Tuesday, July 31, 2012

Pilihan antara kebenaran , penipuan dan rahsia.



Assalamualaikum

Antara Kebenaran yang menyakitkan , Penipuan yang menyenangkan dan Biarlah rahsia , yang mana ada pilih ?


Adakah anda sanggup mendengar kebenaran yang pedih? atau anda sanggup ditipu daripada sakit mendengar? atau anda sanggup rahsia itu disimpan hingga anda mati?


Telinga kita. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa yang kita nak dengar.

Dulu , aku percaya kalau kebenaran itu menyakitkan , lebih baik dipendam sahaja. Jika ia sakit , biarlah aku tak mahu tahu.

Ya , aku lupa satu hakikat. Kebenaran walau disimpan , ditanam dalam pasti akan terbongkar juga. Hanya masa yang menentukan sama ada cepat atau lambat. Dan sama ada kebenaran itu sampai dari empunya badan atau dari mulut orang lain.

Dan aku bagaikan tersedar dari lena yang panjang apabila ia benar-benar terjadi . Aku jadi bisu. Sebenarnya lagi pedih mendengar kebenaran itu daripada mulut orang lain , lebih baik kebenaran itu didengar dari empunya badan lebih-lebih lagi kalau empunya badan itu kawan rapat kita. Khabar didengar dari orang jauh sedangkan khabar itu mengenai kawan rapat kita. Hinggakan diri tertanya - kenapa perlu dirahsia benda sepenting itu? Terkedu , tidak tahu respon apa boleh diberi.

Tetapi , aku bersangka baik. Pasti ada alasan. Mungkin dia cuba menjaga hati aku , sahabatnya. Namun , dia tidak tahu , aku lagi terluka apabila mendengarnya dari orang lain. Berhari-hari aku berfikir. Sampaikan aku rasa aku seperti tiada kawan. Apabila semua kawanku adalah juga kawannya , rahsia itu semua orang ketahui , hanya aku seperti orang bodoh. Ya , itu yang aku rasa. Aku rasa bodoh.

Dan , untuk dia , jangan risau. Saya masih bersangka baik dan menanti rahsia pentingmu itu keluar dari mulut kamu sendiri. Mungkin kelebihannya , aku sudah tidak terkejut dengan rahsia pentingmu , dan aku boleh sama-sama ketawa denganmu. Ya , mungkin.


Simpan ketat-ketat rahsia itu jika tidak mahu diketahui orang.

Monday, July 30, 2012

Alhamdulilah , We are doctors !!



Assalamualaikum , 

Hari ini wall facebook saya dipenuhi dengan ucapan tahniah dan kesyukuran. Kawan-kawan saya dental student baru dapat result mereka hari ini. 

Alhamdulilah , alhamdulilah , alhamdulilah semuanya lulus. Namun ada 12 orang yang tak berkesempatan utk ambil final exam atas sebab-sebab tertentu , insyALLAH kawan , gunakan peluang tempoh 6 bulan ini utk lebih berjaya ! (^_^)

Hari ini hari bahagia mereka. Ya , hari keluar result dan mendengar nama dipanggil , seakan dunia masa itu anda yang punya (>_<)

Cara result kami diumumkan adalah dengan nama seorang demi seorang dipanggil dekan. Memang cuak yang amat menunggu nama dipanggil satu per satu. Dan di saat ini lah baru saya bersyukur nama saya bermula dengan abjad A , takda la lama sangat nak menunggu. Selepas dengar nama sendiri dipanggil , baru boleh senang hati mendengar nama kawan lain pulak kan ^_^


saat nama dipanggil satu persatu


pagi tadi sempat telefon kawan baik saya 
" Assalamualaikum , Doktor Azizah ada? ", saja wat permulaan ayat sebelum ucap tahniah =)
sempat pulak dia berseloroh jugak " Takda , Doktor Azizah MC ".
Dan kami sama-sama ketawa. Ahh rindu !!

Kami ber4. 2 more doctors to go. Korang boleh !!

Dia antara kawan pertama saya di dewan kuliah. Kami berkongsi kuliah , pelajar medic dan dental selama 3 tahun , dari 1st year ke 3rd year. Duduk sebelah menyebelah.Dia budak pintar, selalu ponteng kuliah tapi alih-alih result dia lagi gempak dari saya yang menapak ke dewan kuliah setiap hari.Adus , terlebih bercerita pulak. Inilah penangan rindu , dari nak menaip pendek terjadi panjang pulak. hihi

Alhamdulilah , Alhamdulilah – at last our 5 years of survival end with flying colours !
Selepas ini nak tempuh another survival pulak , dan insyALLAH terus doakan kejayaan kita bersama !!
Kenangan 5 tahun kita bersama , itu memori berharga ! Rindu !



ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails