Friday, August 26, 2011

4th day as Korean : Namsan Tower


Assalamualaikum..

Masih di hari ke-4.

Malam itu kami ke Namsan Tower.



Nak ke Namsan Tower- ada 2 cara :

Sama ada naik cable car atau naik bas.

Kami buat keputusan nak naik dengan cable car , balik nanti naik bas..jadi boleh rasa dua2..

Jadi dari Namsangol Hanok Village tu, kami berjalan ke Namsan Cable Car Ticket Office, tempat di mana kami kena beli tiket dan akan naik cable car dari situ. 

Nampak di map, macam dekat je, ternyata kami tertipu dengan diri sendiri. 

Ye, ia memang dekat, tetapi dekat+naik bukit memang sangat memenatkan. Bayangkan hampir sejam kami berjalan dari Namsangol Hanok Village ke Namsan Cable Car itu. Naik bukit dan naik bukit. Penat yang amat. 

Nasihat saya : tolong ambil bas dari Namsangol Hanok Village ke Namsan Cable Car. Ada perkhidmatan bas disediakan kepada pelancong dari Namsangol Hanok Village terus ke Namsan Tower dan ada juga perkhidmatan untuk ke Namsan Cable Car. Pilihlah yang mana berkenan di hati tapi jangan sesekali ambil risiko macam kami berjalan ke Cable Car itu. 

Untuk naik cable car ada beberapa pakej yang disediakan. Sama ada one way atau two way(pergi balik).
Untuk one way : 6,000 won
Two-way : 7,500 won.

Untung lagi two-way kan..tapi sebab nak rasa dua2 kan..jadi kami buat pilihan ambil one-way..

Ini gambar kami di dalam cable car:




Pemandangan bandaraya korea dari dalam cable car.



Sampai je di kawasan Namsan Tower, kami jalan-jalan di kawasan luar dahulu. Nak cari tempat strategik untuk solat. Biasalah merantau di negara bukan islam, mana la nak jumpa surau bagai, jadi kami solat di penjuru suatu kawasan di Namsan Tower. 



Untuk solat nasihat saya : 

1.bawa kain batik ke tak kisah la apa2 kain untuk buat lapik solat.macam kami untuk hari ke-4 ni kami telupa nak bawa, jadi kami just gunakan pamplet2 yang kami angkut di beberapa tempat yang kami pergi sebelum ini.
2. bawa kompas atau kalau ada application dekat phone untuk tunjuk kiblat lagi bagus.
3. untuk perempuan, pakai pakaian yang sesuai untuk solat. Tak perlu bawa telekung bagai. Asalkan penuhi tatacara aurat untuk solat- bawa stokin untuk tutup kaki, bawa sweater untuk tutup bahagian baju yang mungkin agak tak sesuai untuk solat ++ apa-apa lagi yang anda rasa berkenaan.
4. untuk wuduk, anda akan ambil wuduk di tandas. Dan kebanyakan tandas di negara luar memang takda paip dalam tandasnya jadi anda terpaksa ambil wudu’ di sinki luar. Orang lain pasti memerhatikan anda dengan pelik. Buat muka confident + cool ja. Dan jangan la biar air tu mencurah sgt nanti marah pulak tukang cuci tu. Kalau nak mudah, bawa satu tuala kecil, gunakan tuala kecil itu untuk mengambil wudu’. 

Ini cara saya la..ke korang ada lagi nasihat lain..boleh je kita sesama muslim kongsi apa yang patut kan..

Ok lepas solat, baru kami teuskan penjelajahan kami di Namsan Tower. 

Ni ada satu pondok di kawasan Namsan Tower.



Kalau korang pernah tengok game show korea yang bertajuk Running Man. Mungkin korang akan familiar dengan pondok ini. Dalam episode Running Man di Namsan Tower itu, ada Jong Kok (Sparta Kok) nyanyi di pondok ini. ^^

Di luar Namsan tower, ada satu kawasan yang korang akan lihat banyak2 mangga kunci diletakkan di pagar-pagar. 




Ini adalah mangga-mangga yang diletakkan pasangan-pasangan bercinta sebagai tanda cinta mereka. Kalau sesiapa pernah tengok we got married versi Nickhun & Victoria mungkin korang akan lebih faham. ^^

Masa kami di situ juga, ada satu band rock lama tengah buat persembahan di situ.
Secara jujurnya saya tak kenal pun group ni masa tu, tak tengok ramai sangat tengah tengok, jadi kami pun tumpang tengok + rakam video ^^




*abaikan suara2 kami di belakang itu*

Balik tu baru search, nak tahu nama group ini :

Rupanya nama group ni boohwal..


*excited jumpa artis korea, walaupun tak kenal ^^ *

Setelah lama di luar barulah kami masuk di Namsan Tower. 

Di dalam Namsan Tower, ada beberapa kedai kecil dan ada beberapa restoran. Dan yang paling penting sekali ada ini :

Teddy Bear Museum ^^



Ini beberapa gambar yang ada.

teddy bear + macam2 aksi






The best part is : princess’s hour teddy bear.


Prince Shin with Princess Chae Kyung versi teddy bear ^^

almari belakang tu - ada koleksi2 teddy bear yang ada di setiap ending siri princess's hour..

*siri princess's hour tengah disiarkan di NTV7 kul 12.00 tghari*


Siap bergambar dengan prince shin versi teddy bear lagi.

~ x nak berpisah ~

 selain ada teddy bear prince shin ni, juga ada teddy bear ini :

JOON BEAR






Bear yang mimik watak-watak Bae Yong Joon dalam lakonannya.

siapa Bae Yong Joon ni??

dia la watak utama cita winter sonata yang femes sesangat dulu-dulu.
dan baru-baru ni dia ada berlakon dalam cerita dream high. 
dan malam itu seperti dirancang, kami pulang dengan bas ^^


muka-muka excited+letih naik bas (^_^)




dan berakhirlah hari ke-4 kami sebagai Korean...



Wednesday, August 17, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (22) Bagaikan Puteri





Tajuk buku : Bagaikan Puteri
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Keluaran : Alaf 21
Halaman : 574  m/s

Ulasan Ain Sabrina :  

Bagaikan Puteri , kisah fiksyen yang ada dua zaman. Satu kisah di penghujung kurun ke-15 dan satu lagi kisah di abad-21. Kisah yang tak terjangkau akal.

Kisah di penghujung kurun ke-15, dikisahkan seorang laksamana hebat yang digelar Laksama Sunan yang nama sebenarnya adalah Saifudin. Di sebalik kehebatannya sebagai laksama, ada kisah lama yang tersembunyi. Kisah lalu yang menyebabkan dia membawa diri jauh dari kampung Punggor, Tanah Melayu ke Acheh. Namun, setiap yang berlaku ada hikmahnya, kerana kisah lalu yang menemukan dia dengan Wali Sufi dan menjadikan dia laksamana Sunan yang terkenal.

Rindu dengan kampung halaman dan setelah mendapat kebenaran dari Wali Sufi, Saifudin membawa langkah kembali ke Kampung Punggor. Di dalam perjalanan, dia dipertemukan dengan Haryani.

Haryani, gadis abad 21 yang tesesat di penghujung kurun ke-15 setelah koma ekoran kes ragut. Muncul di penghujung kurun ke-15 membuatkan dia buntu, lupa asal-usulnya. Pemakaian dan gaya percakapan yang berbeza membuatkan yang lain menyangka dia puteri dari Majapahit.

Pertemuan dan perkenalan antara Saifudin dengan Haryani membibitkan rasa cinta antara mereka. Namun tiada luahan tetapi mereka seakan faham rasa yang ada dalam diri masing-masing.

Haryani lupa kehidupannya di abad 21 dan makin selesa dengan kehidupannya di kurun 15. Sedangkan keluarga Haryani di abad 21 berduka melihat Haryani koma dan terlantar di hospital. Doktor jujur pada keluarga Haryani dan memberi tempoh seminggu untuk mengawasi keadaan Haryani. Hari makin hari, keadaan Haryani makin merosot.

Dani, keturunan Saifudin di abad 21 telah jatuh hati pandang pertama pada Haryani. Sedangkan pertemuan pertama mereka di saat Haryani koma dan terlantar tidak sedarkan diri. Tiap-tiap hari dia melawat Haryani di hospital, untuk melepaskan rindu di hati. Dan tiap-tiap hari dia membisikkan kata-kata mengharapkan Haryani kembali.

Antara 2 zaman, Haryani perlu membuat pilihan. Tiada 2 kehidupan, apabila memilih salah satu kehidupan, kehidupan lagi satu mestilah mati.


Komen Ain Sabrina : 

Membaca novel ini seakan saya membaca buku sejarah lama namun versi fiksyen. Ia seakan membaca cerita hikayat dan membuatkan saya terasa berada benar-benar di zaman kegemilangan Melaka dahulu. Lebih-lebih lagi ada watak Hang Tuah dan watak Sultan Mahmud. Ternyata watak Hang Tuah yang terlalu setia dengan Sultan agak menjengkelkan sehingga ke akhir novel ini. Watak Laksamana Sunan sangat mengkagumkan, dengan sifat kepahlawanan juga sifatnya yang berjuang kerana Allah.

Cerita abad 21 yang diselang-selikan dengan cerita kurun ke-15 membuatkan saya ternanti-nanti pengakhir cerita ini. saya juga seakan keliru. Di suatu pihak, saya berharap Haryani terus kekal di sisi Laksamana Sunan di kurun ke-15 dan kadang-kadang saya berharap dia kembali sedar dari komanya untuk terus hidup di abad-21. Penulis berjaya mebuatkan saya terkeliru dengan pilihan yang ada dan ternanti-nanti sambungannya.

Buku ini adalah rangkaian 3 novel dimana Bagaikan Puteri adalah permulaan kisahnya. Kisah akhirnya tergantung dan memerlukan saya membeli sambungannya. Dan sehingga kini saya dalam keadaan tertanya apakah sambungannya. Tak sabar nak cari buku sambungannya .



ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails