Thursday, June 27, 2013

In Course :))

Assalamualaikum ,

Rindu nak menaip seperti dulu tp time limited yg amat.

Today - join kursus bawah ni : Kursus Pengurusan Stoma.



Apa itu stoma ?
Ini gmbarnya : 


Mudah cerita : stoma ini adalah bukaan dari dalam ke luar. Selalunya adalah bukaan usus ke bahagian luar abdomen kita dan nama specifiknya kita panggil kolostomi.
Gambar lain ye :


Macam itu la gayanya. Basically , patient yg ada stoma akan keluar 'tahi' melalui laluan stoma ini. Dan untuk  itu psikologi patient pasti ternganggu. Cuba bayangkn anda dah tak boleh membuang air besar seperti biasa,malah dah tak boleh tahan , ia akan keluar tanpa dikawal.

Dan kerana itu course ini diadakan - untuk mengajar kami bahagian kesihatan bagaimana untuk councel patient & bagaimana nak menjaga stoma itu.

Ok saya nk concentrate dgr course.nnti saya kongsi lebih2 ya. 

Tuesday, May 7, 2013

Pesta Buku ;)



Assalamualaikum ,


lambat kan update pasal pesta buku haha
sekarang orang dah start bising pasal result PRU , saya pulak sibuk nak cita pasal pesta buku
hiraukan politik sekejap.

Saja nak kongsi hasil pembelian di pesta buku ^_____^



Hasil belian di pesta buku

tu diaaaaaa ;)

tu pun ada yang tak terbeli , sebabnya ada few booth kena guna cash. Nak g cucuk duit di ATM di PWTC tu punyala beratur panjang , aduss tak sanggup..

Tu pun , hari ke2 pergi balik ke PWTC , bawa duit cash banyak2 , habis RM200 di booth Fixi , then dah tak sanggup dah. Cash ada lagi , tapi tangan ni dah tak larat nak pegang beg buku yang berat yang amat tu. Lagi satu kawan dah menunggu lama , nak bertolak pulang ke Penang sebab esoknya kami keja. Dapat cuti 2 hari ja,tu pun hampir-hampir tak dapat. Setelah merayu , baru dapat cuti 2 hari yang amat berharga tuu =)

apa-apa pun sangat puas hati . Ni kira stok buku bulanan ni untuk banyak bulan niii =)

Sejak beli , dah beberapa buku berjaya habis :

1) Gerabak Merah Jambu - Kamalia - JS Adiwarna
2) Seyogia - Amal Hamsan - Lenjen press
3) Surat ungu untuk Nuha - Noor Suraya - Jemari Seni
4) Panggil Aku Dahlia - Noor Suraya - Jemari Seni
5) Gergasi - Khairul Nizam Khairani - Fixi ( currently reading )

perasan banyak publisher Jemari seni kan - memang suka tapi point utamanya - boleh guna kad , memang beli habis-habisan la ;) untuk Fixi & Lejen press walaupun guna cash , saya sanggup ja sebab susah nak dapat stok buku itu di penang. Dengar kata , buku Fixi ada di MPH tetapi tak sempat nak menapak lagi ke sana.

Memang selagi tak habis stok buku2 ini , lambat lagi la nak menapak ke kedai buku berdekatan ;) setakat window shopping boleh la , nak membeli , bajet dah lari , kena tunggu gaji bulan depan pulak hihihi



ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails