Wednesday, October 29, 2008

..RAHMAT UJIAN..

Rahmat Ujian
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Tuesday, October 28, 2008

...ACCIDENT KETA...

malam ni ku rasakan sangat penat+rasa sangat rindu kat umah..yes aku br ja balik dr rumah..sampai kelate kul 4 pagi tadi..tido pun tak brapa cukup+beberapa babak tambahan memenatkan sesangat hari ini untukku..
td ptg aku dah la abis csc(clincal skill centre) lambat..dalam kul 5.30 abis then g tunggu notes kat kedai cik din lak jd aku sampai bilik dah nak dekat sangat dah kul 6..pastu berebut lak siap nak g umah kila..bertolak dalam kul 6.30..g ok ja..mkn pun sedap walaupun dalam otak ni duk fikir=rindu kat umah+case report tak siap lagi huhuhu jadi balik agak awal la..balik2 tu singgah kat farmasi dpn usm ni jap semata-mata nak beli berus gigi jah sbb berus gigi aku tertinggal kat umah,alih2 disebabkan berenti kejap satu adegan or babak yg begitu menyakitkan hati happen..aku accident keta dah la 1st time accident keta..accident dengan keta proton saga lama kalu tak salah aku la,tak perasan lak keta pompuan yang nyakitkan hati tu..aku on d way nak kuar dr lorong tu,jalan terus la yg dia br nak masuk langgar keta aku..calar keta aku..then the 1st thing terfikir kat otak wktu tu juz "habislah aku kena marah ngan abah" hehehe then the argument btween me and budak nyampah tu happened..ah kebenciannnnn...bdk pompuan tu tak nak ngaku dia salah sedangkan dah terang-terangkan dia salah..then aku mula lah fon mama abah..dah risau gila..tetiba ja budak tu call abang dia huhu mula memasukkan orang ketiga..yanti pun fon la zack..and satu keta zack datang..bila zack ada a bit rasa confident+selamat la ckit..tp serius budak tu sangat lah kurang ajar sampaikan zack ya ng mula2 nak cakap2 lelembut je mula tinggikan suara..masa tetengah bincang tu then ada satu keta mai rupa-rupanya ada hazwan,amin,anam..diorg datang nak bli brg je then ternampak kekami yang reramai ni..then diorg pun cam join skali la..bdk nyampah tu cam dah a bit takut gak la waktu tu hehehe ye la tetiba ja penyokong aku ramai..dalam keta aku jah dah 5 org termasuk aku,keta zack ada 5 org gak campur lak ngan keta yg amin bw..serius ramai hehehe br takut..tetiba abg era pun datang ngan kawan dia menambahkan lagi bilangan penyokongku hehehe then abg dia sampai..jd aku ngan zack deal ngan abg dia je..abg dia gak sng deal la compare ngan bdk nyampah tu..so kesimpulannya aku akan g bengkel ngan abg dia nanti and the cost will be paid by him..mau2 calar tu rm100 gak la..hhhaaaaaaa penat gila la mlm ni..baik la soalan pbl aku sng jah tggal case report je nak review ckit2 lg..tp cam takda mood ja mlm ni..nak antar lusa la..takda mood mlm ni!!!!!!!!!!!!!ahhhhhhhh tensen!!!!!!!!!!!!!! benda ni btul2 buat aku takda mood and rasa nak balik umah sesangat ni.....bencinya........

Thursday, October 23, 2008

..RUMAH TERBUKA LAGI..

ni cta last week pnya weekend..memandangkan mggu lps sgt la sibuk and a bit tak update this blog..so aku br nak updatekan what happen last weekend..
ari jumaat tu aku ngan beberapa org lagi have a konvoi to rumah terbuka nik fadhil,my PBL member yang sngatlah suka mencari pasal+teman bergaduh aku hehehe nama pun konvoi and a bit konflik happen btween me and bobo yang sangat menyampah tu..ok stop about him..sangat menyampah la budak bobo yang egonya tinggi melangit tu..

ok sampai agak lewat la..sampai2 dah ramai dah sampai and diorg dah nak balik dah pun..memang dah lambat sesangat and this is bcoz bobo la..ee benci tul..
ok kat umah nik,makan sgt la sedap sampaikan bebudak chinnese pbl aku sampai tambah 3x..salute la kat mak nik..mula2 nak g tu aku agak riso gak,ye la makanan kelate ni alwaiz manis alhamdulilah masakan mak nik memang marvellous la hehehe puji lelebih lak aku..ok bwh ni beberapa gambar..


bebudak nurani yang dah sampai+dah abis makan pun waktu aku sampai..


me with all my PBL members(JC,NIK,JASMINE,MICHELLE,WINTON,JIA HOU,ME,AINUL,ADDY AND DILA) except for aini ngan claire yang tak dpt dtg umah terbuka nik..



SENYUM...........................


.....................MAKAN TIME..................


...........................MAKAN TIME..................................



......................PEACE........................

..SORI MAMA ABAH..

tadi pagi sebelum g kuliah,tengah tunggu cik era bersiap,then fonku berbunyi..
my abah call..
and it really touch my heart..
abah tanya kabar and all sort of things and then he ask about balik umah..and then he said something "ain dah tak ingat kat umah ke" and it make aku rasa tersangatlah bersalah..ya ALLAH sesungguhnya hati ni always teringat kat umah tapi this few weeks i'm really so so busy..sangat2 tension..
sori abah,mama ain dah lama tak fon umah..bukan tak rindu,ain rindu sesgt but masa siang dah full sesangat dengan lecture+clinical+pbl and all stuff of things..mlm lak busy ngan surau+meeting+nota2 yang tersangatlah byk tak bc+other unimportant thing that also fulfill my night..bila teringat nak fon umah je mesti dah tersangat lewat and tak kena dengan time and mama ngan abah dah tido..i'm really2 sori..when i said "ain tak lupa kat umah la.. busy ckit sekarang ni..abah rindu ain ye..takpa2 minggu ni ain balik umah" juz trying to pujuk my abah and once he said something that touch my heart "takpa2 abah faham ain busy" and make me rasa bersalah again..sori abah..mama pun aku juz chat kt ym je td tu pun diselang-selikan dengan bc notes FLM sampaikan mama kena buzz aku bcoz i don't reply msg mama..sori mama..anak mama ni memang agak lupa diri bila dikelilingi ngan studi..sori sesangat..

sori also to ayin..selalunya at least once a week,kak will call or msg you tanya kabar and give semangat for ur spm..but last week i'm very busy sampai kak tak fon or msg lansung sampaikan you have to msg me first and your words "kak ain..kalu kak ain tak busy plez call ayin.." make me rasa bersalah again..and your msg actually agak tak sesuai ngan time bcoz i'm at hospital at that time so i'm a bit late realized and reply ur msg..sori again..and that evening you call me first bcoz u think kak dah lupa nak fon ayin,kak tak lupa but i juz balik bilik at that time and one more time kak kecewakan ayin when i said "jap kak fon balik,kak nak solat asar jap" and your replied at that time "ok,sori kak ain nyusahkan kak ain" and it make me rasa bersalah again..and one more time sori again..ayin tak nyusahkan kak pun juz kak a bit lupa diri when surrounded with studies and works..sori again..

and one more thing..YA ALAH,YA TUHANKAN ampunkan hambaMu ini jika aku telah melebihkan dunia ini daripada beribadat padaMU..sungguh,sekarang ni dah jarang aku mejejakkan kaki ke rumahMU YA ALLAH..ampunkanku YA ALLAH..

TERCAPAI GAK IMPIANKU TUK MAKAN PIZZA!!!!

aku sangatlah mengidam pizza...sangat2..sejak sebelum bulan posa..memandangkan waktu bulan posa cam tak best lak nak bukak posa dengan pizza,baik makan nasi tu fikiranku yang agak ketimuran dan sangat addicted with nasi..
and my best friend,zaty yang aku rasa dah boring dengan dialog aku "zaty,aku mengidam pizza nih!!!" akhirnya membawa aku ke pizza hut..huhuhu akhirnya..
makan pizza hawaian chicken+pizza chicken supreme+spahghetti prawn+spaggheti meat bollognese..aku makan sampai 5 potong pizza..memang sangat2 melantak bunyinya and sesangat lah lupa diri..baru je dengar lecture dr.faridah pasal lipid&ischaemic heart disease yang menyebabkan aku insaf sampai tak makan petang ari tu takut menambahkan cholestrol la kononnya..last2 ari ni lupa diri and telah menambahkan kolestrol tersangat-sangat lah byk..so tambahkan exercise..chayo!!!gambate!!!


me,zati and pizza!!!!


sue yang penuh dengan sifat keibuannya hehehe ye ke????


sue ngan era...

Wednesday, October 22, 2008

PERICARDITIS?????

at last..
aku br berjaya habiskan note pericarditis..
so disini ingin saya membicarakan serba ckit la pa yg saya dah bace.. :-)

so first of all what is pericarditis????
ala dr namanya pn dah tahu..
pericardia-merujuk pada pericardium that is satu lapisan luar heart(jantung)
-itis tu pula merujuk pada inflammation
so pericarditis is inflammation of the pericardium..
kan senang...medical term is always easy to understand..hehehe ye ke???tu blum kuar nama yang pelik2 lagi..sabor je la..

ok pericarditis ni selalunya kesan dr penyakit lain,secondary to other disease such as
-cardiac disease(masalah jantung)
-thoracic disease(penyakit kat kawasan thorax)
-systemic disorder
pericarditis ni sangatlah jarang la terjadi tanpa penyakit2 di atas but it may occur bcoz of viral infection..

so sekarang kita cita lak pasal morphological classification dia lak..
percarditis ni can be divided to
1. serous pericarditis(ada fluid dalam pericardial sac)

2. fibrinous&serofibrinous pericarditis(ada fluid+fibrin+leukocyte dalam pericardial sac)


3.haemorhagic pericarditis(ada fibrin+blood dalam pericardial sac-if no fibrin juz ada darah dalam pericardial sac it been called as hemopericardium)
4.purulent or suppurative pericarditis(ada infective organism dalam pericardial sac)
5.caseous pericarditis(ada caseous material dalam pericardial sac and of course bcoz of TB..hanya dalam TB je ada term caseous ni)

6. constrictive pericarditis (pericardial space dah obliterated,jantung dah dikeliling(surrounded) dense,adherent layer of scar)

7.adhesive pericarditis(form of healed pericarditis,complete obliteration of pericardial scar as the exudates dah organised)

tu je la yg aku dapat huraikan sebenarnya banyak lagi..tak sanggup nak naip dah..hehehe gambar2 tu menakutkan tak???hehehe so take care of ur heart so that your heart will healthy and so are you..and the most important thing jaga tahap kolestrol anda,more exercise and don't ever2 smoke..smoking is very dangerous to you and all people around you..very2 dangerous!!!!

..How to Reduce cholestrol..

If you have been diagnosed with high cholestrol then you need to take action, you need to know how to reduce cholestrol. If you do nothing then you are putting yourself at risk of developing coronary heart disease.

The best way to lower your cholestrol level is to make simple changes to your daily lifestyle:-

- Change your diet. Eat healthier food which is low in saturated fats and higher in fibre.

- Start exercising – cardiovascular or aerobic exercise can be effective in lowering your cholestrol level. Aerobic exercise is exercise which exercises the large muscle groups and really gets the heart and lungs working.

- Stop smoking – smoking causes many health problems and can cause cholestrol to deposit in the arteries leading to heart disease. Visit your doctor who can advise you on the best ways of stopping smoking.

- Lose weight – Weight loss reduces your risk to many health problems including high cholestrol and heart disease.

- Start taking supplements – Take anti-oxidant supplements (Vitamins A, C and E) to combat the damage caused to our bodies by pollution and other free radicals. Take Omega 3 Fatty Acid supplements to reduce your cholestrol and to increase good cholestrol (HDL cholestrol) levels in the blood.

Making these lifestyle changes can significantly reduce your cholestrol and avoid the need for further treatment or medication which can have side effects.

Dietary Changes

This section will give you information on how to reduce cholestrol by changing your diet.

Many people suffer with high cholestrol because of the type of diet they follow. Eating foods which are high in saturated fat can cause high cholestrol. Our bodies need a certain amount of fat to function properly but we need to be careful what kind of fat we consume. The saturated fats that are found in meat products, whole fat milk, cheese and butter are the bad fats, as are trans fats or hydrogenated fats which are found in commercially produced cakes, cookies, pastries, fast food, coconut oil and palm oil.

It is good to know how to reduce cholestrol by simply changing the type of fat that you consume. Cut down on foods containing saturated fat or replace them with foods containing good fats like mono-unsaturated and polyunsaturated fats.

Mono-unsaturated fats are found in oils like rapeseed oil and olive oil and some nuts. Polyunsaturated fats are found in oily fish such as salmon, sardines, herrings and mackerel, and also some spreads. These types of fats are actually good for our hearts and cholestrol levels.

Ways of reducing saturated fats and increasing good fats

How to reduce cholestrol by changing your habits:-

- Stop using butter on your bread or in baking and instead use polyunsaturated spreads or olive oil.

- Fry foods with olive oil or avoid frying and grill, microwave or steam foods.

- Trim fat off meat or use lean cuts.

- Replace meat with soya products or cook more vegetarian meals.

- Buy low fat versions of your normal foods.

- Replace snacks like cakes and cookies with fruit and vegetable based snacks.

- Eat oily fish two or three times a week.

Other ideas on how to reduce cholestrol

Increase your intake of soluble fibre which can be found in wholegrain breads and cereals, beans and pulses, and fruit and vegetables.

- Add beans or pulses to soups and casseroles.

- Buy a vegetarian recipe book for ideas on incorporating more vegetables into your diet.

- Replace white bread with a wholegrain bread.

- Make fruit salads for desserts, make smoothies and add fruit to breakfast cereals and yogurt.

The above information should give you plenty of ideas on how to reduce cholestrol and to live a healthier life.




Copyright © 2008
http://mecholestrol.com

..SOLAT BOLEH MERAWAT PENYAKIT KRITIKAL..

bacalah dengan mata,nilaikanlah dengan berfikir dan hayatilah dalam hati..

Petikan asal daripada Berita Harian Online Isnin,20 Oktober 2008

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya
mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu
meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.


Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.


Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalogr aphy) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari

Thursday, October 16, 2008

....MINGGU CLERK PATIENT..

ASSALAMUALAIKUM...

aku br lepas tgk cita jepun hehehe tajuknya "things that school doesn't teach you"..cita pasal bebudak sekolah yg amatlah kelakar hehehe aku kerja gelak je..and ada la ckit adegan meeyebabkan me becoming the crying princess again hehehe aku stat tgk ptg td dlm kul 5 lebih sementara nak tggu bukak posa la kononnya last sekali berlarutan and the drama just finished..baik la cita jepun ada 10 episod camtu ja kalu cita korea yg suka ada episod byk tu sampai keesok pagi la gamaknya..bila tgk cita jepun relly feel want to go to japan,nak tgk sakura,nak jumpa nishikido ryo,toma ikuta (cam leh jumpa je bunyinya hehehe..

cam besa i will story what happen in this week..this week is the busiest,tiring week ever..why????
1.sebabnya mggu ni aku kna clerk patient and present case(really menakutkan+good experience)
2.assignment etnik tak siap lagi huhuhu
3.tetiba lak aku terlantik menjadi ajk publisiti untuk program sambutan hari raya msft(medical student facilitator team),so a bit busy..
4.being ajk akademik for psp(persatuan sains perubatan),tetiba je diz week busy ngan kerja ckit+meeting ckit..
5.my laptop anti virus buat hal so i have to g to PPKT
6.and the most important duty is study huhuhu banyak je lagi nota nak cover...

ok let me huraikan all the stuff above(ceh cam nak wat esei la bunyinya...)

pasal clerk patient..mlm ahd that is mlm 11 oktober aku ngan my pbl partner dah menyibukkan diri g hospital nak cari patient..plannya nak g mlm sabtu that is 10 oktober,nak g ngan kak syu 4th year skali nak mintak bantu pa2 yg patut especially bab pe(pysical examination)then dia ada hal and at the same waktu tu cik aini pun ada hal so ikut the earliest plan that is malam ahad..kami g dalam kul 8 camtu hospital g tingkat 7,wad patient umum..terkejut kami bila tengok dah ramai student 2nd year dah ada kat ctu atas tujuan yg sama iatu mencari patient tuk present case..cuba bygkan dalam 2nd year ni ada lebih kurang 22 group pbl,and every week mesti ada at least 1 student from each group that been duties to present for that week..and as this week is cvs week so we have to search for the patient with cvs problem but unfortunately kat hospital ni ada beberapa kerat je patient cvs yang perlu dikongsi at least 22 student..tu kalu 1 pbl just present 1 patient while for my group pbl we present 2 patient each week so menambahkan lagi bilangan pelajar yang berkongsi patient yg sama..
memang malam tu g agak kecewa..g belek buku kemasukan keluar pesakit tu tgk ada lebih kurang 5 orang je patient cvs utk wad lelaki la..and the 5 person tuk dah full sama ada dah tido or dah ada student ambik..so,aku ngan aini pun g belek2 kat wad perempuan,bilangan patient cvs ada la byk ckit..and all are available but the risk is higher if take patient perempuan..sebabnya nak wat pe tuk perempuan agak susah and selalunya mak cik2 a bit uncooperative..then tetiba ada sorang kak ni mengajar pe to a group of nurani student so aku ngan aini pun join sbb dah tak tau nak watpa masa tu,patient tak jumpa so we decide to join je..best sgt kak tu ajar and first time aku dgr cardiac murmur that is systolic murmur..suka sgt aku masa tu..dgr murmur tu cam bunyi pelan je cam bunyi angin antar first and second heart sound sbb dengar kat mitral area..leh la appreciate ckit compare sebelum ni belajar teori but never heard it reality..then ada dengar lagi satu murmur kat pulmonary,aortic area,tu lebih jelas la murmur nye sbb takda dgr 1st and 2nd heart sounds..then,tgh2 blajar tu sorang lagi pbl member aku,addy join gak..dia mggu dpn kna present so dia join km clerk patient tuk gain experience..

then abis blajar pe tu kami pun jumpa satu patient ni,malay male..alhamdulilah dia bg cooperation even though saravanan baru lepas wat pe kat dia..pak cik tu sangat lah aktif..he electively came for angio..he has dm(diabetis melitus)..his cvs symptom is only chest pain..dia memang dah lama ada chest pain but on and off chest pain..bila ada chest pain he juz use minyak until one day it is so pain sampaikan dia masuk a&e department before he entered the 7s ward..maybe the cause is smoking,he smoke for 20 years already that is since he is 14 years old..patient ni agak hyperactive cam orang tak sakit..its better sebab takda la kita rasa cam menyeksa patient je kalu dapat patient yg weak..lepas ambik history pa yg patut(agak serabut la aku ngan aini ambik history,cam tak tersusun,1st time clerk patient..sblm ni pnh tlg orang clerk patient ja)..then sempat kami buat pe,sblm wat tu awal2 dah mintak maaf kat pakcik tu,awal2 bgtau km budak baru blajar at least dia takda expect km expert sgt pasal pe ni.. no significant finding pun jmpa kat pak cik tu..ada satu aku rasa la apex beat dia dislocated sbb kami tak jumpa apex beat dia..it been dislocate lateraly..yang lain smua normal..then,km pun balik..

penat lelah tak berhenti sampai dictu saja..aku balik bilik aku terasa cam nak cr patient lagi sorang..it's ok kalu 2 student in the same pbl nak present the same patient but aku terasa cam tak best je so aku berazam nak cr patient lagi sorang..

then,the next day that is ahad(12/10/2008)
Pagi tu aku sibuk ke PPKT..laptop buat hal ckit tak leh nak remove avg8 dlm laptop ni so tak leh nak download kypersky so aku tggal la laptop kat ctu smntara nak g kls..then ptg tu kul 2 aku g still problem so ppkt suruh aku bw blik dlu laptop tu..oohhh aku dah kusut takkan aku nak g kelas and g hospital ptg ni bw laptop gabak ni..and the idea came hehehe aku tggalkan laptop kat bilik teacher chaizani,the best english teacher ever..baik la languange department dekat je dengan PPKT..then kalut la aku masuk kls and as expected doktor dah masuk so aku pun masuk mcm pencuri ikut pintu blakang hehehe

that evening,i went to hospital again..cam biasa sampai je wad 7s tu terus tgk buku kemasukan keluar pesakit tu..then dissapointed smua patient are full so aku masuk wad 7u(wad pesakit perempuan)..mula2 cam nak ambik patient laki kan sng ckit but bila fikir2 balik one day i will be a doctor gak so i have to adapt with it..so belek la buku kemasukan keluar patient..then aku pun tulis semua nama and no bed patient2 cvs sng nak cr nnti..alhamdulilah patient cvs perempuan ramai..so then aku pun ambik sorang mak cik,46 dalam buku tu tulih she has IHD(ischaemic heart disease)and HPT(hypertension)..so bermula la sesi history intake(kali ni a bit teratur ckit)..she also electively came for angiogram..
history of presenting illness
she detected that she got heart disease during clinical checking for pregnancy..then she follow up at kpp..then start this year the symptom arise,b4 this asymptomatic..1st she had SOB(shortness of breath) then she been hospitalized for 5 days..then,she got palpitation or dlm bahasa kelatenya call 'kenalin' that is equal to berdebar-debar dlm bhasa melayunya..it felt so fast and so strong and she go to a&e department and been hospitilized again for 8 days..and then she came again to hospital for angio..
no significant history of medical and surgical..
no significant symptom for systemic review..
family history..
her mother and father are hypertensive patient..she has 7 sibling and she is the 4th..her other sibling is all in good and healthy condition..she is married and has three chidren..all of her family are in good and healthy condition..she has no family history of DM,asthma,cancer,epilipsy or stroke..
social history..
she is a housewives..she never travels out of the country..she is a passive smoker as her husband is a smoker..she does not consume any alcohol..there are loss of weight..
drug history..
she is now taking 5 drugs that is frusemide 40mg,warfarin,hydroxin,digomin 0.25mg and lipitor 20 mg..before being hospitalized she just take propanolol and frusemide..all this drug are prescribed by doctor..no allergic to any drug..not taking any tradional or complimentary medicine..
that's all about her history setelah au berpenat lelah berulang alik 3 hari ke hospital sampai naik kesian aku tgk dia duk menajwab soklan2 aku..selain daripada aku ada lg student lain,student 2nd yr,3rd yr,4th yr and 5th yr..rami la..sian dia..pengajarannnya jgn masuk hospital universiti hehe penat melayan student je hehehe but the best in hospital university is it has many doktor pakar..like this hospital apex university so many pakar wooo..
then the pe..kak pah 4th year student yg buat aku juz wat ckit2 and try appreciate the finding..mak cik ni so many significant finding..
dia ada clubbing..her apex beat dislocation at the 5th ICS(intercostal space) and anterior axillary line so it means her heart is elarged..the normal location of apex beat is 5th ICS and medial to midclavicular line..there are presence of thrill(palpable murmur) at the mitral area..for ausculatation there are presence of murmur,thre are presence of pansystolic murmur at mitral area with no radiation to the neck area and there are also early systolic murmur at the pulmonary and aortic area with no radiation to axillary are..there also presence of basal crepitation..that's all the significant finding,others are normal..
case mak cik ni memang best..kan sblm ni aku tgk dia ada IHD then bila tgk record dia pulak tulih CRHD(chronic rheumatic heart disease) with atrial fibrillation..ohh sudah aku dah konfius..kena studi la sbb penyakit2 tu tak blajar lagi,the last week cvs br blaja.btul la org ckp be a university student must be dependent..cam aku ni blum blajar pasal IHD or CRHD lagi but dah clerk patient that maybe has one of the disease.. mmg masa present kat doctor terkulat2 aku nak menjawab pasal differential diagnosis..menakutkan but the doctor is so supportive..paedtrician la katakan..ok..that's all pasal clerk patient..mggu depan kena antar case report..added one more work hohoho..bab yg lain tu aku mls la nak bercerita..now its the time for me to do the case report..hope ok..hope doktor terima..

wslm..

Sunday, October 12, 2008

"HAPPY BIRTHDAY,NANA"

last post as tomorrow class begin..tggu weekend pulak baru aku post pulak..

lastly "happy birthday nana"
semoga diberkati umur,dimurah rezki..
all d best 2 u..
friend 4eva..
lastly really miss one moment together..

gambar aku ngan nana masa 1st year lepas ulangkaji sesama,berhempas pulas menghafal tulang.. :-)

...BERAYA DI UMAH ADDY..

Aku sangat lah penat mlm ni..baru balik dr clerk patient td..
so i'm not in the mood nak menulis so aku juz postkan gambar2 aku ngan kekawan beraya kat umah addy semalam..


rumah terbuka kecik-kecik ja..yg g aku,aini,cek su ngan aina satu keta..yg lagi 1 keta wan,yana kucing,yana,suzanna ngan aida..


kat meja makan



me with my roomate



me with my PBL members







in my kelisa on the way back to desa...



Saturday, October 11, 2008

...SUPRISE BIRTHDAY PARTY...

assalamualaikum..
disebabkan aku dah berazam tak nak bkak blog and other unnecessary web(especially e-novel =ADDICTED TO E-NOVEL ALREADY-so kena control) except for searching for PBL answer and hanya akan bukak during weekend but still e-novel are restricted(huhu kuciwa den),so waktu weekend je la aku kan ceritakan what happen seminggu b4 the weekend..

aku balik kelate 5 oktober..ptg tu sampai..
esoknya 6 oktober pagi tu plan nak wat suprise birtday party for 3 person..ayu(29 september),arja(6 oktober) and lastly my roomate,aina nauur(7 oktober)..plan pagi tu mlm tu nak wat..kami kabarkan kat semua esp for the 3 birtday girl malam ni ada sambutan ari raya sedangkan nak wat suprise birthday party sebenarnya..cam besa my tugas is to beli kek..selalunya beli kek kat kedai depan usm ni je walaupun kedai kek tu memang takda banyak pilihan..tapi disebabkan aku tak beli gapo2 lagi kat bebudak birthday girl jadi aku pun plan nak g kb mall..teha pun ditugaskan mencari kek ngan aku..then dah alang2 nak g kb mall aku ajak zue sekali sebab dia ada pesan ari tu kalu nak kuar bagitau dia,dia nak ikut dia nak beli sumthing kat farmasi..aku pun ajak la,dia pun ajak bela ngan cik sue dental..so yang nak g petang tu cukup la 5 orang dalam kelisaku nanti..

plannya nak g kul 5.45ptg..petang tu aku ada skill lab kat csc pasal PE CVS..jd pastu terus teman ainul g jumpa patient dia,esok dia kena present case kat doc..sampai sana tengok ada group lain with a doc tengah examine patient tu so kami pun tunggu kejap dalam bilik tuk student kat wad 7s tu..sambil tunggu kami discuss balik apa yang kami dapat waktu PE CVS..best la kali ni punya skill lab dapat doc. tengku alina..best sgt dia tak garang senyum je takda la takut aku nak tanya soalan..doctor lain menakutkan je..yang doc tengku alina tu sangatlah baik melayan soalan kami yang dah terang lagi bersuluh memang soklan budak baru belajar..habis semua aspek nak tanya hehehe

agak lama la menunggu kul 5 camtu baru kami dapat jumpa patient tu..patient tu muda lagi juz 24 tapi condition dia agak teruk la dengan ada tumornya+DM(Diabetis melitus)+ada cvs problem lagi..dia msk ccu sebelum ni baru stabil baru stay kat wad 7s..secra jujurnya history patient ni agak serabut la..banyak sgt penyakit..kena review byk system not only cvs system sedangkan kami ni baru sgt blaja pathology ni baru masuk cvs ngan respi system..then kul 5.30 camtu pas aku dah try wat PE kat patient tu,aku ngan aini pun beransur pulang..dalam lif nak turun balik tu tetiba hp ku berbunyi,zue fon dia cakap dia dah siap dah siap dah tunggu kat foyer dm3 dah..terkejut aku..aku dah la ada kat hospital lagi,balik bilik pun dak lagi,nak solat lagi..zue memang la sangatlah punctual..baik la dia memahami sebab aku pun rajin ngadu kat dia masuk 2nd year ni ssh sbb dah masuk clinical year kan,asyik sibuk masuk hospital+kena marah ngan doc je huhuhu lepas zue fon kalut la aku..mula la jalan laju cam doctor yang ada emergency case ja hehehe lepas2 solat,aku tak sempat g mandi pun,kami terus bertolak hehehe aku tak brapa suka orang tunggu aku sebab aku pun tak suka tunggu orang sbb penantian itu satu penyeksaan..

sampai kb mall semua berpecah,aku terus g cari hadiah untuk 3 birthday girl yang ada..agak lama jugak la masa yang aku ambil..pastu baru beli kek..km beli kekcoklat,sedap gila la kek tu..then,lastly dapat juga mac chicken yang aku idam2 kan sebelum posa ari tu lagi..hehehe lagi satu mengidam yng tak tercapai adalah piza..piza nanti la minggu depan ke..lagi satu teringin nak makan kek secret recipe la pulak hehehe tak padan dengan berat dah naik je aku ni..kena tahan ni sebab duit biasiswa pun dah tinggal ckit..tak leh2..

then malam tu dalam kul 10.30 aku,aina ngan cek su rmateku pun bertolak ke bilik cik nasuha dengan alsan sambutan hari raya..banyak gila kuih raya diorang bawak memang tak terlarat nak makan la..




aku makan ckit2 je sebab dalam cerebrum tgh bz fikr cmne nak suprisekan diorang ni,penuh2 dengan idea2 merepek hehehe dalam kul 11.15 sebenarnya kami dah nak mula wat suprise birthday party ni tetibe je cik ayu ni g bergayut fon ngan kak dia kat luar bilik lak..tak pasal2 la aku kena wat taktik ajak dia masuk dalam..then br la suprise birthday party begin..


kek coklat yang aku beli ngan teha kat kb mall

alhamdulilah the plan berjalan agak lancar..and it make 3 of my friend happy and at the same time semua orang hapi jugak hendaknya..

Friday, October 10, 2008

...THE 4TH RAYA...

4 oktober 2008(raya ke-4)

raya ke4 dah tiba..esok dah start kelas but still here i am still at png..esok baru aku balik kelate that's mean aku ponteng kelas hehehe depan seronok je tapi dalam hati ni takut gak..suka ati je ponteng kelas baik esok takda klinikal but still one more important thing esok ada pbl..aku tak check pun pbl aku ngan doc mana esok..hope doc yang ok2 le..nnti tak pasal g pbl ari selasa ni kena sound pulak..hehehe

ok hari raya ke-4 ada rumah terbuka pak teh kat bayan baru,png..pak teh wat ngan tahlil sekali..kami bertolak dari rumah dalam kul 10 camtu as for usual aku siap paling lewat sekali..lepas tu aku duk kalut nak membalut buku yang aku nak bagi kat iya hehe aku ada beli sumthing la kat iya ingat nak bagi masa balik kuale ari tu tapi lupa nak bawa ari tu so nak bawak g umah pak teh bagi kat sana tapi tak balut lagi..mula2 plan tak nak balut je bagi je trus tapi cam segan la pulak jd beria-ria la aku nak balut..siap bawa masuk gunting+selotep+pembalut hadiah masuk dalam keta nak balut dalam keta dah tak sempat kan..cam terer sangat je balut sampai nak balut dalam keta..last2 mama yang balut hehehe

sampai umah mak teh dalam kul 11 pagi la..katanya nak stat tahlil dalam kul 11 but still takda orang lagi..biasa la janji melayu..hehehe yang dah sampai mak wan ngan iya ngan ada la beberapa jiran terdekat mak teh..tolong pa2 yang patut kat dapur tu..potong lemang etc..

then orang2 surau datang baru stat tahlil..lepas tahlil baru makan2..lama ckit baru sedara2 mak teh sampai and sorang budak comel ni sangatlah cute..dia bila orang pegang or buat pa2 pun dia tak berbunyi pun just tengok2 ja cam budak baik+cute sgt..tp terlintas juga di hatiku bukan ke that is one of sign that the chidren has some disorder..ish pandai2 je aku..aku cakap dalam hati je la..ni la masalahnya bila otak duk memikir penyakit..adik aku sakit perut aku boleh lak takut2 kan dia kata dia mungkin dapat appendicitis la..siap plan nak wat percussion lagi hehehe tapi tak wat la..aa semalam sebelum pegi rumah auntie zah aku siap try wat PE(pysical examination) kat irfan lagi..try wat GE(general examination) ngan respi examination je la..tu je yg baru belajar..yang general ok ja..bila time wat respi kan kena wat chest expansion adik aku mula la geli2 la jadi tak abis la PE aku kat dia..betul la adik aku tu..mula2 beria-ria sangat "kak ain,try la check irfan"..excited je sbb aku bawa balik stetoscope..mmg rancang nak praktis wat PE kat adik2 aku senang ckit sebab lelaki kan and one more thing doctor said for my level first i have to appreciate the normal condition dulu..so adik2 aku la eksperimen terbaik..but aku sempat wat kat irfan je tu pun tak abis sebab dia dah adu geli yang ayin lak sibuk dengan tengok berita la bola la movie la..tak padan dengan nak spm je budak tu..so lastly my plan is not successful enough..cuba lain kali ye!!!

dalam kul 2 camtu,kami pun berangkat pulang..cam sedey je nak balik waktu tu hehehe ngada je tu..nanti pas raya haji la pulak aku balik..waktu raya haji aku tak balik kot sebab pastu ada exam..tak brani la nak balik..balik tak jadi study aku..salam2 semua trus balik..

then,trus g kat jeti belikan tiket feri ayin nak balik langkawi esoknya..lepas tu plannya nak balik umah trus tapi jambatan jam teruk gila..musim raya kan so abah patah balik g taman tun sardon g ziarah mak(orang yang jaga aku waktu kecik2 dulu..dr umur aku 5 tahun lagi kot sampai la aku masuk sekolah menengah..memang lama la)..pergi2 tgk2 mak takda pun..jadi g umah kak mijah,her daughter duk kat flat yang sama gak..sembang2 kosong je la..abah la bersembang banyak ngan abg min..bincang hot isu tu cita pasal politik..

lepas tu baru balik..jambatan ok ckit jalannya..kuar jambatan abah guna jalan lama je nak balik umah sebab highway lagi la jam..plannya mak we nak datang umah last2 orang yang nak datang ada kat umah yang tuan rumahnya tak balik lagi..last2 mak we balik je sebabnya angah nak balik awal,dia nak balik kajang malam tu gak..so takda kesempatan nak jumpa..masa kat umah mak teh kami dah nak balik baru mak we nad family sampai..takda rezki nak jumpa la tu..

malamnya,one more open house is coming..
malam g la umah terbuka uncle badri..makan la ikan bakar ngan nasi..boleh tahan la..hehehe habis makan sibuk duk melayan budak kecik wan tu pulak..sibuk buang kulit udang kat dia,dia nak makan..hehehe tiba2 aku rasa aku berbakat besar jadi babysitter la setiap kali g umah terbuka kat mana2 pun mesti jadi babysitter terhormat hehehe dulu masa awal2 masuk medic ada hati gak nak jadi doktor pakar kanak2 but jumpa la sorang doctor paediatrician ni dia cakap memang best be a paediatrician but kerja susah sebenarnya sebab budak2 ni diorang tak reti nak bgtau penyakit diorang,bila diorang sakit diorang juz nangis so it a bit hard to diagnose their disease or disorder as their history taken are answered by their parent that juz know externally..aku pun jadi terfikir balik..and one more thing ada sorang kawan sekolah aku ni pulak cakap "ko tak rasa kesian ke nak cucuk budak2"..kata2 dia juz besa je but wat aku terfikir gak la..hehehe tapi kan kerja doc memang itu..they do it bcoz they are trying to cure but hidup mati still kuasa YANG ATAS..

balik tu rehat2 jap,auntie zah pulak datang umah..aku pun sibuk hidang2 je la mama yang wat air hehehe sembang2 all sort of thing lagi..then diorang pun balik..lepas tu naik2 inat tgh tengok cita my tutor friend 2..aku pun join tengok..best la cita tu..aku ingatkan sebelum ni tak best sbb ramai cakap tak brapa best and the hero and heroin not so cute..but bila dah tengok aku rasa yg no 2 ni lagi best dari no 1..

lepas abis tengok cita tu bermulala sesi mengemas untuk pulang kembali ke kelate..huhuhu sedey...

...RAYA KE3..

3 oktober 2008(raya ke3)

today the plan is bah nak bawa kami adik beradik g bercuti..bunyi cam best je kan..becuti di pulau pinang je g bercuti tidur kat hotel lone pine yang terletak di batu feringgi..then tetiba je ramai je yang bukak open house..selepas perbincangan rapi antara aku,ayin dan abah..sepakat kami tak jadi g ja hotel,just stay at home and g ziarah umah2 terbuka..aku pun teringin nak g bercuti kat sebab bcoz the place is so beutiful,pernah g kat ctu sebelum nibut still time tak brapa sesuai..it still raya right so cam tak manis je tak g umah2 terbuka ni..mostly dekat2 umah je..

then,tengahari ckit kami pun pergi umah auntie fauziyah..auntie fauziyah ada jamu spaghetti ngan ada nasi lauk ikan patin..makan lagi la aku..hehe kerja makan ja raya ni..

petang ckit, kak ila,kak munirah ngan min datang umah..nak beraya mulanya..tapi petang ni ada umah terbuka datuk zainal jadi diorang pun g skali..rumah datuk zainal tu betul2 eksklusif sesangat dekan kawasan bukit..aku naik satu keta ngan kak munirah,kak ila ngan min..yang mama ngan yg lain naik keta pesona abah..masa on d way nak g kak munirah our drebar tiba2 je berenti betul2 atas bukit..dia takut katanya..trauma ngan bukit..dia memang tak terer naik bukit..dulu 2x fail lesen sebab fail naik bukit..tak pasal2 tukar drebar atas bukit tu jugak..dah la banyak keta belakang keta kami naik waktu tu..betul2 kalut..aku pun ambil alih..dah la tak besa ngan keta baru tu ditambah pulak aku pakai kasut high heel agak kekok la aku bawak..baik la aku ambil alih,memang lepas tu duk naik bukit je..as been said before rumah datuk zainal tu memang eksklusif gila..rumah dia atas bukit tinggi sangat..sebelum nak sampai umah dia ada satu bukit curam..tu tak brani la..dah la bawa keta kancil tak leh naik nanti tak pasal2 je..so aku park keta kat tanah landai bawah bukit curam tu,naik keta lain ke atas..memang datuk ada sediakan kereta 4 wheeldrive tuk sapa2 tetamu dia yang tak brani nak naik bukit curam tu dengan keta sendiri..

then naik la bukit tu..tempat tu betul2 natural on d way nak g tu nampak je air terjun turun..jalan bukit curam tu memang ekslusif nak g umah datuk zainal tu sorang je..memang privasi la..sampai depan umah datuk zainal memang aku terpegun sebentar..memang cantik gila la umah tu..padan dengan nama diberi that is vila air terjun,umah tu dikelilingi ngan air terjun..so natural and beutiful..rumah tu pulak dibuat dengan kayu sepenuhnya(i think so..nampak cam real kayu je semua,tak tau la kalu aku tertipu dengan pandangan aku sendiri)

cam selalu rumah terbuka datuk zainal ada makan2 yang best..aku ni tak abis2 cakap pasal makanan kan..but nama pun raya kan..makan la laksa+ais kacang+kuew tiow..lepas makan kuew tau tak larat nak masuk makanan dah la..lepas makan aku ngan diorang semua pun round2 rumah and ada ambik gambar2 ckit..nnti la ye aku upload kan kat cni..tempat tu really beautiful..really2..kalu satu hari nanti i have that kind of house..juz impian but still aku lebih suka yang dekat pantai..tp tsunami pulak nanti hehehe it juz cakap kosong..tak tau lg what the future will be for me..

lepas tu nak dekat maghrib baru balik..balik rumah rehat2 and solat jap pastu pergi the last open house for this day is rumah auntie zah..sampai2 je dah ada famili auntie ju kat ctu..kat ctu ada laksa johor..and me big-eater makan lagi hehehe and like usual g umah orang,sembang2 la..but sembang2 ngan auntie zah memang best..she is mother of one doctor and two more doctor to-be..so dia memang really understanding of the difficulty in medical life..kata2 dia banyak bagi support to me and at the same time cam educate my parents..maksud educate tu dia cam banyak advice la kat ma ngan abah by saying like this "medical ni susah lebih2 bila dah kerja and lebih2 lagi for the girl that someday will be someone wife,so we as their parent we have to support them"..lebih kurang gitu la kata2 dia,siap bagi mcm2 contoh lagi..really like her spirit and advice..

...RAYA KEDUA STORY BEGIN...

2 oktober 2008 (raya kedua)

today is bandar bharu turn..lebih kurang nak dekat tengahari baru me and my famili bertolak balik bandar bharu..sampai je ada la kak ila tengah makan laksa..aku pun g dapur cari laksa tengok dah abis aku nampak ada kuah je..dah la aku memang mengidam laksa mak lang wat ni dari kat kelate lagi..kerana mengidam yang tak dapat last2 aku ambil ja kuah tu makan ngan nasi..at least dapat kuahnya..last2 lepas dah abis makan baru aku sedar ada satu mangkuk laksa but the kuah aku dah abiskan la..memang mak lang ada tinggalkan 1 magkuk kat aku sebenarnya..sayang betul mak lang kat aku hehehe tau sangat anak sedara dia ni kuat makan laksa setiap kali balik kampung request laksa hehehe laksa mak lang wat is the best in the world hehehe ingat lagi ada satu time masa 1st year aku balik hujung minggu ja tanpa plan sebab dah rindu sangat kat umah waktu tu..kebetulan mama bawa balik kampung..disebabkan balik kg tanpa bagitau mak lang and mak ngah and tak brapa plan pun jadi aku tak da la berimpian sangat pun makan laksa mak lang..tak pasal2 balik masa tu mak lang bising kat aku napa tak bagitau dia aku nak balik boleh dia wat laksa sedangkan aku tak kisah pun waktu tu..dia siap marah2 cakap dah la jarang balik,dah balik tak nak bagitau awal2 kalu tidak boleh gak mak lang jamu laksa kat ain..masa tu rasa terharu gak aku hehehe mak lang tu walaupun mulut dia memang diakui sangatlah lazer tapi hati dia sangat lah baik..

aku pun nak singgah umah mak lang jap pastu(ala dekat je umah mak lang ngan mak ngah aku sebelah2 je)..tengok2 ramai tetamu lak jadi aku tak jadi g la,segan satu hal,satu hal lagi takut jumpa orang yang tidak diingini hehehe lepas kawan2 kak munirah aku semua balik baru aku g bertandang umah mak lang..seperti yang aku jangkakan dalam kawan2 kak munirah tu termasuk juga insan yang aku tak nak jumpa tu..hehe aku malas nak layan la jiwang2 sekarang ni the most important thing right now is study,graduate and kalu ada rezeki sambung master as oncologist ke hematologist ke tu pun tak pasti tengokla rezki camne.. betul tak???jiwang2 ni merepek je,dulu benda ni dah hancurkan spm aku,cukupla setakat tu aku tak mau lagi dah terkandas bcoz all of this unmatured jiwang things..trauma..kak ila siap cakap kat aku depan mama ngan abah yang budak tu datang umah kak munirah siap tunjuk yang mana satu sebab aku takda masa nak ingat muka dia pun sebab aku takkan nak layan dia pun fullstop lepas tu abah tengok aku pelik ja..mula dah aura protektif abah aku..aku pun cakap "abah jangan risau la,ain tak layan budak tu pun"..then abah aku nampak cam lega ckit hehehe abahku yang protektif,jangan risau la ain still in love with books and medic and takda masa nak pikir benda2 ngarut tu..


dah reda ckit..kawan2 kak munirah semua dah datang and dah balik,baru aku,kak munirah,kak ila ngan min bertolak jalan2 raya..kak munirah drive keta baru dia la..kami pergi umah kawan kak ila,kak suraya..kak suraya dah makin comel la sekarang..sebelum ni dia memang comel pun,juz dah lama tak jumpa jadi nampak lagi cute pulak..kat cni mengidam aku tercapai sekali lagi,that is makan laksa hehehe laksa kak suraya wat sendiri..kak suraya ni betul2 cukup kriteria wanita idaman lelaki la ehheeh dah la terer masak,cntik,baik,rajin.hehe sempat lak aku promote dia kat blog ni..lama gak kami melepak kat umah dia..banyak sembang la sebab kak ila pun dah lama tak jumpa dia..

lepas tu terus balik sebab ada kawan kak munirah nak datang umah lagi..samapi kat umah mak ngah,tengok semua mama,abah terlentang tido..letih sangat tu..duk relax2 ckit,mula la sesi mendapat duit raya hehehe still the best sesion ever..mak ngah bagi,abg boy bagi,abg ijam bagi and lastly kak munirah pun bagi duit raya..yang aku tak sempat jumpa and tak sempat tuntut duit raya is abg asyrah hehehe ni kes takut lalu melarikan diri ke hehehe takda la mak lang kata dia beraya kat umah kawan dia..

petang ckit,aku,kak ila,kak munirah g menziarah orang2 kg..g satu umah je pun..g umah mak cik za makan kuih sambil tgk tv..masa tu ada cita indonesia tajuk olivia,lepas cita tu tengok cita upin&ipin lak..really cute the cartoon..kat umah mak cik za masa tu ada munirah ngan kak dia..sembang2 la..munirah dah smbung studi kat usm png dah ambik sn fz..

malam ckit aku dan familiku kembali ke rumah..kami balik ke umah sebelum kul 9..bcoz of kul 9 ada cita best sempena raya kat astro kirana..sebab nak tengok punya pasal..the story title ' i'm not single '..cita baru kuar wayang lagi..cita farid kamil,lisa surihani ngan awal berlakon..cute sgt cita tu..watak farid kamil dalam tu sangat la sweet..cam cita novel ja..nama pun cita cam novel so its not reality..memang masa tengok tu cam best je..tapi pas tengok bila fikir balik "ada ke laki sebaik and sesweet camtu kat realiti life ni"..and of course the answer is no!!!!

...PANTUN RAYA VERSI BELBAGAI NEGERI...

NI ADA PANTUN RAYA VERSI PELBAGAI NEGERI HEHEHEHE MEMANG MENARIK ATI BTUL..

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur. ..
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

..DI HARI RAYA...

at last the day come..that is hari raya aidilfitri..kita kembali kepada fitrah kita semula..

pagi tu (1 oktober 2008)
of course pagi raya awal2 pagi aku dah bangun..mandi sunat raya..and bersiap nak g solat raya..baju aku pagi raya warna pinky..really pinky..aku secara jujurnya memang tak berapa gemar warna pink but still ada je warna pink yang menarik perhatian aku but still i'm not a pinky lady..so this baju raya mama yang pilih sebab mana la ada time aku nak balik png semata-mata nak pilih baju raya..buang duit and buang masa jah..lagipun raya is every year right???bunyinya lain ckit jika compare dengan kita cakap raya setahun sekali je..btul kan???hehehe

aku ngan iya la yang beria-ria sangat nak solat raya..iya 1st time solat raya yg aku lak 2nd time la,1st time solat raya kat masjid kat bandar bharu,kg mamaku..selalu teringin je nak solat raya tapi every year raya mesti tak boleh tahun ni alhamdulilah ada rezki..yang pergi solat raya aku,iya,mama,mak teh,zarif,irfan,pak teh ngan abah..kami bersolat kat masjid kota lama ja..sepupu2 aku yang lain termasuk pak we g solat raya kat masjid ubudiyah..aku teringin sangat sebenarnya nak g solat kat ctu huhuhu bila aku cakap pasal kuala kangsar msti orang lain akan cakap pasal bandar diraja and istana and more interested thing about kuala kangsar is masjid ubudiyah..but still aku tak pernah g solat kat ctu..kampung je nama kuala kangsar tapi empunya diri tak pernah solat lagi kat ctu..takpa la nanti ada rezeki la tu,insyALLAH tahun depan ka..takpun nanti suatu masa yang indah chewah hehehe kalu ada rezki aku nikah kat ctu hehehe gatal merla ain sabrina ni..tu kan satu impian..kena cari orang kuala ni hehehe

lepas solat kami g melawat kubur..g melawat kubur arwah tuk,opah,mak cik ngan pak wan.."assalamualaikum ya ahli kubur"..bila pergi terselit juga rasa insaf,satu masa nanti insyALLAH aku akan menjadi ahli kubur jugak..sedangakn diri ini banyak lagi dosa yang bertimbun..astagfiruallahalanzim..

balik umah,rehat2 kejap..mula la sesi 'duit raya'..hehehe the best sesi ever..hehehe..bapa dan mak2 sedaraku pun ikut turn bagi duit raya and tak lupa sambil bermaaf-maafan..mula2 mak we bg dulu..aku ada ambil gambar setiap diorang bagi duit raya tapi tak leh nak post lagi nanti la ye..and one unexpected thing angah pun bagi duit raya..hehehe suke..orang dah keje kan..the 1st cousin yang belah abah la yang bagi duit raya,belah mama dah ramai bagi duit raya hehehe lepas tu diikuti turn mak wan(waktu ni memang bebanyak minta maaf le,banyak mengumpat psl dia ckit eheheh)then turn abah ngan mama,salam mintak ampun je la duit raya tak dapat..dah besar panjang abah kata tu yang aku tak dapat duit raya dari abah huhuhu then turn pak teh mak teh,pak tam mak tam,then lastly orang kaya sungai petani bak kata pak teh that is pak su and mak su..memang meriah gila la time tu..best..aku ada snap gambar candid banyak waktu ni..nnti la aku post kan ye..

lepas rehat2 ckit mula la sesi ziarah menziarah sedara2 terdekat..mula2 g beraya umah pah cu..makan mee kat ctu..penuh umah pah cu ngan kaum2 kerabat aku je..hehehe penat le wan cu nak melayan..lepas tu g ziarah umah sebelah umah pah cu..diorang tu sepupu kepada opah aku jadi diorang kira tuk sedara la and anak2 dia kirannya bapak2 n mak2 sedara aku sedangkan diorang tu baya2 aku gak..ada sorang tu kawan farah masa kat sekolah..heheehe persaudaraan jauh..kat ctu ada nasi ngan mee..tapi semua dah melantak kekenyangan kat umah pah cu jadi kat ctu tak makan sgt..sepupuku sibuk tengok bola kat tv..aku tengok tuan rumah tu cam terkejut je mula2 tengok ramai sangat yang datang..ye la sampai berapa keta kami g sana..keta abah,pak tam,mak wan,mak su,pak teh..sampai 5 biji keta dah dalam keta tu mmg dimampatkan sepenuhnya heheeh aku pun naik keta pak tam masa g..

balik tu relax2 kejap,mama la ajak g ziarah umah sebelah2 tu..mula2 g umah yang ada wat kenduri ari tu..yang g mama,mak teh,mak we,pak teh,aku,iya,farah,inat,hada,tirah,nana,ijas,along,angah,oli,daniel..tu je la kot..yang lain tinggal kat umah..masa masuk tu aku duk jalan belakang along and angah,masuk2 jah tetiba ada la ank2 dara orang umah tu la 2 orang duk usha2 angah,along ngan oli..hehehe lawak gila muka diorang,muka 3G(fikir2 la sendiri maksud dia)sungguh..dah la kantoi ngan aku..bukan aku ja mama ngan iya pun perasan..ceh,wat malu je hehehe ok malas nak panjangkan isu tu..kat umah tu makan laksa..cuba bayangkan dah berapa banyak aku duk sumbat makanan kat perut aku ni..bulan posa turun 1 kg mau2 raya ni naik 3 kg lak pulak ni..hehehe takpa2 start posa ganti ngan posa 6 pas ni ye cik ain sabrina..

then balik umah kejap sambung ekspedisi lagi..g melawat rumah sebelah lagi satu lak..ekspedisi kali ni kurang lagi bilangan peserta dia..yang g mama,mak teh,abah,pak teh,aku,farah,inat ngan tirah..peserta yang lain dah tak larat meneruskan ekspedisi hehehehe g dua rumah..aku tak berapa kenal orang2 tu..tiba2 aku dikenalkan dengan sorang mak cik yang pernah jaga aku waktu kecik dulu..sempat jaga aku nagn ayin buat sementara waktu dalam 3 bulan gitu la..hehehe lawak je banyak je kisah2 kecik aku diimbas kembali yang cik tirah ngan inat mula la dapat modal nak mengusik aku..tengah melawat umah lagi satu ni tetiba ada orang fon pak teh cakap uncle khairi datang umah jadi kami pun balik umah..

sampai je kat umah,aku pun bersalam la ngan semua..then aku baru perasan ada abg mal..ye ye abangku yang sorang ni balik..rindu sangat kat dia..kan hp aku hilang so no dia pun hilang and i'm the only one yang ada no baru dia tu so sebelum ni aku tak dapat contact dia..dia tak bagi no baru dia kat abah..memang pagi raya tu aku suruh abah cari gak no dia kat mak dia(my stepmother) dapat tapi tak dapat contact..aku dah sedih dah pagi raya tu tetiba dia muncul hepi gila la aku..abg mal pakai baju melayu warna biru muda,my fav colour..sembang tak ingat dunia macam 5 tahun tak jumpa,sedangkan baru la 2 bulan aku tak dapat contact dia heheehe rindu punya pasal..
dah petang,abah pun kata nak balik dah sebab malam raya ada umah terbuka kat umah tah jadi nak kena bertolak g taiping dah..baru sembang kejap ngan abg tak puas lagi alih2 dah nak berpisah..aku pun beria-ria pujuk abg ikut sekali..tp apakan daya dia guna keta mak dia so dia kena balik ipoh gak ptg tu..sedeynya..tp sebelum nak g taiping abah nak singgah kat laneh jap so masa tu abg mal ikut..g sana aku,ayin ngan irfan naik keta abg mal bw..teringin nak merasa keta honda mewah ehheehe dalam keta baru la adik aku,ayin buat luahan perasaan kat abg mal sebab abah takda kan hehehe mengadu la tu..manja seketot betul adik aku tu heheheeh lepas tu kan abg mal bagi diut raya hehehe seronoknya..

sampai kat laneh,mak tam ngan pak tam takda pun..so bersembang la kejap ngan sedra mak tam yang da kat ctu..lepas tu balik and the real time for perpisahan came huhuhu
takpala ada rezki jumpa lagi..aku beria-ria ajak dia g kelate nnti boleh aku bawak dia ronda2 kelate..

lepas tu baru g umah tah(aku panggil tah pada tuk sedara aku kat taiping)..
sampai kat sana takda sapa lagi..lepas tu baru la ada sedara2 tah yang sama yang aku tak berapa kenal..pernah jumpa tapi jumpa setiap kali raya je tu pun tak semua tahun raya jumpa..aku jadi cam segan and tak tau nak wat pa..lebih2 lagi muncul insan yang menakutkan itu(ok this isu is really so sensitif,so isu ni berhenti di sini sahaja)..lepas makan2 aku pun masuk bilik..memang tak patut waktu umah terbuka g masuk bilik tapi that guy really menakutkan..then,tetiba anak tah aku yang aku panggil angah kat dia mintak tolong aku suapkan anak dia anip..sebelum tu aku ada kuar bilik gak melayan budak2 tu main bunga api,melayan sapa lagi cik firisya tu,nurin,afiq,irfan tu je la yang ada pun..

memang layan anip tu agak mencabar..hehehe budak2 besala..aku suap satu sudu dia berjalan-jalan,suap lagi satu sudu dia sambung berjalan-jalan lagi..cuba bayangkan satu magkuk nasi goreng takda la penuh pun nasi goreng tu aku bubuh si anip ni ambil masa sejam untuk abiskan..minum air je banyak..mula2 aku duk satu tempat tapi rasa cam segan and menakutkan je duk tempat tu so aku pn ikut berjalan-jalan ngan anip heheeh jadi babysitter bergerak aku malam tu..hehehe but anip is really cute..nanti aku masukkan gambar dia ye..walaupun agak penat melayan kerenah dia tu but i'm really happy layan dia malam tu takdala rasa mati kutu and dlm masa yang sama dapat melarikan diri ckit..

mlm ckit br balik umah..sebelum balik aku sempat cium dahi cik anip tu..sombong betul dia ngan aku tak nak antar aku balik pun..masa aku tengah suap makanan kat dia bukan main lagi bermanja ngan aku..budak ni betul2 berperangai kebudakan hehehe fitrisya ngan Nurin yang beria-ria salam..comel tul diorang..sampai la kat umah dalam kul 11 mlm..lepas tu aku dan adik2ku pun topout hp mama tuk dapatkan broadband internet..gilir2 aku ngan adik2 guna internet nak dekat kul 3 baru aku tido..hmm the 1st raya yang dinanti-nantikan sangat sebelum ni pun akhirnya berakhir..

...SEHARI SEBELUM RAYA..

meet again..aku dah agak ngantuk sebenarnya tapi aku rasa tajk sabar2 nak menulis panjang cita pa berlaku sepangjang aku balik ke kampung halamanku,that is include my homeland,png,my mother's kg,bandar bharu anfd lastly my father's kg,kuala kangsar..

30.5.08
last day posa..and the story begins at kuala kangsar,bandar diraja perak...
pagi tu aku bangun agak lewat la..hehehe dah la tu bersiap lewat..turun tengok diorang that is my sedara sepipit sibuk la bergotong-royong membuat kerja sempena nak raya esok..yang mama sibuk menjahit langsir,yang mak we sibuk ngan rendangnya sambil dibantu iya,yang lain2 sibuk nak wat lemang..yang bestnye lemang..aku rasa dari aku lahir lagi tak pernah lak memasak lemang kat kuala ni..pernah wat lemang masa kecik pun kat kampung belah mama..kesimpulannya ini memang first raya la diorang ni beria-ria nak wat lemang..expertnye sorang je that is pak tam tp ramai pembantu-pembantu yang excited gile nak wat kerje hehehe dengan adik aku yang kecik,inat ngan tirah pun menyibuk beria-ria nak tolong..aku ada snap gambar best masa wat lemang ni tapi disebabkan ada masalah teknikal aku tak leh nak siarkan lagi..nnti dah dapat aku siarkan..gambar memang meriah gila la..disebabkan lemang dah ramai pembantu so aku pun tlg mak we ngan iya buat rendang tok..

petang ckit,area2 zuhur tu cik iya pulak cakap ada benda dia nak beli lagi..so rancangan pun bermula..hehehe orang yang gila stereng ni pun mula mengeluarkan idea..apa lagi kuar g pekan la..bila bertanyakan kebenaran at last dapat bendera hijau nak g..yang g aku'iya'farah ngan ayin..g pa sgat g the store aku beli la satu seluar comel gile hehehe lepas tu barang2 ckit mak we ngan mak teh pesan..then g kat pasar2 ayin beli perfume dia..adik aku si ayin kalu bab perabihkan duit aku memang bagi kat dia la hehehe

bali je umah,aku ngantuk sesangat..last2 aku ngan iya tertido kat bilik hehehehe sedar2 mak aku gerak suruh solat ngan iron baju raya tuk esok..petang tu tak iron sebab malas menghantui diri..malam tu baru start iron..masa tengah iron tu sesi mercun [pun bermula hehehe banyak gila mercun sponsored by pak su..bila banyak mercun ngan bunga api that's mean banyak la duit yang terbakar,lebih kurang smoking la nilainya..tapi dalam duk kata2 gini seronok je bila tengok reramai main mercun ngan bunga api..masa ni pun aku ada ambik gmbar best2 nnti la aku postkan ye..

...TEMAN MAMA G HOSPITAL..

Assalamualaikum bersua kembali..

like been said b4 disebabkan takda internet kat umah so aku baru le nak cita kt korang apa yang berlaku when i'm home..

29.5.08

pagi tu bangun awal..dalam kul 4 lebih la..tak pasti jamnye..sebab mama aku gerak terus g mandi nak bersiap g ampang teman mamaku g hospital ampang..lepas mandi g sahur jap..waktu sahur baru perasan sepupuku,angah dah sampai kat kuala..dia bertolak malam dari kajang balik kuala kangsar entah pukul berapa la dia sampai..

then lepas sahur,me,mama ngan abah pun bertolak ke kl..
on d way tu berenti kat perhentian tol g solat subuh dulu..kami berenti kat perhentian tol tapah..cantik la surau dia..cam nature lover ja ada banyak pokok2 surrounding tempat solat tu..

lepas tu sambung bertolak..dalam kul 9(tak salah aku la,aku bab jam ni memang lemah ckit,lebih2 sejak jam pemberian mama sempena result elok waktu matrik dulu dah buat perangai so tuan dia pun wat perangai malas nak ambik tahu hehehe)camtu sampai la kami ke tempat yang dituju..

aku pun teman mama g tingkat 3..tempat mama ada appointment doktor nak wat bone marrow..lama gak la tunggu..sambil2 tunggu sembang2 kosong ngan mama sambil2 tu sempat gak aku belek buku kecik oxford clinical medicine kesayangan aku tu..semapat le baca ckit2 pasal penyakit mamaku that is CML(chronic myeloid leukaemia..

ok aku brief ckit history of disease mamaku ni..
PAST MEDICAL HISTORY
mama dah dapat penyakit ni sejak aku form 1 lagi..jadi dah lebih kurang 7 tahun yang lalu..memang lama..kalu cita pasal previous treatment dah berbelas kali mama wat bone marrow tu..dulu aku ingat lagi masa 1st time mama nak wat bone marrow that have to take ckit la air sumsum pak ngah(my mother's father),ramai gak yang bangkang becoz of layman punya pemikiran..ramai cam takut2 kan..ada orang cakap bone marrow ni boleh menyebabkan lumpuh la,terencat akal la,all sort of thing yang betul2 menakutkan me as a daughter of my mother at that time..sampai sekarang aku tak tahu kebenaran kata-kata orang,is it really happen atau hanya kata-kata orang yang tiada bukti..tah la..yang penting alhamdulilah sepanjang mama buat no really bad effect happened..other than that mama pernah wat some operation yang aku tak brapa pasti la..one more as a cancer patient my mother also had many chemotheraphy..its really hurt for her and for me and for us one family..how at that time our family like been broken up..my mather at kl doing treatment,my father ulang-alik from penang to kl,me at hostel,my brother ayin stay at his friend house as at that time he in upsr year so its difficult for him change school like my brother irfan and my sis inat do at that time,irfan and inat change school and stay at my mother's kg at bandar bharu with mak ngah so that someone can take care of them..its really a hard year for all of us..then it been cured but cancer never die it comes again so that's why my mother has to do bone marrow again..

about family history,my father has hypertension,while my grandmother that is my mother's mother had died bcoz of bone cancer..so it is genetic problem..maybe me the one who will inherited this disease after this..who knows???

i feel really grateful to teman my mother to hospital that day bcoz i have learn so many things..banyak benda tak brapa tahu pasal penyakit mama so when i look with my own eyes aku dapat rasakan kesakitan and ketakutan mama.. it feel really close to my mom as i waited for her beside her bed..secara jujurnya i'm not a good daughter actually,aku selalu gak tak dengar cakap..mama,maafkan ain ye..but still my mother is a mother..ada naluri keibuan walaubagaimana degilnya anak dia yang sorang ni but still she loves me for what i am..thank you,mama..and one more thing pasal penyakit mama ni and her treatment ni aku tak banyak sangat tahu sebenarnya..satu hal mama agak perahsia orangnya kalu bab penyakit dia..its always abah yang selalu bercerita how mama's condition,camna perasaan mama and all sort of things that somehow shows that abah really loves and cares for mama..really love abah for what he is..somehow aku selalu fikir no one is perfect but still my abah is perfect for what he is,how he cares and loves my mama although at that time mama is sick,baldy not so pretty anymore but still he loves she for what she is..really love my abah..kadang2 terlintas di fikiranku mana la nak cari lelaki sebaik ni kat dunia ni sekarang..sepanjang aku hidup 19 tahun ni lebih2 lagi sejak masuk medical field ni yang aku dengar selalu sangat si lelaki ni tinggalkan his wife bcoz his wife got some disease and he feel burden,yang peliknya bila si lelaki yang dapat penyakit takda pulak si wife tinggalkan dia,so is it the problem is laki yang takda hati perut or perempuan yang terlalu baik hati???tah la malas la nak kembangkan isu ni..

then the bone marrow happen..i juz waiting outside..then after the bone marrow thing finish,i went back to my mom..mama tido je sbb doktor ada bagi ubat tidur for the bone marrow..bila mama bangun she says to me "mama sakit"..mama kata lagi sebelum ni dia wat bone marrow tak sakit pun maybe the doctor is not so good..before my mother there is one patient undergo bone marrow by the same doctor in front of my mother's bed..it takes so long than usual and we can tell that the doctor is not so efficient in doing bone marrow..

then,mama tido..memang mama nampak sakit+letih sangat waktu tu..so aku sembang ngan abah je la masa tu..and dia mula la bercakapa about medical things with me..masalahnya dia cakap benda yang aku tak blaja lagi..mula la en. amiruddin jadi doktor yang cik ain sabrina pulak jadi patient aka pendengar setia..hehehe

then bila mama cam dah ok ckit,km g tingkat 7 g jumpa doctor..lama gak aa kat ctu sebab ada 2-3 patient tgh tggu giliran nak jumpa doc..at there i met ramai patient yang ada disease lebih kurang cam mama gak..then kami pun bersembang-sembang la dengan patient yg ada..ada la sorang patient ni baya2 aku je has an acute leukimia..i love her courage..dia nampak bersemangat walaupun dengan sakitnya..kalu aku mungkin tak setabah itu..semoga Allah merahmatinya..

when jumpa doc,he has agood news..dia kata condition mama dah ok ckit..bulan november ni datang lagi sekali hospital kalu ok gak,it means good so my mama don't have to come once a month but come once in 3 month.. :-)

then kami pun balik..masa balik abah ada mintak tolong aku drive kejap..aku cam takut2 gak sebenarnya aku selalu bw keta kancil or kelisa yang sauz kecik2 je tetiba suruh bawa pesona yang agak gedabak tu..takut gak la..tapi bawa je la..tapi tak lama pas aku bawa,tetiba hujan turun dengan lebatnya..serius lebat sesangat sampai tak nampak jalan juz nampak lampu2 keta..then,aku memang rasa takut sengat la..disebabkan ketakutan aku ditambah pulak dengan ketidakpercayaaan keupayaan ku mendrive jadi driver ditukar kembali,bp aku mabik alih balik tugas driver dia hehehe
ain sabrina memang agak penakut sebenarnya..takda la takut sangat but still hujan tu betul2 merencatkan kerjaya driver aku hehehe

Wednesday, October 8, 2008

...SEPAHIT MADU...

*ni ada satu cerpen yang aku dapat kat email aku..

Sepahit Madu

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni



"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…" Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan," jawab Fikri.

***

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

[QS al-Taubah 9:24]

Thursday, October 2, 2008

..BACK TO KUALA KANGSAR..

28.9.08

assalamualaikum..
as usual masa siang nothing happen sangat..then petang tu seperti yang dirancang kami bertolak ke kampung abahku,kuala kangsa..so early kan balik kg..saja balik awal satu hal sbb esoknya mama ada appointment ngan doc and one more reason is balik kg tahun ni agak meriah..sebabnya tahun ni mak we(the best mak sedara ever) yang take over rumah pusaka famili abahku kat kuala tu so rasa la ckit terjemput nak ke umah kt kuala..and one more thing tahun ni agak meriah bunyinya sbb nak wat lemang dll yang seangkatan dengannya sehari sebelum raya tu..betul2 tak sabar..

petang tu sampai kat kuala agak lewat la..dah nak dekat berbuka dah..yang ada keluarga mak teh(cukup satu famili),of course ada keluarga tuan rumah(ada mak we,pak we ngan ijas je yang lain tak balik lg),keluarga mak wan(ada mak wan ngan aizat je) and ada farah ngan zarif..sampai je diorang dah berkumpul kat depan makanan bersedia nak berbuka dah..

then after berbuka,diorg mula la sibuk nak g terawih..aku tak berapa sibuk le hehehe paham2 je la..sembang ngan farah dia kata da barang raya yang dia nak beli lagi jadi aku pun ajak la dia g pekan..dah elok2 semuanya bagi kebenaran,mak aku bagi g and mak we bagi guna keta kancil PDY 744 tu tetiba je encik abah kesayanganku tak bagi..abah betul2 tidak mempercayai anka perempuannya ini hehehe dia tak berapa berani bagi aku bawa keta memalam sedangkan kat kelate nu malam2 buta baru balik dari shopping..kalau dia tahu hehehe aku rasa abah tahu ye la bukan dia tak tahu wakaf che yeh bukak malam je tapi dia memang tak akan sangka aku boleh balik lewat sebegitu kat kelate nu..dia selalu kata malam bahaya la,macam2 boleh jadi kemalangan nwhat so ever thing that for him is so dangerous for me as a girl and her daughter..and his advice is always right and me as he know as a stubborn afak liat untuk ikut nasihatnya yang agak le mangongkong huhuhu

k untuk memendekkan cerita dsebabkan itu malam tu g pekan abah yang hantar aku ngan farah..tetiba je adik2 ku ayin ngan irfan nak ikut..tak pasal2 dua2 tu tak g solat terawih..ish2..g pekan jumapa la iya tengah kerja kat kedai mak tam yang daniel kerja kat ekspo..diorang alhamdulilah chat..daniel kan aku agak lama tak jumpa..dah tinggi panjang orangnya..of course la tinggi drpd aku yang terasa semakin pendek hari ke hari..mana taknya adik aku ayin yang sebelum ni pendek je tiba2 tinggi drpd aku,tak cukup ngan tu cik aren,arul,ijas,dan ramai lagi la sepupu aku tetiba growth hormone diorang meningkat dengan mendadaknya menyebakan aku menjadi pendek sesangat di kalangan diorang..hehehe budak lelaki bila sampai timenya tetiba je jadi pokok kelapa tingginya hehehe

last2 tak beli pun aku ngan farah..rupanya mak tam dah belikan tudung raya untuk farah jadi tak payah nak beli dah..jadi malam tu kami round2 je..ayin ngan irfan akhirnya yang membeli..diorg membeli aku yang bersusah,tak da la susah pun apa tak nya diorang yang beli aku yang hulur duit hmmm takpela untuk adik tersayang..yang si ayin beli beg hitam prada not original one harganya rm85 aku support
rm50 je..yang si irfan beli majalah ke apa tah tapi pasal naruto kartun kegemarannya tu la..tu murah je la..aku nak beli pa2 kat farah gak tapi bila tanya dia tak nak jadi aku tak beli pa2..dia segan agaknya tapi aku ni tak berapa reti(bukan tak berapa reti memang tak reti pun hehehe) la nak ngajak atau memujuk orang cuba nak beli2 pa2..aku dah tak berapa tahu kesukaan farah..adik aku,aku tahu la..lagipun diorang tak yah nak tanya,sebelum tanya lagi dah mintak barang suruh aku sponsor,bertuah punya adik..baik la lagi sorang tak datang that is adikku yang bongsu,kalu tidak lagi penat aku nak melayan..hehehe..

..REALLY FEEL AT HOME ...

27.9.08
Now is 10.47(my laptop clock).. at first my brother and I just thought to top out my father’s no that has the celcom broadband..we have by the top out card so we thought to stay up 24 hours gilir2 using the internet..then,when we realize we will go back to kuala kangsar(my father’s kampung) so we juz cancel our plan..so here I am in front of my lovely laptop juz write up what happen today…

Siang tak wat pa sgt..juz kemas2 umah and lepak2 doing nothing..no interesting story to tell.. then bukak posa at kampung at Bandar bharu,kedah(my mother’s kampung) juz about 45 minutes from our home..mak ngah masak bubur..sedap lama tak makan bubur..kat kampung juz ada kaki la,min ngan kak munirah..makanan is so yummy(memang terbukti selera makan sangatlah kuat sekarang ni..)..kat umah mak ngah ada kuah sam pedas ikan..then dari umah mama ada bawakan sambal ikan keli and tempoyak ikan(aku tengah menaip pun rasa terliur..stimulation of saliva secretion sungguh la..)..aku makan 2 pinggan,first makan bubur then baru makan nasi..i’m not that severe right as my brother ayin tambah 5x..dahsyat tul budak tu..yang geramnya badan tak naik pun juz naik tinggi je..memang dia lebih tinggi dari aku pun.menakutkan cik irfan pun dah semakin tinggi..tahun depan punya raya aku rasa aku paling kerdil la kot antara diorang hehehe then pas bukak posa melepak2 jap kat kampung tengok tv..aku tengok satu cerita best kat kirana..tajuk aku tak ingat tapi cita dia adalah cita zaman kecik tuk cita my heart..best but pengajaran tak brapa bagus la..cam mengajar budak2 kecik bercinta lak gayanya..masa tengh2 tengok tu sempat lagi aku wat tazkirah(bukan tazkirah sgt more like advice from a lovely sis hehe) to my only sis,inat..juz give advice do not have all this sort unmature love story thing..pikir pasal blaja dulu,that’s more important…but her abang at sebelah juz grin and reply sms from his awek..abang sorang ni tak tunjuk teladan baik lansung..dah la awek keliling pinging ..penin2..tak padan ngan nak spm..hmmm..

Then abis cita tu dlm kul 9 baru balik umah..tak balik umah terus..tetiba je abah kata nak makan so kami pun makan supper kat luar..
Juz pesan bihun sup,ketiau sup n mee tomyam syert kami anak beranak..aku tak brapa makan sgt sebab dah kenyang makan bukak posa tadi..tetiba je cik inat makan banyak..semua makanan dia merasa…makanannuya ckit air nye banyak..abah bukannya lapar sangat tu aku rasa la..dai juz lebih nak melepak2 ngan anak2 atau aku patut kata abah nak peluang utk berleter kat anak2 dia..kalu kat umah boleh lari..kat gerai tu takkan nak lari..baik la aku bukan sasarannya mlm ni..it is ayin his sasaran..kan budak tu baru wat kes je..he ‘fly’(langgar usual peraturan asrama..aku pun pnh wat..aku rasa semua budak asrama pnh wat except for the skema one..hehe) but my brother is not so lucky..dia tertangkap and that case been heard to ma nagn abah..pa lagi..kenalah ngan abah..abis sejarah salap silap aku pun abah imbas..tu la masalahnya adik2 buat salah mesti si kakak yang sulung ni jugak mesti rasa tempasnya..dah nasibku begiktu..and at the same time dalm duk kena I’m also the hero to my sibling..kerja duk backing adik2 aku jah..that’s make we really close together especially with ayin..his secrer is my secret hehehe

Then baru sampai umah..sampai2 ja terus menyalakan pelita2 kat halaman rumah..lepas dah pasang semua really beautifu..really feel like raya is coming..then aku mulala jadi photographer berbakat hehehe disebabkan takda the ordinary camera I juz use my father’s hp to take pic..but sad to say the pic is not so good..that make me at the toime really think my hp yg dah hilang..huhuhu hp tu really has a good captured pic..dah la dalam keta on d way balik aku duk kena syarahan by my father about this missing hp..that add my feeling of rindu and rasa geram kat diri sebab hilangkan hp tu..hp tu tak sampai 2 bulan pun lagi..really rasa kecewa sgt dengan kehilangganya..dah la beli guna duit biasiswa that’s rm750..and that hp really suit me and I’m really fall in love with it..it has all I one,mp3,camera,recorder to record the lecture and it is in green really beautiful colour..but now it’s already gone..and it’s gone forever..memang tadi masa teringat tu kata2 yang terkeluar dari fikiran aku hanya lah ”aku takkkan maafkan org yang curi hp aku tu selama-lamanya”..then my good version said”tak baik tak memaafkan orang sedangkan nabi pun memaafkan umatnya malah ALLAH pemcipta Yang Esa pun memaafkan hambanya apalagi kau hambaNYA yang banyak wat dosa ni astagfiruallahalazim…” then but really I really feel so frustrated about this missing hp but still I will follow my father..he advice me not to buy any hp this year juz use the old one..and I think I juz follow his advice right now..

Wslm

ainsabrina mencabar dirinya sendiri.
Related Posts with Thumbnails