MAssalamualaikum ,
Rindu nak menulis di sini . Blog dah dilupakan sejak kerja mungkin. Tiada lagi blogwalking. Yang ada mungkin facebooking ;)
Ye FB jadi medan mudah luahan perasaan mahupun wadah tulisan. Namun ada satu yg kurang di situ. Bila ditulis , mudah sangat yg lain untuk baca jadi mudah sekali utk orang buat spekulasi.
Jikalau dipost sesuatu lagu di medan sosial - contohnya lagu putus cinta - mudah sekali org membuat spekulasi yg tukang post itu putus cinta sedangkan orang itu tak bercinta pun,hanya mungkin dia suka lagu itu. Ya,ia bnda mudah tapi buatkan saya berfikir panjang untuk menulis apa2 dah seakan-akan ada hipokrit di situ.
Yang betul,perlu dipost yang baik2 aja di FB,moga ada input pahala di situ walaupun hanya dari medan sosial. Tapi boleh jadi jugak tuan post tu tak buat pun yg dipost. Contohnya: " Salam jumaat. Jom Kahfi " sedangkan yg menaip tu tak buka alquran pun hari tu.
FB juga dah jadi medan menunjuk-nunjuk. Tunjuk dia bahagia. Tunjuk yg dia kaya.
Ahh saya juga begitu. FB dah jadi macam diari harian. Ada niat mahu brhenti jadi begitu,mahu terus 'kekal' dalam dunia sebenar bukan hanya 'kekal' di dunia maya. Namun dunia sebenar realitinya susah,kurang support sedangkan di dunia maya dengan like mahupun comment terasa kata2 atleast disupport *haha* forever alone kannn ;))
Hari ini hari sedih sebenarnya. Mahu dipost di FB takut jadi spekulasi lagi. Lagipun ada mama,ada abah di FB. Mereka stalker tegar FB saya *haha* di blog lambat sikit sampai pada mereka atau kadang2 x sampai lansung *hihi*
Ya aku sedih , penat. Semuanya bercampur. Ingin aku punya hati yang kuat. Hatiku ini terlalu sensitif, mudah sangat jadi jaundice, hampir2 jadi kerniterus.aku mahu hati yang kuat,yg x mudah menangis hanya kerana benda2 enteng. Tolong tuhan , aku yg lemah ini pohon padamu.
Aku ingin suatu hari nanti,aku ada bahu,tempat nak bersandar,melepas lelah. Ada tangan yang boleh mengelap air mata ini yang tak pernah berhenti mengalir. Ada belakang yang bisa dipeluk saat ku rasa diri ini keseorangan. Sungguh, aku tak kuat. Letih, sentiasa berlakon jadi yang kuat. Sentiasa jadi yang selalu tersenyum & ketawa. Aku mahu menangis sesungguhnya , bukan bila keseorangan di dalam bilik,di dalam toilet mahupun di dalam ketawa. Aku mahu menangis depan dia,lalu dia setia di depanku,memelukku kejap,mengusap rambut dan belakangku perlahan. Tak perlu ada suara memujuk,cukup dia ada di situ untuk aku.
Ahhh tingginya angan2. Terbang tinggi nanti jatuhnya parah.
Biar angan2 ini aku simpan ketat2 dalam hati. Walaupun tak tercapai,hati pernah juga 'merasa' angan itu. *senyum*
* maaf buat pembaca. (Ada lagi kaaa pembaca hikhik) - post ini mmg post yg x input,maaf buat yg dah terbaca *