Showing posts with label Cabaran Buku 2012. Show all posts
Showing posts with label Cabaran Buku 2012. Show all posts

Saturday, August 11, 2012

Jaja dan Din



Assalamualaikum ,

Baru habis baca buku ini pagi tadi  :)

Jaja & Din









Kisahnya ibarat penceritaan dari Jaja sendiri , namun turut ada kisah dari sisi Din.

Jaja - anak Dr Haslinda dan Dr Badrul Hisyam - kawan Dr Aqmar Aziz ( watak dalam Nyanyian Tanjung Sepi ) . Juga ada watak Nini , Lala dan Wasim. Ini mengingatkan saya pada kisah Nyanyian Tanjung Sepi yang sedih itu , ternyata kesannya mendalam pada Dr Aqmar Aziz , juga pada Jaja yang masih kecil waktu itu. 




Permulaan cerita Jaja&Din agak lambat , sehinggakan saya ternanti-nanti waktu "sebenar" Jaja bersua muka dengan Din. Namun penantian ternyata tidak sia-sia. Pertemuan mereka membuatkan saya juga seperti Jaja  - Falling in love with Din !!

Walaupun pada awalnya saya seakan tak setuju dengan Jaja yang mahu 'meminang' Din. Dan saya macam bercakap terus pada Jaja - " Jaja , don't do it !! U will regret it !! ", - sebabnya macam mustahil untuk Din berkata - " Ya ". Namun difikirkan tajuknya pun sudah Jaja & Din , takkan Jaja dengan yang lain pulak kan. Lagipun dari awal penceritaan Jaja , Jaja sudah bagi klu yang dia memang dengan Din.Dan saya juga turut menarik nafas lega untuk Jaja bila Din kata " Ya ". Over kan ain ni?? hihi

Dan ternyata kisah Kak Su kali ini turut membuatkan saya menangis yang sebetulnya. Menangis sungguh-sungguh !! Sampaikan mata dan hidung merah bak 'clown' ^___^
Pesanan Uncle Aqmar  pada Jaja - itu kisah air mata sungguh-sungguh saya yang pertama !
Juga kisah berita Din yang jauh dari Jaja - itu sampai tersedu-sedu !!!

Dan satu lagi yang menarik hati saya  - adalah kisah ini berlatarkan tempat-tempat berdekatan dengan rumah saya - Jawi , Parit Buntar. Sampaikan Din itu diceritakan pernah bersekolah di Almashoor lelaki - " teman sepermainan " ataupun " musuh ketat" sekolah saya. Membaca part itu buat saya gelak tak ingat ^_____^

Nak tahu kenapa beria-ria sangat gayanya AinSabrina mengulas buku ini , kena la gi baca sendiri ^___^

5 bintang saya bagi !!!

Monday, August 6, 2012

Baju Melayu Hijau Serindit



Assalamualaikum


Tajuk Buku : Baju Melayu Hijau Serindit
Penulis: Syud
Terbitan Jemari Seni
430 mukasurat




Buku ini terus saya bagi 5 bintang. ^__^

Covernya yang cantik menarik dan tertarik sampaikan masa saya baca buku ini di kampung , sepupu saya asyik puji saja. " Ain , cantiknya cover buku ni !!" Dan , of course saya bersetuju. Dan ternyata isi dalamnya pun 'cantik'.

Dari awal , saya dah jatuh cinta pada watak Pacai. Adeh , macam saya pulak ye watak utama ^__^ . Pacai dan Wardah asyik bertemu sahaja. Macam ada jodoh !! Namun bertemu banyak kali pun , masing-masing tak tahu nama masing-masing . Wardah mengelarkan Pacai - Shrek sebab baju melayu hijaunya yang menyerlah itu manakala Pacai memberi gelaran Dorothy pada Wardah kerana kasut tinggi merah Wardah. Dah tak tahu nama gelaran pun ok ja ^__^

Dan akhirnya semasa pertemuan mereka di kenduri , Pacai memberanikan diri menegur Wardah. Dah tahu nama namun Encik Firas @ Pacai ni lupa tanya nombor telefon pulak *adoyai* , masa ni aku yang menbaca pun ada terfikir - " Eh , Pacai lupa tanya nombor telefon " ;)

Namun dengan usaha yang lebih sedikit , dia dapat juga contact Wardah. Wardah terus ajak berjumpa. Lagi gembira la Encik Firas sorang ni !! Rupanya ada pertolongan yang Wardah perlukan dari Pacai. Minta tolong jadi 'calon' untuk dia tunjukkan pada umi.

Wardah memang suka Ilham , lelaki pilihan umi namun dia tahu Ilham tak macam tu. Jadi untuk selamatkan diri Ilham , dia rela undur diri dengan bantuan Pacai.

and the story goes on. Tak boleh bercerita panjang , nanti dah spoil la kan ^___^

 ..............................

Pacai dan Ilham. Dua-dua calon yang baik. Tetapi watak Ilham itu seakan watak " atas langit " untuk Wardah , maksudnya susah digapai , cukuplah hanya meminati dari jauh. Watak Pacai , ternyata gelagat selambanya - boleh buat Wardah terus " fall in love" namun gelagatnya yang selamba itulah buat Wardah susah nak percaya yang Pacai juga sudah " fall in love' dengan dia.

Dan gelagat diorang dua ni boleh buat kita tersenyum dari awal hingga akhir. Sweet in normal dose !!

Juga ada watak Adil-Aulia dari Novel Teja Aulia - saya tak baca lagi , jadi kena beli la lepas ni !!


* banyak betul smile untuk ulasan buku ni *

Bulan di atas Champs Elysees




Assalamualaikum ,
cuba mengulas buku kembali. ^___^





Tajuk Buku : Bulan di Atas Champs Elysees
Penulis : Eva Hana
Penerbit : Jemari Seni
Mukasurat : 305 m/s
Harga:RM17 (SM)/ RM20 (SS)



 Ulasan AinSabrina :

Di muka depan novel ini ditulis : "Sebuah kisah benar yang harus dibaca !" dan juga di awal mukasurat sudah ditulis peringatan bahawa buku ini " Tidak bertujuan memberi apa-apa emosi yang berbentuk negatif serta provokasi berkenaan bangsa , agama atau negara ". Dengan itu , sudah dapat digambarkan serba sedikit kisahnya. Sila baca novel ini dengan hati yang terbuka dan untuk mengambil pengajaran.

Kisah Eva , wanita berkerjaya yang sudah cukup segalanya namun merasa tidak puas. Dia ingin melawan "kebosanan" , dia inginkan cabaran. Lalu , dia berkeputusan ingin belajar bahasa perancis di negara itu sendiri. Untuk itu , dia terus saja menaip di laman web " Looking for a friend who can help to advise me about going to study in France " dan balasan diterima oleh seorang jejaka Perancis - Jean Paul.

Dan di situ bermula kisah Eva-Jean Paul. Kerana Jean Paul , Eva makin tekad untuk ke Perancis. Dia berhenti kerja , menjual keretanya dan dengan duit yang ada itu dia ke Perancis.

Kemudian bermulalah kehidupan Eva di Perancis. Negara itu terbuka tentang segalanya namun tidak tentang Islam.Dan kebanyakkan kenalan Eva di Perancis agak terbuka sebenarnya namun tidak pada Jean Paul dan ibunya. Dalam pertengkaran , percintaan mereka masih berjalan sehinggalah ke titik perkahwinan.Dan dengan perkahwinan , baru segalanya tampak lagi sukar.


Komen AinSabrina :

Mengetahui buku ini adalah 80% daripadanya adalah berdasarkan kisah benar buat saya rasa sesak. Ya Allah , ramaikah 'Eva' di luar sana?

Eva , sekuat mana pun dia , dia masih seorang wanita. Ya, wanita yang hatinya lemah , mudah dipujuk dengan rasa cinta. Bercinta dengan orang negara lain , itu suatu cabaran tetapi yang lebih memeritkan bercinta dengan orang yang tidak sefahaman dalam agama. Malah orang itu seakan lansung tidak boleh menerima dan mahu memahami agama Eva. Malah beberapa kali orang itu cuba mengajar Eva 'memeluk' agamanya. Itu memang berat !!

Sepanjang membaca , saya rasa takut. Eva , tolong jangan hanyut jauh !! Banyak kali Eva seakan mengalah. Namun, Alhamdulilah , masih ada titik-titik Islam dalam hatinya.



ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails