yang aku tak ingat tajuk dia..lagu ni baru lagi..aku baru dengar 2x kat radio..aku rasa lagu tempatan lagu perpaduan sbb ada rap dalm bahasa melayu,bi,bahasa cina ngan bahasa india..masa lagu ni best sbb ramai nyanyi..masa nyanyi ada video kat blakang tnjuk gambar fairuz ngan andi..sayang video tnjuk lwat sangat..cam spoil ckit la..untuk part rap bi tu tetiba amin kuar dengan sweaternya..hehehe untuk rap bahasa india jaya raj yang nyanyi..tuk part bahasa cina ada sorang girl chinese dental nyanyi aku tak ingat nama dia..dia ikat rambut tepi ngan pakai topi ngan sweater nampak sweet sangat.. bila aku tgk reramai kat atas pentas aku rasa tersentuh lak..and rasa nak nangis lak(nangis lagi..aku ni memang la..kalu ada anugerah ratu nangis dah lama dah aku menang tak bagi can kat orang lain hehehe) ye la tgk diorang2 kat atas pentas tu rasa sedih lak..rasa sedih sebab diorang terpisah hanya disebabkan exam pro..hmmmm..sebahagian sebagai 2nd year and sebahagian lagi masih sebagai 1st year..bolehkah dikatakan dunia medic ngan dental kat usm ni kejam memisahkan hubungan persahabatan antara kami..tiba2 aku emo..sudah2 la nanti aku nangis lagi..malu la aina tgk heheh tadi dah la ternangis kat depan zue,bela ngan ain dental..uish..cam diorang tak besa lak tgk ratu menangis ni menagis..ain dental siap buat teori lagi tadi..nak tau pa teori dia???teori dia mengatakan bahawa insan yang bernama 'ain' ni memang sangatlah senang nak nangis..penangan nama la maksudnya..nama 'ain' kan bermaksud mata jd asyik nak nangis je la..hehehe teori cam boleh dipakai..tapi kan bila difikirkan balik nama aku 'ain sabrina'..bukan ke maksudnya 'mata kesabaran'..patutnya mata ku harus ada rasa bersabar dan jangan selalu menangis hehehe tp nak wat camna mata ni rajin sangat cuci mata dia ngan air mata hehehehe

k lah aku nak sambung wat kerja convex yang tertangguh tu..nnti hazwan marah lak hehhe takda la dia tak marah pun..aku ja nnti rasa serba salah kat dia sbb aku dah janji nak siapkan mggu nih..k lah nite..eh dah morning pn..k lah wasalam..

0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails