Saturday, December 10, 2011

Ain: Cabaran 50 Buku : (45) Seredup Kasihmu


Ain: Cabaran 50 Buku : (45) Seredup Kasihmu





Tajuk buku : Seredup Kasihmu
Penulis :   Nia Azalea
Keluaran :  Alaf 21


Ulasan Ain Sabrina :

Lea Haryani , gadis yang kurang bersosial dan lebih suka menyendiri. Bukan kerana sombong , tetapi kerana ada kisah silam yang menghantuinya. Dilahirkan tanpa ayah, menjadi dia dibenci dan dihina ahli keluarganya sendiri. Namun Lea Haryani pandai membawa diri , dia berjaya sampai ke menara gading. Tidak cukup itu , dia antara pelajar cemerlang  yang seringkali mendapat anugerah dekan.

Dan siapa sangka kerana pencapaian itu , Lea dirisik Emir Safwan. Bukan untuk dijadikan teman berkasih tetapi Emir memerlukan Lea sebagai teman belajar. Keputusan Emir yang merundum memaksa Emir membuat keputusan drastik itu.

Lea yang sudah biasa keseorangan, terang-terangan menolak. Namun Emir tidak kenal erti putus asa. Dengan bantuan pensyarah mereka, Lea terpaksa menjadi guru merangkap teman belajar Emir.

Dari teman belajar dan seringkali berjumpa , ada rasa yang berputik . Emir cepat sedar dan meluahkan rasa tapi tidak buat Lea. Ada kisah silam yang menjerut hati. Lalu Lea berterus-terang , kisah silamnya , dia gadis yang tiada bapa . Namun tiada perubahan , Emir masih berlagak biasa , seakan tidak mengetahui kisah silam Lea.

Di saat yang sama , Mak Long Lea menerima tamparan apabila anaknya sendiri Meyza yang membawa onar , sehinggakan keguguran. Lea yg baik hati itu tidak menggunakan peluang itu untuk menyindir maklong dan sepupunya, sebaliknya dia berjaya memperbaiki hubungannya dengan Maklong dan Meyza.

Pertelingkahan berlaku antara Emir dan Lea dan tanpa sedar Emir telah melukakan Lea apabila dia mengungkit kisah silam Lea. Terguris , hubungan mereka ternoktah begitu sahaja.

5 tahun berlalu , mereka berjumpa kembali. Berjumpa dengan hubungan yang lebih pasti.


Komen Ain Sabrina :

Ini antara novel yang saya sangat suka. Suka dengan jalan ceritanya dan juga suka pada watak-wataknya. Tiada perasaan geram pada watak hero dan heroin. Rasa harmoni saja. ^^

Jalan ceritanya mudah. Tiada persengkataan yang  meleret ala-ala cerita sinetron Indonesia. Tiada sesi simpan menyimpan perasaan yang meleret-leret mahupun perasaan jaga ego dan merajuk yang meleret-meleret macam cerita sebelum ini.

Watak Lea ada ciri watak heroin yang saya suka. Wataknya seakan ada identiti sendiri , tidak mengikut gerak gaya orang di sekeliling. Biarkan orang lain berpasang dua tiga namun Lea masih tegas dan tekun dalam pelajarannya sehinggalah Emir Safwan muncul. Dan munculnya Emir Safwan tidaklah dipinta-pinta atau dilayan berlebihan , kerana awalnya Emir hanyalah teman belajar. Watak Lea digambarkan sebagai ‘Beauty with Brain’ juga membuatkan saya ‘respect’ pada dirinya. Ya , AinSabrina yang konservatif ini suka watak wanita heroin sebegini. Ada identiti dan semangat yang boleh dicontohi.

Watak Emir Safwan juga menarik. Cara dia cuba memujuk Lea untuk menjadi teman belajarnya agak bijak , dari cara kasanova ke cara mengunakan pensyarah. Dan cara dia meluahkan rasa juga  saya suka. Mudah namun sampai ke hati. Kalau jiwangnya berlebihan , geli pulak rasa. ^^ Dan akhirnya , cara dia kembali muncul di depan Lea juga saya suka. Kesimpulannya , saya suka la watak Emir Safwan ni.

Dan pastinya kisah ini nampak kesetiannya kerana Lea hanya untuk Emir dan Emir hanya untuk Lea. Kurang menonjol watak-watak tambahan di sebelah membuatkan konfliknya kurang dan itu membuatkan saya lebih suka.

Walaupun kisah novel ini saya ulang banyak kali , saya masih suka. Entah kenapa. Daya penarikannya dari zaman sekolah ke zaman universiti ini masih sama.



Ain: Cabaran 50 Buku : (44) Merahnya ceri


Ain: Cabaran 50 Buku : (44) Merahnya ceri





Tajuk buku : Merahnya Ceri
Penulis :   Zulina
Keluaran :  Jemari Seni
Halaman :  613 m/s


Ulasan Ain Sabrina : 


Aina Marsilla , salah seorang gadis yang pernah kecewa dengan cinta pertamanya. Tidak mudah Aina melupakan kisah duka itu. Kehadiran Khairil Bustami tidak mampu menjadi penganti Yaseer , kisah cinta pertamanya. Malah sikap Khairil yang lebih mementingkan reputasinya daripada kisah cinta mereka  menjadikan Aina ragu dengan ketulusan cinta Khairil. Dalam masa yang sama ada watak lain yang muncul , watak Norman , duda yang cuba mengambil hati Aina , juga watak Aida Melissa , jurutera baru bawah selian Khairil yang mengoda turut menimbulkan rasa cemburu dan pertingkahan antara mereka.

Akhirnya Aina mengaku kalah , membiarkan Khairil berlalu pergi dengan yang Aida , adiknya sendiri. Mereka berkongsi ayah yang sama. Perkara itu diketahuinya pada saat yang sama dia tahu Khairil terang-terangan curang padanya.

Kecewanya terubat apabila ada watak lain yang muncul. Hiro , pertemuan awalnya secara kebetulan telah membibitkan rasa sejak awal. Merahnya ceri jadi tanda perhubungan mereka. Setelah langkah diambil , di saat hubungan hampir termetrai , Hiro hilang tanpa berita. Sepanjang kehilangan Hiro , Yaseer jadi penganti teman yang terbaik. Teman di kala susah dan senang. 

Setelah setahun menanti Hiro yang tidak kunjung tiba , akhirnya Yaseer diterima menjadi teman hidupnya. Setelah bahagia tercipta , ada duka kembali singgah dan di saat itu Hiro kembali muncul. Masih adakah sinar bahagia buat Aina Marsilla.


Komen Ain Sabrina : 


Saya suka muka depan buku. Cantik dan menarik. Walaupun saya ini tak suka makan ceri namun cara penulis menceritakan kegemaran Aina dengan Ceri Merah , buat saya pula tertanya-tanya sedap sangat ke ceri sampai boleh diratah dan dimakan berulang kali. ^^

Kisah awalnya seakan kisah cinta biasa. Bercinta dan putus, itukan lumrah orang bercinta. Klimaksnya dan kelainannya datang agak lewat. Klimaknya dan kisah suspennya digarap melalui kisah kehilangan Hiro. Namun sayang ia agak terlambat dan kisahnya seakan dipercepatkan tanpa dihuraikan dengan lebih lanjut. Agak terlambat bagi saya kerana , di saat kisah suspen itu dibaca , saya sudah sampai mood boring. Mungkin penulis patut memberi klu tentang keturunan Hiro di awal babnya lagi supaya pembaca ternanti-nanti jawapan kepada misteri itu. 

Garapan kisah ini juga lebih banyak ayat daripada dialog. Banyak penulis garapkan dalam kisah penceritaan ayat daripada dialog , membuatkan saya yang lebih suka membaca dialog seakan ternanti-nati dialog yang akan muncul. 

Watak Aina digambarkan sebagai gadis yang sangat cantik. Mana tidaknya , habis semua lelaki ingin mencuba nasib. Agak hiperbola di situ. Watak-watak di sekeliling juga digambarkan jeles dengan kelebihan Aina itu. Saya sebagai pembaca pun agak rasa menyampah di situ , “ cantik sangat ke Aina ni? “, itu saja soalan yang bermain dalam fikiran. 

Saya ini agak kolot sebenarnya. Saya lebih suka kisah kesetiaan lelaki dan perempuan. Biar hanya ada satu perempuan buat satu lelaki dan juga sebaliknya. Watak Aina digambarkan , banyak sangat lelaki di sampingnya. Hilang satu , sepuluh yang datang , itulah ibaratnya. Mudah sangat. Hati perempuan yang setia dan agak konservatif tidak sebegitu sebenarnya. Watak Aina juga bagi saya agak ‘melayan’ , jika tidak suka , tidak usah melayan dan memberi harapan. Pelik saya yang agak kolot ini melihat watak Aina. Agak mudah bagi Aina keluar berdua dengan lelaki. Bagi saya , walaupun hanya sebagai ‘title’ kawan , masih tidak manis seorang gadis keluar berdua. Ok , saya memang kolot. Maafkan saya ^^





ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails