Saturday, February 18, 2012

Bulatan Gembira (^_^)

assalamualaikum..




dah tgk video di atas ??

osem (awesome) kan ?

bulatan gembira is equal to usrah.

satu ikatan yang terbina dengan satu matlamat yang sama.
Bersatu & berkongsi rasa tanpa ada halangan.
bak kata ayat-ayat cinta ALLAH buat kita.

Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
 (surah Al-Anfal ,ayat 63)



sungguh ayat ini benar !!!

jika dikumpulkan orang ramai hanya kerana duit , berjaya tapi tak kekal.
beza apabila Allah yang menyatukan !!

itulah kelebihan usrah !!
penyatuan tanpa kisah kekurangan yang ada , semuanya sama-sama berkongsi kekurangan dan cuba berkongsi cara menyelesaikan.

contoh mudah :
si A : ada masalah emosi. asyik teringat si dia ja.
yang lain2 cuba berkongsi rasa , cara penyelesaian dan ada juga menceritakan masalah yang sama.
masalah yang seakan lumrah remaja tapi malu utk dikongsi dengan yang lain , tapi dengan mudah dikongsikan dengan ahli2 usrah.

kerana usrah itu sendiri datang dari perkataan 'usrati' - keluarga,
menjadikan kita sebagai satu keluarga & sahabat pada waktu yang sama.
perasaan yang miracle + awesome ^^

perasaan berkawan dengan ahli-ahli usrah jika dibandingkan dengan kawan2 yang luar usrah , rasanya lain. lain sangat !!!
bukan nak dibeza-bezakan tapi rasa lainnya ketara.
berkawan dengan kawan-kawan usrah , nikmatnya lebih..
susah nak dihuraikan dalam kata-kata..

ibaratnya makan prosperity burger mc'd..
nikmatnya hanya dirasai oleh yang makan sahaja.
yang melihat hanya melihat dari luaran , tidak merasa nikmatnya yang sebenarnya.
begitu juga usrah !!
nikmatnya hanya orang dalam usrah tu yang rasa !!

nikmatnya membuat saya (budak yang tak berapa nak baik ni) ternanti-nanti perjumpaan usrah tiap minggu..
~ rasa rindu-rinduan, lebih2 pada kak usrah tersayang !
*ok maaf jiwang sebentar*
bila rasa ada masalah emosi je , lagi rasa tak sabar2 nak berjumpa hihi
kadang2 tak luah pun masalah yang ada , tapi tanpa sedar pasti topik usrah seakan terkena dengan masalah yang ada.
miracle kan? (^_^)

ye , sebelum saya masuk usrah secara sebenar-sebenarnya ,
usrah zaman sekolah - adalah sekadar rutin , rohnya tiada.
masuk universiti , kembali terjebak dalam usrah.
namun awalnya , secara jujurnya , rohnya masih tiada hinggakan saya takut dengan perkataan 'usrah' itu sendiri.
sebelum akhirnya , saya sendiri yang mencari-cari sendiri.
kerana fitrah manusia itu sendiri perlukan murobbi (guru) -kak usrah & perlukan support system -ahli usrah.
pencarian itu menemukan saya dengan usrah ini - kak usrah & ahli-ahlinya.

dan just fall in love with usrah.
cinta dalam-dalam !!!
tak nak berpisah !!!
(^_^)

but seriously , u have to be in it , to feel it.

so ,  cepat2 carik bulatan gumbira anda, or u're gonna miss all the fun ^^

dan ni lagi satu video menunjukkan betapa bestnya usrah (^_^)

0 pengomen:


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails