Friday, October 10, 2008

...TEMAN MAMA G HOSPITAL..

Assalamualaikum bersua kembali..

like been said b4 disebabkan takda internet kat umah so aku baru le nak cita kt korang apa yang berlaku when i'm home..

29.5.08

pagi tu bangun awal..dalam kul 4 lebih la..tak pasti jamnye..sebab mama aku gerak terus g mandi nak bersiap g ampang teman mamaku g hospital ampang..lepas mandi g sahur jap..waktu sahur baru perasan sepupuku,angah dah sampai kat kuala..dia bertolak malam dari kajang balik kuala kangsar entah pukul berapa la dia sampai..

then lepas sahur,me,mama ngan abah pun bertolak ke kl..
on d way tu berenti kat perhentian tol g solat subuh dulu..kami berenti kat perhentian tol tapah..cantik la surau dia..cam nature lover ja ada banyak pokok2 surrounding tempat solat tu..

lepas tu sambung bertolak..dalam kul 9(tak salah aku la,aku bab jam ni memang lemah ckit,lebih2 sejak jam pemberian mama sempena result elok waktu matrik dulu dah buat perangai so tuan dia pun wat perangai malas nak ambik tahu hehehe)camtu sampai la kami ke tempat yang dituju..

aku pun teman mama g tingkat 3..tempat mama ada appointment doktor nak wat bone marrow..lama gak la tunggu..sambil2 tunggu sembang2 kosong ngan mama sambil2 tu sempat gak aku belek buku kecik oxford clinical medicine kesayangan aku tu..semapat le baca ckit2 pasal penyakit mamaku that is CML(chronic myeloid leukaemia..

ok aku brief ckit history of disease mamaku ni..
PAST MEDICAL HISTORY
mama dah dapat penyakit ni sejak aku form 1 lagi..jadi dah lebih kurang 7 tahun yang lalu..memang lama..kalu cita pasal previous treatment dah berbelas kali mama wat bone marrow tu..dulu aku ingat lagi masa 1st time mama nak wat bone marrow that have to take ckit la air sumsum pak ngah(my mother's father),ramai gak yang bangkang becoz of layman punya pemikiran..ramai cam takut2 kan..ada orang cakap bone marrow ni boleh menyebabkan lumpuh la,terencat akal la,all sort of thing yang betul2 menakutkan me as a daughter of my mother at that time..sampai sekarang aku tak tahu kebenaran kata-kata orang,is it really happen atau hanya kata-kata orang yang tiada bukti..tah la..yang penting alhamdulilah sepanjang mama buat no really bad effect happened..other than that mama pernah wat some operation yang aku tak brapa pasti la..one more as a cancer patient my mother also had many chemotheraphy..its really hurt for her and for me and for us one family..how at that time our family like been broken up..my mather at kl doing treatment,my father ulang-alik from penang to kl,me at hostel,my brother ayin stay at his friend house as at that time he in upsr year so its difficult for him change school like my brother irfan and my sis inat do at that time,irfan and inat change school and stay at my mother's kg at bandar bharu with mak ngah so that someone can take care of them..its really a hard year for all of us..then it been cured but cancer never die it comes again so that's why my mother has to do bone marrow again..

about family history,my father has hypertension,while my grandmother that is my mother's mother had died bcoz of bone cancer..so it is genetic problem..maybe me the one who will inherited this disease after this..who knows???

i feel really grateful to teman my mother to hospital that day bcoz i have learn so many things..banyak benda tak brapa tahu pasal penyakit mama so when i look with my own eyes aku dapat rasakan kesakitan and ketakutan mama.. it feel really close to my mom as i waited for her beside her bed..secara jujurnya i'm not a good daughter actually,aku selalu gak tak dengar cakap..mama,maafkan ain ye..but still my mother is a mother..ada naluri keibuan walaubagaimana degilnya anak dia yang sorang ni but still she loves me for what i am..thank you,mama..and one more thing pasal penyakit mama ni and her treatment ni aku tak banyak sangat tahu sebenarnya..satu hal mama agak perahsia orangnya kalu bab penyakit dia..its always abah yang selalu bercerita how mama's condition,camna perasaan mama and all sort of things that somehow shows that abah really loves and cares for mama..really love abah for what he is..somehow aku selalu fikir no one is perfect but still my abah is perfect for what he is,how he cares and loves my mama although at that time mama is sick,baldy not so pretty anymore but still he loves she for what she is..really love my abah..kadang2 terlintas di fikiranku mana la nak cari lelaki sebaik ni kat dunia ni sekarang..sepanjang aku hidup 19 tahun ni lebih2 lagi sejak masuk medical field ni yang aku dengar selalu sangat si lelaki ni tinggalkan his wife bcoz his wife got some disease and he feel burden,yang peliknya bila si lelaki yang dapat penyakit takda pulak si wife tinggalkan dia,so is it the problem is laki yang takda hati perut or perempuan yang terlalu baik hati???tah la malas la nak kembangkan isu ni..

then the bone marrow happen..i juz waiting outside..then after the bone marrow thing finish,i went back to my mom..mama tido je sbb doktor ada bagi ubat tidur for the bone marrow..bila mama bangun she says to me "mama sakit"..mama kata lagi sebelum ni dia wat bone marrow tak sakit pun maybe the doctor is not so good..before my mother there is one patient undergo bone marrow by the same doctor in front of my mother's bed..it takes so long than usual and we can tell that the doctor is not so efficient in doing bone marrow..

then,mama tido..memang mama nampak sakit+letih sangat waktu tu..so aku sembang ngan abah je la masa tu..and dia mula la bercakapa about medical things with me..masalahnya dia cakap benda yang aku tak blaja lagi..mula la en. amiruddin jadi doktor yang cik ain sabrina pulak jadi patient aka pendengar setia..hehehe

then bila mama cam dah ok ckit,km g tingkat 7 g jumpa doctor..lama gak aa kat ctu sebab ada 2-3 patient tgh tggu giliran nak jumpa doc..at there i met ramai patient yang ada disease lebih kurang cam mama gak..then kami pun bersembang-sembang la dengan patient yg ada..ada la sorang patient ni baya2 aku je has an acute leukimia..i love her courage..dia nampak bersemangat walaupun dengan sakitnya..kalu aku mungkin tak setabah itu..semoga Allah merahmatinya..

when jumpa doc,he has agood news..dia kata condition mama dah ok ckit..bulan november ni datang lagi sekali hospital kalu ok gak,it means good so my mama don't have to come once a month but come once in 3 month.. :-)

then kami pun balik..masa balik abah ada mintak tolong aku drive kejap..aku cam takut2 gak sebenarnya aku selalu bw keta kancil or kelisa yang sauz kecik2 je tetiba suruh bawa pesona yang agak gedabak tu..takut gak la..tapi bawa je la..tapi tak lama pas aku bawa,tetiba hujan turun dengan lebatnya..serius lebat sesangat sampai tak nampak jalan juz nampak lampu2 keta..then,aku memang rasa takut sengat la..disebabkan ketakutan aku ditambah pulak dengan ketidakpercayaaan keupayaan ku mendrive jadi driver ditukar kembali,bp aku mabik alih balik tugas driver dia hehehe
ain sabrina memang agak penakut sebenarnya..takda la takut sangat but still hujan tu betul2 merencatkan kerjaya driver aku hehehe

Wednesday, October 8, 2008

...SEPAHIT MADU...

*ni ada satu cerpen yang aku dapat kat email aku..

Sepahit Madu

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni



"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…" Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan," jawab Fikri.

***

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

[QS al-Taubah 9:24]

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails