Friday, November 11, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (32) Pelangi





Tajuk buku : Pelangi
Penulis : Syud , Hlovate , Noor Suraya
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 630  m/s


Ulasan Ain Sabrina :

Ada 3 kisah dalam novel pelangi.

Ciretera I : Pelangi karya dari Syud.

Kisahnya mudah. Perkenalan Iman Aisyah dan Usamah Razif juga mudah. Perkenalan yang sekejap sudah menoktahkan kasih antara mereka. Pertemuan Mama Usamah Razif dengan Iman Aisyah di suatu kenduri tahlil membuahkan idea buat Mama Usamah untuk menyatukan Iman dengan anak lelakinya. Siapa sangka , Usamah cepat sahaja memberikan persetujuan. Beberapa pertemuan dibuat lalu mereka berkeputusan ke jinjang pelamin. Di saat hubungan perkahwinan mereka masih baru , muncul Syaz , kekasih lama Usamah membuat onar. Membuat fitnah yang hampir-hampir memecahbelahkan rumahtangga mereka.

Ciretera II : Ked’s  story karya Hlovate.

Ibarat tajuknya , kisah ini membawa watak utamanya Ked ( watak abang kepada Minn, watak utama dalam novel Versus) . Ked , budak skate. Kisah awalnya berkisah tentang skate memperkenalkan watak-watak wrath , Fudge , Am , Rage , Sun , Miju dan juga Minn. Sehinggalah ke bab ketiga , Ked dipertemukan dengan Nawal , yang digelarkan budak felda pada awalnya. Pertemuaan awalnya pahit namun seterusnya mula diwarnakan dengan kisah indah. Setelah bertahun tak ‘terjumpa’ , akhirnya mereka ‘terjumpa’ kembali di Florida. Jadi peneman orang berjumpa , akhirnya mereka yang terjumpa. Beberapa pertemuan sering berlaku , membibitkan rasa Ked buat Nawal .Di tengah-tengah kisah Ked dan Nawal baru bermula , ada kisah Minn dan AO yang tanpa sedar turut mendewasakan Ked. Pulangnya Nawal ke Malaysia , Ked berkeputusan meluahkan rasa. Luahan rasa dibuat namun reaksi Nawal mengecewakan. Berhari-hari Nawal hilang tanpa berita sehinggalah sesuatu berlaku. Nawal menerima panggilan telefon yang mengubahkan segalanya.

Ciretera III : Rumah Kecil di ujung padang karya Noor Suraya.

Durrah , anak gadis yang dipelihara Haji Hambali dan Hajah Halima. Keluarga asalnya dari Bandung. Ada kisah yang berlaku pada awalnya sehingga dia dijadikan anak angkat mereka. Bersama itu , dia dikurniakan 3 orang abang angkat , Haiqal , Mubis dan Nabil. Semua mereka pernah ada kisah dengannya kecuali Haiqal pada awalnya. Mubis , abangnya itu pernah ditunangkan dengan Durrah sebelum akhirnya terputus begitu sahaja apabila Mubis berkahwin dengan orang lain di luar negara. Nabil pula , kisahnya pada awal novel ini apabila arwah che’ mewasiatkan Nabil untuk menjadikan Durrah sebagai isterinya. Serabut dengan keputusan yang lain terhadapnya , akhirnya Durrah membuat keputusan untuk kembali ke Bandung untuk bertemu dengan ayah kandungnya. Di sana dia dipertemukan pula dengan Doktor Heru , doktor veteriner yang berkerja di ladang ayah kandungnya. Kecewa dengan cinta bertepuk sebelah antaranya dengan Doktor Heru , akhirnya Durrah pulang kembali ke Malaysia. Di saat itu , Mubis kembali mengintai kasih Durrah dan dalam masa yang sama, tanpa disangka , Haiqal turut sama meluahkan rasa . Di saat hati Durrah seakan pasti buat Haiqal , Haiqal pula membawa berita tentang perkahwinannya. Bagaimanakan pengakhirannya? Bahagia atau derita? Atau patut pergi sahaja pada yang setia menunggu?

Ain : Cabaran 50 Buku : (31) Gurindam Jiwa





Tajuk buku : Gurindam Jiwa
Penulis : Hlovate, Imaen , Noor Suraya
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 496 m/s


Ulasan Ain Sabrina :

Ada 3 kisah dalam Gurindam Jiwa yang berlainan temanya.

Ceritera I : Schubert’s Serenade karya Hlovate

Kisah pendek dari Hlovate membawa watak Ju’a dengan Shah. Kali ini tiada tema percintaan dibawa kerana Ju’a dan Shah adalah adik dan abang walaupun tidak seibu dan sebapa. Pada mulanya, Ju’a amat tidak menyenangi kehadiran Shah sedangkan tiada salah Shah pada Ju’a. Sehinggalah kerana minat yang sama dan kerana muzik , mereka mula ‘kamceng’. Namun di saat mereka menanti adik baru mereka , ada satu peristiwa berlaku. Dalam gembira, ada peristiwa sedih menjelma.

Ceritera II :   Vendetta karya Imaen

Kisah ini hanya membawa watak ‘aku’ tanpa nama. Kisah di awal meceritakan serba sedikit kebahagian ‘aku’ bersama Lia. Namun kebahagian itu tidak lama, apabila satu eksiden berlaku yang menyebabkan Lia pergi selamanya. Dan kerana itu , dia tekad untuk balas dendam. Penyiasatan dibuat dengan bantuan yang lain , membawa dia kepada misteri yang lebih besar. Membunuh seakan menjadi satu lumrah buatnya sampaikan tiada rasa bersalah yang terbit. Berjayakah dia membalas dendam atau ada yang menjadi penghalang? Apakah akhirnya, derita atau bahagia?

Ceritera III : Hati Adriyana karya Noor Suraya.

Kisah Hati Adriyana adalah kesinambungan kisah Tanah Adriyana yang pernah diterbitkan CESB sebelum ini. Kesinambungan kisah Aliya dan Hadi yang telah berkahwin setelah menghadapi musim cinta terlarang di dalam novel Tanah Adriyana sebelum ini. Dan di dalam novel ini , dihuraikan dengan lebih mendalam kisah cinta moyang mereka dahulu , Ku Ahmad Fitri dengan Raden Adriyana. Juga bagaimana keluarga Aliya akhirnya mendapat pembelaan setelah rahsia sebenar terbongkar.


Komen Ain Sabrina :

Ketiga-tiga kisah ini walaupun dikumpulkan dalam Gurindam Jiwa , setiap satunya ada kekuatan dan temanya masing-masing. Seakan tiada ikatan lansung antara cerita ketiga-tiga ini.

Watak Ju’a yang mempertahankan prinsip dan ajaran agama , menjaga aurat antara dia dan shah amat saya hormati. Ini kerana saya tahu benda itu bukan mudah. Untuk menjaga aurat dengan sepupu pun saya rasa susah , tambah-tambah lagi dengan abang yang hidupnya hampir 24 jam serumah dengan kita. Kisah  Schubert’s Serenade ada kekuatannya sendiri walaupun tidak membawa tema cinta sebagai temanya. Tema hubungan persaudaraan membuatkan saya turut rindu pada saudara saya sendiri walaupun realitinya pasti tidak seindah seperti dalam novel.

Kisah kedua agak berat. Kisah dendam, kisah nyawa manusia jadi taruhan. Saya ingin mengiakan kata-kata yang ada ditulis dalam novel ini, orang berdendam adalah orang yang paling sedih. Itu benar , kita akan pasti akan lebih gembira jika kita mudah melupakan dan mudah memaafkan. Tiada yang memberatkan fikiran, fikiran yang ringan membawa kepada kebahagian. Dan kerana itu watak ‘aku’ menjadi watak yang menyedihkan , walaupun dendamnya terbalas , hakikat ‘Lia’ telah pergi masih tidak berubah.

Kisah ketiga boleh buat saya tersenyum sendiri. Saya pernah ada buku Tanah Adriyana. Saya cakap pernah ada , sebabnya buku itu sudah hilang tiada ganti =( . Jadi apabila mengetahui ada kesinambungannya , cepat-cepat saya dapatkan buku ini. Ternyata ia tidak mengecewakan. Membaca kisah ini , seakan membaca kisah cinta 2 zaman, kisah cinta Ku Fitri dan Raden Adriyana, kisah cinta Hadi dan Aliya. Kedua-kedua kisah cinta saya suka.


ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails